04 July 2011

Travelog | Pengalaman Bercuti Di Bali – Hari 2

Jom sambung pengembaraan di Bali.

Hari kedua, rombongan kami akan menjelajah ke daerah di utara Bali… tapi di sepanjang perjalanan kami akan singgah di beberapa tempat menarik…

Selepas check-out, kami dibawa ke sebuah tempat perusahaan batik masih di daerah Kuta. Proses pembuatannya tidak banyak beza dengan batik yang dihasilkan di Malaysia, yang membezakan cuma motif coraknya sahaja…

Dari Kuta, kami singgah di daerah Celuk dan Mas… sebuah daerah perusahaan barangan perak dan emas… seni buatannya halus sekali… dari Kuta ke Celok mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan…. ada yang membeli dan ada yang cuci mata je… mungkin ada hajat lain di hati. Seterusnya kami ke Ubud… sebuah daerah pertukangan kayu. Kalau berhajat untuk mendapatkan perabot atau perhiasan dinding hasilan kayu, Ubud adalah tempatnya… buatannya sangat halus… memang kalau ikutkan hati mau aje berbelanja habis-habisan di sini… tapi cukuplah sekadar sebuah motorsikal berkuasa tinggi jenama HD buat cenderahati.

Selepas makan tengahari di Ubud, kami singgah di sebuah kawasan penanaman kopi yang menjalankan perusahaan kopi luwak atau dikenali juga dengan panggilan kopi musang… ada kopi testing di sini… kami juga diterangkan bagaimana proses penghasilan serbuk kopi, daripada buah – biji – digoreng – ditumbuk. Kopi luwak tidak diberikan percuma, anda perlu membayar Rp50,000 untuk secawan kecil kopi…. kalau ada yang teringin silakanlah.. Sheila minum tak? Cuba teka…

Ok… dah minum kopi… jom kita berangkat. Sebelum sampai ke destinasi – Lovina Beach, kami akan singgah di Kintamani… sebuah daerah tanah tinggi yang menyajikan kesegaran udara… lebih sejuk dari Cameron Highland. Perjalanan dari Ubud mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai di sini…

Kintamani mempunyai sebuah gunung berapi yang aktif iaitu  Gunung Batur dan di lembahnya terdapat sebuah tasik yang indah juga dinamakan Tasik Batur… kami bernasib baik kerana ketika sampai di sini, masih kelihatan puncak gunung dan sempat bergambar selama kira-kira 10 minit sebelum suasana persekitaran berubah diseliputi kabus tebal dan suhu turun ke paras 10 darjah celcius… sejuk banget… kami meninggalkan puncak Kintamani sekitar jam 6.30 petang, tapi suasa sekeliling memang dah gelap macam pukul 7.30 – 8.00 malam.

Dari puncak Kintamani akan mengambil masa 2.5 jam untuk sampai ke pantai Lovina… jadi kami semua tidur di sepanjang perjalanan menuruni gunung… Amni muntah 3-4 kali semasa turun disebabkan jalan yang bengkang-bengkok… sabar ajelah…

Kami tiba di pantai Lovina sekitar jam 9.00 malam dan terus di bawa ke salah sebuah restoran di sana. Makanan sudah sedia menanti… Alhamdulillah. Sambil makan kami dihiburkan dengan dendangan lagu dari live band yang mengadakan persembahan setiap malam di sana… sungguh lunak suara si penyanyi…

Check-in di hotel Melka – hotel yang menyediakan terapi ikan lumba-lumba… bilik kami sangat klasik dan segala-galanya klasik dan basic di hotel ini… sabar ajelah… kettle pun tak disediakan…. ok… tidur awal, esok pagi harus keluar awal untuk mengejar ikan lumba-lumba…

No comments: