Alhamdulillah, usia kandungan dah pun masuk ke angka 30. Maksudnya ada lebih kurang 10 minggu lagi. Semakin kencang jantung berdegup, semakin risau memikirkan saat melahirkan nanti. Walaupun dah pernah melahirkan sebelum ini, tapi setiap kelahiran itu mempunyai cerita tersendiri…. tidak sama detik dan ketikanya, begitu juga sejarah yang bakal dicoretkan juga pastinya tidak akan sama jua.
Temujanji di klinik Pulau Meranti
Tanggal 8 Nov. 2011, sebelah petangnya Sheila ada temujanji di klinik desa Pulau Meranti, Alhamdulillah… tak perlu terlalu lama menunggu. Dalam tempoh satu jam selesai diperiksa jika dibandingkan sebelum ni kena menunggu hampir dua jam baru selesai.
Jururawat di klinik desa Pulau Meranti dan suruh siapkan keperluan baby… kena beli baru le semua jawabnya. Yang ada cuma lampin kain dan empat pasang baju baby yang beli minggu lepas di Butik Anakku, Alamanda.
Balik dari klinik Sheila pun membuat lawatan tak rasmi di kedai barangan bayi di Putra Perdana tu. Not bad juga barangan yang dijual, jauh dari apa yang Sheila bayangkan sebelum ni. Ingatkan dia jual barangan yang biasa-biasa je, tapi rupa-rupanya barangan Pureen ada, Anakku pun ada… baju-baju untuk baby pun cantik-cantik coraknya. Maka terbelilah barang-barang baby, dan total semua RM190.00… terkejut juga le… mahalnya barang-barang sekarang ni. Rasanya baju baby dah cukup, yang tak ada cuma cloth diapers je yang belum beli…. peralatan mandian, nappy liner, pencuci dan lain-lain tu dah cukup dah. Next mission untuk mama pula ye…
Sebelah malamnya, Sheila pergi pula ke klinik An-Nisa di Putra Perdana dengan tujuan untuk melakukan ujian imbasan ultrasound pula. Kali ini doktor mengesahkan bahawa bayi yang bakal lahir nanti adalah bayi lelaki. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab Sheila setakat ni hanya ada seorang sahaja anak lelaki. Lepas ni ada le kawan buat si abang tu…
Placenta Previa (Uri di bawah)
Hasil daripada ujian imbasan ultrasound, doktor cakap kedudukan uri sedikit ke bawah, yang lain-lain seperti kedudukan bayi, kandungan air ketuban, pertumbuhan bayi semuanya ok… jadinya, doktor minta Sheila ke Hospital Serdang untuk ujian lanjut sebab katanya di sana tu ada pakar. Dah siap bagi surat rujukan untuk tindakan lanjut daripada doktor pakar di Hospital Serdang. Harap-harap tiada masalah le nanti.
Daripada maklumat yang diberi doktor semalam, kedudukan placenta Sheila agak rendah dari yang sepatutnya. Kedudukan placenta mengikut doktor tu lebih kurang macam kedudukan yang kedua tu… apa-apa pun nanti tengok apa kata pakar.
Artikel penuh boleh le rujuk ke link berikut : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/plasenta-previa/
Esok (10.11.2011) kita ke Hospital Serdang pula. Nanti Sheila update lagi ye…. sehingga jumpa lagi…
No comments:
Post a Comment