19 January 2012

Diari Kelahiran | Hari ke-9

Assalammualaikum…

Diam tak diam dah sembilan hari Ahmad Ammar dilahirkan ke dunia. Alhamdulillah, setakat ni semuanya dalam keadaan sihat kecuali Ammar yang ada jaundice (bacaan 255 pada hari ke-8). Mamanya pula masih lagi menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru… Tanpa bantuan mak kali ni… tapi bertungku setiap pagi adalah acara rasmi…

Hari ke-9 ni, Ammar sekali lagi bersantai di bawah lampu biru… sesekali dia akan mengeluarkan suara manja seakan memujuk minta dipangku. Tapi bila dibiarkan seketika, akan tidur semula. Untuk merawat jaundice Ammar, Sheila sewa lampu dari klinik An-Nisa… kadar sewa paling murah setakat ini.

19012012

Beginilah keadaannya… cuma yang bezanya kami santai di rumah. Sheila perlu membawa Ammar ke klinik kesihatan Dengkil untuk susulan pemeriksaan level jaundice. Harap turun lagi le bacaannya…

Bersabar ye Ammar, tak lama lagi Ammar akan sembuh macam biasa… mama akan usahakan sebaik mungkin untuk pastikan Ammar sihat sepenuhnya…

12 January 2012

Diari Kelahiran | Ahmad Ammar

Assalammualaikum…

Apa khabar semua? Sheila harap kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya… Perkenalkan permata hati kami yang ke-5…. Ahmad Ammar….

11012012

Ammar selamat dilahirkan di KPMC, Puchong pada 11hb Januari 2012 jam 3.08pm dengan berat 3.5kg, Alhamdulillah.

10 Januari 2012

9.00 pm – Aktiviti pengerasan berlaku selang 15 minit… tapi tak sakit, cuma mengeras aje. Keadaan ini berlaku sampai pukul 12.00am dan lepas tu Sheila ambil keputusan untuk tidur… konon nak kumpul tenaga andainya terpaksa bersalin malam ni….

11 Januari 2012

6.00 am – Tiada tanda-tanda nak bersalin lagi…. perut pun dah tak mengeras lagi…

8.00 am - Pagi ni abang ambil EL sebab menguruskan kematian anak jiran kami… mula ingatkan abang sempat nak menghantar Sheila untuk 2nd check-up di KPMC.

9.40 am - Appointment tertulis pukul 10.00am, tapi masa tu abang telah bersiap sedia untuk solat jenazah, jadinya untuk tak nak lewat, Sheila ambil keputusan untuk memandu sendiri ke hospital yang hanya mengambil masa kira-kira 15-20 minit untuk sampai…. tak lah jauh sangat…

10.15 am – Tiba di KPMC, Alhamdulillah jalan taklah jem pagi-pagi ni… Sheila park kereta depan hospital aje… masih banyak parking… kemudian register, timbang berat, check tekanan darah, check urine dan seterusnya tunggu doktor.

11.00 am – Giliran pun tiba… doktor scan, kemudian check bukaan…. terkejut juga bila doktor kata dah dilate 3cm… perasaan bercampur-baur… siap minta dengan doktor untuk balik hantar kereta tapi doktor tak izinkan…. risau terberanak kat jalan katanya…. Sheila akur.

12.00 pm – Selepas bayar duit deposit, Sheila terus dibawa ke bilik bersalin…. salin-salin baju semua… boleh pulak sheila tak ada bawa beg bersalin semua… cukup confident belum lagi nak bersalin sebab tak ada tanda pun….

12.30 pm – Doktor pecahkan air ketuban dan masukkan ubat kecut rahim bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran. Masa ni ok je lagi… cuma perut je mengeras…. tapi tak sakit pun.

1.20 pm – Abang sampai di hospital… nasib baik tak bawa anak-anak… masa ni pun masih steady lagi… boleh check FB… haih… sempat lagi tu…

2.00 pm – Doktor check bukaan lagi, 4 cm…. Apa! Baru 4 cm aje? Bila le nak ke 10 cm nya? Adeh… jarum seakan-akan terhenti… tak bergerak… Sheila suruh abang solat dulu… minta tolong doakan supaya proses kelahiran ini dimudahkan Allah.

