17 December 2011

Thumbdrive 3 Serangkai

Alhamdulillah….. Alhamdulillah….. Alhamdulillah….

Lega sangat rasanya sebab dah 2-3 hari dok mencari thumbdrive ‘3 serangkai’ yang hilang dari pandangan mata. Sebab apa namanya 3 serangkai? Sebab ada 3 thumbdrive yang digabungkan sekali…. 1 office punya, 1 data entry yang lama-lama dan satu lagi untuk kerja sulam menyulam dan kerja-kerja digitize logo…

Biasanya letak kat dalam pencil box tapi kali ni tak jumpa…. cari di office tak ada, dalam rumah, dalam laci, di setiap poket beg… huhuhu… kalau hilangggg…. alamatnya banyak jugalah data-data, surat-surat rasmi dan tak rasmi, belanjawan kewangan negara keluarga dan 1001 macam dokumen yang ada dalam tu. 

2-3 hari juga le macam kucing hilang anak… tak keruan.

Ok, nak recall balik….

Last sekali guna masa digitize logo minggu lepas tu… then Sheila balik kampung hujung minggunya, kami ke Cameron Highland. Masa di kampung memang tak keluarkan…. dah tu nak guna hari Rabu lepas dah tak ada… huhuhu….

Hari ni mengemas rumah lagi sebab nak cari thumbdrive punya pasal… kemudian Allah bagi ilham untuk tengok dalam beg hospital yang memang tersedia dalam kereta…. dan… tadaaaaa…. jumpa. Alhamdulillah syukur sangat.

So, boleh le keluar hari ni dengan anak-anak dengan rasa tenang dan aman damai… tak ada risau lagi… Nak ke mana tu tak diputuskan lagi, tapi yang ada dalam perancangan PSSA. Tunggu lepas solat Zohor baru nak keluar…

Selamat berhujung minggu semua…. semoga ceria-ceria selalu…

16 December 2011

Pesuruhjaya Sumpah di USJ

Hari ni penat pusing Taipan berjalan kaki seorang sambil membawa perut yang rasanya boleh bersalin bila-bila masa ni. Laluan hari ini Maybank ---> HSBC ---> Pesuruhjaya Sumpah, Jalan USJ 10/1F. Sampai je ke pejabat pesuruhjaya sumpah ni, pintu dah berkunci… Sheila cuba call tapi rupa-rupanya dia tak bawa handphone… pergi masjid untuk solat Jumaat agaknya.
 
Jadi, Sheila duduk rehat kejap depan ofis tu, ambil gambar, ambil nombor telefon pesuruhjaya sumpah yang lain baru le Sheila beredar…. penat tau… jalan jauhhhh… mengah dibuatnya.
Sebagai rujukan Sheila sertakan alamat & contact no. pesuruhjaya sumpah di USJ10 ni..

Zulkifly bin Mahmud
B 348
H/P : 012 303 3843

No. 49-1, Jalan USJ 10/1F,
47620 UEP Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Email : 9w2cfo@gmail.com

Masa operasi : Isnin - Jumaat : 10.30am - 03.30pm

Psssttt : En Zulkifly… apalah salahnya kalau encik senyum dan lebih mesra pengguna. Senyum tu bukannya kena bayar pun. Encik orang penting-penting dan saya merupakan pengguna servis yang encik tawarkan, ke encik tak suka saya minta chop dan tandatangan encik?

Emosi wanita | STRESS!!!

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2011/12/16

image

Kajian dapati suri rumah juga hadapi tekanan seperti mereka yang bekerja

MENJADI suri rumah sepenuh masa, boleh memberi gambaran gaya hidup lebih sempurna dengan melakukan pelbagai tugasan tanpa halangan terutama mengurus rumah tangga seperti memasak, menjaga anak, mengemas rumah dan sebagainya.

Sejauh mana kebenaran tanggapan itu? Kajian baru mendedahkan wanita yang tidak bekerja, lebih cenderung mengalami tekanan dan lebih mudah mendapat penyakit berbanding wanita yang memiliki pekerjaan sama ada kerja sepenuh masa atau kerja sambilan.

Penyelidik dari University of North Carolina, menganalisis data selama 10 tahun, bermula 1991 ke atas 1,364 wanita berstatus ibu, selepas bersalin hingga ke tempoh satu dekad selepas itu, menerusi kaedah temubual.

Penulis, Cheryl Buehler dari University Of North Carolina di Greensboro, berkata dalam semua kes, yang mempunyai perbezaan signifikan ialah kesejahteraan ibu, termasuk konflik antara kerja dan keluarga atau keibubapaan, berbanding kerja sepenuh masa, kerja separuh masa atau langsung tidak bekerja.

Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes ibu bekerja sambilan tidak berbeza daripada ibu yang bekerja sepenuh masa.

Sebagai contoh, ibu yang bekerja separuh masa, secara keseluruhannya dilaporkan mempunyai tahap kesihatan lebih baik dan gejala kemurungan juga didapati lebih rendah berbanding ibu tidak bekerja.

Kajian turut menunjukkan, tidak ada perbezaan dilaporkan terhadap gejala kesihatan atau kemurungan antara ibu yang bekerja separuh masa dengan ibu yang bekerja sepenuh masa.

Ibu bekerja sepenuh masa dan separuh masa, bagaimanapun tidak menunjukkan signifikan perbezaan apabila masing-masing mempunyai persepsi sama iaitu sama ada pekerjaan mereka mampu menyokong kehidupan keluarga dan keupayaan diri mereka untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Analisis mendapati ibu yang bekerja separuh masa terbabit sama dalam perihal pendidikan anak, sama seperti ibu yang tidak bekerja. Malah lebih banyak terbabit, berbanding ibu yang bekerja sepenuh masa.

Di samping itu, ibu yang bekerja sambilan didapati lebih peka terhadap keperluan persekolahan anak peringkat pra-sekolah. Mereka juga didapati menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran untuk anak pada usia bayi, berbanding ibu yang bekerja sepenuh masa.

Pengarang bersama kajian itu, Prof Marion Brian, berkata, ketika krisis ekonomi, majikan cenderung mengurangkan kos operasi dengan menggajikan pekerja separuh masa kerana mereka tidak menerima faedah kesihatan, insurans, latihan dan kemajuan kerjaya berbanding menggajikan pekerja tetap yang nyata kosnya lebih tinggi.

“Saya kira sudah sampai masanya majikan berubah. Sejak kerja sambilan dilihat mampu menjana kekuatan dan kesejahteraan keluarga, selain memberi manfaat ekonomi kepada majikan, pekerja sambilan patut menerima faedah lebih baik dan sempurna sebagai penggalak untuk mereka bekerja dengan lebih tekun,” katanya.

09 December 2011

Pilihan Hospital Bersalin | Kerajaan vs Swasta (Part 2/2)


Jom kita sambung cerita yang tertangguh tempohari…

Pengalaman bersalin di Hospital Serdang (Mac 2006)

Alhamdulillah, tahun 2005 Sheila disahkan hamil anak ke-3. Jarak antara anak kedua dan ketiga agak jauh juga kira-kira 6 tahun. Zuriat yang ketiga adalah zuriat yang sangat dirancang sebabnya bila anak-anak dah mula bersekolah, rumah terasa sangat sunyi. Pada ketika itu anak pertama dah masuk darjah dua manakala anak kedua dah bersekolah tadika.

22 Mac 2011

Sheila dah mula mengalami contraction… tapi rasanya macam biasa-biasa je, tak le berapa sakit sangat. Masa anak ketiga ni normal check-up Sheila ke KPMC, Puchong… check dengan Dr. Raja. Jadi bila dah sakit-sakit tu Sheila ke KPMC dulu dan refer dengan Dr. Raja… selepas pemeriksaan, dah dilate 3cm, disebabkan Sheila memang bercadang nak bersalin di Hospital Serdang, Dr. Raja bagi surat rujukan untuk dibawa ke Hospital Serdang.

