23 November 2011

BBIIM | Brainy Bunch International Islamic Montessory (Little Scientist)

Assalammualaikum & salam sejahtera

Hari ni hari kedua my youngest daughter (Amni) pergi ke BBIIM untuk kelas Little Scientist. Hari pertama semalam tu masa pergi berdrama air mata bukan main, tapi bila balik sungguh ceria. Pagi ni pun sama… nak pergi school happy je, sampai je depan pintu pagar sekolah… huwaaa sekali lagi….

Kelas Little Scientist diadakan selama empat (4) hari bermula dari 22-25 November 2011, 9.30am – 12.00 noon. Bayaran yang dikenakan hanya RM70.00 untuk non-BBIIM student (RM60.00 – BBIIM student). Sangat reasonable kan…. Sheila hantar Amni sebab nak bagi dia pengenalan kepada montessori ni sebab next year nak daftarkan di sini…

science_camp

Tapi semalam balik ingat nak tengok hasil science yang dia buat, sampai rumah dah tidur rupanya… kesian, letih sangat agaknya.

Hari ni Little Scientist tu akan buat ice cream… hmmm… yummy… ^_^

22 November 2011

Catatan Kehamilan | 32 weeks

Assalammualaikum,

Sepatutnya hari ni Sheila pergi check-up di klinik Pulau Meranti, tapi terpaksa ditunda ke satu tarikh yang lain sebab takut nak minta cuti dengan boss… boleh gitu.

Sekarang ni kalau nak ikutkan jadual checkup dah masuk dua minggu sekali… dan kalau ada hal in between, sheila akan ambil cuti. Nak buat camana, kebajikan keluarga terutamanya anak-anak perlu di ambil kira. Tapi hari ni memang Sheila tak mampu nak bersemuka dengan encik boss sebab baru hari Jumaat lepas Sheila cuti, juga atas urusan anak-anak.

Tadi call klinik minta tukar tarikh dan dapat le tarikh 29 November pukul 10.00 pagi. Ok le tu, nanti nak apply cuti hari Selasa… jadi total empat hari cuti.

Setakat ini Sheila tak menghadapi masalah berat melainkan satu je, miss V Sheila akan sakit setiap kali bangun daripada duduk… tapi bila dah 5-10 minit berdiri atau berjalan dah tak sakit dah… heran le juga. Tapi tak pula tanya doktor sebab musabab terjadinya sedemikian… sebab tiap kali pergi checkup asyik lupa aje… minggu depan nanti nak tanya… harap-harap le tak lupa.

14 November 2011

Catatan Kehamilan | 31 weeks

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Mula ingatkan hari Jumaat minggu lepas nak pergi ke Hospital Serdang untuk buat appointment, tapi kerja tak siap, makanya hari ni baru dapat pergi.

Sheila keluar dari rumah pukul 8.20am, sampai hospital sekitar pukul 8.40am camtu…. drive kereta pun santai-santai aje. Parking penuh… dua kali pusing akhirnya dapat le parking kereta nuuun kat tepi highway. Hospital bukan main besar, tapi apasal le tak cukup tempat letak kereta. Rasanya pihak hospital sepatutnya membangunkan sebuah kompleks letak kereta bertingkat bagi kemudahan pengunjung. Tapi kalau buat tempat letak kereta bertingkat, pastinya akan dikenakan bayaran…. rasanya cam tak kisah kalau kena bayar daripada pergi hospital nak mencari parking bukan main payah lagi.

Sheila sampai ke unit O&G sekitar pukul 9.05am. Letak surat doktor dan juga kad merah jambu dalam bakul, kemudian duduk dan tunggu hingga nama dipanggil. Lebih kurang 25 minit menunggu, nama pun dipanggil dan Sheila diberikan satu tarikh untuk temujanji – 8 December 2011. Tiga minggu lagi…. lamanya nak tunggu kan? Tapi menurut jururawat yang bertugas, jika terdapat kesan darah keluar, kena bergegas ke hospital bahagian kecemasan wad bersalin. Elakkan daripada kerja-kerja berat.

Minggu depan check macam biasa di klinik desa. Sekarang ni dah kena pergi checkup setiap dua minggu sekali. Bukan tak mampu untuk pergi checkup di klinik swasta, tapi rasanya macam suka dengan servis yang diberikan di klinik kerajaan. Walaupun masa menunggu itu agak panjang, sekitar 2 jam berbanding 30 minit di klinik swasta, tapi tak apalah kan….

Barang-barang baby Sheila pun dah sediakan serba sedikit… barang-barang mama je yang belum lagi… ada yang perlu dijahit, tapi pun belum dijahit lagi…. kumpul-kumpul bahan dulu, nanti baru jahit sekali harung. Jangan sampai lepas bersalin pun tak berjahit sudah…. kali ni tema untuk barang-barang baby ---> Hijau… sedap je mata memandang kan. Sebab pilih hijau, boy atau girl dua-dua boleh guna. Kali ni memang pun tak beli baju warna pink…. tak tahu kenapa, mungkin firasat pun dah menyatakan bakal dapat anak lelaki agaknya…. Insyaallah… mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kami sekeluarga.

