27 November 2013

39 MINGGU | UPDATE SEBELUM BERSALIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

25hb November 2013
Isnin

Hari ni sheila dan abang ambil cuti untuk selesaikan urusan pertukaran sekolah Adibah (tapi tak dapat selesai juga sebab kerenah birokrasi). Pergi ke sekolah lama untuk ambil sijil berhenti dan ke PPD Sepang, seterusnya ke KPMC Puchong untuk check-up 39 minggu.

Sebenarnya ini adalah lawatan yang ketiga di KPMC, Puchong. Sebelum-sebelum ni sheila buat check-up di Klinik Kesihatan Pulau Meranti je. Di awal-awal kehamilan hari tu Sheila tak decide lagi nak bersalin di mana… pilihan samada Hospital Serdang atau Hospital KPMC Puchong. Tapi setelah memikirkan tentang soal aurat, abang putuskan supaya sheila bersalin di KPMC sahaja. Memang kalau ikutkan kos bersalin di hospital swasta agak tinggi tapi Insyaa Allah akan ada rezeki lain.

Insyaa Allah, gynea yang akan menyambut putera bongsu sheila ni Dr. Haslinda… tiga kali bersalin di KPMC di sambut oleh tiga orang doktor yang berbeza. 2006 Dr. Raja Juhaidah yang menyambut kelahiran Amni Damia, 2012 Dr. Dayang (Ahmad Ammar) dan 2013 Dr. Haslinda. Semoga Allah cepatkan dan permudahkan proses melahirkan khalifah Allah yang ini.

Mengikut scan Dr. Haslinda, baby dah turun, jadinya kalau ikutkan memang bila-bila boleh bersalin. Tapi sheila minta tangguh sebab ada kerja nak kena buat… kerja ofis kan… jangan client call time dalam labour room sudah… tapi Dr. Haslinda bagi tarikh 29hb11, kalau belum bersalin lagi haruslah datang ke hospital… ini pun dok bercakap dengan baby jangan keluar dulu, mama nak siapkan kerja… boleh gitu?

Beg hospital dah ready, tuan punya badan je yang belum ready lagi… walaupun sheila ni dikategorikan sebagai senang bersalin dan dah bersalin banyak kali, jadi sepatutnya tak jadi masalah kan… tapi perasaan takut tu memang adalah.. tipu kalau cakap tak ada. Siap minta kat doktor untuk ambil epidural… nasib le doktor tak bagi ambil. Katanya tak perlu sebab proses bersalin tu nanti sekejap je.

Dup dap dup dap…

Doakan Sheila juga ye.

Sehingga jumpa lagi… salam ceria

21 November 2013

RISIKO DIABETES KETIKA HAMIL

kn_02.1

Wanita yang bercadang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian gula darah bagi mengelakkan komplikasi.


RAMAI dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis, yang dikenali sebagai diabetes gestasi. Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas.

Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan seorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya.

Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes gestasi.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Boleh dikatakan semua orang mengetahui mengenai komplikasi yang melibatkan pesakit diabetes.

Biasanya pesakit diabetes yang tidak terkawal terdedah kepada pelbagai komplikasi seperti buah pinggang, masalah mata, jantung dan luka yang sukar sembuh.

Kecacatan Bagaimanapun pesakit diabetes yang hamil terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, terdapat dua golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum hamil dan kedua, yang tidak ada diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil dinamakan diabetes gestasi.

"Golongan pertama pula terbahagi kepada mereka yang mengetahui menghidapi diabetes dan tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes," katanya.

Golongan pertama yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat dan kaunseling doktor sebelum hamil.

"Mereka perlu mengawal kandungan gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi menstabilkan gula dalam darah," katanya.

Bagaimanapun golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko.

"Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes dan terdedah kepada pelbagai komplikasi.

"Biasanya doktor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan mereka ini biasanya perlu berada di wad bagi tujuan pemantauan," katanya.

Golongan ketiga adalah wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil atau dikatakan menghadapi masalah penghadaman gula.

Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) di mana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan dua jam selepas minum air gula.

Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter selepas dua jam minum air gula.

Jika bacaan ujian OGTT lebih tinggi daripada yang disarankan, pesakit perlu dirujuk kepada dietitian bagi menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu.

Wanita hamil yang menghidapi diabetes perlu melahirkan anak dua minggu lebih awal bagi mengelakkan komplikasi seperti bayi terlalu besar atau bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131117/kn_02/Risiko-diabetes-ketika-hamil#ixzz2lE3HnRTh

20 November 2013

KHASIAT DAUN RASPBERRY BAGI IBU MENGANDUNG

Assalammualaikum…

http://www.willowaynurseries.com/Images/BrazelBerriesRaspberryShortcake.jpg
Inilah rupa pokok Raspberry…
 

Baru-baru ni kawan sosial di laman mukabuku ada berkongsi tentang kebaikan teh Raspberry… Gagah lah juga mencari.. akhirnya bertemu di kedai organic Justlife USJ8… Alhamdulillah… tak perlu pergi jauh. Harga satu pek RM24.00 sahaja.

.

Antara khasiat daun teh Raspberry :

  1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
  2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung.
  3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
  4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
  5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
  6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.

Cara pengambilan teh Raspberry yang disyorkan :


Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke 37. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan 2-3 gelas sehari pada minggu ke 39 dan juga boleh minum sebelum ke bilik bersalin.

** Ibu-ibu yang mengandung kurang 35 minggu tidak digalakkan minum teh daun Raspberry ini untuk mengelakkan kelahiran awal baby **


Cara penyediaan teh Raspberry :

1 sudu teh daun Raspberry direndam dalam 250ml air panas… proses ini boleh diulang beberapa kali sehingga hilang warna dan rasa barulah digantikan dengan daun yang baru.


Ok, sedikit perkongsian daripada Sheila.. semoga bermanfaat. Kepada ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin (macam ahkakk ni) selamat bersalin dan selamat berpantang diucapkan.



Hingga jumpa lagi…

 

Sumber : roydotcom.wordpress.com

Order vitamin Shaklee.. hubungi Sheila hari ini, 
Sheila Wahid
SID : 864920
Call/SMS/Whassap : 012-301 3341
Like Fanpage NutrisiHut untuk maklumat terkini

DISCLAIMER :
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

18 November 2013

NAK BERSALIN DAH..

Ehhh… belum lagi lah… False Alarm

17 November 2013

Sedari pagi sheila dah mula merasakan kontraksi yang agak kuat. Mengikut perkiraan sela masanya sekitar 3 minit..

Abang dah mula tanya samada nak ke hospital atau tak.. tapi rasanya selagi mampu bertahan sheila nak tengok dulu sebabnya tak nak duduk di wad lama-lama. Kalau boleh datang hospital semata-mata untuk bersalin je lepas tu kalau boleh nak balik dah..

Keadaan kontraksi berterusan dari jam 11.00am hingga ke tengahari sekitar jam 1.00pm... lepas zohor sheila terlelap sekejap dan lepas jaga tu dah tak rasa kontraksi dah... Alhamdulillah.

Beg hospital baru 80% ready... baju baby ingat nak beli sepasang dua yang baru... yang ammar punya pun masih elok sebenarnya.

Kalau ikutkan edd sheila akan bersalin pada 11213.. semoga Allah memudahkan proses bersalin nanti.