Dengan surat yang diberikan, Sheila dan suami ke Hospital Serdang. Masa ni bahagian wad bersalin baru 3 bulan beroperasi. Alhamdulillah, tak ramai. Selepas selesai pendaftaran, Sheila diperiksa terlebih dahulu… CTG dan sebagainya… lepas tu Sheila kena admit wad sebab dah dilate 3cm. Maka bermalamlah Sheila di wad. Suami daftarkan di wad kelas 1, 4 katil. Malam tu tidur di wad le sorang-sorang…

23 Mac 2011

Esoknya contraction masih lagi berlarutan, tak kerap sangat. Doktor pun tak ada pula nak induce… bertahan aje le. Keadaan masih sama sampai ke petang. Bukaan baru 4-5cm. Nurse memasukkan ubat bagi pembuangan air besar lepas dah selesai semua tu ditolak masuk ke dalam labour room. Jam tak ingat pukul berapa…. rasanya dah lepas maghrib. Masa di labour room suami Sheila menemankan sekali. Nurse ada offer untuk ubat tahan sakit, tapi Sheila menolak dengan alasan nanti mamai… jadinya cuma guna gas yang cam ada tak ada tu aje sebab tak tahu camana nak guna…

Rasanya lebih kurang pukul 9.30pm doktor pun datang untuk pecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses kelahiran… lepas je dah pecah air ketuban, bermulalah episod kelahiran yang sebenar-benarnya…. 5 tahun selang kelahiran membuatkan melahirkan yang kali ini seolah-olah kelahiran yang pertama. Tak dapat nak bayangkan… tapi bersabar ajelah. Berdoa banyak-banyak… dan akhirnya lebih kurang pukul 11.30pm cahayamata ketiga selamat dilahirkan… baby perempuan yang sihat dan comel sekali…

Malamnya terpaksa tidur di hospital lagi… tengahari esoknya baru dibenarkan keluar selepas baby dah buang air kecil dan air besar… Total bayaran yang dikenakan di hospital Serdang adalah sekitar RM400++. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan oleh Allah dan baby tu kami namakan Adibah yang akan menjejak ke usia 6 tahun next year

Pengalaman bersalin di KPMC, Puchong (Ogos 2007)

Ku sangka satu, tapi Allah bagi dua orang cahayamata…. tidak lama selepas melahirkan Adibah, Sheila disahkan hamil lagi untuk kali ke-4, Alhamdulillah. Tekadnya memang nak bersalin di hospital swasta dan Sheila pilih KPMC Puchong sebab itu yang paling hampir sekali dengan rumah dan yang mampu ditanggung oleh kami suami isteri.

Check-up semuanya dilakukan di kpmc, puchong. Sheila dijangka bersalin pada 22 Ogos 2007… tapi lewat. Bila dah lewat sehari, Sheila berdoa dan bercakap dengan baby, kalau alang-alang dah lewat, tunggu sampai hari merdeka nanti.

30 Ogos 2007

Sheila buat kerja macam biasa, tapi kali ni dari rumah sahaja…. ada kerja yang perlu diselesaikan. Sepanjang hari Sheila dapat merasakan contraction… perut mengeras dari masa ke semasa. Tapi tak pulak sheila rekodkan sela masa. Hari tersebut Sheila ada temujanji dengan Dr. Raja di kpmc jam 10.00pm sebab dah overdue 8 hari. Masa Dr. Raja check, dah dilate 3cm juga. Terus admit ward.

10.30pm

Di wad, tukar pakaian… lepas tu nurse pasang CTG machine untuk monitor kadar denyutan jantung baby… sambil-sambil tu nurse pegang perut dan cakap ada contraction ni, akak sakit tak? Masa tu memanglah taklah sakit sangat, cuma rasa le ada contraction tu.

11.00pm

Sheila diminta untuk ke labour room di floor yang sama.. time ni dah rasa macam-macam… nak buang air besar le… nak buang air kecil le.. macam-macam perasaan ada. Nurse masukkan ubat untuk induce bagi cepatkan lagi contraction… kemudian dr. Raja pula datang untuk pecahkan air ketuban… menurut kata nurse yang bertugas tu, selepas air ketuban pecah, nanti lagi kuat rasa nak bersalin tu. Sepanjang berada dalam labour room, suami sheila meneman… sepanjang masa. Seronok, siap boleh borak-borak lagi…

12.00am

Detik 12.00 malam kedengaran bunyi tembakan bunga api di udara. Tak dapat nak tengok… tak apalah. Masih lagi suami meneman dan seorang nurse yang monitor contraction. Tetiba rasa cam nak buang air kecil sambil-sambil meneran tu… cakap kat nurse, nak ke toilet tapi nurse tak benarkan…. sudahnya nurse yang tolong keluarkan urine. Masa ni doktor tak ada, cuma nurse seorang je yang teman dengan suami, doktor cuma akan masuk ke labour room bila kepala baby dah nampak sebesar 50 sen…. Apakah???

01.30am

Dr. Raja masuk ke labour room… SAH! dah besar 50sen nampak kepala baby. Doktor encourage untuk push dan bagi panduan bila nak kena push… entah berapa kali push pun tak ingat, tau-tau anak dah keluar… Time checked : 01.40am…. suami Sheila diberi peluang untuk memotong tali pusat baby. Alhamdulillah… dapat baby girl anak merdeka ke 50 tahun… kami namakan Amni Damia yang tahun 2012 nanti berusia 5 tahun…

Begitulah kisahnya bersalin di hospital kerajaan dan swasta. Sakitnya sama je tapi rasanya dengan bayaran yang lebih sedikit dapat layanan yang mesra dan dapat ketenangan fikiran juga… ikut rezeki masing-masing…. berserah aje pada Allah yang maha Esa, Insyaallah segalanya akan dipermudahkan…. ada juga yang bersalin di hospital swasta tapi layanan ala-ala je…

07 December 2011

Pilihan Hospital Bersalin | Kerajaan vs Swasta (Part 1)


Assalammualaikum,

Esok Sheila nak kena ke Hospital Serdang untuk checkup tentang masalah uri rendah. Harap-harap tiada sebarang masalah.

Pening bila memikirkan nak bersalin di hospital mana. Manakan tidak, seringkali kita dengar akan layanan yang diberikan oleh segelintir jururawat hospital kerajaan agak kurang mesra. Jika dibandingkan dengan layanan tip-top yang diberikan oleh jururawat di hospital swasta. Maklum le, bayar servis ribu-riban kalau layanan hampeh mau kena saman lak.

Bercakap mengenai hospital bersalin ni, Sheila bertuah kerana berpeluang merasa servis di hospital kerajaan dan juga di hospital swasta. Dari segi sakit memang sama tapi yang membezakan adalah layanan yang diberikan kepada kita terutama ketika menghadapi saat-saat sakit hendak melahirkan tu.

Bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR)

Masa anak pertama, 13 tahun lalu Sheila bersalin di HTAR. Cubalah korang bayangkan macamana perasaan masa tu. Tapi masa tu cam tak ada pilihan lain sebabnya baru nak mula hidup… duit pun ala-ala je, jadi tak mampu nak ke swasta hatta nak bersalin di Hospital Universiti pun tak mampu. Jadinya Sheila pilih HTAR.

Sebelum ke sana, memang macam-macam cerita Sheila dengar, bersalin atas troli lah, layanan tak bagus, misi garang…. tapi bila kita dalam keadaan terpaksa apa yang mampu kita buat… redho aje.

Sheila ingat lagi, masa tu hari Sabtu… dari rumah dah mula rasa sakit. Memang dah cukup masa pun. Sheila ke hospital lebih kurang lepas Zohor. Sampai je of course kena que untuk diperiksa. Kalau tak salah dekat-dekat pukul 4 Sheila admit wad. Masa ni dah mula sakit dan air ketuban pun dah pecah… kemudian suami Sheila panggilkan misi minta tolong tengok-tengokkan kot dah sampai masa untuk bersalin. Boleh misi tu (yang berumur sekitar 40’s) datang dan bagi tazkirah depan my PIL cakap nak bersalin memang le sakit… tambah anak pertama, 1 jam 1 cm je… cuba tanya mak mertua tu sakit ke tidak bersalin…. Ada ke patut??? Bengang je rasa. Bukan mengadu atau mengerang pun, minta tolong check pun nak marah? Heran betul…

Lepas tu misi tu lenggang kangkung pergi, tapi tak lama datang balik… kemudian dia pun check opening. Hah! dah boleh masuk labour room… amek ko. Kalau lambat mau beranak atas katil dalam wad aje… masa ni misi tu senyum je dengan my husband dan PIL, cakap dah sampai masa dah…. sabar ajelah…

Mak mertua, pak mertua dan suami Sheila tunggu sampai bersalin… Alhamdulillah tak lama sangat, sekitar lepas maghrib dah keluar dari labour room.

Dua tahun selepas tu Sheila melahirkan anak kedua pula, juga di HTAR…. kali ni Alhamdulillah, jururawat semua muda-muda, maybe ramai trainee… jadi layanan pun mesra alam lah kan. Tak ada yang keluarkan bahasa yang menusuk kalbu ni…

Tapi yang tak bestnya di HTAR ni, sebelum discharge dari wad doktor akan check takut-takut ada yang tertinggal di dalam… yang checknya doktor lelaki tau…. cam tak ada hati perut aje…. rasa macam nak sepak aje time doktor tu check…. sakittttt….

Ok, nanti sambung part 2….

