23 March 2011

Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi & Tsunami Jepun


Kita semua sudah sedia maklum yang Jepun telah dilanda gempa bumi terburuk pada 11 Mac, dan merupakan bencana terburuk di negara itu sejak tahun 1900. Bencana itu telah mengorbankan ribuan nyawa, manakala masih ramai lagi mangsa yang belum ditemui.

Berikutan kejadian gempa bumi yang disahkan berskala 9.0 scala richter, tsunami yang dianggarkan 8-10m tinggi telah melanda beberapa daerah di perairan timur tengah Jepun(NEAR THE EAST COAST OF HONSHU, JAPAN).

Dibawah merupakan senarai daerah yang terkena tempias;
  • 130 km (80 miles) E of Sendai, Honshu, Japan
  • 178 km (110 miles) E of Yamagata, Honshu, Japan
  • 178 km (110 miles) ENE of Fukushima, Honshu, Japan
  • 373 km (231 miles) NE of TOKYO, Japan
Atas dasar kesedaran dan kemanusiaan, Jiji (Malaysia) dan Yatie Chomeyl (Jepun) akan bergabung dalam usaha Projek Amal On'na noko for Japan Earthquake Victims .

NOTE: KALAU TAK DAPAT VIEW ON'NA NOKO sila click sini utk update FLASH PLAYER LATEST VERSION: http://get.adobe.com/flashplayer/

(PC sy up to date sebab main restaurant city hari-hari gitu. On'na Noko ni juga inspired dari MAGGIE from RC!)


On'na noko-Jiji

On'na noko -YatieChomeyl

On'na noko - Your very own On'na Noko!!
Bantu kami mengumpul sebanyak mungkin dana untuk membantu mangsa gempa bumi di Jepun. Hasil kutipan derma ini akan disalurkan ke tabung yang di sediakan oleh Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) di Jepun dan juga ke tabung di Fukuoka Masjid di bawah kelolaan Kyushu Muslim Association . Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa gempa bumi.

Kepada mereka yang ingin menderma :-
1) Anda bolehlah membeli On'na noko berharga RM10
2) Setiap hasil pembelian On'na noko, RM8 akan di dermakan ke tabung tersebut. (RM8 = 200 yen) dan nama anda akan dipaparkan di On’na Noko Friendlist kami!

3) Sila email butiran kepada rumadatme_g@yahoo.com untuk pesanan.
  • Nama:
  • Warna Baju <Upon request>:
  • Blog URL:
p/s: HTML code akan di email kepada pembeli untuk dipaparkan pada blogpost atau sidebar. Setiap On’na Noko bersize 220px 400px.

4) Bagi yang tidak berminat untuk membeli on'na noko itu, anda juga boleh terus menderma untuk rakan Malaysia yang terjejas gempa bumi di Jepun dan masyarakat yang memerlukan bantuan untuk wilayah Sendai dan sekitarnya. Bantuan dana dapat dikirimkan ke:
Maybank Islamic : 162263191402
Cimb Islamic : 12120002359203
Nama : Shazwan Abd Shukor
No. Tel : 012-2161649
Email : euphorbia_tirucalli@yahoo.com.my
Alumni of International Muslim Students (AIMS)

4) Semua duit yang dikumpul akan diserahkan kepada Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) di Jepun dan juga ke tabung di Fukuoka Masjid di bawah kelolaan Kyushu Muslim association

Marilah kita sama-sama bergabung tenaga di bawah payung blogger untuk berkerjasama bagi menghulur bantuan kepada rakyat negeri Jepun dengan segera.

Setiap belian On'na noko itu juga, akan turut mengajak blogger yang lain untuk sama-sama menderma kerana tertarik dengan On'na noko yang anda paparkan di blog anda. Projek ini akan berlansung sehingga December 2011. Hasil kutipan akan disalurkan setiap bulan kepada mangsa gempa bumi di Jepun.

Kita mungkin tidak mampu untuk menderma RM2.4 juta seperti yang di lakukan oleh Elaine Low. Kita mungkin tidak mampu untuk mereka bentuk gelang dan menjualnya seperti yang di lakukan oleh Lady Gaga. Tetapi inilah sebahagian usaha kecil yang boleh kita lakukan untuk sama2 membantu mereka yang memerlukan. Segala derma yang dikumpul diharap dapat membantu serba sedikit meringankan beban yang ditanggung.

17 March 2011

5kg5weeks | Menu hari 4 dan 5

Assalammualaikum,

Hari ke-4 & ke-5 tak kira kalori in… tak tulis pun makan apa sebab banyak sangat makanan… kiranya hujung minggu lepas adalah hari bersuka ria dengan family and friends… hahaha… alasan untuk membelasah makanan…

tapi, kalori out rasanya banyak juga sebab aktiviti trekking ke air terjun sungai chiling…. (lagi???) 2 jam trekking pergi dan balik tau… cer check berapa kalori yang burn di situ… +_+

Tertinggal Handphone

Assalammualaikum…

Kepada yang nak menghubungi Sheila hari ni sila contact melalui email. Sebarang pertanyaan melalui sms  atau panggilan tidak akan dilayan kerana handphone ku itu tertinggal di rumah huhuhu…

Harap maklum

11 March 2011

5kg5weeks | Menu Hari 3

Self note :

