26 January 2011

Tips Menyediakan Kopi Yang Sedap

Hmm.. sedapnya kalau dapat minum secawan kopi panas petang-petang ni. Lebih sedap kalau dapat rendam ‘roti lutut’… nikmatnya… Sheila penggemar kopi… dah lama tak pekena kopi… terutama kopi yang dibancuh oleh Cik N… (you know who you are >_<).

Di sini Sheila nak kongsi cara menyediakan kopi yang sedap… artikel dipetik dari sini http://ezinearticles.com/?Great-Coffee---7-Steps-On-How-To-Prepare-It&id=1181657


Start With Good Tools

A great cup of coffee can't be made with a dingy old filter and a coffee pot that's older than you. Start your home coffee barista career with quality equipment that's designed to last and made to make great coffee.

Look for a machine that has a stainless steel, reusable filter and a built-in water filter. For your coffee accessories like your scoop, choose a stainless steel scoop and clean it thoroughly after every use. Leftover coffee grinds and oil residue can affect the taste and flavor of the next batch.

Keep Your Coffee Fresh

The best way to keep your coffee fresh is to buy whole bean coffee in small batches of one to two week supplies. Then, keep your coffee at room temperature in an airtight container. Avoid extreme temperatures, moisture, odors and direct sunlight.

Grind each pot of coffee right before you brew it. Because grinding releases so much aroma and flavor, this is the best way to retain as much of that as possible.

Use Filtered Water

Always use filtered, pure or bottled water for your coffee. Tap water, while perfectly healthy, often contains a chlorine, metallic or mineral taste that can adversely affect your brew.

Measure Properly

The ideal amount of ground coffee is about one to two tablespoons for every six ounces of coffee. Once you have your machine and have settled on a particular blend or roast, try experimenting with different amounts to find that perfect balance.

Don't Overbrew

Be sure your coffee pot is heating the water at a fast enough rate to avoid over brewing. If the water is boiling too slowly, this can slow the brewing process and make the coffee taste bitter and overbrewed.

Clean Your Pot Regularly

A good coffee pot is a clean coffee pot. So, clean out your coffee pot with mild soap after every use and make sure you rinse it thoroughly. Keep your machine running smoothly by decalcifying or descaling it as needed on a monthly or even annual basis.

Never Reheat Coffee

Once coffee has fallen below 175 degrees, its flavor begins to change. So, after a pot of coffee is finished or cooled, consider it done; then throw it out and brew another pot.

25 January 2011

Can’t Help Falling In Love

Assalammualaikum,

Tetiba rindu pada seseorang…

Title tu sebenarnya tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Elvis, tapi Sheila lebih suka versi yang didendangkan oleh kumpulan UB40… lebih rancak…Maka terimbau kembali zaman-zaman bercinta dolu-dolu… hmm… (dalam hati ada taman)…

Jodoh pertemuan Allah yang tentukan…

Mula-mula kenal, dari gaya rambutnya… ingatkan si dia askar palapes,  tapi rupa-rupanya bukan… hihihi… Walau jarak memisahkan, kami akhirnya dipertemukan di daerah itu…

Semoga ikatan ini akan kekal abadi…

21 January 2011

Pelajar cedera parah dihempap batu di Bukit Broga

Pelajar dihempap batu cedera parah

Keghairahan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di Semenyih, Selangor hari ini, bertukar menjadi pengalaman pahit setelah beliau cedera parah akibat dihempap seketul batu besar.

Norhanani Shahim, 22, yang menyertai sekumpulan 15 penuntut universiti itu memulakan pendakian kira-kira pukul 8 pagi tadi dan tiba-tiba "hilang" daripada kumpulan ekspedisi itu.

Seorang anggota kumpulan ekspedisi itu, Mohd Khairul Nazmi Zubairu, 22, menemui Norhanani dalam keadaan tertiarap di kawasan lereng bukit Bukit A, Bukit Broga dengan seketul batu besar berada di atas belakangnya selepas lebih dua jam mencari mangsa.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ketika dihubungi berkata Mohd Khairul telah menghubungi JPAM Kajang, Selangor meminta bantuan untuk mengalihkan batu tersebut memandangkan beliau dan rakan-rakanya tidak berdaya mengangkat batu itu.

