27 November 2013

39 MINGGU | UPDATE SEBELUM BERSALIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

25hb November 2013
Isnin

Hari ni sheila dan abang ambil cuti untuk selesaikan urusan pertukaran sekolah Adibah (tapi tak dapat selesai juga sebab kerenah birokrasi). Pergi ke sekolah lama untuk ambil sijil berhenti dan ke PPD Sepang, seterusnya ke KPMC Puchong untuk check-up 39 minggu.

Sebenarnya ini adalah lawatan yang ketiga di KPMC, Puchong. Sebelum-sebelum ni sheila buat check-up di Klinik Kesihatan Pulau Meranti je. Di awal-awal kehamilan hari tu Sheila tak decide lagi nak bersalin di mana… pilihan samada Hospital Serdang atau Hospital KPMC Puchong. Tapi setelah memikirkan tentang soal aurat, abang putuskan supaya sheila bersalin di KPMC sahaja. Memang kalau ikutkan kos bersalin di hospital swasta agak tinggi tapi Insyaa Allah akan ada rezeki lain.

Insyaa Allah, gynea yang akan menyambut putera bongsu sheila ni Dr. Haslinda… tiga kali bersalin di KPMC di sambut oleh tiga orang doktor yang berbeza. 2006 Dr. Raja Juhaidah yang menyambut kelahiran Amni Damia, 2012 Dr. Dayang (Ahmad Ammar) dan 2013 Dr. Haslinda. Semoga Allah cepatkan dan permudahkan proses melahirkan khalifah Allah yang ini.

Mengikut scan Dr. Haslinda, baby dah turun, jadinya kalau ikutkan memang bila-bila boleh bersalin. Tapi sheila minta tangguh sebab ada kerja nak kena buat… kerja ofis kan… jangan client call time dalam labour room sudah… tapi Dr. Haslinda bagi tarikh 29hb11, kalau belum bersalin lagi haruslah datang ke hospital… ini pun dok bercakap dengan baby jangan keluar dulu, mama nak siapkan kerja… boleh gitu?

Beg hospital dah ready, tuan punya badan je yang belum ready lagi… walaupun sheila ni dikategorikan sebagai senang bersalin dan dah bersalin banyak kali, jadi sepatutnya tak jadi masalah kan… tapi perasaan takut tu memang adalah.. tipu kalau cakap tak ada. Siap minta kat doktor untuk ambil epidural… nasib le doktor tak bagi ambil. Katanya tak perlu sebab proses bersalin tu nanti sekejap je.

Dup dap dup dap…

Doakan Sheila juga ye.

Sehingga jumpa lagi… salam ceria

21 November 2013

RISIKO DIABETES KETIKA HAMIL

kn_02.1

Wanita yang bercadang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian gula darah bagi mengelakkan komplikasi.


RAMAI dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis, yang dikenali sebagai diabetes gestasi. Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas.

Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan seorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya.

Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes gestasi.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Boleh dikatakan semua orang mengetahui mengenai komplikasi yang melibatkan pesakit diabetes.

Biasanya pesakit diabetes yang tidak terkawal terdedah kepada pelbagai komplikasi seperti buah pinggang, masalah mata, jantung dan luka yang sukar sembuh.

Kecacatan Bagaimanapun pesakit diabetes yang hamil terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, terdapat dua golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum hamil dan kedua, yang tidak ada diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil dinamakan diabetes gestasi.

"Golongan pertama pula terbahagi kepada mereka yang mengetahui menghidapi diabetes dan tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes," katanya.

Golongan pertama yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat dan kaunseling doktor sebelum hamil.

"Mereka perlu mengawal kandungan gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi menstabilkan gula dalam darah," katanya.

Bagaimanapun golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko.

"Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes dan terdedah kepada pelbagai komplikasi.

"Biasanya doktor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan mereka ini biasanya perlu berada di wad bagi tujuan pemantauan," katanya.

Golongan ketiga adalah wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil atau dikatakan menghadapi masalah penghadaman gula.

Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) di mana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan dua jam selepas minum air gula.

Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter selepas dua jam minum air gula.

Jika bacaan ujian OGTT lebih tinggi daripada yang disarankan, pesakit perlu dirujuk kepada dietitian bagi menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu.

