10 May 2011

Peluang Beramal Jariah

(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti anda, terima kasih)

السلام عليكم

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.

BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:

1) Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama; 

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)

2) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.

3) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.

4) Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)

5) Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.

6) Menaja peralatan rumah dan dapur.

7) Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.

8) Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).

9) Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)

10) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)

11) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)

LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU

No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

E-mail: lamanasnaf@yahoo.com

Setiap sumbangan melebihi RM500 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan.

Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132

Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)

Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)

No comments: