14 November 2011

Catatan Kehamilan | 31 weeks

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Mula ingatkan hari Jumaat minggu lepas nak pergi ke Hospital Serdang untuk buat appointment, tapi kerja tak siap, makanya hari ni baru dapat pergi.

Sheila keluar dari rumah pukul 8.20am, sampai hospital sekitar pukul 8.40am camtu…. drive kereta pun santai-santai aje. Parking penuh… dua kali pusing akhirnya dapat le parking kereta nuuun kat tepi highway. Hospital bukan main besar, tapi apasal le tak cukup tempat letak kereta. Rasanya pihak hospital sepatutnya membangunkan sebuah kompleks letak kereta bertingkat bagi kemudahan pengunjung. Tapi kalau buat tempat letak kereta bertingkat, pastinya akan dikenakan bayaran…. rasanya cam tak kisah kalau kena bayar daripada pergi hospital nak mencari parking bukan main payah lagi.

Sheila sampai ke unit O&G sekitar pukul 9.05am. Letak surat doktor dan juga kad merah jambu dalam bakul, kemudian duduk dan tunggu hingga nama dipanggil. Lebih kurang 25 minit menunggu, nama pun dipanggil dan Sheila diberikan satu tarikh untuk temujanji – 8 December 2011. Tiga minggu lagi…. lamanya nak tunggu kan? Tapi menurut jururawat yang bertugas, jika terdapat kesan darah keluar, kena bergegas ke hospital bahagian kecemasan wad bersalin. Elakkan daripada kerja-kerja berat.

Minggu depan check macam biasa di klinik desa. Sekarang ni dah kena pergi checkup setiap dua minggu sekali. Bukan tak mampu untuk pergi checkup di klinik swasta, tapi rasanya macam suka dengan servis yang diberikan di klinik kerajaan. Walaupun masa menunggu itu agak panjang, sekitar 2 jam berbanding 30 minit di klinik swasta, tapi tak apalah kan….

Barang-barang baby Sheila pun dah sediakan serba sedikit… barang-barang mama je yang belum lagi… ada yang perlu dijahit, tapi pun belum dijahit lagi…. kumpul-kumpul bahan dulu, nanti baru jahit sekali harung. Jangan sampai lepas bersalin pun tak berjahit sudah…. kali ni tema untuk barang-barang baby ---> Hijau… sedap je mata memandang kan. Sebab pilih hijau, boy atau girl dua-dua boleh guna. Kali ni memang pun tak beli baju warna pink…. tak tahu kenapa, mungkin firasat pun dah menyatakan bakal dapat anak lelaki agaknya…. Insyaallah… mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kami sekeluarga.

No comments: