25 February 2011

“Ingatkan makcik mana tadi?”

Perbincangan suami isteri semasa di dalam kereta on the way balik rumah dari tempat kerja… Kita bagi nama Tipah & Junid. Tipah mempunyai masalah berat badan berlebihan… kena kurangkan 20kg untuk dapatkan berat badan ideal… berat sekarang 72kg, berat badan yang diidam 52kg… jadi Junid ni pun layankan ajelah…

Tipah  : Abang, sayang nak kurus!          
           Kalau hari-hari cakap nak kurus boleh kurus tak??
Junid : Boleh… tapi kena KONSISTEN, buat SENAMAN & jaga
           pemakanan..
           Air kena minum lebih… supaya lemak dalam badan dapat
           dibakar dengan lebih cepat.
Tipah : Ok abang… mulai hari ini sayang berazam untuk menurunkan
           berat badan…

Tipah dengan penuh semangat menanam azam (walaupun tak tahu azam yang kali ke berapa ntah…), Junid yang sangat prihatin dan sangat sayangkan isterinya ni terus memberikan semangat tanpa putus asa…

Sebelum sampai di rumah, mereka singgah di kedai mamak untuk menapau roti canai dan roti bom yang dipesan anak-anak… Tipah yang membayar di kaunter. Lepas dah bayar tu nampaklah Tipah yang Junid sedang berborak dengan jiran mereka suami isteri yang kebetulan juga ada di situ… sebenarnya lama juga mereka (Junid+Tipah & jiran+isteri) tak bersua muka… jadi Tipah pun pergilah menyapa mereka… Tetiba…. boleh pulak si suami jiran tadi cakap…

“Ingatkan makcik mana tadi???”image

Lepas tu boleh lak tanya…

“Ke ko ada isi ni?”

Persoalan yang nak dibangkitkan di sini, kalau korang le berada dalam situasi di atas, apa yang akan korang buat???
Sentapkah?
Bengangkah?

Kebetulan pulak le si Tipah hari tu tak make-up… pakai pulak selendang kembang (selalunya pakai tudung ala Ariani)… tapi baju tak lah pulak nampak macam baju makcik-makcik… hmmm…

p/s : Nama di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia…

23 February 2011

Travelog | Camping di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu *Part 3

Ok Sheila janji… ini adalah last part untuk camping di Sungai Chiling… Lamanya nak habis kan…

Aktiviti pagi ni… tracking ke air terjun… perjalanan akan mengambil masa 40 – 60 minit dengan 5 kali meredah sungai. Trek kira tahap beginner… melalui lereng sungai. Isya’Allah tak sesat tapi selalulah berhati-hati. Setiap lintasan sungai akan ada papan tanda…

Untuk tracking kalau pakai Adidas kampung aka kasut getah adalah digalakkan… kasut pasti akan basah sebab kena meranduk dalam sungai… ada kalanya paras air sampai ke pinggang.. Saranan Sheila pakai siap-siap baju untuk mandi di air terjun dan tak perlu bawa baju kering sebab memang akan basah… yang perlu dibawa adalah makanan dan air minum… kalau dapat milo panas lagi best.

aaaa…. panjangnya nak tulis cerita… maunya sampai part 7 lak nanti… apa kata layan je lah gambar kat web album ni… enjoy…

---> Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu <---

21 February 2011

Travelog | Camping di Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru *Part 1

Assalammualaikum,

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah semalam pukul 7.45pm… Seronok… yeay… tak sabar nak cerita kat korang semua..

Hari Sabtu lepas (19/02/2011) akhirnya sheila satu famili pergi ke kkb. Gerak dari rumah dah pukul 11.30am… plan asal nak gerak pukul 8.00am tersasar…. sheila tak pernah sampai daerah kuala kubu bharu ni, tapi rasa-rasanya tahu kat mana… jadinya kami redah je…

Bagaimana ke sana?