Sheila Wahid
06:25pm

06 December 2011

Travelog | Khidmat Supir di Bandung


Assalammualaikum….

Sering Sheila menerima sms/call bertanyakan tentang khidmat supir di Bandung…. supir ni sebenarnya Sheila dapat dari kawan-kawan yang telah pergi ke Bandung dan khidmat yang diberi adalah sangat baik sekali… Dah dua kali Sheila ke sana dan Sheila menggunakan khidmat supir yang sama. Harga yang perlu dibayar adalah Rp 500,000 sehari, dari pagi sampai ke malam…

Sheila biasanya berurusan dengan Edi (Cahya Edi Permana)… dia yang akan menguruskan segala di sana… bayaran hanya dibuat pada hari terakhir perkhidmatan. Nanti kalau kalian nak ke sana, urus sendiri ye sebab Sheila tak tahu peraturan sekarang….

Satriando Tour & Car Rental Services


Cahya Edi Permana
H/phone : +62 8122004993
Email : edoy190173@gmail.com

Silva Yenti
H/phone : +62 8122138331 / +62 2276779731
Facebook : silva_yenti@yahoo.com.id

Office :
Jl. Gempol Kulon, No. 33, Bandung 40115
Jawa Barat - Indonesia
Phone : +622276109973
E-mail : satriando@gmail.com

Kalau berhajat nak mencari beg hiking, boleh le ke Kawani di Jalan Dr. Otten 9 (www.kawaniadventure.com). Hari tu suami Sheila beli beg hiking Deuter Aircontact (45+10) berharga Rp 1,187.000… murah sikit berbanding harga di Malaysia. Banyak juga kedai-kedai lain yang menjual peralatan untuk aktiviti lasak di kawasan ni…



PERINGATAN :

Bagi pemegang kad Maybank, jangan lupa untuk menghubungi Maybank customer servis di Malaysia sebelum ke Bandung bagi mengaktifkan kad untuk international transaction. Kalau tak cukup duit boleh singgah di Maybank Bandung bagi tujuan pengeluaran…. maklum le bila sampai sana macam-macam nak beli…

Akhir kalam, selamat bercuti Sheila ucapkan bagi yang akan bercuti ke Bandung… Enjoy your trip…

05 December 2011

Catatan kehamilan | 34 weeks

Assalammualaikum…

Diam tak diam dah masuk minggu yang ke-34… berat setakat ini 77kg berbanding dengan berat sebelum hamil, 70kg. Tak banyak sangat naiknya… adakah maksudnya nanti senang nak dapat balik badan asal 55kg? Harap-haraplah ye… tapi kena jaga makan masa dalam pantang nanti.

Bila dah masuk minggu ke-34 ni, tidur malamku tidak lagi lena… baby ni nampaknya aktif di waktu pagi… seawal pagi dari jam 3.00am dah bergerak aktif ke kanan ke kiri… pinggang dah mula sakit, tidur malam pun kena bersendal dengan bantal. Terpaksa tidur mengiring sebab kalau tidur terlentang rasa macam sesak nafas je…

Sekali-sekala terasa macam ada contraction…. dah rasa macam nak melahirkan pun ada…. pada saat itu, sakitnya pinggang bukan kepalang… hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui. Rasa nak cepat-cepat je melahirkan… oh tidak!!! beg hospital tak siap lagi… kalau le dibuatnya tetiba sakit nak melahirkan, mahu menggelupur… barang-barang keperluan baby pun masih belum ready sepenuhnya lagi…

oh ye, minggu ni 8hb ada temujanji di Hospital Serdang jam 9.00am. Kali ni Sheila minta suami tolong hantarkan sebab hari tu susah sangat nak cari parking… kurang-kurang kalau pergi denga cik abang, boleh le Sheila turun dulu sementara abang cari tempat letak kereta…. Ke hospital kali ni sebab nak tengok kedudukan uri, samada masih di bawah atau dah naik ke atas. Sheila mendoakan mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan….

Ok… jom kita buat checklist hospital dulu… malam ni kena siapkan beg pakaian dengan beg baby…. bila dah siap kena letak siap-siap dalam kereta… sebab bila-bila sakit boleh je terus ke hospital, tak perlu susah hati…

Ok semua… tata for now. Nanti kita jumpa lagi di next entri…

Sheila Wahid,
2.41pm

Cloth Diapers | Bamboolite Cloth Diaper


Assalammualaikum…

Hari ni terima lagi parcel cloth diaper (cd) yang ke-14, ingatkan dah habis order rupanya ada lagi ^_^… kali ni beli yang berjenama Bamboolite. Sheila order dari www.lollietots.com… harga mahal le juga RM54.00 untuk satu set (1 pocket diaper + 1 insert). Tapi tak apa, kan kata nak try…
Bagusnya cd Bamboolite ni sebab saiznya boleh dilaras, unlimited. Sebab tu kalau dari bahagian luar tak nampak snap button banyak-banyak, tak macam cd QQBaby tu… tapi material yang digunakan pada bahagian dalam sangat best… lembut je pada kulit baby… suka sangat.
Cd shell ni menggunakan 100% olyurethane Laminated Polyester (PUL) sebagai lapisan luar bagi menahan kebocoran manakala lapisan dalam menggunakan 100% 100% Polyester Microsuede Cloth. Untuk insert fabrik yang digunakan adalah Bamboo Fleece Layers: 70% Bamboo, 30% Cotton dan Suedecloth Layer: 100% Polyester.

Cara penjagaan Bamboolite cloth diaper


Prewash Instructions (Diaper/Insert/Booster/Wipe/Nursing Pad)
BambooLite bamboo product may not reach its full absorbency initially. You will need to prewash the item to remove natural oils and waxes that will inhibit absorption to prevent messy leak. For best results, please follow the appropriate instructions below:
Diaper Shell
  • Wash the diaper shell as usual (follow the washing instructions) for at least 1 time to remove manufacturing residue. Do not soak or boil the diaper shell. Soaking and boiling will damage the waterproof layer. Sometimes it may take up to 3 times to fully remove the residue depending on the effectiveness of detergent/washer/method and etc.
Insert/Soaker/Booster/Wipe/Nursing Pad
Method 1:
  • Soak Insert/Soaker/Booster/Wipe/Nursing Pad in hot water(not > 60degC) with 1 tsp of dishwashing liquid for at least 4 hours. Do not boil the insert/soaker. Boiling will cause plastic snap to melt and weaken bamboo fabric.
  • Pour off excess water and dump the item into your washer. Wash as usual (follow the washing instructions). You will need to wash and dry the item at least 3 times before use.
Method 2:
  • Wash and dry Insert/Soaker/Booster/Wipe/Nursing Pad as usual (follow the washing instructions) for at least 6 wash and dry cycles before it reaches full absorbency. You may start using the item after first wash, but you have to change the item more often initially to prevent leak until the item reaches its full absorbency. Sometimes it may take up to 10 times to reach it's maximum absorbency depending on the effectiveness of detergent/washer/method and etc.
**Note: You may use method 1 or 2. But if you find that method 2 is less effective, then you may want to try method 1.
Washing Instructions (Diaper/Insert/Booster/Nursing Pad)
To preserve your BambooLite product and maintain its fabulous absorbency, please strictly follow these recommendations:
Diaper/Insert/Soaker/Booster
  • Dispose off any solids on the diaper into toilet.
  • Remove the insert/booster/soaker from the diaper.
  • Pre-rinse wet or soiled diaper/insert/booster/soaker with clean water after each use. Do not leave the used diaper unrinsed for more than 24 hours to avoid ammonia issue on diaper. Ammonia from urine will breakdown and permanently damage your natural fabric and also cause bad diaper rash on baby.
  • Place the diaper/insert/booster/soaker in a pail prior to washing. Do not keep wet diapers for more than 48 hours to avoid mold/mildew issue.
  • Rinsing: Dump your diapers into the washer and do a wash/rinse without detergent to get the nasty out prior to the wash cycle.
  • Washing: Add the detergent(about ¼ of the recommended amount) and wash in lukewarm water.
  • Run at least 2 rinse cycles for top loader washer or at least 4 rinse cycles for front loader washer.
    • Top Loader: Wash (with detergent) –> Rinse x2 –> Spin
    • Front Loader: Wash (with detergent) –> Rinse x4 –> Spin
  • Line the diaper/insert/booster to dry in the sunshine. Drying in direct sunlight is the very best method for drying and disinfecting.
**Note: If you are using Rockin' Green Detergent, please follow the suggested amount by Rockin' Green. One load is generally 15- 20 diapers.
Wipe/Nursing Pad
  • Pre-rinse used wipe/nursing pad with clean water after each use.
  • Place the wipe/nursing pad in a pail prior to washing. Do not keep wet wipe/nursing pad for more than 48 hours to avoid mold/mildew issue.
  • Washing: Add the detergent(about ¼ of the recommended amount) and wash in lukewarm water. You may wash it with your normal clothing.
  • Line the wipe/nursing pad to dry in the sunshine. Drying in direct sunlight is the very best method for drying and disinfecting.
Raw Silk Liner
  • Hand-wash is recommended.
  • Use mild detergent.
  • Gently scrub.
  • Do not wring.
  • Hang to drip dry in the sunshine. Drying in direct sunlight is the very best method for drying and disinfecting.

