28 December 2010

Berlari Menjejak Pelangi…

Assalammualaikum,

Agak sukar untuk Sheila membuat keputusan ini, tapi rasanya itu yang terbaik yang mampu diputuskan… menempatkan anak-anak di penempatan baru dan mengharapkan ianya merupakan sebuah keputusan yang tepat yang mampu memberikan sinar gemerlapan di masa hadapan…

Alhamdulillah, semalam selesai urusan beli buku sekolah untuk Adini dan juga urusan penempatan baru Al-Amin di SKTPP. Hari Khamis ni pendaftaran untuk Adini di sekolah menengah dan hari Jumaat pula pendaftaran untuk Al-Amin di sekolah rendah. Harapan agar dengan melangkah masuk ke tahun baru dan sekolah baru, anak-anak ini akan lebih bersemangat untuk berjuang dan membuktikan kebolehan mereka.

Sekarang ni ada dua orang lagi… Adibah dan Amni. Nak pindahkan dari Dzul Iman ke tadika yang lain agak berat hati memandangkan Dzul Iman dah sebati dalam diri… bermula dengan Adini sejak dari usia 6 tahun, diikuti oleh Al-Amin, Adibah dan Amni pun mendapat sentuhan ustazah-ustazah di Dzul Iman… Nak pindahkan??? Sedih… :-( Sentuhan yang diberikan dan cara didikan yang sempurna dan penuh kasih sayang memang menepati citarasa… anak-anak akan diajar menggunakan konsep khalifah…

Bila memikirkan soal kebajikan anak-anak yang diserahkan kepada pengasuh, pusat jagaan dan nursery untuk dibesarkan, hati Sheila ni sungguh sedih sekali… ingin sahaja Sheila melepaskan jawatan sekarang, tapi masih belum mampu lagi… banyak yang perlu diuruskan… sedang berusaha untuk ke arah “work at home mom”… kalau le boss Sheila yang baik hati itu mengizinkan untuk Sheila bekerja dari rumah… rasanya banyak masalah yang dapat diselesaikan…

Mudah-mudahan Sheila diberi kekuatan untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini… jutaan terima kasih buat teman-teman yang banyak membantu..

25 December 2010

Proses Tukar Sekolah Dalam Negeri Selangor

Dah nak mula sesi persekolahan 2011, hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Macam-macam persiapan telah dibuat…. bagi Sheila tahun ni anak sulung, Adini dah melangkah ke tingkatan satu, Al-Amin masuk tahun lima, Adibah dan Amni Damia masing-masing 5 dan 4 tahun masuk tadika.

Tahun ni satu perubahan besar berlaku…. kalau sebelum ni anak-anak semua bersekolah sekitar Subang Jaya sebab dekat dengan ofis, tapi tahun 2011 ni semua anak akan dipindahkan ke Puchong… alasannya??? Berhampiran dengan tempat tinggal. Proses untuk menukarkan sekolah ni sebenarnya taklah susah sangat. Apa yang perlu dilakukan???

  1. Dapatkan nama dan alamat sekolah baru,
  2. Pergi ke sekolah asal dan isi borang,
  3. Bawa sekali dokumen-dokumen berikut :-
    - 1 salinan Sijil Lahir
    - 1 salinan kad pengenalan (bagi sekolah menengah)
    - 1 salinan Keputusan peperiksaan :
       * UPSR – untuk murid Tingkatan 1 – 3
       * PMR  - untuk murid Tingkatan 4 – 5
       * SPM  - untuk murid Tingkatan 6
    - 1 salinan sijil nikah/daftar perkahwinan ibu dan bapa
    - 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga
    - 1 surat hak penjagaan daripada mahkamah (jika berpisah/bercerai)
    - 1 salinan surat tawaran ke tingkatan 6
    - Pengesahan alamat (bil elektrik/bil air/perjanjian sewa beli yang sah,
      jika rumah sewa – perjanjian sewaan)
      (Nota : Sila kemukakan bil yang terkini)
    - Sampul surat berukuran 9 x 4 beralamat sendiri & setem RM1.00*
      (* sekiranya menghantar sendiri ke PPD, tak perlu sediakan)
    Nota : sediakan yang berkenaan sahaja
  4. Pihak sekolah asal akan menyediakan empat (4) salinan borang permohonan yang telah ditandatangan oleh Guru Besar.
  5. Seterusnya bawa semua dokumen ke PPD daerah, dan mereka akan samada meluluskan/membatalkan permohonan tersebut.
  6. Selepas itu hantar surat yang telah disahkan oleh PPD ke sekolah asal (1 salinan) dan ke sekolah baru (1 salinan).

Sheila telah berurusan dengan SMK Puchong Perdana dan PPD Sepang, dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak sekolah SMK Puchong Perdana dan PPD Sepang.

24 December 2010

www.sheilawahid.com | Header Baru

Assalammualaikum…

sw4

akhirnya dapat dah header untuk blog sheilawahid.com… hasil usaha sendiri… simple & sweet… kang suruh orang buat kesian lak nak kena tukar-tukar… maklum le, ahkak ni cerewet…

Tolong komen ye… Sheila sangat mengalu-alukan sebarang komen untuk tujuan penambahbaikan…

Bangsawan Lima Bersaudara | Jom tengok bangsawan

bangsawan5saudara

Pementasan Bangsawan ini adalah hasil karya Leeny Irwan, arahan Zulkarnain Ramly. Serta dibintangi oleh anak-anak cemerlang didikan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Bangsawan ini merupakan pementasan bangsawan kanak-kanak PERTAMA di MALAYSIA ! Pas masuk berharga RM 5/= boleh didapati dengan menempah di talian 03-2052 3600. Untuk Media masuk adalah PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila hubungi Cawangan Komunikasi Korporat JKKN di talian 03 – 2052 3703 (Hassanal) / 03-2052 3617 (Cik Rozita).

19 December 2010

Pesakit Kanser Otak Meninggal

Assalammualaikum…

Sheila pernah bercerita tentang keluarga Sheila yang menghidap kanser di posting ni … untuk makluman semua, pakcik Sheila, yang menghidap kanser otak tahap 4 telah kembali ke Rahmahtullah pada 18 December 2010… Al-Fatihah.