Sheila ikut highway plus kemudian keluar ikut tanjung malim… dari tol, ambil simpang ke kanan menghala ke kuala lumpur. Nanti akan lalu Kalumpang dan Kerling. Sampai je di traffic light (ada Dataran KKB sebelah kiri) ambil kiri menghala ke pekan kuala kubu bharu/bukit fraser. Drive lebih kurang 10-15 minit nanti akan sampai ke pekan kuala kubu bharu.

lebih kurang 15-20 minit memandu dari pekan kuala kubu bharu, akan nampak dinding empangan sebelah kiri… dari empangan ni dah tak jauh dah…

P1010696 
Subhanallah… cantik sungguh pemandang di empangan ni… kami berhenti sekejap untuk mengabadikan kenanga di sini…

page 
Tak habis-habis mengagumi keindahan tasik, tahu-tahu kami dah sampai ke Kg. Sungai Pertak (sebelah kanan jalan / atas bukit)… dan melintas jambatan besi… dari jambatan besi dah nampak dah banyak kereta bersusun di pinggir jalan… lebih kurang 100 meter dari jambatan besi tu dah boleh nampak pintu gerbang santuari ikan sungai chiling di sebelah kanan. Kereta park tepi jalan je…

Jom hiking ke pejabat santuari ikan….

P1010708

18 February 2011

Camping Trip | Persediaan Berkhemah Dengan Anak-anak

Assalammualaikum,

Minggu ni nak bawa anak-anak tidur dalam hutan… persiapan belum satu pun siap, cumanya paperwork je yang dah ada. Mula ingatkan tak jadi sebab Adini ada futsal match Sabtu ni, tapi tadi papanya dah call pengurus diorang dan pengurus tu kata OK!… Alhamdulillah, lega gak… kalau tak mamanya ni jenuh nak kena fikir Plan B pulak.

Yang Sheila anak-beranak beria nak pergi camping ni sebab Sabtu minggu depan (26 Feb. 2011 – 5 Mac 2011) papa budak-budak ni nak ke Gunung Tahan… tu yang kitorang ni (terutama mama diorang ni lah….) beria-ia sangat nak ajak juga pergi camping… tak jadi tidak… Nasib baik cik abang setuju… tersenyum lebor le ahkak sampai ke telinga… ahaks…

Ni first time nak berkhemah dengan anak-anak ni. Tak tahu le camana, jangan nak mintak air-cond kebagai sudah… ada yang kena tidur dalam sungai kang…. Destinasi kami Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. Sheila tak tahu kat mana, tapi mengikut carian Google, tempatnya dekat jalan nak menghala ke Fraser Hill…. agak-agak kalau tersesat nanti sampai ke Bukit Fraser, kira ok le kan??? Fraser Hill pun Sheila belum pernah sampai lagi… hihihi… tak ada lak rasa macam nak pergi bila memikirkan keadaan jalan yang bengkang-bengkok tu… tak dapat nak bayangkan….

sgc-r-main-waterfall 
Eh! lari topik lak… ok, Sheila senaraikan peralatan yang perlu ada / kena bawa untuk camping… elok kalau ada peralatan sendiri, tak ada kalu??? kita pinjam le dengan kawan-kawan yang baik hati… +_+

Keperluan Berkhemah

  1. Khemah
  2. Parang / Pisau
  3. Lampu / Bateri
  4. First-Aid Kit
  5. Belerang *
  6. Fly Sheet
  7. Mestin
  8. Tali Nylon
  9. Ground Sheet

Haa… tu baru keperluan untuk tidur. Lepas tu dah tentu-tentunya kita kena nak makan… nanti perut lapor lepas berendam dalam sungai tu… tak kan nak mintak dengan jiran khemah sebelah pulak… kena le bawak segala pinggan mangkuk, periuk belanga semua…

Keperluan Memasak

  1. Periuk
  2. Cerek
  3. Kuali
  4. Dapur + Gas
  5. Plastik Sampah
  6. Sabun Pencuci
  7. Sponge Pencuci
  8. Pembuka Tin
  9. Senduk / Sudip
  10. Bekas Telur
  11. Kertas timah pembalut makanan

Keperluan Individu

  1. Kasut & Selipar
  2. Beg Hiking
  3. Sudu + Garfu
  4. Torch Light / Head Light
  5. Poncho
  6. Toiletries
  7. Botol Minuman
  8. Wisel
  9. Sleeping Bag / socks
  10. Sleeping Mat
  11. Baju mandi
  12. Caps / Hats / sun-glass / glove
  13. Insect Repellent
  14. Energy Bar / Chocolates / Fruits
  15. Deep Heat for muscle cramps (penting)
  16. Alat pertolongan cemas
  17. Pakaian
  18. Keperluan solat

Bang… kalau gini le gayanya… macam nak kena angkut satu rumah je kekdahnya… ngeee… menu nak makan apa belum decide lagi… petang-petang sikit le kot baru nak buat menu… aci tak kalau masak siap-siap dari rumah kemudian tapau je bawa pergi camping…???

