22 July 2011

Soalnya Hati…

Ingin ku menulis di ruangan ini yang telah lama ditinggalkan… cerita pengalaman bali pun masih lagi belum sempurna, bagaimana harus ku sambung cerita… ku ketandus idea sebenarnya.

Otak bercelaru, fikiran berserabut tidak tenang… hatiku meronta-ronta, aduh sakitnya.

Banyak perkara yang berlaku, kucuba hadapi satu persatu, menjadi isteri solehah, cuba menjadi ibu yang penyayang… pekerja yang berdedikasi? Aku semakin tiada hati, mungkin disebabkan semakin lama kerja-kerja yang diberikan kepadaku adalah kerja-kerja yang sangat memerah kepala otak ku yang dah sememangnya sarat dengan 1001 isu lain….  Aku hanya mampu berserah dan berdoa mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan. Terkadang Allah menguji kita dengan ujian kecil, aku redha… segala yang terjadi, adalah yang terbaik buatku.

Aku akan berusaha untuk lebih merapatkan diri kepada Allah, yang paling utama yang harus aku lakukan adalah istiqamah. Mampukah aku? Harus aku berusaha ke arah itu.

Setiap kali aku diuji, selalunya aku berfikir bahawa ada orang lain yang menerima ujian yang maha hebat dariku, aku pasrah, aku redha.

Izinkan ku mengundur diri.. panjang umur kita jumpa lagi.

Wassalam

Sheila
12:40am

04 July 2011

Travelog | Pengalaman Bercuti Di Bali – Hari 2

Jom sambung pengembaraan di Bali.

Hari kedua, rombongan kami akan menjelajah ke daerah di utara Bali… tapi di sepanjang perjalanan kami akan singgah di beberapa tempat menarik…

Selepas check-out, kami dibawa ke sebuah tempat perusahaan batik masih di daerah Kuta. Proses pembuatannya tidak banyak beza dengan batik yang dihasilkan di Malaysia, yang membezakan cuma motif coraknya sahaja…

Dari Kuta, kami singgah di daerah Celuk dan Mas… sebuah daerah perusahaan barangan perak dan emas… seni buatannya halus sekali… dari Kuta ke Celok mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan…. ada yang membeli dan ada yang cuci mata je… mungkin ada hajat lain di hati. Seterusnya kami ke Ubud… sebuah daerah pertukangan kayu. Kalau berhajat untuk mendapatkan perabot atau perhiasan dinding hasilan kayu, Ubud adalah tempatnya… buatannya sangat halus… memang kalau ikutkan hati mau aje berbelanja habis-habisan di sini… tapi cukuplah sekadar sebuah motorsikal berkuasa tinggi jenama HD buat cenderahati.

Selepas makan tengahari di Ubud, kami singgah di sebuah kawasan penanaman kopi yang menjalankan perusahaan kopi luwak atau dikenali juga dengan panggilan kopi musang… ada kopi testing di sini… kami juga diterangkan bagaimana proses penghasilan serbuk kopi, daripada buah – biji – digoreng – ditumbuk. Kopi luwak tidak diberikan percuma, anda perlu membayar Rp50,000 untuk secawan kecil kopi…. kalau ada yang teringin silakanlah.. Sheila minum tak? Cuba teka…

Ok… dah minum kopi… jom kita berangkat. Sebelum sampai ke destinasi – Lovina Beach, kami akan singgah di Kintamani… sebuah daerah tanah tinggi yang menyajikan kesegaran udara… lebih sejuk dari Cameron Highland. Perjalanan dari Ubud mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai di sini…

Kintamani mempunyai sebuah gunung berapi yang aktif iaitu  Gunung Batur dan di lembahnya terdapat sebuah tasik yang indah juga dinamakan Tasik Batur… kami bernasib baik kerana ketika sampai di sini, masih kelihatan puncak gunung dan sempat bergambar selama kira-kira 10 minit sebelum suasana persekitaran berubah diseliputi kabus tebal dan suhu turun ke paras 10 darjah celcius… sejuk banget… kami meninggalkan puncak Kintamani sekitar jam 6.30 petang, tapi suasa sekeliling memang dah gelap macam pukul 7.30 – 8.00 malam.

