31 December 2012

Seminar Prof, Dr. Muhaya dan Productive Muslim.com 2013


Assalammualaikum,

PRODUCTIVE MUSLIM SEMINAR - BOOST YOUR PRODUCTIVITY!

image

Jika mempunyai kelapangan waktu dan berhasrat untuk memulakan tahun baru dengan sesuatu yang berbentuk ilmiah… inilah masanya.

Keterangan lanjut sila rujuk di sini ---> http://rkurl.com/pro-m2013

30 December 2012

Bicara pada hati..

Assalammualaikum hati...

Hari ni kenapa kau bersedih? Terasa seperti diuji? Tanpa sedar air mata mengalir di pipi..

Banyak yang perlu kau pelajari. Janganlah cepat sangat berjauh hati... belajar menerima kekurangan, mengakulah akan kesilapan... berserahlah kepada Allah....

Merendah dirilah duhai hati... ianya akan mendekatkan engkau dengan Allah yang satu. Merintihlah dengan Allah... Dia yang maha tahu apa yang terbuku di lubuk hatimu...

Tatkala air mata semakin laju.... kau perlu tahu Allah sentiasa dekat denganmu...

Wassalam.

06 December 2012

Sup tomyam 5 minit

Assalammualaikum...

Hari ni masak simple je. Abang nak makan yang pedas-pedas, sheila pulak tengah dalam program cabaran langsing 10 hari... wahhh... nak langsing bukan senang ye. Perlu ada pengorbanan... ternak lemak pun berapa lama kan.. tak kan nak kurus dalam sehari semalam.. magic ke hapa..

Berbalik pada menu malam ni... kalau nak tahu sejak sheila beli pressure cooker hari tu makin mudah kerja masak memasak ni. Kalau boleh semua nak campak masuk pressure cooker. Masak sup 30 minit siap masak...

28 November 2012

Puspakom Padang Jawa

Hari ni lepas hantar Al-Amin ke Klang untuk kem cuti sekolah, kami (sheila, abang dan Amni) singgah di Puspakom Padang Jawa. Sampai sini pukul 12.45pm terus ambil booking pukul 2.00pm. 

Sementara menantikan pukul 2 kami makan di kantin JPJ... Sebelah-sebelah je dengan Puspakom ni. Ambil borang untuk proses tukar nama pulak. Ingatkan boleh tukar nama siap-siap hari ni... sekali boss pulak tak dapat datang. Nampak gayanya kena datang lagi minggu depan.

1.45pm dah sampai balik kat pondok polis Puspakom ni... sebab appointment pukul 2 kannnn.. . Sampai sekarang pukul 2.45pm pun masih lagi Q panjang... tak nampak lagi bayang keretanya.. Q sampai luar pagar Puspakom tau... sheila dengan amni kami dok kat kantin Puspakom ni.. abang tunggu dalam kereta...


Sambil tunggu turn mai cuci mata tengok lori dan kereta.. bas pun ada. Asap tok sah citer le... semput makkkk... karbon monoksida banyak sangat..

Tengok le amni ni... penat dah... pot pet pot pet...

07 November 2012

Sinopsis Novel–Adam & Hawa


السلام عليكم

 07 nov 2012

Demam Adam dan Hawa…. ramai yang memperkatakan tentang cerita ni… mungkin ramai juga yang dah tukar nama jadi Ain Hawani, Intan Hawani, Sheila Hawani… hahahah? Terus terang Sheila tak mengikuti perkembangan drama bersiri ni. Bukan tak minat tapi tiada ruang untuk menonton… sejak jadi WAHM ni masa cemburu sangat dengan Sheila…

Ok, back to topik…. sinopsis Adam dan Hawa

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah…. Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi….

Hmmm… best best…. dan…. dan… dan…. ai dah terjebakkkkkkk….. huwaaaaa…. episod 1 – done, episod 2 – done dan eposid episod seterusnya… tetiba pulak terjebakkkkk…. sekarang dah episod berapa? cer citer cer citer… jenuh nak kejar…

15 October 2012

15102012 - Renovation day 7

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-7 kerja ubahsuai. Laporan terkini.. dinding bilik tv dah siap sampai atas.

