22 July 2011

Soalnya Hati…

Ingin ku menulis di ruangan ini yang telah lama ditinggalkan… cerita pengalaman bali pun masih lagi belum sempurna, bagaimana harus ku sambung cerita… ku ketandus idea sebenarnya.

Otak bercelaru, fikiran berserabut tidak tenang… hatiku meronta-ronta, aduh sakitnya.

Banyak perkara yang berlaku, kucuba hadapi satu persatu, menjadi isteri solehah, cuba menjadi ibu yang penyayang… pekerja yang berdedikasi? Aku semakin tiada hati, mungkin disebabkan semakin lama kerja-kerja yang diberikan kepadaku adalah kerja-kerja yang sangat memerah kepala otak ku yang dah sememangnya sarat dengan 1001 isu lain….  Aku hanya mampu berserah dan berdoa mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan. Terkadang Allah menguji kita dengan ujian kecil, aku redha… segala yang terjadi, adalah yang terbaik buatku.

Aku akan berusaha untuk lebih merapatkan diri kepada Allah, yang paling utama yang harus aku lakukan adalah istiqamah. Mampukah aku? Harus aku berusaha ke arah itu.

Setiap kali aku diuji, selalunya aku berfikir bahawa ada orang lain yang menerima ujian yang maha hebat dariku, aku pasrah, aku redha.

Izinkan ku mengundur diri.. panjang umur kita jumpa lagi.

Wassalam

Sheila
12:40am

3 comments:

haya said...

sayu je baca entry ni. stiap ujian masti ada hikmahnya yg kita sukar nk faham. Dia maha pnyayang dan maha mengetahui. Tabah ye kak..maaf klu ada ayat2 sy yg xpatut dtulis dlm keadaan akak susah hati cmni..

Lee said...

Hi Sheila, our life today is not a dress rehearsal.
We only get to play one round. We live our life with no excuses, to love with no regrets.
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

Hasifa Abadi said...

Salam Sheila..

Ada semacam keserasian dalam jiwa saya bila membaca entri Sheila yang satu ini.. betapa nukilan Sheila seolah luahan hati saya .. dengan gaya bahasa yang hampir serupa .. Salam ukhuwwah dari saya - Ifa

http://hasifarealm.blogspot.com/