Allahyarham semasa hayatnya tidak menunjukkan sebarang tanda menghidap penyakit kronik sehinggalah tiba-tiba Allahyarham jatuh dan disangka mengalami stroke. Tidak boleh berjalan hatta untuk makan pun perlukan bantuan. Ahli keluarga mengikhtiarkan untuk rawatan secara tradisional tetapi tiada perubahan dan akhirnya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Setelah ujian dilakukan, doktok mengesahkan bahawa arwah pakcik menghidap kanser tahap 4, terdapat dua ketumbuhan besar di otak dan satu pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan salah satu ketumbuhan dan juga untuk mengambil tisu sampel. Buat makluman semua, semasa hayatnya beliau tidak pernah mengalami serangan sakit kepala yang kronik…

Setelah pembedahan pertama dilakukan, Allahyarham telah menunjukkan tanda-tanda akan pulih seperti boleh bergerak, makan sendiri serta bercakap dengan lebih lancar… tetapi, 4-5 hari selepas itu (11 December 2010), arwah telah mengadu sakit kepala dan muntah-muntah lalu dimasukkan ke wad di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.

Setelah pemeriksaan dilakukan, terdapat ketumbuhan baru di dalam otak beliau dan jangkitan telah merebak ke paru-paru. Atas nasihat doktor, arwah telah dibawa pulang ke rumah dan telah menemui ajalnya di rumah.

Al-Fatihah dan m
udah-mudahan rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

17 December 2010

PENTING!!!

PENGUMUMAN!

PENGUMUMAN!

PENGUMUMAN!


Blog ini akan mengalami perubahan dari masa ke semasa sehingga tahun baru 2011… Harap bersabar ye…

Tapi posting akan berjalan seperti biasa…

Terima kasih

16 December 2010

Pengalaman Bercuti ke Jakarta – Bandung | Day 4

27hb November 2010

Baca ---> Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung | Day 1
Baca ---> Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung | Day 2
Baca ---> Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung | Day 3

Beg Beranak


Sekejap je dah masuk hari ke-4… dah nak kena balik Malaysia… sesuatu yang pelik tapi benar telah berlaku… beg kami beranak… dari dua beg masa pergi, balik dah jadi empat beg… huhuhu… perkara ni akan terjadi pada kebanyakan orang…

Servis Cipaganti

Pepagi lagi kami dah bersarapan, seawal 6.45am… sebabnya, servis Cipaganti (kereta sewa) akan menjemput kami jam 7.00am untuk ke Bandara. Flight balik pukul 1.10pm dari Jakarta….

Cas yang dikenakan untuk servis door to door Cipaganti ni adalah Rp.150,000 sehala untuk seorang. Van Cipaganti ini boleh memuatkan 8 orang penumpang termasuk pemandu mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Bandung ke Jakarta. Van dipandu laju tetapi masih mematuhi had kelajuan yang ditetapkan melalui lebuhraya yang tidak putus-putus dengan kenderaan. Kelihatannya kenderaan menghala ke Bandung lebih sesak memandangkan ianya adalah hari Sabtu. Bagi warga Bandung yang bekerja di Jakarta, ia adalah hari yang ditunggu untuk pulang ke kampung… manakala bagi penduduk Jakarta, Bandung adalah destinasi percutian hujung minggu mereka.

Sepanjang perjalanan, kami hanya berhenti sekali di hentian rehat dan rawat untuk qada’ hajat ataupun membeli jajan buat bekalan sepanjang perjalanan… hentian rehat ni seperti RnR yang terdapat di sepanjang lebuh PLUS di Malaysia.

Kira-kira jam 11.30am kami selamat tiba di Bandara Soekarno Hatta, terus check-in sebab tak nak bersesak-sesak nantinya…. Kami makan tengahari di airport sambil menantikan ketibaan Ibu Nina…

Jakarta kami tinggalkan dengan seribu kenangan manis… bertemu dengan orang-orang yang baik dan manis seperti Ibu Nina, Cecep dan Mbak Sylva serta tak lupa juga Edi… kamu semua memang insan-insan yang akan saya kenang sampai bila-bila…

Sekian… berakhirnya sebuah catatan pengalaman berbulan madu ke Jakarta – Bandung buat tatapan anda semua… moga terhibur. Hingga jumpa lagi di lain entri Travel & Living…. salam hormat daripada Sheila…

Daaa…

15 December 2010

Pengalaman Bercuti ke Jakarta – Bandung | Day 3

Baca ---> Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung | Day 1
Baca ---> Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung | Day 2

Ok… dah masuk hari yang ketiga dah… Alhamdulillah…. Pagi ni Sheila dikejutkan dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran seawal jam 3.15am (4.15am waktu Malaysia) dari masjid yang terletak di perkarangan Daarul Tauhiid ni… nak mandi-manda seawal itu memang le tak sanggup… suhunya sejuk sangat…. tak ada kipas/air-cond juga ye dalam bilik ni… Agenda hari ke-3 nak melawat Kawah Putih dan Pasar Baru sahaja… oh! tapi kena singgah di Kawani untuk membeli beg yang tertangguh semalam tu…


Maybank Indonesia

Sebelum ke Kawah Putih, kami singgah di bank Maybank, cawangan Indonesia di Dago…. nak buat apa??? hahaha… duit tak cukup, harus dikeluarkan lagi… tapi ada masalah le pulak… Sheila tak aktifkan kad ATM untuk kegunaan antarabangsa. Buat laporan di Maybank Dago, minta tolong pihak Maybank Dago menghubungi customer service Maybank di Malaysia. Disebabkan Dago cawangan kecil, jadinya kena pergi ke Riau pulak… pergi cawangan Riau. Jarak Dago dengan Riau tu dekat aje… 10 minit lebih kurang. Dipendekkan cerita, dapat le Sheila keluarkan duit dari Maybank tu… Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat.

Dah dapat duit… lalalalalala… hati menyanyi riang. Yuk kita ke Kawah Putih (tempat pengambaran filem My Heart).. Untuk sampai ke Kawah Putih mengambil masa kira-kira 2 jam jugak le… bila dah nak sampai tu, kita akan melalui kawasan sawah padi yang saujana mata memandang. Lepas tu kita akan mula melalui lereng bukit… pun cantik sangat pemandangannya… boleh nampak sawah di kiri dan kanan jalan, serta kawasan penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan…

Kawah Putih


Kawah Putih ni terletak di dalam kawasan Ciwidey. Nak masuk ke Kawah Putih pun kena bayar… suhu di atas adalah sekitar 10 darjah Celcius… sejuk… elok bawa sweater atau pakai baju tebal-tebal sikit. Kawah Putih ni sungguh cantik… airnya berwarna biru kehijauan… mungkin akibat daripada tindakbalas kimia. Kehadiran bau sulfur (belerang) yang sangat pekat dan amat menyesakkan nafas menyebabkan Sheila tak ingin lama berada di sana…

Tapi bergambar di sini amat cantik… ada juga le penjaja yang mengambil gambar instant pada bayaran Rp.10,000 sekeping…. ok le tu… kadar yang amat berpatutan… dah puas bergambar, berposing sakan… Kawah Putih pun kami tinggalkan dengan seribu kenangan manis….