2.40 pm – Seorang di dalam bilik bersalin…. dah mula rasa sakit… YA! Proses bersalin dah bermula… tapi Sheila tak pasti sakitnya berapa minit sekali… yang pasti, pinggang dan perasaan meneran tu dah datang…. Hanya berserah pada Allah bulat-bulat…. beristighfar… baca doa nabi Nuh… Butang ditekan untuk panggil nurse…. Tak tahan dah…

2.50 pm – Baru le abang ada kat sebelah… tapi tak larat nak sembang dah… nurse tak bagi push… katanya belum lagi.. ada ke patut? Dah memang ada rasa meneran…

3.00 pm – Doktor turun dan check bukaan lagi… DAN… FULL opening… semua pun bersiap segera… mmg dah sampai masa sangat dah…. dengan sekali PUSH! dah nampak kepala dah… dan push kali kedua maka selamatlah lahirnya Ammar ke dunia…

3.08 pm - Alhamdulillah… Alhamdulillah… Syukur padamu Ya Allah… Ammar lahir dengan cukup sifat…

Orang pertama yang mengetahui perkhabaran gembira ini tentunya Al-Amin… tak sabar nak dapat kawan… 12 tahun menjadi anak bujang tunggal mama papa, sekarang dah ada Ammar buat teman berseloka…

Insyaallah, akan kami jaga amanah yang Allah bagi ini sebaik mungkin… Terima kasih Allah di atas pemberian rezekiMu ini…. Amin…

04 January 2012

Bermulanya sesi persekolahan 2012


Assalammualaikum….

4 Jan 2012

Hari ini dengan rasminya anak-anak telah memulakan sesi persekolahan bagi tahun yang baru dan penggal yang baru…. Adini – form 2, Al-Amin tahun ni akan menduduki peperiksaan UPSR, Adibah (6 yo) & Amni (5 yo) masing-masing ke tadika.

Seperti biasa, setiap kali sesi persekolahan bermula pastinya mak bapak akan sibuk menguruskan anak maing-masing…. kami tidak terkecuali. Hari pertama ke sekolah, semuanya mesti rapi, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rambut kena disisir dengan kemas, kasut putih mesti putih dan bukannya kuning….

BB-01

Semua kena angun awal… termasuklah Adibah dan Amni… walaupun sekolah hanya beberapa langkah dari rumah, tapi nak bersiap tu bukanlah mudah…. nak mandi, pakai baju, ikat rambut… tik tok tik tok, dah pun pukul 8.00am. 8.15am keluar rumah, 8.17am sampai ke sekolah. Sekolah ni sekolah baru bagi Adibah dan Amni… kalau sebelum ni Adibah di tadika Kemas, Amni ke tadika Restu… kali ni kita ubah angin pula… Mudah-mudahan mereka dapat cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru ni…

03 January 2012

Menghitung Hari…..


… detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita… kisah yang panjang
Menghitung hari….

Eh… bukan nak nyanyi lagi Kris Dayanti tau, tapi sekarang ni dok menghitung hari nak bersalin. Terus terang, walaupun ini merupakan kelahiran ke-5, tapi debaran tetap ada… sakitnya tetap sama…

Alhamdulillah… Sheila tak mengalami alahan yang teruk. Cumanya kali ini sheila diuji dengan kepayahan berjalan sedari usia kandungan 7 bulan. Bila rujuk kepada doktor, jawapan yang diberikan adalah disebabkan otot-otot dan urat yang menegang di sekitar pangkal peha. Selain daripada itu, Sheila boleh dikatakan berada dalam keadaan sihat wal’afiat.

Keperluan baby boleh kata ada lagi 5% tak siap. Barut, sarung tilam, sarung bantal tak berjahit lagi. Insyaallah kalau tak bersalin sehari dua ni, sempat le siap gamaknya…. 3 hari lepas baru je siapkan towel mandi baby…. entrinya boleh dibaca di sini ---> Tutorial-hooded-baby-towel

image 
Tuala hospital untuk sheila sendiri baru je siap disulam nama pagi tadi…. mengikut citarasa sendiri dan hasilnya, Alhamdulillah… puas hati.

image

Kisahnya sila baca di sini

Hari ni dah pun 38 minggu… pejam celik pejam celik, esok lusa dah nak bersalin, Insyaallah. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan melahirkan ini… kalau diizinkan Allah, anak ini lahir pada 9hb Januari, cik suamilah yang paling gembira sebab berkongsi tarikh yang sama. Tak kisah le sebenarnya bila-bila, tapi kalau dapat cepat adalah lebih baik sebab badan ni dah tak berdaya lagi.

Sekarang ni pun kedua-dua kaki dah mula membengkak… entah esok entah lusa masanya tidak diketahui…. hanya Allah penentu segala. Sheila mohon, kepada pembaca blog yang budiman, minta doakan akan kesejahteraan Sheila dan juga baby yang bakal lahir nanti…

p/s : selamat tahun baru sheila ucapkan buat semua… semoga tahun 2012 ini lebih baik daripada tahun sebelumnya…