Jom kita sambung cerita yang tertangguh tempohari…
Pengalaman bersalin di Hospital Serdang (Mac 2006)
Alhamdulillah, tahun 2005 Sheila disahkan hamil anak ke-3. Jarak antara anak kedua dan ketiga agak jauh juga kira-kira 6 tahun. Zuriat yang ketiga adalah zuriat yang sangat dirancang sebabnya bila anak-anak dah mula bersekolah, rumah terasa sangat sunyi. Pada ketika itu anak pertama dah masuk darjah dua manakala anak kedua dah bersekolah tadika.
22 Mac 2011
Sheila dah mula mengalami contraction… tapi rasanya macam biasa-biasa je, tak le berapa sakit sangat. Masa anak ketiga ni normal check-up Sheila ke KPMC, Puchong… check dengan Dr. Raja. Jadi bila dah sakit-sakit tu Sheila ke KPMC dulu dan refer dengan Dr. Raja… selepas pemeriksaan, dah dilate 3cm, disebabkan Sheila memang bercadang nak bersalin di Hospital Serdang, Dr. Raja bagi surat rujukan untuk dibawa ke Hospital Serdang.
Dengan surat yang diberikan, Sheila dan suami ke Hospital Serdang. Masa ni bahagian wad bersalin baru 3 bulan beroperasi. Alhamdulillah, tak ramai. Selepas selesai pendaftaran, Sheila diperiksa terlebih dahulu… CTG dan sebagainya… lepas tu Sheila kena admit wad sebab dah dilate 3cm. Maka bermalamlah Sheila di wad. Suami daftarkan di wad kelas 1, 4 katil. Malam tu tidur di wad le sorang-sorang…
23 Mac 2011
Esoknya contraction masih lagi berlarutan, tak kerap sangat. Doktor pun tak ada pula nak induce… bertahan aje le. Keadaan masih sama sampai ke petang. Bukaan baru 4-5cm. Nurse memasukkan ubat bagi pembuangan air besar lepas dah selesai semua tu ditolak masuk ke dalam labour room. Jam tak ingat pukul berapa…. rasanya dah lepas maghrib. Masa di labour room suami Sheila menemankan sekali. Nurse ada offer untuk ubat tahan sakit, tapi Sheila menolak dengan alasan nanti mamai… jadinya cuma guna gas yang cam ada tak ada tu aje sebab tak tahu camana nak guna…
Rasanya lebih kurang pukul 9.30pm doktor pun datang untuk pecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses kelahiran… lepas je dah pecah air ketuban, bermulalah episod kelahiran yang sebenar-benarnya…. 5 tahun selang kelahiran membuatkan melahirkan yang kali ini seolah-olah kelahiran yang pertama. Tak dapat nak bayangkan… tapi bersabar ajelah. Berdoa banyak-banyak… dan akhirnya lebih kurang pukul 11.30pm cahayamata ketiga selamat dilahirkan… baby perempuan yang sihat dan comel sekali…
Malamnya terpaksa tidur di hospital lagi… tengahari esoknya baru dibenarkan keluar selepas baby dah buang air kecil dan air besar… Total bayaran yang dikenakan di hospital Serdang adalah sekitar RM400++. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan oleh Allah dan baby tu kami namakan Adibah yang akan menjejak ke usia 6 tahun next year…
Pengalaman bersalin di KPMC, Puchong (Ogos 2007)
Ku sangka satu, tapi Allah bagi dua orang cahayamata…. tidak lama selepas melahirkan Adibah, Sheila disahkan hamil lagi untuk kali ke-4, Alhamdulillah. Tekadnya memang nak bersalin di hospital swasta dan Sheila pilih KPMC Puchong sebab itu yang paling hampir sekali dengan rumah dan yang mampu ditanggung oleh kami suami isteri.
Check-up semuanya dilakukan di kpmc, puchong. Sheila dijangka bersalin pada 22 Ogos 2007… tapi lewat. Bila dah lewat sehari, Sheila berdoa dan bercakap dengan baby, kalau alang-alang dah lewat, tunggu sampai hari merdeka nanti.
30 Ogos 2007
Sheila buat kerja macam biasa, tapi kali ni dari rumah sahaja…. ada kerja yang perlu diselesaikan. Sepanjang hari Sheila dapat merasakan contraction… perut mengeras dari masa ke semasa. Tapi tak pulak sheila rekodkan sela masa. Hari tersebut Sheila ada temujanji dengan Dr. Raja di kpmc jam 10.00pm sebab dah overdue 8 hari. Masa Dr. Raja check, dah dilate 3cm juga. Terus admit ward.
10.30pm
Di wad, tukar pakaian… lepas tu nurse pasang CTG machine untuk monitor kadar denyutan jantung baby… sambil-sambil tu nurse pegang perut dan cakap ada contraction ni, akak sakit tak? Masa tu memanglah taklah sakit sangat, cuma rasa le ada contraction tu.
11.00pm
Sheila diminta untuk ke labour room di floor yang sama.. time ni dah rasa macam-macam… nak buang air besar le… nak buang air kecil le.. macam-macam perasaan ada. Nurse masukkan ubat untuk induce bagi cepatkan lagi contraction… kemudian dr. Raja pula datang untuk pecahkan air ketuban… menurut kata nurse yang bertugas tu, selepas air ketuban pecah, nanti lagi kuat rasa nak bersalin tu. Sepanjang berada dalam labour room, suami sheila meneman… sepanjang masa. Seronok, siap boleh borak-borak lagi…
12.00am
Detik 12.00 malam kedengaran bunyi tembakan bunga api di udara. Tak dapat nak tengok… tak apalah. Masih lagi suami meneman dan seorang nurse yang monitor contraction. Tetiba rasa cam nak buang air kecil sambil-sambil meneran tu… cakap kat nurse, nak ke toilet tapi nurse tak benarkan…. sudahnya nurse yang tolong keluarkan urine. Masa ni doktor tak ada, cuma nurse seorang je yang teman dengan suami, doktor cuma akan masuk ke labour room bila kepala baby dah nampak sebesar 50 sen…. Apakah???
01.30am
Dr. Raja masuk ke labour room… SAH! dah besar 50sen nampak kepala baby. Doktor encourage untuk push dan bagi panduan bila nak kena push… entah berapa kali push pun tak ingat, tau-tau anak dah keluar… Time checked : 01.40am…. suami Sheila diberi peluang untuk memotong tali pusat baby. Alhamdulillah… dapat baby girl anak merdeka ke 50 tahun… kami namakan Amni Damia yang tahun 2012 nanti berusia 5 tahun…
Begitulah kisahnya bersalin di hospital kerajaan dan swasta. Sakitnya sama je tapi rasanya dengan bayaran yang lebih sedikit dapat layanan yang mesra dan dapat ketenangan fikiran juga… ikut rezeki masing-masing…. berserah aje pada Allah yang maha Esa, Insyaallah segalanya akan dipermudahkan…. ada juga yang bersalin di hospital swasta tapi layanan ala-ala je…
No comments:
Post a Comment