Roof tile dah order tapi tak sampai lagi. Sementara tu diorang drill keliling tingkap dan Ahya buat finishing pada tiang.

Adini hari ni buat ulangkaji. Bagus.. minggu depan dah nak exam.


09 October 2012

09102012 | Kerja ubahsuai–hari 1

Assalammualaikum…

Hari ni dah mula kerja-kerja ubahsuai mahligai cinta kami. Alhamdulillah selepas 8 tahun kami tinggal di sini, kami diberi rezeki oleh Allah untuk menambah ruang bagi keselesaan kami sekeluarga. Almaklumlah, bilangan ahli keluarga sekarang dah 7 orang, berbanding 8 tahun lalu cuma 4 orang sahaja. Itu tak masuk lagi kalau mak datang bertandang sekali-sekala.

Beginilah keadaan kediaman kami sebelum ubahsuai. Masih mengekalkan rebentuk yang asal. Alhamdulillah, sepanjang kami menetap di sini, kami sangat selesa…

IMAG0920

IMAG0921

Barang-barang mulai sampai… besi tetulang, batu-bata dan pasir telah berlonggok di halaman.

IMAG0924

Inilah gambaran dari ruang tamu sekarang tatkala memandang ke halaman. Pokok pisang itu bakal dikorbankan… begitu juga rumput hijau juga akan dilapangkan bagi memberi laluan kepada jubin hiasan. Sheila sukakan kehijauan, tapi apakan daya segalanya terpaksa dikorbankan dan nanti akan ada tanaman dalam pasuan…

IMAG0923

Lubang dikorek bagi membuat footing… kat sini nak bina tiang nanti bagi menyokong struktur bumbung baru… boleh le jadi tempat letak basikal, tak adalah berhujan berpanans lagi lepas ni…

Ok, nanti Sheila update lagi… oh ya, sekarang status sheila terkini adalah WHAM… diam tak diam 2 bulan dah… Alhamdulillah… penat mengalih pasu hari ni… esok le sambung lagi…

02 August 2012

Resepi Ayam Percik Kelantan


bahan perap untuk ayam
- ayam
- bwng merah

- bwng putih
- halia
- serai sebatang
- gula,garam ,asam jawa

ditumbuk halus dan diperap selama 4 jam

bahan untuk kuah

- bwng merah
- halia
- cili merah 2 btng
- santan dr 1 bj kelapa
- asam keping
kuah dimasak hingga agak pekat.masak dgn api perlahan .
bakar ayam,kemudian siramkan sedikit kuah ke atas ayam, bakar lagi hingga ayam masak.
p/s boleh guna magic pan

01 August 2012

Resepi Seri Muka

SERI MUKA

A pulut 500gm -direndam santan + air 600 ml dikukus 25min (hingga masak) kemudian masukkan dlm loyang

B tepung gandum 180gm gula 250gm santan + air 600ml air daun pandan telur jika suka

B dimasak atas dapur skjp masukkan dlm loyang utk dikukus ( loyang 10x10 )

dikukus dlm loyang selama 25minit

19 July 2012

On going project

Assalammualaikum…

Dah lama tak cerita tentang job office… nah, nak tunjuk sikit. Sekarang tengah menyiapkan projek Deftech… Nak tunjuk gambar sikit…

deftech1 
Ini je sebenarnya nak tunjuk. Kalau projek besar ni biasanya akan ambil masa lebih kurang 5 hari untuk sheila siapkan kalau tak ada gangguan dengan kerja-kerja lain… berat structure ni lebih kurang 135 Tonne.

Ok, jom pergi lunch…

Sheila Wahid,
19072012

Nikmat Allah Yang Manakah Yang Kau Dustakan

Assalammualaikum…

ww-sheilawahid Dari sekeping gambar kita mampu untuk menterjemahkan dengan pelbagai makna.

Alhamdulillah.. kita masih diberikan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan. Mungkin kita merancang A, tapi apa yang terjadi kita dapat B, makanya itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita… janganlah diragukan lagi. Jika sepanjang perjalanan B yang kita tempuh, kita menghadapi kesukaran, makanya serahkanlah kembali kepada Allah dan nescaya Allah akan memudahkan.

Mungkin kita terlepas pandang, kita diuji dalam kehidupan… ingatlah, ujian-ujian itu adalah ingatan buat kita supaya kita mendekatkan diri kepada Allah… berdoa, berzikir, mensyukuri nikmat… bila kita sihat, jarang benar kita menangis menghadap Allah… cuba kita diuji dengan kesakitan misalnya… terus-terusan kita akan menyebut nama Allah….

Begitu juga bila kita senang, kita berdoa hanya dekadar skrip biasa di mulut sahaja tapi cuba kita menghadapi kesusahan kita akan meratap, merayu supaya Allah memudahkan rezeki kita…

Jadi apa jua yang kita ada, sentiasalah bersyukur kepada Allah…. jangan sesekali melupakanNya…

Salam Ramadhan buat semua, mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya.


Salam hormat,
Sheila Wahid
19072012

17 July 2012

Jom Minum Cendol

Assalammualaikum,

Lama tak makan cendol, menyebabkan sheila paksa abang temankan minum cendol di paparich… ya, kami hanya duduk sambil menikmati cendol manakala abang dengan kopinya… dingin tatkala sejuknya ais sampai ke tekak… jiwa yang kacau jadi tenteram…

cendol Dan selepas menikmati petang yang mendamaikan, sheila pulang mendapatkan anak-anak manakala abang terpaksa pulang lewat kerana tugasan masih belum sempurna. Itulah kami, walaupun satu pejabat, ada kalanya terpaksa tidak pulang bersama demi tanggungjawab… demi amanah yang dipikul….

Salam hari selasa buat semua… semoga hari ini menjanjikan keceriaan buat kalian…

 

Salam hormat,

Sheila Wahid,
17Julai2012

14 June 2012

Kesilapan wanita menutup aurat

Assalammualaikum buat anak-anakku serta adik-adikku yang rupawan… jagalah penampilanmu, jagalah auratmu… peliharalah diri kita dari api neraka.

Marilah kita audit diri, menutup aurat itu cantik… bertudung itu cantik… dirimu adalah ciptaan Allah yang sempurna.

image

Jurulatih Herbalife peribadi anda
Herbalife-sheilawahid

13 June 2012

Panduan Solat Dhuha

Assalammualaikum,

Sebagai amalan murah rezeki, kita dianjurkan untuk solat Dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat 1 salam. Mari kita mulakan hari ni… dan seterusnya mengamalkannya setiap pagi. Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah.

image


Kelebihan Sembahyang Dhuha


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Sumber : http://www.islam2u.net

SERIUS nak KURUS? JOM!


05 June 2012

Aku JUTAWAN!!!

Tapi jutawan dalam Rupiah le ye… hehehe

Assalammualaikum…

Dah dalam mood holiday…. flight esok..  Destinasinya Bandung. Tempat yang sangat dirindui… last trip masa dengan cik abang 24-27 November 2010… Kali ni pergi sebab ikut company trip. Target kali ni ke Bandung nak shopping baju raya anak-anak… Sheila rindu pada makanannya, rindu pada budayanya, rindu pada suasananya… (tiba-tiba jiwang kejap)

Checklist keperluan yang nak dibawa,

Passport - checked

cats

Boarding pass - checked

cats

Rupiah - checked

cats

Baju dah pack dalam bag… (eksaited nampak???) Maklum le lama dah tak pergi bercuti… tambah-tambah free lak tu. Di sana nanti kami akan menginap di hotel Aston-Braga Hotel.

Tempat yang akan dilawati

- Tangkupan Perahu
- Sari Ater Hot Spring
- Rumah Mode (yeayyy… nak shopping kat sini)
- Cihampelas Jean Street
- Kawah putih
- Pasar Baru (kalau sempat)
- Jalan Riao Factory Outlet
- Jalan Dago Factory Outlet

Tempat makan

- Quail Rumah Ikan Restaurant
- Saung Balibu Restaurant
- Warung Tekko Restaurant
- Sangkuriang Restaurant
- Sindang Reret Restaurant

Nanti dah balik sheila kongsi gambar lagi…. hingga jumpa lagi… ^_^

Jurulatih Herbalife peribadi anda

Herbalife-sheilawahid

11 May 2012

Diari HL 02 : Menu sarapan herbalife

Assalammualaikum….

Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umurku dan kita dapat bertemu di hari Jumaat yang mulia ini. Ok, pagi ni nak buat short entry tentang Herbalife…

Breakfast

image

500ml air + 3 caps aloe
500ml air + 3 scoops level F1 perisa cappuccino + 1 scoops level F3 + 3 scoops level oats
500ml air + 1 teaspoon Tea-mix

Korang sarapan apa ye pagi ni? Apa jua sarapan kalian, semoga anda sihat dan ceria selalu. Ok, off for now. Nak siap-siap pergi kerja.

Salam hormat,

Sheila,
7.59am (11May2012)

psssttt : Semalam beli mixer untuk buat shakes… nanti Sheila share kat sini ye…
Mode : suka hati ^_^

12 April 2012

Ammar 3 bulan



Assalammualaikum,

Short update... Baby Ammar dah 3 bulan. Tumbesaran yang sihat. Pandai senyum dan terkini dah mula mengiringkan badan nak meniarap.

Alhamdulilah.

08 April 2012

Gadis semasa

Alhamdulillah Allah telah memberi kelapangan masa pada Sheila hari ni bagi membolehkan Sheila menghadiri majlis ilmu yg disampaikan oleh ustaz Hasrizal di masjid besi Putrajaya. Walaupun masa kuliah cuma 2 jam sahaja tapi ianya cukup padat dan berkesan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

10 February 2012

30 hari sudah

Assalammualaikum…09022012

 

Apa khabar semua? Lama tak bersiaran… masih menyesuaikan diri dengan kehadiran ahli baru ni… dah 30 hari Ammar dilahirkan… Alhamdulillah. Setakat ni Ammar tak susah nak menguruskan. Tak banyak ragamnya (lagi)… menangis hanya bila kelaparan dan bila lampin basah minta di salin. Sebelah malam Ammar bangun 3-4 kali juga minta susu.

Sehingga hari ni hanya susu terbaik diberikan pada Ammar, tak campur dengan fm lagi. Harap-harap dapat menyusukan Ammar selama mungkin. Bagi memberikan susu yang terbaik, Sheila ambil vitamin Shaklee bagi ibu menyusu… ini bagi memastikan susu yang Ammar minum diperkaya dengan segala zat yang mencukupi bagi memastikan tumbesaran yang sihat dan cukup khasiat…. nanti Sheila cerita tentang Shaklee ni ye…

Gambar ni diambil oleh Adini… sabar sungguh menanti adiknya senyum ketika dialam mimpi… dapat juga capture moment ni… Mudah-mudahan senyuman ini akan terus menceriakan kami sekeluarga serta orang-orang di sekelilingnya…

Hingga jumpa lagi, salam Jumaat daripada Sheila dan semoga kalian ceria-ceria selalu…

Sheila Wahid,
11.09am
10022012

19 January 2012

Diari Kelahiran | Hari ke-9

Assalammualaikum…

Diam tak diam dah sembilan hari Ahmad Ammar dilahirkan ke dunia. Alhamdulillah, setakat ni semuanya dalam keadaan sihat kecuali Ammar yang ada jaundice (bacaan 255 pada hari ke-8). Mamanya pula masih lagi menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru… Tanpa bantuan mak kali ni… tapi bertungku setiap pagi adalah acara rasmi…

Hari ke-9 ni, Ammar sekali lagi bersantai di bawah lampu biru… sesekali dia akan mengeluarkan suara manja seakan memujuk minta dipangku. Tapi bila dibiarkan seketika, akan tidur semula. Untuk merawat jaundice Ammar, Sheila sewa lampu dari klinik An-Nisa… kadar sewa paling murah setakat ini.