Wanita hamil yang menghidapi diabetes perlu melahirkan anak dua minggu lebih awal bagi mengelakkan komplikasi seperti bayi terlalu besar atau bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131117/kn_02/Risiko-diabetes-ketika-hamil#ixzz2lE3HnRTh

20 November 2013

KHASIAT DAUN RASPBERRY BAGI IBU MENGANDUNG

Assalammualaikum…

http://www.willowaynurseries.com/Images/BrazelBerriesRaspberryShortcake.jpg
Inilah rupa pokok Raspberry…
 

Baru-baru ni kawan sosial di laman mukabuku ada berkongsi tentang kebaikan teh Raspberry… Gagah lah juga mencari.. akhirnya bertemu di kedai organic Justlife USJ8… Alhamdulillah… tak perlu pergi jauh. Harga satu pek RM24.00 sahaja.

.

Antara khasiat daun teh Raspberry :

  1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
  2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung.
  3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
  4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
  5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
  6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.

Cara pengambilan teh Raspberry yang disyorkan :


Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke 37. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan 2-3 gelas sehari pada minggu ke 39 dan juga boleh minum sebelum ke bilik bersalin.

** Ibu-ibu yang mengandung kurang 35 minggu tidak digalakkan minum teh daun Raspberry ini untuk mengelakkan kelahiran awal baby **


Cara penyediaan teh Raspberry :

1 sudu teh daun Raspberry direndam dalam 250ml air panas… proses ini boleh diulang beberapa kali sehingga hilang warna dan rasa barulah digantikan dengan daun yang baru.


Ok, sedikit perkongsian daripada Sheila.. semoga bermanfaat. Kepada ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin (macam ahkakk ni) selamat bersalin dan selamat berpantang diucapkan.



Hingga jumpa lagi…

 

Sumber : roydotcom.wordpress.com

Order vitamin Shaklee.. hubungi Sheila hari ini, 
Sheila Wahid
SID : 864920
Call/SMS/Whassap : 012-301 3341
Like Fanpage NutrisiHut untuk maklumat terkini

DISCLAIMER :
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

18 November 2013

NAK BERSALIN DAH..

Ehhh… belum lagi lah… False Alarm

17 November 2013

Sedari pagi sheila dah mula merasakan kontraksi yang agak kuat. Mengikut perkiraan sela masanya sekitar 3 minit..

Abang dah mula tanya samada nak ke hospital atau tak.. tapi rasanya selagi mampu bertahan sheila nak tengok dulu sebabnya tak nak duduk di wad lama-lama. Kalau boleh datang hospital semata-mata untuk bersalin je lepas tu kalau boleh nak balik dah..

Keadaan kontraksi berterusan dari jam 11.00am hingga ke tengahari sekitar jam 1.00pm... lepas zohor sheila terlelap sekejap dan lepas jaga tu dah tak rasa kontraksi dah... Alhamdulillah.

Beg hospital baru 80% ready... baju baby ingat nak beli sepasang dua yang baru... yang ammar punya pun masih elok sebenarnya.

Kalau ikutkan edd sheila akan bersalin pada 11213.. semoga Allah memudahkan proses bersalin nanti.

29 October 2013

NOVEMBER 2013–PERMULAAN BARU DALAM HIDUP

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Perancangan Allah tetap yang terbaik untuk Sheila khususnya dan untuk seluruh umat manusia amnya.

2014 bakal mencorak kehidupan Sheila sebagai WAHM sepenuh masa… tapi perjalanannya bermula dari 1 Muharram (5hb November 2013).

Bermula November 2013, Ammar tidak lagi dihantar ke Taska… kebetulan Adini bercuti awal, jadinya Adini ditugaskan untuk menjaga Ammar sementara Sheila meneruskan rutin bekerja dari rumah seperti biasa sehingga tamat kontrak pada December 2013.

Bulan November juga merupakan bulan yang sangat sibuk dengan urusan kerja, majlis penyampaian hadiah anak-anak, persiapan persekolahan anak-anak serta menyambut kelahiran orang baru… Jadual setiap minggu sangat padat… semoga Allah melindungi dan memberikan perlindungan serta memudahkan segala urusan buat Sheila sekeluarga.