Sepasukan penyelamat JPAM, bomba dan dua pembantu perubatan dari Hospital Kajang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11 pagi dan berjaya mengangkat batu itu dari badan mangsa.

Jurucakap JPAM itu berkata Norhanani yang berkeadaan lemah ketika ditemui memberitahu rakannya bahawa beliau telah terjatuh sebelum batu menghempap belakang badannya.

Mangsa yang dipercayai cedera serius di bahagian tulang belakangnya akibat insiden itu kini dirawat di Hospital Kajang.

- Bernama

19 January 2011

“Tolong Ingatkan Aku, Black Coffee.”

Assalammualaikum…

Tolong ingatkan aku?… terus terang tak pernah ambil port pun dengan lagu ni… tetiba jadi juara AJL hari tu… mmm… memang agak kecewa juga sebab penyanyi kesayangan hamba (Faizal Tahir) tak jadi juara… hanya menang persembahan terbaik sahaja.

Sheila pernah menyaksikan persembahan live FT masa hari ulangtahun ke-18 Hai-O.. suara memang power… suka sangat… tapi apapun masa malam AJL tu, persembahan FT memang best… sangat berani… setuju tak?

Masa Ana Raffali  mendendangkan lagu ni malam AJL tu… rasanya 1st time kot Sheila dengar lagu dia yang ni… naif sungguhkan dengan perkembangan muzik tanahair. Memang mengaku… Sheila sangat kurang mengikuti perkembangan muzik tanahair ni… tapi nasib baik Ana Raffali dah tolong ingatkan siapa pemenang AJL malam tu..

Sheila tak minat sebenarnya dengan lagu tolong ingatkan aku ni… tapi sejak keputusan AJL diumumkan, kedai letrik kat bawah ofis ni boleh kata hari-hari mainkan lagu ni… kuat lak tu, sampai tingkat dua boleh dengar… bila dah selalu dengar… cam best lak… tu yang cari lirik dan menghayati bait-bait senikata lagu ni… oklah… tak tahu nak bagi berapa bintang…

Tolong ingatkan aku steps Black coffee ni boleh tak?… Anyone???

Semalam pergi kelas line dance… belajar steps baru, Let’s Get Loud, Black Coffee, Rainy Night dan Get Down Get Funky…. ambik ko… belajar empat steps dalam masa 2 jam sahaja… agak-agak boleh tak…??? terasa macam nak masuk pertandingan line dance pun ada…

Susah juga nak mengingat kesemua stepsnya sebab ada paddle, turn dan cha-cha-cha… fuh… berpeluh-peluh dan rasa macam nak tercabut tempurung lutut ni…

Apapun memang seronok dapat peluang join group line dance ni… sekurang-kurangnya dapat bersenam… kalau saja-saja nak berjogging, hatta berlari setempat di dalam rumah pun memang jangan harap le… tapi bila dah belajar line dance ni… dengan rela hatinya nak praktis kat rumah… dengan anak-anak. Terima kasih en. suami yang memberi keizinan (nanti kita menari berdua ye abang).

Esok cuti…. ada perancangan ke mana-mana? Sheila and the gang ada aktiviti esok, ride to nature…. dah rancang dari tahun lepas lagi, tapi nampaknya tahun 2011 baru ada tarikh yang sesuai. Nanti esok (InsyaAllah) Sheila kongsi pengalaman menarik ni ye…

Selamat bercuti… ceria-ceria selalu..

