22 February 2013

Aku nak resign!

السلام عليكم

Assalammualaikum...

2-3 hari sudah kisah amah yang mendera anak majikannya yang berusia 4 bulan. Sheila mula tak nak tengok... nak kata tertengok tu tak juga sebab memang sheila klik button play tu kan.. nak kata apa lagi.

Tapi sheila tengok maid tu cam pelik sikit.. dah diangkat lepas baby tu... di tonggang terbalikkan.. kemudian dipujuk-pujuk juga.. lepas tu dera balik... tak paham. Marah memang marah. Kalau orang buat kat anak sheila pun mau angin satu badan tu.

Cik abang tak tengok... jadi tak dapek nak kongsi cerita dan tukar-tukar pendapat...

Bagi isteri yang menjaga sendiri anak di rumah tu.   Alhamdulillah. .. boleh kita didik sebaik mungkin dengan adab dan sahsiah yang sempurna.

Bagi isteri yang bekerja dan bercita-cita nak berhenti kerja ingin menumpukan perhatian pada anak-anak dan rumahtangga... sheila ucapkan tahniah. dan tanamkanlah azam yang tinggi... bukan sembarangan tinggi... tapi betul-betul tinggi...

Rasanya sheila sendiri menunggu 2-3 tahun baru hajat sheila terlaksana. Hanya Allah yang mengetahui bila saat yang sesuai untuk doa kita dimakbulkan. Jadi janganlah berhenti berdoa dan meminta bantuan daripada Allah.


02 February 2013

Work-at-home-mom (Wahm)–itu aku

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat semua pengunjung blog.

Alhamdulillah, Allah masih melimpahkan rahmatnya untuk Sheila terus bernafas di muka bumi Allah ini. Sesungguhnya banyak sangat yang sheila nak kongsikan tapi keadaan masa yang sangat terbatas.

image

Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana atas limpah kurnianya Sheila kini bergelar wahm. Jawatan yang menjadi idaman sejak sekian lama. Walaupun masih terikat dengan syarikat, tapi syukur sangat sebab boleh berada di rumah mengawasi pergerakan anak-anak yang semakin meningkat remaja.

Selama 15 tahun bekerja dengan syarikat sekarang, akhirnya sheila mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan kerana anak-anak amat memerlukan mamanya di rumah. Julai 2012 surat letak jawatan dihulur kepada majikan, tapi dengan izin Allah dan budi bicara majikan, sheila dibenarkan untuk bekerja dari rumah.

Bermulalah episod baru dalam hidup Sheila… menyesuaikan diri untuk bekerja dari rumah. Bagai terjaga dari lena… ianya sesuatu yang baru dan amat-amat memerlukan disiplin diri yang tinggi. Hingga kini Sheila masih belum dapat waktu yang tepat untuk menyelesaikan segala urusan kerja dan juga rumahtangga.

 

Best ke dapat bekerja dari rumah?

Ada dua jawapan, best dan tak best.

Best sebab tak perlu nak keluar awal pagi pergi ofis… tak perlu menempuh jam, tak terlibat dengan politik pejabat dan macam-macam lagi.

Yang tak bestnya pulak… kerja ofis dan kerja rumah tidak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. 8.30am masuk ofis buat kerja-kerja pejabat, 10.30am tea break sidai kain. Lepas tu sambung balik kerja ofis sampai pukul 1.00pm. Rehat  ambil anak dari sekolah, solat zohor. Pukul 2.00pm sambung balik kerja sampai pukul 6.00pm. Punch out terus masak makan malam. Lepas makan malam lipat kain sambil duduk-duduk santai dengan anak-anak dan suami. Begitulah seterusnya diulang-ulang saban hari.

Penat hanya Allah yang tahu. Semoga Allah memberikan kesihatan yang sempurna buat Sheila untuk menjalankan amanah yang telah diberikan. Semoga suami dan anak-anak juga diberikan perlindungan daripada Allah juga.

Tapi, walau apapun bersyukur sangat sebab ini adalah yang terbaik yang Allah berikan buat kami sekeluarga. Mudah-mudahan Allah memberkati rezeki kami dan memudahkan segala urusan kami… Insyaa Allah.

Selagi hayat dikandung badan, amanah dan tanggungjawab ini akan terus digalas… demi mencari redha ALlah… demi syurga akhirat yang diimpikan.

Sehingga bertemu lagi…