Terus terang, untuk memulakan sebuah perjalanan baru memerlukan kekuatan rohani dan jasmani, Sheila juga perlukan sokongan daripada suami terutamanya, keluarga serta sahabat handai. Maklumlah… dunianya akan sedikit berbeza dengan cabaran yang juga berbeza…

Cuma satu sahaja yang memberikan kekuatan untuk Sheila membuat keputusan iaitu YAKIN! YAKIN! YAKIN! Allah sentiasa ada. Minta sahaja dengan Allah setiap kali memerlukan… mengadu sahaja kepada Allah setiap kali kegusaran… PASTI akan ada jawapan dan penyelesaian.

Semoga perjalanan Sheila diredhai Allah dan mendapat limpah rahmat dan kurnianya… Amiin

Untuk tempahan dan keterangan lanjut hubungi
Sheila Wahid
SID : 864920
Call/SMS/Whassap : 012-301 3341
Like Fanpage NutrisiHut untuk maklumat terkini

DISCLAIMER :
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

18 October 2013

[TIPS] BERPANTANG CARA NANI ROSTAM

34 minggu… perut semakin maju… semoga dapat bertahan untuk seketika lagi sehingga permata hati lahir. By 34 minggu segala keperluan bersalin dan dalam pantang sepatutnya dah disiapkan. Beg hospital dah standby tepi pintu atau dalam kereta.. bila cukup masa je terus aje terjah ke mana-mana hospital berdekatan.

Dalam pada mencari-cari tips untuk mendapatkan bentuk badan persis anak dara lepas bersalin nanti, sheila terjumpa blog kak Nani Rostam mummy kepada artis/model tersohor Hanis Zalikha… no wonderlah badan cantik, kak Nani memang sangat menitikberatkan penjagaan ketika dalam pantang.

Jom kita kaji bersama --- NaniRostam

  1. Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.

  2. Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.

  3. Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.

  4. Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.

  5. Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.

  6. Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.

  7. Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk Shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru.

  8. Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.

  9. Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning.Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.

  10. Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.


Ok, sekarang dah tahu rahsia pinggang ramping bak kerengga… masa untuk berusaha ke arah itu… berat sekarang 76kg, lepas bersalin 66kg, seterusnya selepas 40 hari 56kg… wahhh… saya suka! saya suka!

Langkah seterusnya… amalkan set berpantang Shaklee…

Untuk tempahan hubungi

Sheila Wahid
Call/SMS/Whassap : 012-301 3341
Like Fanpage NutrisiHut untuk maklumat terkini

DISCLAIMER :

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

13 September 2013

24 MINGGU - 3D/4D SCAN

Assalammualaikum,

Akhirnya, rezeki anak ke-6 baru merasa buat 3D/4D scan. Check pregnancy untuk 24 minggu (15/8/2013) terus le sekali scan. Eksaited kannnn… ^_^

Sheila scan di Klinik Suraya, Puchong Utama. Walk-in je, tak perlu temujanji bagai… senang. Cas yang dikenakan cuma RM80.00 untuk servis 3D/4D scan ni. Kalau dari rumah ambil masa dalam 10 minit untuk sampai… so far convinient le juga.

Kalau ada mommy or mommy to be yang nak buat 3D/4D scan tu boleh le ke Klinik Suraya, Puchong Utama.


KLINIK SURAYA,
NO. 19, JALAN PU 7/3,
PUSAT BANDAR PUCHONG UTAMA,
47140 PUCHONG, SELANGOR
03-80652004

Sheila kongsikan gambar putera kami… Insyaa Allah, lelaki. Jadi cukup 3 pasang, 3 lelaki 3 perempuan…

edit3d2

(Ahh… silaulah mata saya..)

Nampak tak mulutnya terbuka tu… eee… geram.. nanti kita jumpa ye baby.

edit3d1

Sudut lain… nampak hidung tu macam hidung papa je…

edit3d3

Ni angle dari atas.. errmm.. macam iras Ammar pun ada…

Untuk anak-anak yang lain harap tak berkecil hati ye… masa dulu-dulu tu kurang sikit pendedahan tentang 3D/3D scan ni.. kalau ada tentu mama buat juga…

Apa pun yang penting sihat dan sempurna.. semoga anak-anak mama anak-anak ahli syurga. Itu doa mama untuk kalian semua.

Ohh… dah nak kena prepare barang-barang untuk bersalin… hospital bersalin pun tak decide lagi… private vs government. ermmm… ??? Later-later lah decide

Ok uolls, mohon undur diri dulu.. nanti jumpa lagi… ta ta

22 August 2013

ANAK MAMA AMMAR DEMAM

Anakanda Ammar demam + batuk berkahak... bila bernafas dan ada bunyi semput... kesian anak mama. Semalaman tak lena tidurnya. Nak minum susu pun tak berselera gamaknya, minum separuh botol pun tak habis.

Sepanjang malam meneman Ammar... bergilir dengan cik abang. Memang kalau ikutkan sampai ke pagi Ammar tak berapa nak lena. Sapu minyak nak bagi nafasnya lega.. tapi masih tak reda juga.

Alhamdulillah, menjelang tengahari ni tadi Ammar semakin ok, tapi nafasnya masih terganggu. Tapi boleh tidur dengan lena, Alhamdulillah.


Harap malam ni Ammar semakin pulih le... tak ada lagi sesak-sesak nafas,  kesian mama tengok.

Buat sahabat sekelian, jaga diri dan kesihatan ye...

14 August 2013

UMRAH

السلام عليكم 

"Orang yang mengunjungi Baitullah sama ada
mengerjakan haji atau umrah adalah tetamu
ALLAH S.W.T jika mereka meminta ampun
padaNya, nescaya diampuni mereka. Jika
mereka berdoa nescaya diterima doa mereka
dan jika mereka meminta syafaat nescaya
diberikan syafaat kepada mereka"

Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.
Umrah bererti berziarah ke Baitullah di Mekah dengan berihram umrah untuk mengerjakan tawaf, sa’ie dan lain-lain rukun serta wajibnya. Umrah diwajibkan ke atas semua orang Islam, yang telah memenuhi syarat, sekali dalam seumur hidup dan disunatkan mengerjakannya berulang-ulang kali.

“Daripada Zaid bin Thabit berkata, sabda Rasulullah s.a.w., Haji dan Umrah itu diwajibkan ke atas kamu (setelah cukup syaratnya) dan kamu boleh mengerjakan yang mana satu terlebih dahulu”

Sabdanya lagi:

“Umrah itu kifarah (penghapus dosa) bagi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya dengan Umrah yang sebelumnya dan Haji yang mabrur itu balasannya adalah syurga.”

"Satu solat yang dikerjakan di masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih utama daripada 1,000 solat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil-Haram. Dan satu solat di Masjidil-Haram adalah lebih utama daripada 100,000 solat di masjid-masjid lain”

Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada sahabat Jabir r.a.

 

08 August 2013

07 August 2013

DOA DI AKHIR RAMADHAN

" Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Kau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Zat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keredhaanMu. Sehingga Kau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Kau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah aku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang terus-menerus. Demikian pula, dengan rahmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran, kemuliaan perbendaharaan, keindahan syukur, panjang umur, dan kemudahannya yang berterusan.

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezeki dan keutamaan harapan."

Amin Ya Rabbal'alamin..

23 July 2013

Menu iftar Ramadhan hari ke 13

السلام عليكم

Dearest anak-anak...

Hari ni mama masak simple juga lagi

Menu kita :
- Rendang pedas ayam
- Tumis bayam
- Air Khatira
- Teh-o panas

Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Semoga anak-anak mama dapat berpuasa dengan sempurna dan mudah-mudahan segala amalan diterima Allah dan menjadi anak yang soleh-solehah.

Masuk hari ke-13 Adibah dan Amni dah biasa dengan berpuasa... Insyaa Allah semoga dapat diteruskan ye anak-anak dengan puasa sunat Isnin dan Khamis apabila kamu dewasa kelak.

Al-Amin masih di asrama, belum sempat lagi bersahur dan beriftar bersama. Insyaa Allah nanti hujung bulan kita boleh sambut Ramadhan ni sama-sama ye..

Nanti kita latih untuk bangun malam pula, bermunajjat kepada Allah. KepadaNyalah kita semua akan kembali. Masa bila dan bagaimana itu adalah rahsia Allah jua.

Baiklah, sekian untuk kali ini. Insyaa Allah jika dipanjangkan usia mama update lagi di sini.

Wassalam,


Sheila Wahid,
04:01
23 Julai 2013

21 July 2013

Menu Iftar Ramadhan hari 12

Assalammualaikum.

Alhamdulillah... selesai hari yang ke-12... esok masuk hari yang ke-13 pula.

Hari ni berbuka dengan sederhana je. Actually hari-hari pun masak simple je.

Menu hari ni siakap masak sweet sour, sup tomyam campur, kuih keria, teh-o panas dan air sarsi sejuk.. Alhamdulillah. Kenyang time berbuka tadi.

Esok tak plan lagi nak masak apa.. selamat berpuasa buat semua dan semoga amalan kalian diterima Allah. Amiin.

24 June 2013

Naluri seorang isteri

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. .. cinta hati dah selamat kembali dari perjalanan menakluki Gunung Bujang Melaka di Kampar, Perak.

Dan rasanya buat pertama kalinya sheila betul-betul merelakan. Tidak ada bisikan-bisikan halus yang menghasut. Tidak seperti perjalanan yang sebelum-sebelum ni.

Macam-macam yang sheila fikirkan.. keselamatan, kesihatan dan lebih-lebih lagi pergaulan semasa bermusafir. Bukan mengongkong tapi sebagai isteri rasanya dah jadi tanggungjawab sheila untuk mengingatkan.

Allah yang berkuasa memegang hati-hati manusia... Alhamdulillah, kami dilindungi olehNya.

Sebelum ni pernah je rasanya hati ini berkata-kata jika ada sesuatu yang tak kena. Tapi tak tahu nak described macamana. Nak percaya atau tak nak percaya?

Sheila juga pernah bermimpi tentang sesuatu kejadian.. walaupun ianya hanya sekadar mainan tidur dan mungkin juga godaan syaitan tapi ada kalanya mengena juga... Wallahu'aklam

(Catatan di malam nisfu syaaban ketika sedang menyulam tempahan pelanggan)

24 Jun 2013
Sheila Wahid

17 June 2013

Cerita bunga lagi

Assalammualaikum,

Salam Jumaat yang penuh barakah…

Pagi ni sempat le menyalin pokok bunga ros ke dalam pasu yang lebih besar. Nak sediakan tempat untuk ros ni memanjat… Harap tak membantutkan pertumbuhan pokok ros ni selepas sheila pindahkan ke pasu baru… Almaklum lah, Sheila memang tk ada pengalaman menjaga pokok ros… ni kira try n error je ni.

20130614_080523

Pagi ni kembang lagi sekuntum bunga… cantik.. sebelahnya esok kembang le tu… Insyaa Allah. Sheila suka dengan bunga ros.. melihatkan kelopaknya yang tersusun rapi… sempurnanya ciptaan Ilahi.

(Belakang tu pasu besar berisi kangkung… tapi macam dah tak berapa nak subur… sedikit masa lagi akan dikosongkan untuk tanaman lain pula)

20130614_083329

Ini pula tak tahu nama sebenarnya… tapi bunganya sangat wangi. Uncle Wong, jiran sebelah yang bagi…

20130614_080728

Ni pulak budak kecik yang sedang pegang bunga. Dalam perjalanan nak ke rumah pengasuh, Ammar minta petikkan bunga merah di simpang jalan. Tengoklah tu.. bukan main happy lagi dia berjalan berlenggang sambil memegang bunga…

Ok, Sheila off dulu… ada kerja menanti… hingga jumpa lagi, salam hormat dan selamat hari Isnin.

11 June 2013

Jom tanam sendiri | spesis bunga ros pertama

Assalammualaikum.

Hari ni seperti dirancang sheila ke shah alam... misi mencari bunga ros dan juga nak ke jakel. Tapi hanya sempat untuk ke taman bunga ros sahaja.

Jadi, sebagai permulaan ni sheila membeli 2 jenis bunga ros iaitu "golden celebrations" dan "tradescant". Sheila baru kenal dua jenis ni je.. yang lain-lain tu harap maaf.. tak kenal lagi.