Lirik Lagu | Tolong Ingatkan Aku

- Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamah
Jangan disebut baris ayat keramah
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Oooo… Oooo…

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Oooo…
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Lirik Lagu | Black Coffee

Lacy J. Dalton

Black Coffee, blue mornin'
Toast is burnin' and the rain keeps pourin'
Bad feeling I'm losing you

Black Coffee, green envy
Jealous of the way that you used to love me
Bad feeling I'm losing you

I don't know if I can live without you
I don't know if I can understand it
Don't know if I can, know if I can

If I could only think of one good reason
To make this crazy love affair worth leaving
Oh, you know that I would, you know that I would

Black Coffee, red warning
No good news in the news this morning
Bad feeling I'm losing you

I don't know if I can live without you
I don't know if I can understand it
Don't know if I can, know if I can

If I could only think of one good reason
To make this crazy love affair worth leaving
Oh, you know that I would, you know that I would

Black Coffee, blue mornin'
Toast is burnin' and the rain keeps pourin'
Bad feeling I'm losing you

I got this bad feeling
I'm losing you

Black Coffee, blue blue feeling...

14 January 2011

Check List 2011 | Muhasabah Diri

R E N U N G - R E N U N G K A N :

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong

..... T E T A P I...

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat

BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Allah beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Allah juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Allah hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..

(dari kiriman e-mail sahabat Sheila – c&p)

13 January 2011

Ciayo! Ciayo!

Nggggggggg……

Bisingnya bunyi cpu ni… sesekali terasa macam kerja dalam kilang pun ada… dah tak tahan nak dengar dah ni… berdengung.

Hari tu tetiba je monitor blank screen… ingatkan monitor rosak, tukar dengan monitor lain, pun sama je. Dah tu syak hard-disk problem… tapi bukan juga, rupa-rupanya papanibunya yang rosak… selamat. Kalau hard-disk rosak jawabnya kena buat detailing semula. On going projek semua belum backup lagi… uwaaaa

Sementara nak menantikan cpu yang baru, boss Sheila bagi cpu lama… tapi bunyi kipasnya teramatlah memekakkan telinga…. adeh… tak suka betul le… harap dalam minggu depan boleh dapat cpu baru… kalau tak harus dicampakkan aje cpu yang bising ni ke bawah meja… rasanya teman sebelah meja Sheila tu tentu setuju 1 juta x…

Tapi walau apapun kerja mesti diteruskan… ciayo! ciayo!

12 January 2011

Jom Join Giveaway | Loving Mineral Make Up

Assalammualaikum,

Loving Mineral Make Up – apa tu ??? pi cari kat Google ye..

Kisahnya begini :

Pada minggu lepas, Little Mama ada membeli sample kit Loving Mineral make up ni dan beberapa item lain. Sebab tak pernah pakai mineral make up so Little Mama rasa macam nak mencuba. Tapi bila Little Mama dah pakai sekali, Little Mama rasa macam tak sesuai le pulak mukanya yang dah memang cantik berseri-seri. So, memang tak pakai dan daripada terbiar atau kena buang, Little Mama rasa adalah lebih baik diberikan sahaja kepada wanita-wanita anggun di luar sana.

Little Mama kata, dialognya lebih kurang camni le :

Little Mama : Sheila, I nak bagi Loving Mineral Make Up, U nak tak?
Sheila : Nak Nak Nak (style Upin Ipin)
Little Mama : Tapi dengan 3 syarat
Sheila : dalam hati kata -(Syarat? Alaa… buat susah-susah aje letak
          
syarat, nak bagi tu bagi je lah… tak payah le bersyarat-
          
syarat… nanti susah U nak pilih pemenang… Bagi je lah kat I
           ni…)

Little Mama : Syarat yang Pertama – Blog tentang Giveaway ni
Sheila : Senang je… dah buat dah pun
Little Mama : Syarat yang Kedua -
                    Warna apa riben yang Izzah pakai?
Sheila : mmm.. err…. nampak macam TURQUOISE GREEN
Little Mama : Syarat yang Ketiga – Tinggalkan link di ruangan komen
Sheila : Hahaha… itu aje.. apasal le senang sangat? So, boleh menang
           ke ni???
Little Mama : (offline)

Best ke hadiahnya???