Tentatif Program

Program : Famiventure Part 1
              Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu,
              Selangor.

Tema     : "Jom Tidur Dalam Hutan"

Tarikh    : 19 Februari 2011 - 20 Februari 2011

Bayaran  : RM10.00 seorang

Ahli        : En. Jai  (Ketua XPDC)
               Pn. Sheila (Tukang Masak)
               Adini (Kebersihan)
               Amin (Peralatan)
               Amni (Keceriaan)

Hmmm… kena fikirkan juga permainan/aktiviti untuk anak-anak ni… baru seronok dannn…. buku sekolah kena bawak jugak ye… seronok, seronok juga, kerja sekolah kena buat… tak nak buat-buat lupa lak ye…

Nak tahu kisah selanjutnya….??? Jangan ubah siaran anda >_<… Selamat berhujung minggu semua…

Tata..

17 February 2011

Travelog | Bukit Tabur, Ulu Kelang

bismillah
Assalammualaikum…
12 Februari 2011

Malamnya bila dapat tahu anak-anak tak ada yang bersekolah ganti minggu ni, Sheila dan cik abang berpakat untuk pergi mendaki Bukit Tabur di Ulu Kelang. Perjalanan dari rumah di Puchong melalui lebuhraya MEX mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kaki Bukit Tabur. Alhamdulillah cuaca pagi itu redup je… tapi bimbang juga kalau-kalau hujan… sebab pendakian dalam hujan adalah sangat merbahaya…

Cik suami dah beberapa kali ke sini, tapi bagi Sheila ni first time… wahhh… teruja.
Bukit Tabur 1
Pendakian bermula pada pukul 8.35am… kami mendaki melalui kawasan hutan dan selepas 15-20 minit pendakian, dah boleh nampak empangan Klang Gate… pemandangan yang cantik dengan gunung ganang yang berlapis-lapis… sayup-sayup kelihatan juga taman tema di puncak Genting….

Bukit Tabur 2 
Pendakian diteruskan lagi… kali ni corak pendakian sudah mula berubah… bukan lagi tanah dan pasir, tapi kali ini di permukaan kasar dan tajam… kalau dah biasa dengan rock climbing tentunya tiada masalah untuk menempuhi halangan…

Bukit Tabur 3
Tapi kena selalu berhati-hati ye… tidak boleh silap langkah, pasti buruk padahnya…

Bukit Tabur 5
Semakin tinggi mendaki, semakin indah pemandangan… Subhanallah… Lihatlah flora dan fauna yang terdapat di puncak Bukit Tabur… Sheila suka pokok tu… unik dan menarik.

Bukit Tabur 4
Alhamdulillah… kami sampai ke puncak sekitar jam 11.30 pagi selepas beberapa kali berhenti untuk sesi fotografi….

Part yang paling mencabar bagi Sheila, nak kena turun tali. GAYAT! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan masa tu. Menyesal, nak menangis, nak balik naik helikopter… haih.. bercampur-baur perasaan Sheila masa nak turun tu.

P1010654
Tapi, nak tak nak, terpaksa le melawan semua perasaan takut tu… semua doa dibaca… di dalam hati tak henti-henti berzikir mudah-mudahan Allah melindungi… dan Alhamdulillah Sheila berjaya melepasi halangan menuruni tali di belakang sana untuk sampai ke  puncak bendera ni….
 Bukit Tabur 6
Abang Sheila cakap, untuk balik boleh melalui jalan yang sama waktu mendaki atau boleh balik ikut jalan kebun. Jadi kami memilih untuk melalui jalan kebun…. tapi trek ni jauh, bosan dan amat memenatkan. Tetiba keluar perasaan dalam diri rasa tak nak lagi pergi tracking…. plan nak ke gunung Kinabalu pun macam dah tak ada hati nak pergi…

Adeh… fizikal dan mental kena kuat kalau nak mendaki atau tracking ni. Kalau tak… ada yang patah hati… rasa nak baring, tak boleh nak angkat kaki… macam-macam le alasan yang keluar… Memang kena kuat semangat.