Dari puncak Kintamani akan mengambil masa 2.5 jam untuk sampai ke pantai Lovina… jadi kami semua tidur di sepanjang perjalanan menuruni gunung… Amni muntah 3-4 kali semasa turun disebabkan jalan yang bengkang-bengkok… sabar ajelah…

Kami tiba di pantai Lovina sekitar jam 9.00 malam dan terus di bawa ke salah sebuah restoran di sana. Makanan sudah sedia menanti… Alhamdulillah. Sambil makan kami dihiburkan dengan dendangan lagu dari live band yang mengadakan persembahan setiap malam di sana… sungguh lunak suara si penyanyi…

Check-in di hotel Melka – hotel yang menyediakan terapi ikan lumba-lumba… bilik kami sangat klasik dan segala-galanya klasik dan basic di hotel ini… sabar ajelah… kettle pun tak disediakan…. ok… tidur awal, esok pagi harus keluar awal untuk mengejar ikan lumba-lumba…

01 July 2011

Travelog | Pengalaman Bercuti Di Bali – Day 1

Assalammualaikum & Salam sejahtera…

Cerita tentang Bali ni dah 2 minggu berlalu, sebelum terlupa ingatan… baik le cepat-cepat Sheila masukkan entri PENGALAMAN BERCUTI DI BALI… Percutian ini ada atas tajaan Strutech Engineering Consultant… tq boss… next year ke mana pulak kita?

Jom ikut Sheila menelusuri liku-liku perjalanan selama 4 hari di Bali. Ingin Sheila ingatkan di sini, entri ini akan menjadi agak panjang berjela makanya sediakanlah air dan bertih jagung semasa membaca entri ini…

Lokasi : Bali
Tarikh : 9 – 12 Jun 2011
Tempoh : 4 hari 3 malam
Bilangan peserta : 39 orang (dewasa+kanak-kanak)

Hari pertama (9 Jun 2011)

Penerbangan kami di taja oleh menggunakan perkhidmatan AirAsia, peneraju penerbangan tambang murah Malaysia… sesubuh sepi’i dah kena ada di LCCT… tak le subuh sangat, kira-kira pukul 9.30 pagi. Flight pukul 11.50 pagi, kiranya pagi tu santai-santai aje le… tambah bila melancong bersama anak-anak, semuanya kena bersedia lebih awal dan kena lebih organise… sebab nak enjoy sepanjang percutian.

Tiba di International Airport Ngurah Rai, Kuta, Bali  sekitar pukul 3.00 pm, disambut dengan kalungan bunga frangipani yang harum semerbak sampai pening kepala… Tour guide kami sepanjang percutian ini, Aswata menanti ketibaan kami dengan sebuah bas dan sebuah van bagi menampung bilangan kami yang ramai.

bali2

Perut masing-masing dah mula berkeroncong… maklumlah belum makan tengahari lagi. Untuk anak-anak, Sheila ada bawa bekal roti dan coklat tapi dah namanya perut melayu, mesti juga nak makan nasi… kalau tak dapat nasi… badan lemah longlai tak bermaya… camana nak pergi buat lawatan cik kiah nanti kan??? Jadi untuk lunch, kami makan di restoran Malioboro yang menghidangkan ayam tulang lunak sebagai specialties mereka… tapi, terus terang cakap… tak lalu nak makan ayam… kembang tekak… Sheila akhirnya order nasi putih dan ikan dua jenis… gurami sambal dan gurami kukus… airnya teh botol…

Bali1

Pernah dengar “teh botol”? Teh botol ni teh jasmin… tak sedap! tak sedap!… tu le kan.. pandai-pandai order last-last sendiri tak minum… air mineral aje le jawabnya…

Makan tengahari tidak termasuk dalam pakej… sendiri bayar… total Rp295,000 lebih kurang RM90.00 untuk kami 7 orang… hmmm… mahal gak le.

Lepas tangki perut di isi penuh… kami terus di bawa melawat kuil Uluwatu untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam… kuil ini terletak di tebing tinggi tepi laut… Subhanallah… melihat keindahan matahari terbenam amat mendamaikan jiwa dan Sheila memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa kerana diberi peluang untuk melihat kebesaran ciptaanNya… Alhamdulillah.

bali3

Selepas melihat-lihat sekeliling… acara seterusnya kami ke GWK (Garuda Wisnu Kencana) untuk minum kopi/teh dan menjamah goreng pisang panas… masa ni dah malam, pukul 7.00 pm tapi dah gelap macam pukul 8.00. GWK ni sebenarnya sebuah taman dengan patung Garuda Wisnu Kencana yang sangat besar sebagai mercu tanda… kami tiba dah malam, jadinya tak nampak sangat taman-taman di sekeliling.

bali4

bali5 
Seterusnya kami ke pantai Jimbaran untuk menikmati juadah makan malam pula. Di sini, kami disambut oleh penari tradisional Bali..  kami dihidangkan dengan BBQ Seafood bersama nasi putih… airnya air kelapa, oren jus dan air mineral… kenyang air je… kebiasaannya pengunjung pantai jimbaran ni akan menikmati panorama matahari terbenam di sini…

bali6 
Dah kenyang makan, barulah kami di bawa check-in hotel… penat seharian berjalan… pukul 10.00 malam baru dapat nak berehat sebelum esok meneruskan perjalanan yang lebih jauh…

bali7

Kehamilan | Kepentingan Asid Folic

Apakah asid folik?

Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

sumber : www.babycenter.com.my