Pasar Baru


Dari Kawah Putih, kami langsung sahaja ke Pasar Baru… syurga membeli belah bagi ibu-ibu… yang bapak-bapak bisa menunggu di kerusi empuk yang disediakan di dalam premis… Kami sampai ke Pasar Baru dah pukul 3.30pm… TIDAKKKK!!!! Pasar Baru tutup pukul 5.30pm.. mana sempat nak menjelajah ke seluruh tingkat..

Tapi kali ni ambil yang penting-penting aje… beli beg sekolah anak-anak. Lepas tu untuk mama diorang ni ha… pergi beli kain… huaaa… tak sempat nak borong banyak-banyak… ambik yang mana dan aje… Sheila le orang yang last keluar dari Pasar Baru tu… Dah tu untuk mak mertua tak dapat beli… huhuhuhu sampai ke sudah tak dapat sebab semua kedai memang dah tutup…

Dalam pasar Baru memang le tak ada bergambar-bergambar ni… sebabnya bateri kamera dah “kong”… Lepas ke Pasar Baru, sekali lagi kami ke Kawani, nak ambil beg yang semalam tak jadi beli tu…. akhirnya ambil juga beg Deuter 45+10 liter… silap haribulan bini pun muat nak boh dalam beg tu… hihihi…

Puri Larasati



Kami menginap di Hotel Puri Larasati untuk malam ke-3… fuhh… 3 malam 3 hotel. Harga menginap di sini Rp.295,000 satu malam…. standard room. View bilik dan view hotel cantik tapi servis tak berapa best…. jadi Sheila tak syorkan ke sini…. malamnya kami cik suami yang mengemas…. bininya dah terbongkang… penat shopping… hihihihi…

Esoknya nak berangkat pulang ke Malaysia…. sekejapnya dah nak balik….
---> ok.. nanti sambung lagi… stay tune

Pengalaman Bercuti Jakarta – Bandung | Day 2

Baca ----> Pengalaman Bercuti Jakarta – Bandung | Day 1

…ahhh… segarnya bangun pagi… di Bandung, azan subuh sekitar jam 4.00am (5.00am waktu Malaysia)… di Kota Daarul Jannah ni sejadah dan Al-Quran ada disediakan, jadi tak perlu khuatir… tapi telekung tak disediakan ye. Nak mandi dan berwuduk pepagi tu masalah betul…. walaupun bilik air dilengkapi dengan water heater, tapi lepas mandi tu sejuk betul… sampai ke tulang rasanya…. trrr… berlaga-laga gigi..

Bestnya di sini, sarapan dihantar ke bilik…. hmmm… sedapnya. Air teh panas yang dihidangkan cepat pulak sejuknya… sebab cuaca yang dingin dan nyaman. Kota Daarul Jannah ni dimiliki oleh ustaz A A Gim, seorang penceramah bebas yang terkenal di Indonesia.
Agenda hari ni, melawat ke Tangkuban Perahu, membeli belah di Kawani (nak cari backpack Deuter), Rumah Mode (pakaian berjenama) seterusnya makan malam di Kampung Daun. Pak supir (Cecep) bersama pemandu pelancong (Mbak Sylva) menjemput kami jam 10.00am… Sheila booking pak supir ni dengan Edi, supir yang sama masa Sheila ke Bandung tahun lepas. Servis tip top…. nak nombor Edi, contact Sheila personally ye.


Tangkuban Perahu


Pertama kali menjejakkan kaki ke Tangkuban Perahu…. ketinggian 1860m dari paras laut. Untuk sampai ke puncak tak perlu bersusah payah mendaki… boleh terus sampai ke puncak dengan kereta, hanya sekitar 20 minit sahaja… tapi kalau nak yang extreme, boleh aje meredah hutan belantara yang mengambil masa sekitar 3 jam untuk sampai ke puncak…. bayaran masuk dikenakan iaitu Rp.50,000 seorang.

Suasana di puncak sungguh meriah dengan kehadiran pelancong dan juga penjaja yang ramai sekali. Dari atas dah boleh menghidu bau sulfur yang menusuk hidung… Terdapat kepulan asap yang sentiasa keluar dari dalam kawah menandakan bahawa ianya masih aktif… para pelancong tidak dibenarkan sama sekali untuk turun bermandi-manda di dalam kawah….

Kalau rajin, boleh le menyusuri kawasan Tangkuban Perahu… di kiri dan kanan jalan ada banyak gerai yang menjual cenderahati, baju-T, rantai dan segala macam perkara. Kalau lapar boleh aje singgah ke gerai yang menjual jagung bakar dan pulut bakar… makan panas-panas sedapppp….
(Masih terngiang-ngiang di telinga tatkala seorang anak berumur sekitar 10-12 tahun mengekori untuk menjual beg strawberi… “Belanja bu… sabar menanti bu… murah-murah aja bu…”… Tersentuh hati melihat suasana itu.)


Shopping Time

Selepas ke Tangkuban Perahu, acara seterusnya adalah acara yang dinanti-nantikan… shopping time… Tempat pertama yang kami tuju Rumah Mode… memang pusat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara le… Sheila sambar sehelai blause je tapi cik abang tu… 7 helai baju… ambik ko… Shopping tak hengat… 

Dari Rumah Mode ke Kawani pulak… cik abang nak mencari beg Deuter dan kasut untuk hiking. Harga beg di sini lebih murah jika dibandingkan dengan di Malaysia… ini sebagai persiapan cik abang tu untuk menawan Gunung Tahan tahun depan. Sampai ke Bandung ko nak membeli begnya… tengok punya tengok… sekali tak jadi beli… nak fikir dulu… hmmm…


Kampung Daun


Dah puas shopping… (tak puas sebenarnya….)… lapar le pulak dah… jadinya kami terus sahaja ke Kampung Daun untuk makan malam… suasana di Kampung Daun ni sebenarnya romantik sekali… suasananya yang tenang, tempat makannya dibuat pondok-pondok kecil… nak tidur baring kat sini pun boleh…


Daarul Jannah 2


Lepas makan balik hotel. Malam ke-2 kami menginap di Daarul Jannah 2 pulak… saja nak merasa… Kalau Daarul Jannah 1 biliknya daripada kayu, dibina ala-ala resort, Daarul Jannah 2 dah lebih moden…. bangunannya dibina daripada batu-bata. Harga bagi satu bilik adalah Rp.280,000 satu malam… ini rate untuk high season – Khamis – Ahad, kalau hari biasa-biasa tu Rp.250,000 je satu malam.

----> penat nak taip… rehat jap, nanti sambung untuk hari ke-3 pulak…

Pengalaman Bercuti ke Jakarta – Bandung | Day 1

24hb November 2010

Sebelum terlupa, Sheila nak cerita pengalaman bercuti ke Jakarta – Bandung pada 24-27 November 2010 tempohari. Agenda utama adalah untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13. Jadinya hanya Sheila dan suami sahaja yang pergi, anak-anak Sheila minta tolong mak mertua tengok-tengokkan. Tiket dibeli semasa promosi AirAsia pada bulan April 2010, jadi dapat tiket murah RM332.00 untuk dua orang pergi dan balik.

Untuk makluman, trip ke Jakarta-Bandung ni Sheila tak buat tempahan untuk hotel berikutan kejadian letusan Gunung Merapi. Jadi, sampai Jakarta baru nak cari hotel. Kalau tak ada hotel yang kosong, kena tidur mana-mana le jawabnya…
Kami keluar rumah pukul 8.00 pagi dihantar jiran yang baik hati – Nadia & Malan. Flight dijadual berlepas pada pukul 9.50am dari LCCT, dah agak lewat tiba di airport tapi disebabkan dah check-in online, jadi masih sempat lagi. Sampai di airport cuma check-in beg je. Sarapan kami tapau burgermbira McD.

Kami mendarat di Bandara Soekarno Hatta pukul 10.50am (11.50am waktu Malaysia). Di sana Sheila beli nombor handphone Indonesia di Airport yang berharga Rp.50,000 – Mahal (INGAT! jangan beli di airport). Kenalan di Jakarta - Ibu Nina telah menjemput kami dari Bandara dan telah menjadi pemandu pelancong + supir pada hari tersebut. Dari membawa kami makan masakan Padang di dalam kawasan bandara, seterusnya bersolat di Masjid Nurul Barokah (juga di dalam kawasan bandara) dan membawa kami pusing-pusing kota Jakarta sehingga ke Mangga 2 untuk berbelanja.

Mangga 2 adalah sebuah kompleks membeli belah yang terkenal di Jakarta, barangan yang dijual di sana murah-murah belaka menyebabkan Sheila tak tahan godaan hingga “terbeli” 2 pasang jubah yang berharga Rp.110,000 setiap satu dan sepasang baju kebaya/seluar berharga Rp.125,000. Ni tolong convert sendiri ye.

Selepas ke Mangga 2, kami terus ke Stasiun Gambir untuk menaiki keretapi ke Bandung. Perancangan asal kami akan menginap di Jakarta (kawasan sekitar Gambir), dan keesokkan harinya menaiki keretapi ke Bandung untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah di sepanjang perjalanan. Tapi malangnya tiada satu hotel pun yang kosong. Makanya kami perlu menukar rancangan. Beberapa panggilan ke beberapa hotel di Bandung dibuat, akhirnya destinasi penginapan kami adalah di Kota Daarul Jannah 1, Alhamdulillah.

Kereta Agro Gede


Si Indonesia, keretapi dipanggil “kereta” ye Tuan Puan. Sebelum boleh membeli tiket kereta ni, kena isi borang dulu. Ada dua kelas kereta, satunya kelas business dan satu kelas eksekutif. Kami tentunya ambik kelas eksekutif. Harga yang perlu dibayar Rp.110,000 untuk dua orang dan kami ambil train pukul 7.00pm. Coachnya sangat selesa berhawa dingin dan ada seorang pramugara dan pramugari yang akan melayan makan minum anda  mengambil order makanan dan minuman. Perjalanan ke Bandung mengambil masa kira-kira 3 1/2 jam….

Lepas makan…. tidur… zzzz… sedar-sedar dah sampai Bandung dan ketibaan kami disambut oleh hujan, Alhamdulillah. Cuaca di Bandung sejuk (macam Cameron Highland) jika dibandingkan dengan Jakarta yang panas. Dari Stasiun Bandung ke Kota Daarul Jannah, Sheila naik kereta sewa dengan bayaran Rp.50,000. Rasanya boleh dapat murah sikit, tapi malas nak tawar-menawar… bayar je lah. Badan dah lesu… dah nampak bantal dengan tilam je….

Menginap di Kota Daarul Jannah


Tiba di Kota Daarul Jannah, check-in bilik 105. Biliknya memang tak ada air-cond atau kipas, memang dah sejuk…. kalau ada kipas harus beku… sewa bilik, Rp.275,000 untuk satu malam… Alhamdulillah.

…. bersambung ke hari kedua --->

13 December 2010

Berdengunggggg….

Sedari bangun tidur pagi tadi, sampai le la ni… telinga Sheila ni berdengung aje… tak tahu di mana silapnya… ada petua tak?? Rasa sebu semacam je nih… tak sakit tapi sangat tak selesa. Tolongggggggg….

10 December 2010

Tips Menambat Hati Suami

Hah! Tajuk hari Jumaat ni… memang ditujukan khas untuk para isteri sahaja. Kalau ada suami yang baca pun boleh juga. Ni bagi memastikan agar rumahtangga yang dibina sentiasa bersemarak dengan api cinta dan kasih sayang.

Tips yang Sheila boleh kongsi di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga daripada pembacaan. Sebabnya lakiku itu boleh le dikira hensem (pada pandangan mata hitamku ye), punya aura tersendiri dan bila bercakap tu rasanya perempuan lain boleh jatuh hati le… tak tahu le korang cakap statement ni statement perasan ke, apa ke.. tapi itu le hakikatnya (harap cik abang tak baca le blog Sheila ni), jadi… Sheila kena buat sesuatu supaya cik abang tu akan sentiasa sayang dan cinta pada bininya yang satu ini je… hiks.

  1. Kena selalu senyum, walau ada masalah segunung intan pun kena pastikan muka manis di depan suami. (Kalau ada masalah dengan suami, cari masa yang sesuai untuk berbincang secara elok – contoh lepas ‘bersama’).
  2. Jaga makan minum untuk suami tanpa perlu disuruh
  3. Bercakap biar sopan-sopan, lemah lembut dan manja-manja.
  4. Jaga badan, jaga penampilan, bergaya, pakai pakaian yang boleh menarik perhatian suami kita di dalam atau di luar rumah. Berpakaian kemas dan cantik, walaupun kalau kita ni surirumah je.
  5. Berdandan dengan sempurna, pakai perfume, pakai make-up, sekurang-kurangnya yang asas – blusher, lipstik, eye liner MESTI ada, (maskara kalau rajin) walaupun dalam rumah.
  6. Amalkan masuk tidur bersama suami, buat sesuatu yang diluar kebiasaan – contoh : kalau dulu tidur pakai baju kelawar, cuba le cari night gown yang seksi. Ini adalah masa anda berdua. Berikan kucupan hangat yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
  7. Bila tidur, sentiasalah mengadap suami. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami, anda akan merasakan nikmatannya.
  8. Jauhi dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
  9. Jagalah anak-anak dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginya.
  10. Rajin-rajin le membelai dan mengurut suami anda tanpa dipinta.
  11. Amalkan mandi bersama dan menggosok/mengurut badannya.
  12. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Sebagai isteri yang bijak menjaga suami, akan mengambil berat mengenai dua perkara penting (perut dan ehem… sendiri faham sudah ye)
  13. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berikan kucupan apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah.
  14. Menjaga maruah suami. Jika perlu nak bercerita pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
  15. Sekiranya suami berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
  16. Sesekali, ajaklah pula suami anda “bersama” – mulakan dulu. Jika malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda perlu bersama. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
  17. Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
  18. Banyak membantu suami terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.
  19. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
  20. Cari ruang untuk keluar berdua sahaja, macam sempena ulangtahun perkahwinan atau apa-apa acara. Tinggalkan anak-anak seketika. Kiranya keluar macam mula-mula bercinta dulu. Seronok.. rasa macam muda je…

Cukup le tu ye dak… mungkin tak semua suami perlukan layanan sebegitu, tetapi sebagai isteri, kita kena pandai menambat hati suami. Tips menambat hati suami ni hanya sebagai panduan aje… pandai-pandai le sesuaikan dengan keadaan semasa. Kekadang, perubahan yang kecil pun boleh memberikan kesan yang besar.

So, ladies… be gorgeous…

Selamat berhujung minggu.

09 December 2010

Pilihan Popular

Kalau ada kad Popular boleh dapat diskaun 20%. Beli buku boleh kurangkan cukai pendapatan yang kena bayar nanti. Sempat lagi ni. Bila nak pergi??? Anak-anak suka cerita kanak-kanak… novel semakin rindu semakin sayang pun macam best je… hmm… buku yang beli di MPH hari tu pun belum habis baca lagi.. tolonggg…. (ketagih buku ni….)

Pilihan-Popular-POS-(Dis)-WM

Bangunlah! Bertahajudlah!

Info ini Sheila dapat melalui kiriman email. Ianya sebagai peringatan buat diri sendiri dan teman-teman. Mudah-mudahan kita memperoleh kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

By: M. Agus Syafii

Teman, Bangunlah! Bertahajudlah! Merapatkan kaki disisi Allah pada pertengahan malam. Tidak ada seorangpun mengetahui kecuali Allah. Air mata mengalir membasahi pipi dan mencuci bersih hati yang terkotori. Berlindung dan berharap kepada Allah memenuhi segala kebutuhan mendambakan ridha Allah meridhai kita dengan kilauan cahaya disetiap wajah, anggota tubuh, istiqomah dalam beramal, ikhlas dalam hati dan senantiasa berpikir positif.

Nikmatilah! sholat malam melebihi dalam tidur lelap, sholat malam menjadikan berarti dalam hidup kita sebagai amal yang konsisten. Bahkan menjadi bagian yang tak terpisahkan. jadikan hati senantiasa gelisah karena merindukan sholat malam dan senang menyambut malam karena berdiri dihadapan Allah dengan tenang dan khusyuk.

Teman, hidupkanlah malam dengan tahajud dan berdzikir kepada Allah. Allah menggambarkan dengan indahnya bagi hamba-hambaNya yang senantiasa menunaikan sholat tahajud. 'Orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami adalah yang apabila diingatkan dengannya mereka tersungkur sujud, bertasbih, memuji Tuhan, serta tidak menyombongkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidur mereka.' (QS. Al-Sajadah : 15-16).

Tips Untuk Mencantikkan Mata

Sekali sekala kalau pakai fake lash ni tentu nampak mata tu cantik... Nanti cuba ye


Products Used:
Revlon Fantasy Lengths False Lashes
Ardell LashGrip Adhesive eyelash glue
L'oreal Lineur Intense in Carbon Black
Maybelline Pulse Perfection Mascara
Neutrogena oil-free eye makeup remover

Tips Untuk Bibir Seksi

Petua untuk mendapatkan bibir yang lembut dan seksi tanpa belanja yang mahal. Cubalah...


A quick DIY video on how to exfoliate your lips. Your lips are just as gentle as your skin, so be sure to take extra care of your lips and use lip balm or lip products with SPF. Remember you don't have to use ALL ORGANIC products. Whatever you have in your kitchen should work just fine. If you don't have honey or if you are allergic to honey, use Olive Oil instead.

08 December 2010

Bloglist 2011 .. Selamat Datang Tahun Baru

BEN ASHAARI

BBB ~ Bloglist – Bubar & Bina… tajuk tak hengat… Sheila nak join, tak kira…. apa nak jadi, jadilah…. Kalau korang pun nak join juga klik pada gambar untuk melihat syarat-syaratnya…

Sheila dah…. korang bila pulak… ngee…

06 December 2010

Salam Maal Hijrah

Buat teman-teman sekelian, semoga kalian beroleh kecemerlangan di hari muka dan selamat tahun baru diucapkan.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

image

sumber

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

imagesumber

Kanser Payudara dan Langkah-langkah Pencegahan

Assalammualaikum,

Hari ni Sheila nak berkongsi info tentang kanser payudara (PD). Buat makluman semua, pada tahun 2002 mak sheila telah positif kanser payudara. Masa tu terdapat benjolan sebesar telur ayam Gred ‘C’ di PD mak sebelah kiri. Tindakan segera diambil, pembedahan dibuat dan Alhamdulillah, ianya tidak melibatkan pembuangan PD. Doktor telah mengkelaskan kanser tersebut sebagai kanser ‘In-Situ’. Makcik Sheila (adik mak) pun ada kanser PD, arwah pakcik pun meninggal sebab kanser (di lutut) dan sekarang seorang lagi pakcik Sheila (sepupu mak) disahkan mengidap kanser otak tahap 4.

Kalau ikutkan memang Sheila sangat berisiko untuk mendapat kanser PD, tapi mudah-mudahan dijauhkan.

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?

  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.

Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?

Ya.

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).

Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?

Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.

  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.

Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah

PenyakitTemplate_clip_image002_0010 Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.

 

 

PenyakitTemplate_clip_image004_0002 Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.

 

 


PenyakitTemplate_clip_image006_0002 Langkah 3
- Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.

 



PenyakitTemplate_clip_image008_0001 Langkah 4
- Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.

 




PenyakitTemplate_clip_image010_0001 Langkah 5
- Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.





Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?

  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.

Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?
Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.

Fibroadenoma :
Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.
Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?

Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :

  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography

Apakah itu 'FNAB'?
Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
PenyakitTemplate_clip_image011
Apakah itu 'Mammogram'?
'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.

PenyakitTemplate_clip_image013_0000
Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?
Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?
Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?
Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?
Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.

Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.

Berikut adalah pilihan rawatan:

  • Pembedahan
    • pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
    • pembuangan payudara (Mastectomy)
    • pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
  • Radiotherapy
  • Chemotherapy
  • Hormone therapy

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?

  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.

Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?

Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :

  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?
Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :

  • MAKNA
  • AWAM
  • WAO
  • Hospis

Soalan Lazim

Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.

Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?
Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.

  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
  • Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
  • Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.

Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.

  • Urutan
  • Cara relaxasi

Apakah itu ujian baka kanser payudara?
Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser payudara .

Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :

  • Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;
  • Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';
  • Melakarkan carta salasilah keluarga

Kebanyakan kes kanser payudara tidak berkaitan dengan baka kanser payudara. Para saintis masih belum dapat mengenalpasti kesemua baka yang menyebabkan penyakit ini. Oleh itu doktor hanya akan membuat ujian baka yang berkaitan sahaja kepada anda.
Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.

  • BRCA1
  • BRCA2

Untuk kebanyakan orang, adalah mustahak untuk mengetahui keputusan ujian mereka kerana maklumat ini membantu mereka menentukan kesihatan masa depan mereka sekeluarga.

Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sahaja.

Rujukan

  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of health, 2002. Clinical Practice Guidelines - Management of breast cancer

Sumber : infosihat.gov.my

04 December 2010

Pengawet Mayat (kapur barus) Pada Makanan



Mengesan pengawet mayat pada makanan



Kajian terhadap teknologi Bio-Sensor selama empat tahun akhirnya membuahkan hasil.


ADAKAH anda sentiasa peka dan prihatin dengan apa yang anda makan setiap hari? Sedarkah anda terdapat pelbagai jenis pengawet makanan yang diletakkan oleh pengusaha dalam sumber makanan segar yang kita nikmati pada hari ini?
Paling ketara ialah sumber makanan laut yang antara lain untuk memastikan ia sentiasa kelihatan segar, cantik dan paling penting laris penjualannya.

Antaranya, penggunaan bahan kimia terlarang seperti larutan formalin (formaldehid) untuk mengawet makanan laut terutamanya ikan dalam jumlah yang banyak.

Larutan formalin sebenarnya digunakan untuk mengawet tisu organisma hidup seperti daging bagi menjadikannya tahan lama. Apa yang pasti larutan yang sama juga digunakan untuk mengawet mayat manusia!

Hakikat penggunaan bahan kimia itu secara berleluasa ke atas bahan makanan seperti ikan serta makanan laut yang lain telah lama disedari saintis dan pengguna.

Namun kajian menyeluruh serta mendalam bagi mengesan penggunaannya kurang dilakukan terutamanya di negara kita.

Menurut Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Fatimah Abu Bakar, jika bahan kimia tersebut diambil (melalui makanan) boleh membahayakan kesihatan manusia.

"Antara penyakit yang boleh dialami oleh seseorang yang menerima bahan kimia tersebut secara berlebihan adalah kanser paru-paru, kanser otak dan leukemia.

"Menurut The National Occupational and Health (NIOSH), Amerika Syarikat (AS), larutan formalin amat berbahaya kepada kesihatan jika individu terdedah dengan bahan kimia tersebut pada kepekatan melebihi 20 bahagian per juta (ppm)," ujar beliau ketika ditemui baru-baru ini di Serdang, Selangor.

Menyedari keselamatan pengguna kini semakin terancam, beliau bersama beberapa pengkaji mencipta alatan yang dikenali sebagai teknologi biosensor, menggunakan sejenis enzim bagi mengesan kehadiran larutan tersebut dalam makanan.

Teknologi yang terdiri daripada elektrod mudah alih khas yang disambungkan kepada alat pengukur perubahan arus elektrik (pada -0.2 volt) sebagai isyarat yang menunjukkan amaun larutan formalin yang terdapat dalam daging ikan.

Melalui teknologi tersebut, kehadiran larutan formalin boleh dikesan dalam masa 10 minit berbanding sebelum ini yang memerlukan masa sehari suntuk dan perlu dilakukan oleh pakar.
"Untuk mengesan larutan tersebut dengan lebih cepat, elektrod yang disaluti logam emas akan direndam di dalam enzim khas bersama cebisan daging ikan yang hendak diuji," ujar beliau.

Kaedah tersebut juga mampu mengesan kehadiran larutan formalin dalam ikan dan produk ikan pada aras 0.1 hingga 20 ppm.

Menurut Fatimah, bacaan 3 ppm dan ke bawah merupakan bacaan normal kerana ikan tersebut juga turut mengeluarkan bahan kimia tersebut secara semulajadi.

Namun, jika ia melebihi bacaan 3 ppm, maka kandungan larutan formalin dalam ikan tersebut dianggap tinggi dan berbahaya.

Pendaratan ikan dari laut kebiasaannya tidak mengandungi larutan formalin.