09 November 2011

Catatan kehamilan | 30 weeks

Alhamdulillah, usia kandungan dah pun masuk ke angka 30. Maksudnya ada lebih kurang 10 minggu lagi. Semakin kencang jantung berdegup, semakin risau memikirkan saat melahirkan nanti. Walaupun dah pernah melahirkan sebelum ini, tapi setiap kelahiran itu mempunyai cerita tersendiri…. tidak sama detik dan ketikanya, begitu juga sejarah yang bakal dicoretkan juga pastinya tidak akan sama jua.

Temujanji di klinik Pulau Meranti

Tanggal 8 Nov. 2011, sebelah petangnya Sheila ada temujanji di klinik desa Pulau Meranti, Alhamdulillah… tak perlu terlalu lama menunggu. Dalam tempoh satu jam selesai diperiksa jika dibandingkan sebelum ni kena menunggu hampir dua jam baru selesai.

Jururawat di klinik desa Pulau Meranti dan suruh siapkan keperluan baby… kena beli baru le semua jawabnya. Yang ada cuma lampin kain dan empat pasang baju baby yang beli minggu lepas di Butik Anakku, Alamanda.

Balik dari klinik Sheila pun membuat lawatan tak rasmi di kedai barangan bayi di Putra Perdana tu. Not bad juga barangan yang dijual, jauh dari apa yang Sheila bayangkan sebelum ni. Ingatkan dia jual barangan yang biasa-biasa je, tapi rupa-rupanya barangan Pureen ada, Anakku pun ada… baju-baju untuk baby pun cantik-cantik coraknya. Maka terbelilah barang-barang baby, dan total semua RM190.00… terkejut juga le… mahalnya barang-barang sekarang ni. Rasanya baju baby dah cukup, yang tak ada cuma cloth diapers je yang belum beli…. peralatan mandian, nappy liner, pencuci dan lain-lain tu dah cukup dah. Next mission untuk mama pula ye…

Sebelah malamnya, Sheila pergi pula ke klinik An-Nisa di Putra Perdana dengan tujuan untuk melakukan ujian imbasan ultrasound pula. Kali ini doktor mengesahkan bahawa bayi yang bakal lahir nanti adalah bayi lelaki. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab Sheila setakat ni hanya ada seorang sahaja anak lelaki. Lepas ni ada le kawan buat si abang tu…

Placenta Previa (Uri di bawah)

Hasil daripada ujian imbasan ultrasound, doktor cakap kedudukan uri sedikit ke bawah, yang lain-lain seperti kedudukan bayi, kandungan air ketuban, pertumbuhan bayi semuanya ok… jadinya, doktor minta Sheila ke Hospital Serdang untuk ujian lanjut sebab katanya di sana tu ada pakar. Dah siap bagi surat rujukan untuk tindakan lanjut daripada doktor pakar di Hospital Serdang. Harap-harap tiada masalah le nanti.

Daripada maklumat yang diberi doktor semalam, kedudukan placenta Sheila agak rendah dari yang sepatutnya. Kedudukan placenta mengikut doktor tu lebih kurang macam kedudukan yang kedua tu… apa-apa pun nanti tengok apa kata pakar.

image

Artikel penuh boleh le rujuk ke link berikut : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/plasenta-previa/

Esok (10.11.2011) kita ke Hospital Serdang pula. Nanti Sheila update lagi ye…. sehingga jumpa lagi…

01 November 2011

Catatan kehamilan | 29 weeks & 11 weeks more to go

Assalammualaikum semua…

Wahhh.. bersawang sungguh blog makcik ye… lama dah tak berupdate… cerita macam-macam ada, tapi rasa macam tak terluah dek kata-kata.

Alhamdulillah… sekarang dah masuk minggu ke 29 kehamilan. Ye… Sheila hamil anak ke-5. Anugerah Allah kepada hamba yang terpilih. Ingatkan 4 orang je amanah yang Allah nak bagi…. tapi, kita hanya mampu merancang… Allah yang menentukan segalanya. Sheila dan suami menerima dengan lapang dada…

Jadinya ada lebih kurang 11 minggu sebelum saat kelahiran permata hati kami ke dunia. Nampak gayanya semua kena beli baru, yang ada cuma lampin kain sahaja, yang lain-lain dah selamat disedekahkan kepada orang.

Hari Ahad lepas (30/10/2011) sempat le singgah ke Anakku cawangan Alamanda beli empat pasang baju dan 2 pasang booties + mittens… maybe nak kena tambah sepasang dua lagi baju…

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan Sheila kali ini lebih kurang sama dengan kehamilan yang sebelum-sebelum ni… Sheila tak mengalami alahan yang teruk… cumanya kali ni tak boleh nak tengok kotor-kotor sikit atau ada bau pelik-pelik, mesti rasa mual dan nak muntah. Sampai sekarang pun masih lagi macam tu lagi… mungkin adik Al-Amin agaknya…

Lagi satu Sheila cepat letih… mungkin faktor umur agaknya. Jadi kepada sesiapa yang merancang nak anak tu elok le mengandung dan bersalin ketika masih muda, bila dah 30an ke atas… badan rasa macam lesu semacam je tau… tak bermaya…. tambahan bila tak ada pembantu, harapkan suami dengan anak-anak ajelah yang dapat membantu kerja-kerja rumah….

Sekarang ni dah mula kena sediakan hospital checklist. Nanti Sheila update lagi ye….

p/s : Dalam next entri, Sheila ceritakan pengalaman bersalin sebelum-sebelum ni ye…