Dipendekkan cerita, Sheila lucky beany selamat sampai di bawah pukul 1.55 petang… Alhamdulillah, dan sebelum balik ke sangkar rumah, kami singgah di gerai makan Taman Melawati untuk minum cendol ais yang… hmmm menyamankan tekak… dan makan rojak sotong yang sangat sedap… dengan air kelapa… macam-macam nak telan kan, macam orang kebuluran berhari-hari tak makan je kekdahnya…

Kenangan hari lahir di puncak Bukit Tabur pasti tidak akan dilupakan…

11 February 2011

Birthday Cake | Red Theme = Red Velvet Cake

bismillah

Assalammualaikum,

image 
Silalah menjamu mata dengan gambar kek red velvet ni ye… yumm yumm sedappp… kalau ada yang tercari-cari kek untuk sambutan hari lahir, boleh cuba kek ni… memang sedap hingga menjilat jari…


psssttt : tetiba teringin nak makan kek red velvet ni

10 February 2011

Tips | Benteng Pertahanan Diri , Keluarga & Harta Benda

image

Sheila kongsikan tips/info yang diterima melalui e-mail… harap dapat manfaat bersama…

  1. Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
    i.   Al-Muawwizat
    ii.  Ayatul Kursi
    iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
    iv. Ayat Berkubu
    v.  Ayat Penggerak

    1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
          BACAAN
    Al-Muawwizat iaitu;
    1. Surah Al-Ikhlas
image
2. Surah Al-Falaq
image
3. Surah An-Naas
image

CARA

  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
  2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

    2.0  AYATUL KURSI
    BACAAN
image

Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup
    disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat
    melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan
    mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah).
    Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN

image
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. (7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah 
    kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri
    rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil
    baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah
    Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai
    bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali
    baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan
    bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN

image
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat
    ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas.
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0  AYAT PENGERAK
BACAAN

image
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

  1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Sharing is caring… sebar-sebarkanlah

Adakah Ini Cinta???

Buat adik-adikku… Selamilah hati kamu…

image

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi; jangan terlalu sedih ... terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali; mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia; jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu; atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya.

Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.
Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu.
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang berbaik untuk diri kita... tetapi, sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama... ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya… kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini : saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.

Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya; merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan... Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya. Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka.

Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keihlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta,

- ia bukan 'passport' untuk anda difahami;
  tetapi untuk anda memahami.
- ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini;
  tetapi untuk anda diambil.
- ia adalah untuk anda mendengar;
  bukan supaya anda didengar.
- ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur;
  bukan untuk anda meminta itu dan ini.
- ia bukan untuk anda berkira-kira atau mengukur;
  tetapi untuk anda mencintai.

Bercintalah kerana Allah swt kerana anda akan dapat cinta yang hakiki…

Sumber : MuslimSocial

Tips | Muda Jelita Sepanjang Usia

image

“Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat“

Menurut Islam, tubuh badan mempunyai haknya sendiri. Haknya ialah menjaga setiap anggota tubuh termasuk otak supaya sihat dan cergas. Sabda Rasullulah s.a.w “Badanmu juga memerlukan hak yang mesti engkau jaga“.

Otak memerlukan jumlah oksigen yang banyak iaitu di antara 20% - 25% oksigen yang diterima oleh tubuh untuk berfungsi dengan optimum. Kekurangan bekalan oksigen akan menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Kekurangan oksigen menyebabkan anda menjadi mudah mengantuk, otak menjadi lembab, pelupa dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Dengan melakukan senaman dan gerakan badan, menjadikan anda bernafas dalam-dalam dan kadangkala mencungap. Kebiasaannya kita bernafas dengan menggunakan hidung dan dada sahaja. Sedangkan pernafasan yang mendalam melibatkan hidung, dada dan perut. Ini memastikan sel-sel otak anda menerima bekalan oksigen dalam kuantiti yang mencukupi untuk beraksi dengan baik sekali.

Faedah senaman dan aktiviti gerak badan sudah lama diketahui oleh bangsa-bangsa yang bertamadun. Bangsa Yunani beranggapan seni gimnastik merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk menambahkan kecerdasan individu.

Masyarakat Timur memperkembangkan kecerdasan melalui aktiviti badan seperti yoga (India), tai chi (China) dan aikido(Jepun). Di Jepun, syarikat-syarikat yang ternama menyediakan masa rehat untuk semua pekerjanya melakukan senaman. Senaman membantu meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh. Ia menolong mengurangkan stress, meningkatkan daya imbangan dan tindakbalas di dalam sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir.

Mengurangkan kadar nadi dan meningkatkan kadar nadi pemulihan dalam sistem jantung. Menambahkan muatan dan edaran gas di dalam paru-paru. Meningkatkan aliran darah, meningkatkan saiz, kekebalan dan kekuatan otot-otot. Menambahkan kekuatan tulang dan ligamen serta meningkatkan tisu sendi kedua-duanya.

Semasa membuat senaman, hormon endorphine dikeluarkan dalam sistem badan. Hormon ini bertindak mengurangkan kesakitan, menimbulkanperasaan girang (gembira) dan istirehat kepada tubuh. Penyelidikan menunjukkan individu yang mengamalkan aktiviti gerak badan, contohnya berjalan kaki selama satu jam yang diamalkan sebanyak tiga kali seminggu boleh meningkatkan daya ingatan, imaginasi, pemikiran dan pendengaran.

CIRI-CIRI SENAMAN YANG TERBAIK

  1. Dilakukan antara 30 hingga 40 minit sahaja.
  2. Dilakukan sehingga berpeluh.
  3. Melakukan senaman yang m
  4. Diamalkan pada setiap hari.
  5. Menyeluruh iaitu senaman yang menggunakan berbagai-bagai otot dan urat seperti berjalan, berjogging, solat, berenang, seni mempertahankan diri dan sebagainya

Namun, menurut Murukesu a/l M.Margapandu (Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGM Sandakan ) melalui kajian beliau yang bertajuk Kajian Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Terhadap Senaman Di Kalangan Guru-Guru Pelatih Wanita Maktab Perguruan Sandakan, Sabah:
Senaman pada pandangan umum boleh di bahagikan kepada tiga jenis:
a. Senaman untuk keseronakan dan mengurangkan ketegangan (stress)
b. Senaman untuk kesihatan badan
c. Senaman untuk menyertai sesuatu bidang permainan

Senaman untuk keseronakan atau menghilangkan ketegangan lebih di kenali sebagai aktiviti rekreasi. Senaman atau aktiviti jenis ini adalah seperti berjalan-jalan di hari-hari kelepasan, berjalan selepas makan malam, bersiar-siar di taman-taman, berlari atau bermain di hari masa-masa kelapangan atau hari-hari kelepasan. Aktiviti fizikal seperti ini tidak membawa sebarang perubahan dalam tahap kesihatan fizikal. Ia lebih tertumpu kepada releksasi dan membantu dalam pengurangan stres. Ini boleh dilakukan bila-bila sahaja, tidak memerlukan jangka masa yang tertentu atau kekerapan yang tertentu.

Senaman untuk kesihatan badan pula bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan diri. Senaman jenis ini lebih dikenali sebagai senaman kecergasan fizikal Senaman seumpama ini perlu dilakukan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu. Senaman jenis ini dapat meningkatkan keupayan komponen-komponen kesihatan seperti:
a. daya tahan otot
b. daya tahan kardivaskular (jantung)
c. kekuatan otot
d. kelembutan/kelenturan
e. komposisi badan

Dalam lain perkataan, senaman seumpama ini dapat:

a. menguatkan otot-otot rangka dan otot-otot jantung
b. dapat meningkatkan kecekapan fungsi jantung dan paru-paru
c. meningkatkan keupayaan otot-otot rangka berkerja lebih lama
d. meningkatkan keupayaan pergerakkan di sendi-sendi
e. dan dapat mengawal berat badan

Syarat atau peraturan-peraturan yang perlu di ikuti untuk mencapai kecergasan fizikal ini adalah seperti berikut:

a. bersenam tanpa henti sekurang-kurangnya 20 minit
b. bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
c. pastikan intensi kerja jantung tidak terlalu rendah ( 60-80 %)
d. dilakukan secara ansur maju
e. beban kerja ditambah secara beransur

Kesan peningkatan dalam kecergasan fizikal tidak boleh dilihat dalam jangka yang singkat. Untuk melihat sebarang perubahan fizikal, seseorang individu mesti bersenam mengikut peraturan tertentu sekurang-kurangnya 8 minggu.