 

PERINGATAN

    • DO NOT SOAK the diaper in detergent. It may cause detergent buildup and PUL delamination.
    • DO NOT BLEACH as they are easily damaged by bleaching.
    • DO NOT USE FABRIC SOFTENER as they tend to block the micro-gaps in the fibers leading to reduced absorbency. Fabric softener is also food for fungi. Mold and mildew simply love fabric softener!
    • DO NOT USE OIL BASED DETERGENT/SOAP as the oils in them which will leave residue behind.
    • AVOID CONTACT WITH RASH CREAM that leave residue on these fibers. If rash cream is applied to your baby, place a sheet of liner to prevent direct contact with diaper inner.
    • DO NOT LEAVE THE USED DIAPER UNRINSED FOR > 24 HOURS to avoid ammonia issue. Ammonia from urine will damage your natural fabric and cause bad diaper rash on baby.
    • DO NOT KEEP WET DIAPER FOR > 48 HOURS to avoid mold/mildew issue.
    • AVOID EXCESSIVE SUN DRYING to preserve the PUL, elastic and avoid color fading of diapers.
    • ONLY WASH ON COLD/WARM (40degC) AND TUMBLE DRY LOW OR LINE DRY to avoid any shedding of bamboo fabric.

BAGAIMANA MELARASKAN SAIZ CD BAMBOOLITE

03 December 2011

BBIIM | Majlis graduasi pra-sekolah Mia Sara

Assalammualaikum…

Dalam dok mencari info dan testimoni tentang Brainy Bunch International Islamic Montessori… terjumpa artikel tentang majlis graduasi BBIIM Kota Damansara. Rupa-rupanya Mia Sara, pelakon cilik tu pun berpra-sekolah di BBIIM… 
 mia-sara-bbiim
Tahun depan, Adibah & Amni pun akan berpra-sekolah di sini, Insyaallah… mudah-mudahan kami dimurahkan rezeki. Pertama kali nak menghantar anak-anak ke Montessori, tapi yang pasti keputusan untuk menghantar anak-anak ke BBIIM kerana Islamic & English medium…

Teringat masa menghantar mereka ke Dzul Iman, yang juga Islamic & English medium pre-school, pendekatan mereka lain jika dibandingkan dengan tadika yang biasa. Secara jujurnya Sheila amat merindui tadika Dzul Iman dan berharap BBIIM ini setanding Dzul Iman. Bukan niat nak membanding, tapi itu adalah harapan.

Sheila faham bahawasanya setiap pra sekolah mempunyai kekuatan masing-masing, dan tentulah Sheila mengharapkan yang terbaik atas apa yang Sheila laburkan….

Apa nak buat hari ni??


Banyak kerja sebenarnya di rumah ni… sampai tak tahu nak buat mana dulu, di depan lappy jua sudahnya… mengemaskini blog, check fb. Anak-anak di kampung untuk 2 minggu ni, suami berehat di depan tv melepas lelah gotong-royong pagi tadi…

Sheila?
Hajat hati nak menyudahkan tempahan sulaman logo pada kemeja, sambil menjahit keperluan baby. Tapi sedari pagi, hanya berjaya memasak sarapan, menyidai kain baju, pre-wash cloth diaper (1st round) dan melipat kain sahaja. Selebihnya masih di sini…. menukar layout blog… mencari ilham…

Bangun Sheila, bangun!… tak ke mana kalau duduk berfikir, tindakan itu sama penting dengan perancangan, kalau perancangan sahaja tanpa sebarang perlaksanaan apakah akan kesudahannya?

Baiklah teman, harusku tinggalkan laman ini barang seketika… hingga berjumpa lagi di lain masa, dengan izin Allah jua… moga kalian ceria di hujung minggu di samping keluarga tercinta..

Sheila Wahid,
01:19pm

Cloth Diapers | Part 2

Assalammualaikum…

Sekarang ni misi membeli di alam maya (sila jangan tiru aksi ini demi kesejahteraan poket anda) untuk cloth diapers (cd) bagi mencukupkan kuota cd…

Suka sangat dengan solid colour dan harganya juga tersangatlah berbaloi… RM18.00 untuk 1 pocket diaper + 2 insert… siapa yang mampu menahan panahan warna-warna cd yang ibarat warna pelangi.

Tak percaya??? Tengok ni…..

CD2ndbatch1

Yang solid colour semuanya berharga RM18.00 setiap satu manakala yang bercorak (kiri sekali) berharga RM25.00…. segar sungguh mata bila melihat warna-warna yang ceria… Sheila beli dari QQBaby [dot] com… dengan pembelian RM100.00 penghantaran adalah PERCUMA.

Hari ini adalah hari yang ceria… matahari telah memancarkan cahaya… operasi pre-wash cd-cd ku buat kali pertama….

01 December 2011

Cloth Diapers | Baby Wishlist

Assalammualaikum…

Diam tak diam, kita dah pun berada di dalam bulan December… sekejap je dan tak lama lagi dah melangkah ke tahun baru 2012.

Persiapan terkini bagi meyambut permata hati pun dah hampir selesai. Barang-barang keperluan baby rasanya dah cukup…

Kali ni Sheila akan menggunakan cloth diapers sepenuhnya, Insyaallah. Lebih jimat untuk jangka masa panjang jika dibandingkan sengan disposable diapers. Cumanya kena rajin untuk menukar lampin dan juga membasuh le…

Sebagai permulaan, Sheila beli lima set cloth diapers jenama QQBaby… harga untuk 5 set RM105.00 termasuk kos penghantaran.

ClothDiapers1

Tak boleh nak bagi review lagi sebab belum guna… tapi secara asasnya setiap cloth diapers dapat 2 keping insert. Perincian adalah seperti gambar kat bawah tu ye…

image

23 November 2011

BBIIM | Brainy Bunch International Islamic Montessory (Little Scientist)

Assalammualaikum & salam sejahtera

Hari ni hari kedua my youngest daughter (Amni) pergi ke BBIIM untuk kelas Little Scientist. Hari pertama semalam tu masa pergi berdrama air mata bukan main, tapi bila balik sungguh ceria. Pagi ni pun sama… nak pergi school happy je, sampai je depan pintu pagar sekolah… huwaaa sekali lagi….

Kelas Little Scientist diadakan selama empat (4) hari bermula dari 22-25 November 2011, 9.30am – 12.00 noon. Bayaran yang dikenakan hanya RM70.00 untuk non-BBIIM student (RM60.00 – BBIIM student). Sangat reasonable kan…. Sheila hantar Amni sebab nak bagi dia pengenalan kepada montessori ni sebab next year nak daftarkan di sini…

science_camp

Tapi semalam balik ingat nak tengok hasil science yang dia buat, sampai rumah dah tidur rupanya… kesian, letih sangat agaknya.

Hari ni Little Scientist tu akan buat ice cream… hmmm… yummy… ^_^

22 November 2011

Catatan Kehamilan | 32 weeks

Assalammualaikum,

Sepatutnya hari ni Sheila pergi check-up di klinik Pulau Meranti, tapi terpaksa ditunda ke satu tarikh yang lain sebab takut nak minta cuti dengan boss… boleh gitu.

Sekarang ni kalau nak ikutkan jadual checkup dah masuk dua minggu sekali… dan kalau ada hal in between, sheila akan ambil cuti. Nak buat camana, kebajikan keluarga terutamanya anak-anak perlu di ambil kira. Tapi hari ni memang Sheila tak mampu nak bersemuka dengan encik boss sebab baru hari Jumaat lepas Sheila cuti, juga atas urusan anak-anak.

Tadi call klinik minta tukar tarikh dan dapat le tarikh 29 November pukul 10.00 pagi. Ok le tu, nanti nak apply cuti hari Selasa… jadi total empat hari cuti.

Setakat ini Sheila tak menghadapi masalah berat melainkan satu je, miss V Sheila akan sakit setiap kali bangun daripada duduk… tapi bila dah 5-10 minit berdiri atau berjalan dah tak sakit dah… heran le juga. Tapi tak pula tanya doktor sebab musabab terjadinya sedemikian… sebab tiap kali pergi checkup asyik lupa aje… minggu depan nanti nak tanya… harap-harap le tak lupa.