19012012

Beginilah keadaannya… cuma yang bezanya kami santai di rumah. Sheila perlu membawa Ammar ke klinik kesihatan Dengkil untuk susulan pemeriksaan level jaundice. Harap turun lagi le bacaannya…

Bersabar ye Ammar, tak lama lagi Ammar akan sembuh macam biasa… mama akan usahakan sebaik mungkin untuk pastikan Ammar sihat sepenuhnya…

12 January 2012

Diari Kelahiran | Ahmad Ammar

Assalammualaikum…

Apa khabar semua? Sheila harap kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya… Perkenalkan permata hati kami yang ke-5…. Ahmad Ammar….

11012012

Ammar selamat dilahirkan di KPMC, Puchong pada 11hb Januari 2012 jam 3.08pm dengan berat 3.5kg, Alhamdulillah.

10 Januari 2012

9.00 pm – Aktiviti pengerasan berlaku selang 15 minit… tapi tak sakit, cuma mengeras aje. Keadaan ini berlaku sampai pukul 12.00am dan lepas tu Sheila ambil keputusan untuk tidur… konon nak kumpul tenaga andainya terpaksa bersalin malam ni….

11 Januari 2012

6.00 am – Tiada tanda-tanda nak bersalin lagi…. perut pun dah tak mengeras lagi…

8.00 am - Pagi ni abang ambil EL sebab menguruskan kematian anak jiran kami… mula ingatkan abang sempat nak menghantar Sheila untuk 2nd check-up di KPMC.

9.40 am - Appointment tertulis pukul 10.00am, tapi masa tu abang telah bersiap sedia untuk solat jenazah, jadinya untuk tak nak lewat, Sheila ambil keputusan untuk memandu sendiri ke hospital yang hanya mengambil masa kira-kira 15-20 minit untuk sampai…. tak lah jauh sangat…

10.15 am – Tiba di KPMC, Alhamdulillah jalan taklah jem pagi-pagi ni… Sheila park kereta depan hospital aje… masih banyak parking… kemudian register, timbang berat, check tekanan darah, check urine dan seterusnya tunggu doktor.

11.00 am – Giliran pun tiba… doktor scan, kemudian check bukaan…. terkejut juga bila doktor kata dah dilate 3cm… perasaan bercampur-baur… siap minta dengan doktor untuk balik hantar kereta tapi doktor tak izinkan…. risau terberanak kat jalan katanya…. Sheila akur.

12.00 pm – Selepas bayar duit deposit, Sheila terus dibawa ke bilik bersalin…. salin-salin baju semua… boleh pulak sheila tak ada bawa beg bersalin semua… cukup confident belum lagi nak bersalin sebab tak ada tanda pun….

12.30 pm – Doktor pecahkan air ketuban dan masukkan ubat kecut rahim bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran. Masa ni ok je lagi… cuma perut je mengeras…. tapi tak sakit pun.

1.20 pm – Abang sampai di hospital… nasib baik tak bawa anak-anak… masa ni pun masih steady lagi… boleh check FB… haih… sempat lagi tu…

2.00 pm – Doktor check bukaan lagi, 4 cm…. Apa! Baru 4 cm aje? Bila le nak ke 10 cm nya? Adeh… jarum seakan-akan terhenti… tak bergerak… Sheila suruh abang solat dulu… minta tolong doakan supaya proses kelahiran ini dimudahkan Allah.

2.40 pm – Seorang di dalam bilik bersalin…. dah mula rasa sakit… YA! Proses bersalin dah bermula… tapi Sheila tak pasti sakitnya berapa minit sekali… yang pasti, pinggang dan perasaan meneran tu dah datang…. Hanya berserah pada Allah bulat-bulat…. beristighfar… baca doa nabi Nuh… Butang ditekan untuk panggil nurse…. Tak tahan dah…

2.50 pm – Baru le abang ada kat sebelah… tapi tak larat nak sembang dah… nurse tak bagi push… katanya belum lagi.. ada ke patut? Dah memang ada rasa meneran…

3.00 pm – Doktor turun dan check bukaan lagi… DAN… FULL opening… semua pun bersiap segera… mmg dah sampai masa sangat dah…. dengan sekali PUSH! dah nampak kepala dah… dan push kali kedua maka selamatlah lahirnya Ammar ke dunia…

3.08 pm - Alhamdulillah… Alhamdulillah… Syukur padamu Ya Allah… Ammar lahir dengan cukup sifat…

Orang pertama yang mengetahui perkhabaran gembira ini tentunya Al-Amin… tak sabar nak dapat kawan… 12 tahun menjadi anak bujang tunggal mama papa, sekarang dah ada Ammar buat teman berseloka…

Insyaallah, akan kami jaga amanah yang Allah bagi ini sebaik mungkin… Terima kasih Allah di atas pemberian rezekiMu ini…. Amin…

04 January 2012

Bermulanya sesi persekolahan 2012


Assalammualaikum….