Kemungkinan besar bahan kimia tersebut digunakan selepas proses pendaratan bertujuan mengekalkan kualiti dan meningkatkan jangka hayat.

Penggunaan kaedah yang terpantas sedia ada di pasaran masih belum ada, justeru Teknologi Biosensor itu dikhususkan untuk tujuan pemantauan bahan kimia tersebut di bahagian pintu masuk negara.

Teknik pengesanan sedia ada tidak begitu tepat dan masih lagi kurang digunakan berikutan tahap kesedaran di kalangan masyarakat negara ini masih rendah.

Selain itu, alat pengesan terpantas yang terdapat dipasaran kini biasanya bersifat semi-kuantitatif atau tidak peka terhadap ikan dan produk makanan laut yang lain.

Beliau yang juga ahli kumpulan penyelidikan Teknologi Biosensor Kebangsaan telah menjalankan kajian mencipta alat biosensor dalam bentuk elektrod enzim sejak tahun 2003 hingga 2010.

Kajian berkenaan alatan itu juga dijalankan di Institut Biosains, UPM bersama Profesor Datuk Dr. Abu Bakar Salleh, Profesor Madya Dr. Nor Azah, pelajar beliau, Nur Indang Marzuki dengan kerjasama Profesor Dr. Lee Yook Heng dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kumpulan penyelidik yang dianggotai Fatimah mengambil masa hampir empat tahun untuk menghasilkan teknologi yang benar-benar mampu mengesan larutan tersebut dengan pantas.
Kajian terhadap teknologi tersebut telah dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bermula April 2007 sehingga Mac 2010 di bawah geran top-down project .

Teknologi tersebut masih di peringkat prapengkomersialan dan perlu menjalani siri penambah baikkan dari segi saiz dan bentuk sebelum boleh dipasarkan secara besar-besaran.

''Bagi setiap ujian yang akan dilakukan ia memerlukan kit ujian yang berharga sekitar RM50 dan ia boleh digunakan sebanyak 60 kali," katanya.

Manakala harga bagi alatan tersebut masih belum dapat ditentukan kerana ia akan mengambil kira kos pengeluaran yang akan ditetapkan oleh pihak industri yang berminat untuk membangunkannya.

Justeru, jika alatan tersebut berjaya dikomersialkan maka ia merupakan pengesan bahan pengawet mayat terpantas dan pertama seumpamanya di dunia.

01 December 2010

Julia Roberts

Kenal ke siapa Julia Roberts ni??? Korang tahu… Sheila minat sangat dengan dia... Dia ni dulu pernah berlakon dalam cerita “Pretty Woman”… Pernah tengok tak cerita tu? Sheila sendiri dah berapa kali khatam dah cerita tu… tak jemu-jemu.

Lagi satu yang Sheila suka tentang Julia Roberts ni kan.. badan dia yang selim melim tu… dari dulu hingga kini dan selamanya memang kira adore dengan dia…bila le agaknya nak dapat body lawa camtu ek??

Kiranya dia ni sumber inspirasi Sheila le untuk dapatkan badan yang sihat dan menarik… bukan untuk orang lain pun… buat cik abang terchenta semestinya. Sekarang ni cepat je semput, baru main kejar-kejar dengan anak-anak dah letih…

Korang ada idola yang boleh memberikan inspirasi tak?? Kiranya yang membuatkan korang bersemangat gitu.. jom kongsi..

30 November 2010

Hairven – Salon Rambut Bagi Wanita Muslimah

Hari Ahad hari tu Sheila bawa anak-anak ke Alamanda… saja nak jalan-jalan + tebus balik sebab diorang tak ikut Sheila ke Jakarta hari tu. Memang plan lepas makan di food court nak bawa the girls pergi gunting rambut. Selalunya mama diorang ni yang jadi hair stylist, tapi tetiba rasa nak cuti pulak hari tu… cik abang pun ok aje.

Tanya pada kaunter informasi, rupanya ada satu salon di atas Famous Amos. Nama salon tu Hairven. Harga berpatutan… bagi kanak-kanak harga bermula dari RM12.00 (dry cut) manakala dewasa RM30.00 (cut+wash) ke atas, dan yang paling best bila tanya ada bilik untuk muslimah dia kata ada… Wow! Best!. Jadinya semua girls ambil kesempatan menggunting rambut (termasuk le mamanya sekali)… dan boys kena tunggu kami siap… :-) hihihi…


So lepas ni boleh datang sini lagi… nak buat hair treatment… semua yang kerja di Hairven perempuan… tempat bersih… dan ada class… suka suka suka…

Nak bagi berapa bintang??? kita bagi 4.5 bintang out of 5

p/s : iklan ni free je tau… sheila tak dapat apa-apa komisyen ye. Sekadar berkongsi info.

Surah Al-Insyirah (Terjemahan dan Kelebihan)

Terjemahan

AL-INSYIRAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

sumber : perkim

Siapa Aku?

Lagu ni sangat memberi semangat dan inspirasi kepada Sheila... nak kongsikan juga dengan semua. Harap dapat memberikan semangat juga, dan sememangnya kita mempunyai keistimewaan sendiri cuma samada kita menyedarinya atau tidak... jadi, layan...

Penyanyi: Suki
Tajuk Lirik Lagu: Siapa Aku




Pernah ku'slalu mengalah mulanya
Malu tuk mengatakan apa yang kurasa
Namun impian menyala-nyala
Akan kukejar hingga tercapai cita-cita

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku

Pasti kau mengimpikan oh apa rasanya
Menari bagai bintang seindah angkasa
Memang tak mudah seperti kau bayang
Kau harus percaya, tabah, dan usaha

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku

Di sini megah kuberdiri
Berselindung lagi
Ku'kan memburu cita-citaku
Tak gentar bersuara kerna kupercaya tibanya waktu yang milikku

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku
Inilah....saatnya

Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku.....

Rich Dad Poor Dad

credit to google
Pernah baca tak buku ni??? Memang bagus dan boleh membuka mata dan minda kita.. terutama yang sedang makan gaji ni... (macam ahkak ni) wajib untuk tonton video yang menarik neh... pasti lepas tonton semangat tu terbakar menyala-nyala...


29 November 2010

Dah Pindah??