14 November 2011

Catatan Kehamilan | 31 weeks

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Mula ingatkan hari Jumaat minggu lepas nak pergi ke Hospital Serdang untuk buat appointment, tapi kerja tak siap, makanya hari ni baru dapat pergi.

Sheila keluar dari rumah pukul 8.20am, sampai hospital sekitar pukul 8.40am camtu…. drive kereta pun santai-santai aje. Parking penuh… dua kali pusing akhirnya dapat le parking kereta nuuun kat tepi highway. Hospital bukan main besar, tapi apasal le tak cukup tempat letak kereta. Rasanya pihak hospital sepatutnya membangunkan sebuah kompleks letak kereta bertingkat bagi kemudahan pengunjung. Tapi kalau buat tempat letak kereta bertingkat, pastinya akan dikenakan bayaran…. rasanya cam tak kisah kalau kena bayar daripada pergi hospital nak mencari parking bukan main payah lagi.

Sheila sampai ke unit O&G sekitar pukul 9.05am. Letak surat doktor dan juga kad merah jambu dalam bakul, kemudian duduk dan tunggu hingga nama dipanggil. Lebih kurang 25 minit menunggu, nama pun dipanggil dan Sheila diberikan satu tarikh untuk temujanji – 8 December 2011. Tiga minggu lagi…. lamanya nak tunggu kan? Tapi menurut jururawat yang bertugas, jika terdapat kesan darah keluar, kena bergegas ke hospital bahagian kecemasan wad bersalin. Elakkan daripada kerja-kerja berat.

Minggu depan check macam biasa di klinik desa. Sekarang ni dah kena pergi checkup setiap dua minggu sekali. Bukan tak mampu untuk pergi checkup di klinik swasta, tapi rasanya macam suka dengan servis yang diberikan di klinik kerajaan. Walaupun masa menunggu itu agak panjang, sekitar 2 jam berbanding 30 minit di klinik swasta, tapi tak apalah kan….

Barang-barang baby Sheila pun dah sediakan serba sedikit… barang-barang mama je yang belum lagi… ada yang perlu dijahit, tapi pun belum dijahit lagi…. kumpul-kumpul bahan dulu, nanti baru jahit sekali harung. Jangan sampai lepas bersalin pun tak berjahit sudah…. kali ni tema untuk barang-barang baby ---> Hijau… sedap je mata memandang kan. Sebab pilih hijau, boy atau girl dua-dua boleh guna. Kali ni memang pun tak beli baju warna pink…. tak tahu kenapa, mungkin firasat pun dah menyatakan bakal dapat anak lelaki agaknya…. Insyaallah… mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kami sekeluarga.

09 November 2011

Catatan kehamilan | 30 weeks

Alhamdulillah, usia kandungan dah pun masuk ke angka 30. Maksudnya ada lebih kurang 10 minggu lagi. Semakin kencang jantung berdegup, semakin risau memikirkan saat melahirkan nanti. Walaupun dah pernah melahirkan sebelum ini, tapi setiap kelahiran itu mempunyai cerita tersendiri…. tidak sama detik dan ketikanya, begitu juga sejarah yang bakal dicoretkan juga pastinya tidak akan sama jua.

Temujanji di klinik Pulau Meranti

Tanggal 8 Nov. 2011, sebelah petangnya Sheila ada temujanji di klinik desa Pulau Meranti, Alhamdulillah… tak perlu terlalu lama menunggu. Dalam tempoh satu jam selesai diperiksa jika dibandingkan sebelum ni kena menunggu hampir dua jam baru selesai.

Jururawat di klinik desa Pulau Meranti dan suruh siapkan keperluan baby… kena beli baru le semua jawabnya. Yang ada cuma lampin kain dan empat pasang baju baby yang beli minggu lepas di Butik Anakku, Alamanda.

Balik dari klinik Sheila pun membuat lawatan tak rasmi di kedai barangan bayi di Putra Perdana tu. Not bad juga barangan yang dijual, jauh dari apa yang Sheila bayangkan sebelum ni. Ingatkan dia jual barangan yang biasa-biasa je, tapi rupa-rupanya barangan Pureen ada, Anakku pun ada… baju-baju untuk baby pun cantik-cantik coraknya. Maka terbelilah barang-barang baby, dan total semua RM190.00… terkejut juga le… mahalnya barang-barang sekarang ni. Rasanya baju baby dah cukup, yang tak ada cuma cloth diapers je yang belum beli…. peralatan mandian, nappy liner, pencuci dan lain-lain tu dah cukup dah. Next mission untuk mama pula ye…

Sebelah malamnya, Sheila pergi pula ke klinik An-Nisa di Putra Perdana dengan tujuan untuk melakukan ujian imbasan ultrasound pula. Kali ini doktor mengesahkan bahawa bayi yang bakal lahir nanti adalah bayi lelaki. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab Sheila setakat ni hanya ada seorang sahaja anak lelaki. Lepas ni ada le kawan buat si abang tu…

Placenta Previa (Uri di bawah)

Hasil daripada ujian imbasan ultrasound, doktor cakap kedudukan uri sedikit ke bawah, yang lain-lain seperti kedudukan bayi, kandungan air ketuban, pertumbuhan bayi semuanya ok… jadinya, doktor minta Sheila ke Hospital Serdang untuk ujian lanjut sebab katanya di sana tu ada pakar. Dah siap bagi surat rujukan untuk tindakan lanjut daripada doktor pakar di Hospital Serdang. Harap-harap tiada masalah le nanti.

Daripada maklumat yang diberi doktor semalam, kedudukan placenta Sheila agak rendah dari yang sepatutnya. Kedudukan placenta mengikut doktor tu lebih kurang macam kedudukan yang kedua tu… apa-apa pun nanti tengok apa kata pakar.

image

Artikel penuh boleh le rujuk ke link berikut : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/plasenta-previa/

Esok (10.11.2011) kita ke Hospital Serdang pula. Nanti Sheila update lagi ye…. sehingga jumpa lagi…

01 November 2011

Catatan kehamilan | 29 weeks & 11 weeks more to go

Assalammualaikum semua…

Wahhh.. bersawang sungguh blog makcik ye… lama dah tak berupdate… cerita macam-macam ada, tapi rasa macam tak terluah dek kata-kata.

Alhamdulillah… sekarang dah masuk minggu ke 29 kehamilan. Ye… Sheila hamil anak ke-5. Anugerah Allah kepada hamba yang terpilih. Ingatkan 4 orang je amanah yang Allah nak bagi…. tapi, kita hanya mampu merancang… Allah yang menentukan segalanya. Sheila dan suami menerima dengan lapang dada…

Jadinya ada lebih kurang 11 minggu sebelum saat kelahiran permata hati kami ke dunia. Nampak gayanya semua kena beli baru, yang ada cuma lampin kain sahaja, yang lain-lain dah selamat disedekahkan kepada orang.

Hari Ahad lepas (30/10/2011) sempat le singgah ke Anakku cawangan Alamanda beli empat pasang baju dan 2 pasang booties + mittens… maybe nak kena tambah sepasang dua lagi baju…

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan Sheila kali ini lebih kurang sama dengan kehamilan yang sebelum-sebelum ni… Sheila tak mengalami alahan yang teruk… cumanya kali ni tak boleh nak tengok kotor-kotor sikit atau ada bau pelik-pelik, mesti rasa mual dan nak muntah. Sampai sekarang pun masih lagi macam tu lagi… mungkin adik Al-Amin agaknya…

Lagi satu Sheila cepat letih… mungkin faktor umur agaknya. Jadi kepada sesiapa yang merancang nak anak tu elok le mengandung dan bersalin ketika masih muda, bila dah 30an ke atas… badan rasa macam lesu semacam je tau… tak bermaya…. tambahan bila tak ada pembantu, harapkan suami dengan anak-anak ajelah yang dapat membantu kerja-kerja rumah….

Sekarang ni dah mula kena sediakan hospital checklist. Nanti Sheila update lagi ye….

p/s : Dalam next entri, Sheila ceritakan pengalaman bersalin sebelum-sebelum ni ye…

13 September 2011

Resepi | Apam Pisang

Assalammualaikum…

Kita tinggalkan cerita semalam tu ye… hari ni jom layan resepi pulak ye. Sepatutnya entri ni dimasukkan pada bulan Ramadhan tempohari, tapi tak sempat…. cuma sempat dipostkan dalam laman sembang FB je. Hari ni Sheila kongsikan di sini ye…

Sheila dapat resipi ni daripada mak…. resipi ni mudah sesangat, tu yang suka je nak buat…

APAM PISANG

IMG_1891

Bahan-bahan :
1 cawan pisang mas (Sheila guna pisang berangan)
1 cawan gula (Sheila kurangkan kepada 1/2 cawan)
1 cawan minyak masak
2 biji telur
2 cawan tepung gandum + 1 tbsp Sodium bikarbonat (diayak)

Cara membuatnya :
Kisar semua bahan basah.
Apabila sudah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
Sudukan ke dalam acuan sehingga 1/2 penuh.
Kukuskan sehingga masak.