4 Jan 2012

Hari ini dengan rasminya anak-anak telah memulakan sesi persekolahan bagi tahun yang baru dan penggal yang baru…. Adini – form 2, Al-Amin tahun ni akan menduduki peperiksaan UPSR, Adibah (6 yo) & Amni (5 yo) masing-masing ke tadika.

Seperti biasa, setiap kali sesi persekolahan bermula pastinya mak bapak akan sibuk menguruskan anak maing-masing…. kami tidak terkecuali. Hari pertama ke sekolah, semuanya mesti rapi, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rambut kena disisir dengan kemas, kasut putih mesti putih dan bukannya kuning….

BB-01

Semua kena angun awal… termasuklah Adibah dan Amni… walaupun sekolah hanya beberapa langkah dari rumah, tapi nak bersiap tu bukanlah mudah…. nak mandi, pakai baju, ikat rambut… tik tok tik tok, dah pun pukul 8.00am. 8.15am keluar rumah, 8.17am sampai ke sekolah. Sekolah ni sekolah baru bagi Adibah dan Amni… kalau sebelum ni Adibah di tadika Kemas, Amni ke tadika Restu… kali ni kita ubah angin pula… Mudah-mudahan mereka dapat cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru ni…

03 January 2012

Menghitung Hari…..


… detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita… kisah yang panjang
Menghitung hari….

Eh… bukan nak nyanyi lagi Kris Dayanti tau, tapi sekarang ni dok menghitung hari nak bersalin. Terus terang, walaupun ini merupakan kelahiran ke-5, tapi debaran tetap ada… sakitnya tetap sama…

Alhamdulillah… Sheila tak mengalami alahan yang teruk. Cumanya kali ini sheila diuji dengan kepayahan berjalan sedari usia kandungan 7 bulan. Bila rujuk kepada doktor, jawapan yang diberikan adalah disebabkan otot-otot dan urat yang menegang di sekitar pangkal peha. Selain daripada itu, Sheila boleh dikatakan berada dalam keadaan sihat wal’afiat.

Keperluan baby boleh kata ada lagi 5% tak siap. Barut, sarung tilam, sarung bantal tak berjahit lagi. Insyaallah kalau tak bersalin sehari dua ni, sempat le siap gamaknya…. 3 hari lepas baru je siapkan towel mandi baby…. entrinya boleh dibaca di sini ---> Tutorial-hooded-baby-towel

image 
Tuala hospital untuk sheila sendiri baru je siap disulam nama pagi tadi…. mengikut citarasa sendiri dan hasilnya, Alhamdulillah… puas hati.

image

Kisahnya sila baca di sini

Hari ni dah pun 38 minggu… pejam celik pejam celik, esok lusa dah nak bersalin, Insyaallah. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan melahirkan ini… kalau diizinkan Allah, anak ini lahir pada 9hb Januari, cik suamilah yang paling gembira sebab berkongsi tarikh yang sama. Tak kisah le sebenarnya bila-bila, tapi kalau dapat cepat adalah lebih baik sebab badan ni dah tak berdaya lagi.

Sekarang ni pun kedua-dua kaki dah mula membengkak… entah esok entah lusa masanya tidak diketahui…. hanya Allah penentu segala. Sheila mohon, kepada pembaca blog yang budiman, minta doakan akan kesejahteraan Sheila dan juga baby yang bakal lahir nanti…

p/s : selamat tahun baru sheila ucapkan buat semua… semoga tahun 2012 ini lebih baik daripada tahun sebelumnya…