Jom bersenam….


sumber : blog sk tmn putra perdana

08 February 2011

Gunakan istilah “Solat” BUKAN “Sembahyang”

image

Assalammualaikum,

Just nak kongsi artikel berkenaan penggunaan istilah “Sembahyang” yang kebanyakan daripada kita menggunakan dalam pertuturan seharian. Sedar tak sedar hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya..

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

psstt : kredit kepada buaya merah

Artikel | Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary


image
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
  • Umur - 53 tahun 
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Latar belakang kehidupan


Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta. Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang. Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan


Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000). Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary


Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary


Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.

Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu. Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.

05 February 2011

XPDC Gunung Korbu

Ya, Sheila di sini pada pagi 3 Feb. 2011… bukan di puncak Gunung Korbu, tetapi di pintu masuk Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta. Dari sini kelihatan puncak Gunung Korbu, puncak kedua tertinggi di Semenanjung…
IMG_1738
Sheila ke sini untuk menghantar cik suami tersayang “mencari pasal” di sini…. menawan puncak Korbu. Berat mata memandang… berat lagi beg yang digalas di bahu… perjalanan mengambil masa dua hari untuk sampai ke puncak… dan dua hari turun amat mencabar ketahanan fizikal dan mental.
Mudah-mudahan mereka semua berada di dalam perlindungan Allah hendaknya…

01 February 2011

ATVAdventure | 1st Experience Always The Best

Entry tertangguh….

20 Januari 2011… cuti Thaipusam dan kami (baca : Sheila dan kawan-kawan ofis) ada aktiviti riadhah… kali ni menunggang ATV. Tak jauh, dekat belakang Zoo Negara je… memang satu pengalaman baru bagi Sheila (and the gang).

Ada beberapa pakej yang ditawarkan bermula RM100, RM150, RM200, RM300… Kami try yang RM150 tu… boss bayar… hihihi. Apa kata layan gambar je… kalau nak tahu lebih lanjut, kena cuba sendiri baru tahu camana rasanya… (Layari laman web : www.atvadventurepark.com)

atv1

Waktu pelepasan team kami pukul 12.00 tengahari. Kami tiba pukul 10.50am… Awal! Sebelum bermula, kami diberi penerangan dan test ride… berat beb atv ni… pengendalian bukan macam menunggang motosikal ye… ulang taip BUKAN MACAM MENUNGGANG MOTOSIKAL…Jadi jangan le nak berangan layan lap… keras je… sesekali rasa macam bawak kubota pun ada… hihihi (macam le pernah naik Kubota).

atv2 Destinasi dituju Air Terjun Sophea Jane atau nama asalnya air terjun Kubang Gajah… perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit… turun bukit, naik bukit, meredah lopak, memanjat akar… banyak rintangan yang perlu dilalui. Tapi semua susah payah berbayar apabila kami disajikan dengan pemandangan indah air terjun Kubang Gajah…

atv3 Di sini kami diberikan tempoh 30 minit untuk berehat dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah sambil menyegarkan badan… Best! Tempoh 30 minit tu sekejap je sebenarnya… tak puas nak berendam…. Jom balik!

Balik rumah adeh… baru terasa sengal-sengal badan… tapi pengalaman menunggang atv tidak akan dilupakan….

 

 

atv4Inilah team Strutech Sports & Recreational Club… You rock guys… Lain kali kita pergi tempat lain lak ye…

Daaa

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Assalammualaikum,

Sheila nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya. Tinggal sehari je lagi… malam esok nak makan besar…

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Rumah-rumah juga dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki.

Ada cerita sebenarnya antara Sheila dan tahun baru cina ni…. alkisahnya, Sheila telah selamat dilahirkan ke dunia pada pagi subuh sepi’i tahun baru cina 36 tahun yang lalu… pukul 3.00 pagi… kalau ikut kalendar cina, waktu tu merupakan tahun arnab dan bagi 2011 pun tahun arnab juga. Hari je berbeza sebab Sheila lahir hari Rabu, tapi sambutan tahun baru cina tahun ni hari Khamis…

Sekarang cuba tengok Sheila berkongsi tarikh lahir dengan siapa… antaranya dua tokoh ternama ni…

Abraham Lincoln

 

 

 

 

 

 

 

bukan calang-calang tokoh… Tun Hussein Onn dan Abraham Lincoln… Dua-dua tokoh yang hebat! Tetiba rasa bangga sebab berkongsi tarikh lahir yang sama… >_<