12 September 2011

Janji Hanya Tinggal Janji

Assalammualaikum,

Lama tak berupdate blog ni… sorry, sibuk sikit dgn urusan duniawi.

Apa perasaan korang kalau seseorang itu berjanji tapi hanyalah janji kosong semata-mata? Rasa macam kena tipu pun ada kan?

Begitulah resam dunia apabila masa kita diperlukan, macam-macam janji manis yang ditaburkan, tapi bila sampai masa… apa pun tak ada…

Itu le yang terjadi pada Sheila, dulu pada tahun 2002, Sheila dijanjikan dengan jawatan sebagai “Head of Department” (kononnya) dengan kenaikan gaji dan juga benifit kereta company…. bukan meminta jauh sekali mengampu ye… boss nak bagi kita terima aje le… Sheila dinaikkan gaji, agak banyak juga le (Alhamdulillah), kereta pun dah dapat (sekarang dah buruk dah pun)… tapi sampai sekarang ni, pangkat yang dijanjikan itu hanyut begitu sahaja, bukan le nak mengejar pangkat sangat, tapi bila dah berkhidmat hampir 15 tahun di syarikat yang sama sekurang-kurangnya ia dapat menaikkan lagi semangat dan meningkatkan lagi motivasi dalam diri…. Dari join tahun 1996, sampai le sekarang 2011, tak pernah sekali pun terima surat daripada boss berkenaan kenaikan pangkat, even jawatan sebagai “Senior” pun tidak diberi… sedih tau, rasa macam tidak dihargai.

Tahun lepas 2010, setelah 8 tahun berlalu… sekali lagi Sheila menanyakan tentang pangkat yang dijanjikan…. korang nak tahu apa jawaban yang diberikan?

“You tak boleh pergi meeting sebab you tak ada technical knowledge.” Pulak dah??? Sebelum ni tak ada pula cakap camtu… memang Sheila tak punya ijazah, tapi dengan pengalaman 15 tahun dalam bidang yang sama takkan masih tak layak kot? Itupun selama hari ni memang deal direct dengan client semua…. Boss cuma cari job, dah dapat terus bagi je kat sesapa yang free… kalau perlu design, baru le boss tu pergi meeting-meeting ni….

Tapi, Sheila hairan juga bila ada sorang ni dulunya Engineer… 6 tahun kerja sini, lepas tu dia kerja kat tempat lain selama 2 tahun… tahu-tahu dia masuk balik terus jadi Director… apa kes? Bukan iri hati, tapi sedikit sebanyak mesti ada terasa punya…. kita pun ada menyumbang kepada kemajuan company. Memang le dia dah bayar gaji, tapi bila bab JANJI ni… kalau agak-agak tak boleh nak tepati, jangan le berjanji…

Sheila pernah tanya juga ada tak apa-apa course yang boleh steel detailer attend untuk improve knowledge yang ada…. TAK ADA katanya… yang ada semua untuk Engineer sahaja…. ces!

Camana nak improve? Cer citer???… cer citer???

22 July 2011

Soalnya Hati…

Ingin ku menulis di ruangan ini yang telah lama ditinggalkan… cerita pengalaman bali pun masih lagi belum sempurna, bagaimana harus ku sambung cerita… ku ketandus idea sebenarnya.

Otak bercelaru, fikiran berserabut tidak tenang… hatiku meronta-ronta, aduh sakitnya.

Banyak perkara yang berlaku, kucuba hadapi satu persatu, menjadi isteri solehah, cuba menjadi ibu yang penyayang… pekerja yang berdedikasi? Aku semakin tiada hati, mungkin disebabkan semakin lama kerja-kerja yang diberikan kepadaku adalah kerja-kerja yang sangat memerah kepala otak ku yang dah sememangnya sarat dengan 1001 isu lain….  Aku hanya mampu berserah dan berdoa mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan. Terkadang Allah menguji kita dengan ujian kecil, aku redha… segala yang terjadi, adalah yang terbaik buatku.

Aku akan berusaha untuk lebih merapatkan diri kepada Allah, yang paling utama yang harus aku lakukan adalah istiqamah. Mampukah aku? Harus aku berusaha ke arah itu.

Setiap kali aku diuji, selalunya aku berfikir bahawa ada orang lain yang menerima ujian yang maha hebat dariku, aku pasrah, aku redha.

Izinkan ku mengundur diri.. panjang umur kita jumpa lagi.

Wassalam

Sheila
12:40am

04 July 2011

Travelog | Pengalaman Bercuti Di Bali – Hari 2

Jom sambung pengembaraan di Bali.

Hari kedua, rombongan kami akan menjelajah ke daerah di utara Bali… tapi di sepanjang perjalanan kami akan singgah di beberapa tempat menarik…

Selepas check-out, kami dibawa ke sebuah tempat perusahaan batik masih di daerah Kuta. Proses pembuatannya tidak banyak beza dengan batik yang dihasilkan di Malaysia, yang membezakan cuma motif coraknya sahaja…

Dari Kuta, kami singgah di daerah Celuk dan Mas… sebuah daerah perusahaan barangan perak dan emas… seni buatannya halus sekali… dari Kuta ke Celok mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan…. ada yang membeli dan ada yang cuci mata je… mungkin ada hajat lain di hati. Seterusnya kami ke Ubud… sebuah daerah pertukangan kayu. Kalau berhajat untuk mendapatkan perabot atau perhiasan dinding hasilan kayu, Ubud adalah tempatnya… buatannya sangat halus… memang kalau ikutkan hati mau aje berbelanja habis-habisan di sini… tapi cukuplah sekadar sebuah motorsikal berkuasa tinggi jenama HD buat cenderahati.

Selepas makan tengahari di Ubud, kami singgah di sebuah kawasan penanaman kopi yang menjalankan perusahaan kopi luwak atau dikenali juga dengan panggilan kopi musang… ada kopi testing di sini… kami juga diterangkan bagaimana proses penghasilan serbuk kopi, daripada buah – biji – digoreng – ditumbuk. Kopi luwak tidak diberikan percuma, anda perlu membayar Rp50,000 untuk secawan kecil kopi…. kalau ada yang teringin silakanlah.. Sheila minum tak? Cuba teka…

Ok… dah minum kopi… jom kita berangkat. Sebelum sampai ke destinasi – Lovina Beach, kami akan singgah di Kintamani… sebuah daerah tanah tinggi yang menyajikan kesegaran udara… lebih sejuk dari Cameron Highland. Perjalanan dari Ubud mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai di sini…

Kintamani mempunyai sebuah gunung berapi yang aktif iaitu  Gunung Batur dan di lembahnya terdapat sebuah tasik yang indah juga dinamakan Tasik Batur… kami bernasib baik kerana ketika sampai di sini, masih kelihatan puncak gunung dan sempat bergambar selama kira-kira 10 minit sebelum suasana persekitaran berubah diseliputi kabus tebal dan suhu turun ke paras 10 darjah celcius… sejuk banget… kami meninggalkan puncak Kintamani sekitar jam 6.30 petang, tapi suasa sekeliling memang dah gelap macam pukul 7.30 – 8.00 malam.

Dari puncak Kintamani akan mengambil masa 2.5 jam untuk sampai ke pantai Lovina… jadi kami semua tidur di sepanjang perjalanan menuruni gunung… Amni muntah 3-4 kali semasa turun disebabkan jalan yang bengkang-bengkok… sabar ajelah…

Kami tiba di pantai Lovina sekitar jam 9.00 malam dan terus di bawa ke salah sebuah restoran di sana. Makanan sudah sedia menanti… Alhamdulillah. Sambil makan kami dihiburkan dengan dendangan lagu dari live band yang mengadakan persembahan setiap malam di sana… sungguh lunak suara si penyanyi…

Check-in di hotel Melka – hotel yang menyediakan terapi ikan lumba-lumba… bilik kami sangat klasik dan segala-galanya klasik dan basic di hotel ini… sabar ajelah… kettle pun tak disediakan…. ok… tidur awal, esok pagi harus keluar awal untuk mengejar ikan lumba-lumba…

01 July 2011

Travelog | Pengalaman Bercuti Di Bali – Day 1

Assalammualaikum & Salam sejahtera…

Cerita tentang Bali ni dah 2 minggu berlalu, sebelum terlupa ingatan… baik le cepat-cepat Sheila masukkan entri PENGALAMAN BERCUTI DI BALI… Percutian ini ada atas tajaan Strutech Engineering Consultant… tq boss… next year ke mana pulak kita?