Hihihi… nak cakap sebenarnya sheilawahid [dot] blogspot [dot] com dah pindah ke rumah baru… alamatnya http://www.sheilawahid.com… nanti jangan lupa update dalam Google Reader, Tweeter, Facebook tau… kot tertinggal lak cerita-cerita Jakarta-Bandung tadi…

Hingga jumpa lagi… daaa…

Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung

Assalammualaikum,

Hmm… Isnin datang lagi. Mood bercuti masih terasa… dan tatkala loceng jam berbunyi pagi tadi menandakan harus bangun untuk bekerja… bantal seakan-akan memujuk untuk terus diulit… tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilaksana.

Sheila baru pulang dari berpergian… meraikan ulangtahun yang ke-13 di rantau orang. Kali ini destinasi yang dipilih, Jakarta dan Bandung…. seronok… lupa sekejap masalah yang ada. Untuk tatapan bersama, Sheila kongsikan ringkasan catatan pengalaman bercuti di Jakarta-Bandung.

Tarikh   :   24 – 27 November 2010

Hotel :
Hari 1   :   Daarul Jannah 1
Hari 2   :   Daarul Jannah 2
Hari 3   :   Puri Larasati

Tempat yang dilawati :
Hari 1   :   Mangga Dua ~ Jakarta
Hari 2  :   Tangkupan Perahu, Rumah Mode, Kawani & Kampung Daun ~ Bandung
Hari 3   :   Kawah Putih, Pasar Baru, Kawani ~ Bandung

Pengangkutan :
1. Air Asia – dari Kuala Lumpur ke Jakarta / Jakarta ke Kuala Lumpur
2. Keretapi – dari Jakarta ke Bandung
3. Travel Agent – Lawatan sekitar Bandung
4. Cipa Ganti (Kereta Sewa) – dari Bandung ke Jakarta airport

Perinciannya nanti Sheila cerita di lain entri sebab panjang sangat ceritanya… 7 hari 7 malam baru habis… hihihihi.. sabar ye… nak edit gambar, baru best bercerita dengan gambar sekali…
p/s : Dietku dah ke laut akibat makanan yang enak banget .. :-P

Tips Awet Muda

Tips Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

alwaqiah

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. Amalkan solat tahajud. Sentiasa tenang dan bersikap positif. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Petikan Majalah Anis 2004

Keperluan Air Dalam Badan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Minggu ni bermula sudah cuti sekolah. Pasti ramai yang telah merancang aktiviti anak-anak sempena cuti ni... Walau apa pun yang dilakukan, kesihatan diri jangan sekali diabaikan. Pastikan anda dan keluarga anda minum cukup air, sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari, tapi ianya bergantung juga kepada keadaan cuaca persekitaran.

KENAPA PERLU MINUM AIR??


Menurut para penyelidik, 70 peratus (70%) tubuh badan manusia terdiri dari air dan kita hanya dapat bertahan hidup sekitar seminggu sahaja tanpa air.

FUNGSI AIR ADALAH SEPERTI BERIKUT :

  1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK
    Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

  2. MENGUMPULKAN NUTRISI
    Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

  3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK
    Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai ‘pembantu’ untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

  4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS
    Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

  5. MENGHINDARI BATU KARANG
    Batu karang ‘tumbuh’ ketika zat - zat atau komponen ’sampah’ yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti ‘pasir’ akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah ‘batu’. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.

Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan pula, air yang mencukupi diperlukan bagi memastikan proses menurunkan berat badan lebih efektif. Ini kerana air merupakan agen pengangkut dan pembersih. Jika air tidak mencukupi, toksin tidak dapat disingkirkan. keperluan air boleh ditentukan dengan berat badan individu terbabit. Pengiraan mudah adalah setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1 liter air. Ini bermaksud, jika sekiranya berat anda adalah 60kg, anda perlu minum 2.4 liter air. Mudah kan? Cara minum air yang mudah dan efektif adalah dengan minum sedikit-sedikit sepanjang hari.

Mulakan hari anda dengan minum segelas air. Semoga hari anda akan lebih ceria.

11 November 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Assalammualaikum,

Sheila dapat info dari FB menyatakan bahawa Shamrin vokalis kumpulan Fotograf telah kembali ke Rahmatullah petang tadi.. Beliau dikatakan rebah ketika bermain bola dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Al-Fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat.. dan takziah buat keluarganya.

signature_thumb[6]

Keputusan UPSR 2010

Assalammualaikum,

Hari ni, tanggal 11.11.10  keputusan UPSR akan diketahui. Apa jua keputusannya Sheila terima dengan hati terbuka. Perasaannya?? Sekarang ni berdebar-debar… Nanti pukul 11.00am Sheila akan ke sekolah berjumpa dengan guru kelas Adini…. Adini pulak demam hari ni… kesian.

Apa jua keputusan yang diperoleh, itu adalah yang terbaik yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa …

signature_thumb[6]

10 November 2010

Ayat 1000 Dinar

ayat_seribu_dinar

Penjagaan Tulang Belakang

08083bg

Ada masalah sakit belakang tak? Sheila punya masalah ni. Cuba tengok cara kita duduk… rasanya itulah masalah utama bagi yang bekerja menghadap pc je…contoh seperti ahkak ni le… paling kurang duduk lapan jam… kalau sibuk boleh membawa ke 12 jam… Sekarang ni mungkin belum mendatangkan kesan apa-apa maklum le usia masih muda belia…. tapi nanti bila dah umur dah masuk senja baru terasa…

Info yang Sheila dapat dari pencarian di internet menyatakan bahawa sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

  • Otot
    • Otot tergeliat
    • Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
    • Otot letih
  • Tulang
    • Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
    • Pecah tulang belakang
    • Tulang yang cacat
    • Kanse tulang
  • Lain-lain
    • Kedudukan badan yang tidak betul
    • Penyakit Radang Pelvic (PID)
    • Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
    • Penyakit batu karang
    • Psikologi
      • Berkaitan dengan stres

Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
  • Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
  • Rasa sakit yang menusuk
  • Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
  • Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
    • Fever (demam)
    • Sakit di bahagian perut
    • Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
    • Sakit kepala
    • Berkaitan dengan haid

Komplikasi

Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-

  • Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
  • Kecacatan kekal
  • Kanser yang tidak dapat dikesan

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.

Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :

    • Rehat yang cukup
    • Regangan pada bahagian belakang
    • Fisioterapi
    • Menggunakan ubat sapu
    • Ubat anti inflamasi tanpa steroid

Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI

Pencegahan

  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks
  • Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis.
  • Kekalkan cara hidup yang sihat

    signature_thumb[6]