Breakfast
Rx-Lite - 25gm
HL Low Fat Milk – 200ml

Sneak (10.30am)
Yogurt drink - 200ml

Lunch
Nugget – 6 pcs
Green Tea – 150ml

Sneak (3.30pm)
Yogurt drink – 200ml
Rx-Lite - 25gm
HL Low Fat Milk – 200ml

Dinner
Garden salad – 2 cups

Air – 2.0 liter

Senaman - Tiada

5kg5weeks | Menu Hari 1 (09MAC2011)

Self note :

Breakfast
Rx-Lite - 25gm
HL Low Fat Milk - 200ml

Lunch
Satey ayam – 10 cucuk
Nasi impit – 10 ketul

Dinner
Nasi putih – 1/2 cawan
Ikan – 1 ekor

Air – 1.5 liter <--- kurang air, kena tambah lagi ni…

Senaman – Lompat tali 10 minit

Tips | Adab sebelum, semasa dan selepas makan

Assalammualaikum,

Chef Sabri Hassan berkongsi tips di radio ikim.fm pada 11Mac2011.

Adab sebelum makan

  • pastikan makanan dari sumber yang halal
  • rezeki/pendapatan yang diperoleh untuk membeli makanan dari sumber halal (tiada rasuah, penipuan dan sebagainya),
  • redha dengan makanan yang dihidangkan (jangan komplen masin le… tak sedap le… dll). Sedap makan banyak, tak sedap makan sikit…

Adab semasa makan

  • Baca Bismillah,
  • Makan dengan tangan kanan (kalau makan western food – steak, potong dahulu baru suap dengan tangan kanan),
  • Kunyah makanan hingga lumat (44 kali),
  • Selagi makanan di dalam mulut belum di telan, jangan masukkan makanan yang lain.

Adab selepas makan

  • Disudahi dengan Alhamdulillah,
  • Jangan makan terlampau kenyang,
  • Basuh tangan selepas makan,
  • Bersyukur.

Alhamdulillah… mudah-mudahan dapat manfaat bersama. Salam hari Jumaat dan selamat berhujung minggu.

10 March 2011

Turun 5kg dalam 5 minggu

Assalammualaikum,

Ramai yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan… ada yang berjaya dan ada yang gagal… sebelum ni pun sheila ada bercita-cita nak menurunkan berat badan… tapi gagal! sebabnya? tak tahu di mana nak mula, cara yang salah, kurang motivasi, tak tahan godaan makanan dan 1001 alasan.

Sekarang kita mula balik… mulakan dengan menetapkan matlamat, kawal pemakanan, tambah ilmu pengetahuan, bersenam dan disiplin.

Matlamat


Harus ada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjangggg. Tuliskan matlamat tersebut… contoh seperti berikut :-

Matlamat 1
Apakah berat badan badan dan ukuran/saiz baju yang anda inginkan dalam masa lapan minggu?


10 kg

Matlamat 2
Apakah berat badan badan dan ukuran/saiz baju yang anda inginkan dalam masa enam bulan?


55 kg

Matlamat 3
Apakah yang diinginkan dalam diri anda yang baru?

Kelihatan muda, lebih bertenaga, berkeyakinan, penampilan menarik.

Ganjaran
Bagaimana anda memberi ganjaran kepada diri anda setelah mencapai matlamat?

Photoshoot sempena wedding anniversary yang ke 14.


Kawal pemakanan


Mulakan dengan mengira kalori masuk dan kalori keluar…. apa yang kita makan dan apa yang kita gunakan. Formula mudah :

Kalori masuk > kalori keluar = penamahan berat
Kalori masuk < kalori keluar = penurunan berat
Kalori masuk = kalori keluar = tiada perubahan

Makan hanya yang perlu sahaja. “Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang”. Boleh tak? Kalau pergi makan buffet di hotel mesti rugi sebab banyak makanan yang terhidang kan??? GODAANNNN….

Tambah ilmu


Ya… kena tambah ilmu, kalau tak… salah tafsiran lagi. Ada kalanya dah baca pun masih tak paham juga… baca dan baca lagi. Sheila dah beli satu ebook yang menarik… bahasa yang mudah, menarik, penuh dengan maklumat dan seronok dibaca. Harga pun murah, RM20.00 sahaja.

Bersenam


Ini bagi meningkatkan kadar metabolisma supaya dapat bekerja dengan lebih efektif. Tak perlu susah mendaftar dengan fitness center, mulakan dengan jogging atau berjalan pantas… for me, sheila suka lompat tali… senaman seeloknya gabungan senaman kardio dan bebanan. Kardio bagi meningkatkan kadar metabolisma manakala senaman bebanan bagi membakar lemak dan membina otot…

Disiplin


Jangan tipu diri sendiri… buat jadual dan ikut jadual yang telah dibuat. Mula-mula susah, tapi lama-lama bila dah biasa semuanya akan jadi mudah.

Akhir kalam, marilah kita mulakan hari ini juga!

5kg5weeks | Menu Hari 2

Self note :

Breakfast
Rx-Lite - 25gm
HL Low Fat Milk – 200ml

Lunch
Subway Meetball Marinara on honeyoat bread

Dinner

Rx-Lite - 25gm
HL Low Fat Milk – 200ml

Air – 2.0 liter <--- kena top-up…

Senaman – Lompat tali 10 minit