Jom ikut Sheila menelusuri liku-liku perjalanan selama 4 hari di Bali. Ingin Sheila ingatkan di sini, entri ini akan menjadi agak panjang berjela makanya sediakanlah air dan bertih jagung semasa membaca entri ini…

Lokasi : Bali
Tarikh : 9 – 12 Jun 2011
Tempoh : 4 hari 3 malam
Bilangan peserta : 39 orang (dewasa+kanak-kanak)

Hari pertama (9 Jun 2011)

Penerbangan kami di taja oleh menggunakan perkhidmatan AirAsia, peneraju penerbangan tambang murah Malaysia… sesubuh sepi’i dah kena ada di LCCT… tak le subuh sangat, kira-kira pukul 9.30 pagi. Flight pukul 11.50 pagi, kiranya pagi tu santai-santai aje le… tambah bila melancong bersama anak-anak, semuanya kena bersedia lebih awal dan kena lebih organise… sebab nak enjoy sepanjang percutian.

Tiba di International Airport Ngurah Rai, Kuta, Bali  sekitar pukul 3.00 pm, disambut dengan kalungan bunga frangipani yang harum semerbak sampai pening kepala… Tour guide kami sepanjang percutian ini, Aswata menanti ketibaan kami dengan sebuah bas dan sebuah van bagi menampung bilangan kami yang ramai.

bali2

Perut masing-masing dah mula berkeroncong… maklumlah belum makan tengahari lagi. Untuk anak-anak, Sheila ada bawa bekal roti dan coklat tapi dah namanya perut melayu, mesti juga nak makan nasi… kalau tak dapat nasi… badan lemah longlai tak bermaya… camana nak pergi buat lawatan cik kiah nanti kan??? Jadi untuk lunch, kami makan di restoran Malioboro yang menghidangkan ayam tulang lunak sebagai specialties mereka… tapi, terus terang cakap… tak lalu nak makan ayam… kembang tekak… Sheila akhirnya order nasi putih dan ikan dua jenis… gurami sambal dan gurami kukus… airnya teh botol…

Bali1

Pernah dengar “teh botol”? Teh botol ni teh jasmin… tak sedap! tak sedap!… tu le kan.. pandai-pandai order last-last sendiri tak minum… air mineral aje le jawabnya…

Makan tengahari tidak termasuk dalam pakej… sendiri bayar… total Rp295,000 lebih kurang RM90.00 untuk kami 7 orang… hmmm… mahal gak le.

Lepas tangki perut di isi penuh… kami terus di bawa melawat kuil Uluwatu untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam… kuil ini terletak di tebing tinggi tepi laut… Subhanallah… melihat keindahan matahari terbenam amat mendamaikan jiwa dan Sheila memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa kerana diberi peluang untuk melihat kebesaran ciptaanNya… Alhamdulillah.

bali3

Selepas melihat-lihat sekeliling… acara seterusnya kami ke GWK (Garuda Wisnu Kencana) untuk minum kopi/teh dan menjamah goreng pisang panas… masa ni dah malam, pukul 7.00 pm tapi dah gelap macam pukul 8.00. GWK ni sebenarnya sebuah taman dengan patung Garuda Wisnu Kencana yang sangat besar sebagai mercu tanda… kami tiba dah malam, jadinya tak nampak sangat taman-taman di sekeliling.

bali4

bali5 
Seterusnya kami ke pantai Jimbaran untuk menikmati juadah makan malam pula. Di sini, kami disambut oleh penari tradisional Bali..  kami dihidangkan dengan BBQ Seafood bersama nasi putih… airnya air kelapa, oren jus dan air mineral… kenyang air je… kebiasaannya pengunjung pantai jimbaran ni akan menikmati panorama matahari terbenam di sini…

bali6 
Dah kenyang makan, barulah kami di bawa check-in hotel… penat seharian berjalan… pukul 10.00 malam baru dapat nak berehat sebelum esok meneruskan perjalanan yang lebih jauh…

bali7

Kehamilan | Kepentingan Asid Folic

Apakah asid folik?

Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

sumber : www.babycenter.com.my

29 June 2011

Mary Kay Independent Beauty Consultant

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sheila nak maklumkan bahawa sekarang ni Sheila sudah sah menjadi seorang Independent Beauty Consultant dengan membawa jenama Mary Kay... Kepada sesiapa yang berminat nak mendapatkan lebih info tentang keistimewaan produk Mary Kay ni, jangan segan silu untuk menghubungi Sheila ye...

Bagaimana Sheila bermula dengan Mary Kay?

Pada awalnya Sheila menyertai Mary Kay hanya untuk memenuhi keperluan peribadi. Maklum le... Sheila ni selalu sangat bertukar-tukar jenama untuk penjagaan muka... tak pernah stick pada satu jenama je... bukannya apa... tak sesuai dengan Sheila... contoh : ada tu pencucinya membuatkan kulit muka terasa kering sangat selepas mencuci muka... kekadang pelembabnya menyebabkan kulit muka yang sudah sedia ada berminyak ni bertambah lagi minyaknya... dapat pulak kalau time tengahari... ala-ala boleh menggoreng ikan je kekdahnya...

Kemudian, Sheila diperkenalkan dengan barangan Mary Kay ni oleh adik sepupu... dia offer untuk buat Free Facial... barang FREE sapa tak nak kan??? Apa lagi... ON aje le... memang allergic betul dengar perkataan FREE kan

Mai nak story... Masalah kulit Sheila ni kulit jenis kombinasi dah tu tak firm... nampak sangat dah mengelebeh...tapi dengan sekali percubaan, terus je pipi Sheila ni nampak naik... ala-ala kena inject dengan Botox... hahaha... suker suker... itu baru pertama kali pakai... kalau dah banyak kali guna.... cuba le banyangkan.... terangkat babe...

So, sekarang bila dah beberapa bulan menggunakan Mary Kay ni... Sheila rasa happy... oh! lupa nak cakap, Sheila guna set TimeWise... dah 2 bulan pun pencucinya banyak lagi... bukan sebab jarang-jarang guna ye... tapi sebab tak perlu guna banyak... sikit dah memadai.

Mary Kay ni ada banyak set, setiap satu berlainan... mengikut jenis kulit setiap individu... dan lagi, ianya boleh digunakan oleh individu yang berkulit sensitif juga...

Sebelum membeli sesuatu produk.... anda seharusnya mencuba dulu, puas hati baru beli... tak sesuai, tak perlu beli ....

Jadi... jom jom kita mempercantikkan diri kita dengan barangan Mary Kay...

Salam hormat,

Sheila Wahid
Independant Beauty Consultant
012 301 3341
rosilawati.wahid@gmail.com
www.marykay.com.my


28 June 2011

Tips Kecantikan | Merawat Masalah Bibir Kering

Assalammualaikum…
Apa khabar hari ni? Sheila harap semuanya berada di dalam keadaan sihat hendaknya….
Hari ni Sheila nak berkongsi cerita... Kalau nak tahu, dah bertahun-tahun lamanya Sheila menghadapi masalah bibir kusam, kering dan mengelupas…. dah guna pelbagai pelembab bibir yang sheila gunakan tapi masih sama juga… sedih… Banyak faktor yang menymbang ke arah masalah Sheila ni antaranya kurang minum air dan juga pendedahan terlalu lama dalam bilik berhawa dingin.

image

Sehingga akhirnya Sheila diperkenalkan dengan dua produk hebat Mary Kay khusus untuk mengatasi masalah bibir seperti kusam, kering, mengelupas iaitu “Satin Lips”….
image
APA KATA PAKAR PERUBATAN,
” Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis. Apabila usia meningkat, lapisan yang nipis ini bertambah tipis. Untuk memburukkan lagi keadaan, kulit bibir tidak memiliki kelenjar peluh atau sebum. Tanpa lapisan perlindungan peluh dan minyak semula jadi ini, bibir cepat kering, mudah mengelupas dan menjadi tua lebih cepat berbanding kulit di bahagian-bahagian badan yang lain.”
Satin Lips oleh Mary Kay
Mengikut cara Mary Kay, terdapat dua langkah untuk mendapatkan bibir yang lembut serta mulus…

Langkah 1 : Lip Mask

image
Bukan muka je perlukan masker, bibir pun perlukan masker yang sesuai untuk merawat dan menjaga bibir kita yang nipis ni… cara pakai pun mudah, sapukan di bibir 1-2 minit, lepas tu bersihkan dengan lembut… 

Langkah 2 : Lip Balm

image
Selepas dah sapu mask, apply pula lip balm ni… boleh tahan sehingga 6 jam selepas setiap kali sapuan… tiada bau dan rasa yang tidak menyenangkan…
Paling Sheila suka… harganya sangat berpatutan dan boleh tahan sehingga 11 bulan mengikut cara penggunaan yang ditetapkan.