Golden celebrations ni warnanya oren manakala tradescant merah hati dan akan bertukar warna kepada pepel.. nanti kita sama-sama tengok ye.

Kedua-dua jenis ros ni jenis yang memanjat... jadi nanti kena le cari pepanjat yang sesuai. Nanti nak tanya pakdin tukang buat pagar kat rumah ni.

Selain daripada pokok bunga ros sheila beli baja dan solutions dia.. harga ahli rm50 sahaja.

Tak sabar nak mulakan projek bunga ros ni.. kalau boleh bertukar jadi kebun bunga ros bagus juga kan... hehehe... berangan je dulu..

Oh ya.. nak beli pasu besar juga 2 biji.. nak tanam bunga... nak tanam bunga...

Kos :
Golden celebrations : RM40.00
Tradescant : RM40.00
Honeybee rose food dan rose care : RM50
Jumlah keseluruhan : RM130.00

10 June 2013

Selamat pengantin baru Alia dan Nik Aizu



Alhamdulillah. .. 8hb Jun 2013... selesai sudah majlis akad nikah pasangan Alia dan Nik Aizu (anak saudara Jai). Semoga rumahtangga kalian akan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah hendaknya.

Majlis berlangsung dengan meriahnya di dewan sivik petaling jaya. Alia adalah cucu sulung belah suami sheila dan juga anak sulung abang ipar, abang lan dan kak wati... Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar sekali.

Sayangnya kali ni tak banyak gambar.. sibuk dok melayan si budak kecik ammar... tengah lasak.. mmg tak mau duduk diam.









Tema sebelah perempuan pink... nanti 29hb kita ke majlis sebelah lelaki pulak.. tema gold. Baju tak cari lagi tu.. sempat Insyaa Allah.

Muhammad Asyraf anak saudara ke..?


Alhamdulillah. . Adik ipar sheila, cikgu mimin selamat melahirkan baby boy awal pagi tadi. Nasib sempat makan kenduri Alia..

Belum sempat lagi nak menziarah. Esok lusa Insyaa Allah akan ke rumah mak mertua di pj..

Suka nak cium bau baby... tak sabarnya nak jumpa Asyraf. Baby ammar kat rumah ni pun rasanya cepat sangat dah besar.. kita tunggu baby baru le pulak tahun depan ye.. ;-)

Test

Test aje ni

posted from Bloggeroid

30 March 2013

Kari kambing ikan masin

Assalammualaikum,

Hari ni masa simple.... balik dari tengok hot air balloon di Putrajaya, terus defrost lamb slices yang lama dah simpan.

Sambil-sambil tunggu tu rehat jap. Daging dah ready potong kiub, potong bahan-bahan lain...

Sheila tumis bahan-bahan dalam periuk tekanan, masuk daging, santan, asam serta garam kemudian tutup. 

Biarkan dalam 10 minit lepas tu bila periuk tekanan dah keluarkan bunyi boleh le ditutup api...

Kawan bagi kari kambing ni semestinya ikan masin goreng. Inilah juadah kami hari ni.. Alhamdulillah.

p/s : esok nak pergi pasar beli ikan... minyak masak pun dah habis rupanya... semalam lupa nak beli.

11 March 2013

Catatan hati

Assalammualaikum.

Hari ini hati benar-benar berdetik... perasaan semakin menggamit.

Ya Allah...
Jemputlah aku untuk menjadi tetamuMu. Perasaan ini begitu kuat sekali Ya Allah... untuk menjejakkan kaki ke sana Ya Allah.

Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami... limpahkanlah kami rezeki yang halal lagi berkat Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Rezeki.

Aamiin..

22 February 2013

Aku nak resign!

السلام عليكم

Assalammualaikum...

2-3 hari sudah kisah amah yang mendera anak majikannya yang berusia 4 bulan. Sheila mula tak nak tengok... nak kata tertengok tu tak juga sebab memang sheila klik button play tu kan.. nak kata apa lagi.

Tapi sheila tengok maid tu cam pelik sikit.. dah diangkat lepas baby tu... di tonggang terbalikkan.. kemudian dipujuk-pujuk juga.. lepas tu dera balik... tak paham. Marah memang marah. Kalau orang buat kat anak sheila pun mau angin satu badan tu.