Ada macam-macam…

1 x  Eye Shadow Sample Kit containing 5 Eye Shadow (Natural Earth Color)
1 x Loving Sample Kit containing 3 Foundation + 1 Finishing Powder + 1 Cheek

  • Mineral Foundation #Lumiere Light Medium Neutral
  • Mineral Foundation #Lumiere Light Beige
  • Mineral Foundation #Lumiere Light Golden
  • Finishing Powder Sheer Silk
  • Cheek or Radiance # Cherry Blossom

Tambahan | Dapat FREE

  • 1 x Baby Kabuki brush
  • 1 x Wet-Dry Eyeshadow Brush

Total semua barang-barang tu RM115.00 (mahal juga kan Loving Mineral Make up ni)

loving mineral 01 Loving Mineral Make Up Giveaway!

Nak join juga???? Tahu apa nak buat kan… 

--->>> Little Mama’s Diary <<<---

Wishing you and me Good Luck >_<

** Dialog di atas adalah rekaan semata-mata – sekadar hiburan **

Line Dance D’Amanputra

Assalammualaikum,

Sesi line dance pertama untuk tahun 2011 semalam (11-1-11). Untuk sesi kali ni, Sheila melibatkan diri…. yeay.. Kalau tahun sebelumnya terlalu banyak halangan tetapi rasanya sekarang ni dah boleh nak berikan ruang untuk menambah satu lagi komitmen di dalam jadual seharian. Lagipun kelas yang dianjurkan hanya seminggu sekali, setiap hari Selasa jam 8.30pm – 10.00pm.

Semalam Sheila sampai ke MPC dah pukul 8.35pm… terlewat sedikit. Tapi mujur kelas belum bermula… yang dah tiba lebih awal kak Ita, Nicola dan Fida… Sheila orang keempat tiba dan disusuli oleh Jane dan Azie… seterusnya Sue, Nani dan K… sesi suai kenal.. Kak Ita, Jane (cikgu), Nani, Sue dan K memang Sheila dah kenal kecuali Azie, Fida dan Nicola baru je berkenal semalam… dari fasa 2…

Sesi dimulakan dengan memanaskan badan… diikuti dengan pelajaran pertama “One Step Forward” (country song)… adeh… berterabur semua steps… masa ke depan ok… bila dah kena pusing out… pelajaran kedua lebih mudah, lagu “Achy Breaky Heart”.. best… step mudah nak ingat berbanding yang pertama tu…

Photo0046 
Diam tak diam dah pukul 10.00… cepat je masa berlalu. Balik dengan pinggang dan kaki yang sakit-sakit… nampak sangat dah lama tak bersenam… sampai rumah buat homework yang cikgu Jane bagi… belajar steps… cari lagu dalam youtube dan sambung praktis di ruang tamu… 

Sekarang ni dah kena sindrom baru… 1-2-3-4-5-6-7-8…. ulang lagi…
1-2-3-4-5-6-7-8 dan lakukan ia berulang-ulang…. sambil sapu sampah, sambil masak, sambil mandi semuanya…

1-2-3-4-5-6-7-8

04 January 2011

2011 Yang Terindah

Assalammualaikum…

Firstly, Sheila nak ucapkan selamat tahun baru buat semua… walaupun dah 4hb tapi rasanya masih belum terlambat kan???

Tahun berganti bermaksud usia bertambah… anak-anak juga semakin membesar. Anak-anak kini dah pun memulakan sesi persekolahan yang baru… dengan azam dan semangat baru…

Psstt.. apa azam tahun ni? Azam Sheila??? Dah set dah masa Awal Muharram hari tu… kini tinggal nak realisasikan aje.. Irfan Khairi pernah berpesan pada Sheila tempohari, dia minta Sheila tulis 10 matlamat dan InsyaAllah 6 daripadanya akan terlaksana dalam masa satu tahun… Sheila dah buat dalam tahun 2010 dan Alhamdulillah berhasil.

Tahun ni pun Sheila buat yang sama, cuma yang membezakan, setiap matlamat tu Sheila letak tempoh perlaksanaan (pesan cik abang)… mudah-mudahan apa yang diimpikan akan jadi kenyataan..

p/s : Buat teman-teman yang menyambut hari lahir pada 1, 2, 3 dan 4 Januari, diucapkan selamat hari lahir… tak lupa nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat cik abang, pada 9hb dan Alia pada 12hb…