Berminat dengan produk ni?

Hubungi :

Sheila Wahid (Independent Beauty Consultant),
012.301.3341
rosilawati.wahid@gmail.com
www.marykay.com.my

21 June 2011

Ouchh!… Its Hurt!…

Apabila hati dilukai oleh insan yang kita sayang… lukanya sangat dalam, pedihnya teramat sangat…

Bila diingat kembali, air mata ini pastinya bergenang di kelopak mata… terima kasih atas nasihat dan teguran yang diberi… akan kuingat sampai mati…

“Ya Allah, janganlah kau jadikan aku alpa dengan nasihat dan teguran yang telah diberikan oleh insan-insan yang aku sayang.”

16 June 2011

Resepi | Ikan Terubuk Masin Goreng Tepung

Assalammualaikum…
Alhamdulillah, Sheila sekeluarga dah selamat balik dari bumi Bali. Nanti Sheila kongsikan pengalaman Sheila di sana. Sementara tu jom jenguk dapur Sheila jap.

Balik dari bercuti, Sheila menerima bungkusan daripada Lina dari Kabong, Sarawak. Lina ni sebenarnya pelanggan yang membeli mesin jahit dari Sheila… sungguh bermurah hati cik puan Lina ni sanggup mengepos sekotak ikan terubuk masin yang segar-bugar dari ladang… walaupun kami tak pernah bersua muka, tapi atas dasar persaudaraan Islam, hubungan kami terjalin.

Terliur melihat ikan-ikan tu, lepas balik dari ofis terus je Sheila bersilat di dapur… biasanya ikan ni Sheila buat masak lomak, tapi bumbunya tak berapa nak cukup… jadi untuk menunaikan hajat… Sheila salut ikan dengan tepung jagung dan goreng garing… lepas dah garing angkat dan toskan… kemudian goreng pula hirisan bawang, halia dan cili padi…. tidak ketinggalan, perahankan limau kasturi masa nak makan… (jika suka...)

Ikan Trubuk Masin

Inilah hasilnya…

Ikan Trubuk Masin2


memang sedap makan dengan nasi panas-panas… tak payah ada lauk lain pun tak apa dah… bak kata orang, mak mentua lalu belakang pun tak perasan dah ni…

* Nota - Ikan ni banyak tulang ye... kena hati-hati semasa makan, takut tercekik tulang ikan terubuk pula...

27 May 2011

Masak Lemak Cili Padi dan Sambal Kuini

Mode teringin…. :-)

Semalam lepas le mode teringin nak makan masak lemak cili padi ikan sepat masin + nanas dan sambal kuini berulam timun. Puas dapat makan masakan sendiri. Kalau tak asyik makan nasi bungkus je. Jangan salah paham ye… bukannya malas masak, tapi selalu balik lambat…P1030229Hari ni bawa bekal buat makan lunch… dapat le kengkawan merasa masakan Sheila tu… dah rezeki mereka kan… Alhamdulillah.

Dan last but not least, keledek bakar…

P1030230

Ikan masin masak lemak cili padi dan nanas

P1030223

Sambal Kuini yang sedap…

P1030224

Bahan-bahan :

Cili merah
Cili padi
Belacan
Garam
Kuini

26 May 2011

Resepi | Masak Lemak Cili Padi – Ikan Masin Sepat + Nanas

Assalammualaikum,

Semenjak seminggu dua ni Sheila teringin benar nak makan masak lemak cili apa ikan masin sepat + nanas… tadi bila meng’Google’ jumpa website ni ---> www.jintanmanis.com, terus terliur tengok gambar masak lemaknya…

image

Resepi sila check di sini : Jintan Manis dot com

Ingat nak masak buat makan malam ni… dapat pulak nasi panas-panas… hmmm…. sedap. Boleh sambil menaip ni pun menjejeh-jejeh air liur…

Menu malam ni :-

  • masak lemak cili padi ikan masin sepat + nanas
  • ikan goreng
  • sambal kuini
  • ulam timun

Lambatnya nak petang… hari ni nak balik awal…

25 May 2011

Lagi Dua Minggu…

Kami sekeluarga akan terbang ke bumi ini….

image image image image

B A L I

Sebenarnya percutian kali ini adalah sempena company trip, jadi dah alang-alang cuti sekolah, Sheila bawa semua sekali termasuk mak. Kiranya ini first oversea trip buat anak-anak… semua macam dah tak sabar-sabar dah… anak besar dah tahu, tapi anak kecil yang dua orang tu masih belum mengerti.

Ada yang dah sampai ke Bali? Boleh kongsi pengalaman tak?

24 May 2011

Bicara Hati | Kenapa kau sedih duhai hati?

Assalammualaikum,

Tiada apa yang dapat Sheila kongsikan di sini... hanya luahan rasa buat pengubat duka lara di hati... hanya Allah yang maha mengetahui perasaan Sheila di saat ini... mudah-mudahan Sheila diberikan ketenangan dan petunjuk olehNya.... Amin

Enter Password - Luahan Perasaan


There is hidden text here

11 May 2011

Ipad2 | Online Booking

Dah mengidam nak beli Ipad2 pulak dah… dah lama berkenan ni… ada yang nak kasi hadiah tak??

Tapi Sheila ada masalah nak pilih antara dua, yang pink atau merah… yang pink - sweet… yang merah – kulit… beza tak banyak sangat, sekitar RM140.00

Mmmmm… ada cadangan tak?Ipad2-Pink

iPad 2 with Wi-Fi + 3G 32GB – Black | RM 2,358.00

 Ipad2-Red iPad 2 with Wi-Fi + 3G 32GB – Black  | RM 2,498.00

Kemudian di sebelah belakang boleh engrave… boleh le nak letak nama ke… madah berhelah ke… apa-apa je lah yang nak tulis…

ipad2 
Sheila nak engrave apa ye? Mungkin Line 1 – Sheila Wahid, Line 2 – Forever Young (ceh.. perasan jiwa muda)…

Kalau ada yang berhajat nak membeli, pergi je ke Apple Store… delivery dalam 1-2 minggu… pilihan di hujung jari je.

Tetiba timbul idea nak tulis surat kat suami… agak-agak suami Sheila setuju tak?

Kehadapan Suamiku yang dicintai,

Abang,

Boleh tak nak sayang nak minta hadiah awal sempena ulangtahun perkahwinan kita yang ke-14 pada bulan Nov nanti? Kiranya nanti tak payah le abang nak pening-pening tak tahu nak bagi hadiah apa… Kalau abang setuju, hari ini juga sayang booking Ipad2 ni… boleh ye abang??

Sayang akan menjaga sebaik mungkin hadiah pemberian abang ini sepertimana sayang menjaga diri sayang… sayang juga akan menyayangi Ipad2 ni sebagaimana sayang menyayangi abang…

Pleasseeeee…. <--- nada merayu

Salam sayang.

Daripada,
Isterimu

Tips Fesyen | Bagaimana Menggayakan Skirt Labuh

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Diharap kalian semua sihat sejahtera hendaknya.

Berkenaan dengan tajuk hari ni, Sheila bukanlah seorang yang arif tentang fesyen tapi sejak berjumpa dengan website Polyvore, Sheila dah jatuh hati... Jatuh hati???

Ya, Sheila dah jatuh hati pada website tu. Mana tidaknya, kekadang ketandusan idea bagaimana nak menggayakan sesuatu pakaian agar sesuai dengan penampilan seorang muslimah, tapi di Polyvore Sheila boleh menyuai-padan agar bersesuaian dengan citarasa Sheila. Kalau korang pun ketandusan idea mencari konsep fesyen, pergi le ke Polyvore... pasti ada yang sesuai...


Memang kalau tengok plain skirt macam kat atas ni, sekali pandang macam errmmm... "plain"... tapi bila dah ditambah dengan perhiasan yang sesuai... hasilnya... 

...

 Sheila suka style ni... simple je...

10 May 2011

Peluang Beramal Jariah

(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti anda, terima kasih)

السلام عليكم

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.

BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:

1) Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama; 

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)

2) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.

3) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.

4) Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)

5) Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.

6) Menaja peralatan rumah dan dapur.

7) Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.

8) Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).

9) Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)

10) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)

11) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)

LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU

No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

E-mail: lamanasnaf@yahoo.com

Setiap sumbangan melebihi RM500 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan.

Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132

Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)

Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)