Cik abang tak tengok... jadi tak dapek nak kongsi cerita dan tukar-tukar pendapat...

Bagi isteri yang menjaga sendiri anak di rumah tu.   Alhamdulillah. .. boleh kita didik sebaik mungkin dengan adab dan sahsiah yang sempurna.

Bagi isteri yang bekerja dan bercita-cita nak berhenti kerja ingin menumpukan perhatian pada anak-anak dan rumahtangga... sheila ucapkan tahniah. dan tanamkanlah azam yang tinggi... bukan sembarangan tinggi... tapi betul-betul tinggi...

Rasanya sheila sendiri menunggu 2-3 tahun baru hajat sheila terlaksana. Hanya Allah yang mengetahui bila saat yang sesuai untuk doa kita dimakbulkan. Jadi janganlah berhenti berdoa dan meminta bantuan daripada Allah.


02 February 2013

Work-at-home-mom (Wahm)–itu aku

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat semua pengunjung blog.

Alhamdulillah, Allah masih melimpahkan rahmatnya untuk Sheila terus bernafas di muka bumi Allah ini. Sesungguhnya banyak sangat yang sheila nak kongsikan tapi keadaan masa yang sangat terbatas.

image

Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana atas limpah kurnianya Sheila kini bergelar wahm. Jawatan yang menjadi idaman sejak sekian lama. Walaupun masih terikat dengan syarikat, tapi syukur sangat sebab boleh berada di rumah mengawasi pergerakan anak-anak yang semakin meningkat remaja.

Selama 15 tahun bekerja dengan syarikat sekarang, akhirnya sheila mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan kerana anak-anak amat memerlukan mamanya di rumah. Julai 2012 surat letak jawatan dihulur kepada majikan, tapi dengan izin Allah dan budi bicara majikan, sheila dibenarkan untuk bekerja dari rumah.

Bermulalah episod baru dalam hidup Sheila… menyesuaikan diri untuk bekerja dari rumah. Bagai terjaga dari lena… ianya sesuatu yang baru dan amat-amat memerlukan disiplin diri yang tinggi. Hingga kini Sheila masih belum dapat waktu yang tepat untuk menyelesaikan segala urusan kerja dan juga rumahtangga.

 

Best ke dapat bekerja dari rumah?

Ada dua jawapan, best dan tak best.

Best sebab tak perlu nak keluar awal pagi pergi ofis… tak perlu menempuh jam, tak terlibat dengan politik pejabat dan macam-macam lagi.

Yang tak bestnya pulak… kerja ofis dan kerja rumah tidak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. 8.30am masuk ofis buat kerja-kerja pejabat, 10.30am tea break sidai kain. Lepas tu sambung balik kerja ofis sampai pukul 1.00pm. Rehat  ambil anak dari sekolah, solat zohor. Pukul 2.00pm sambung balik kerja sampai pukul 6.00pm. Punch out terus masak makan malam. Lepas makan malam lipat kain sambil duduk-duduk santai dengan anak-anak dan suami. Begitulah seterusnya diulang-ulang saban hari.

Penat hanya Allah yang tahu. Semoga Allah memberikan kesihatan yang sempurna buat Sheila untuk menjalankan amanah yang telah diberikan. Semoga suami dan anak-anak juga diberikan perlindungan daripada Allah juga.

Tapi, walau apapun bersyukur sangat sebab ini adalah yang terbaik yang Allah berikan buat kami sekeluarga. Mudah-mudahan Allah memberkati rezeki kami dan memudahkan segala urusan kami… Insyaa Allah.

Selagi hayat dikandung badan, amanah dan tanggungjawab ini akan terus digalas… demi mencari redha ALlah… demi syurga akhirat yang diimpikan.

Sehingga bertemu lagi…

11 January 2013

What do I need to make bento?

1. Bento box
2. Cutting board
3. Kitchen knife
4. Art knife
5. Scissors
6. Tweezer
7. Plastic wrap
8. Straw & bottle caps
9. Molds - onigiri (rice ball), bread and eggs
10. Cutter - cutting veges, bread and cheese
11. Puncher - nori
12. Container - food, sauce etc
13. Food pick and
14. Food devider