30 November 2010

Hairven – Salon Rambut Bagi Wanita Muslimah

Hari Ahad hari tu Sheila bawa anak-anak ke Alamanda… saja nak jalan-jalan + tebus balik sebab diorang tak ikut Sheila ke Jakarta hari tu. Memang plan lepas makan di food court nak bawa the girls pergi gunting rambut. Selalunya mama diorang ni yang jadi hair stylist, tapi tetiba rasa nak cuti pulak hari tu… cik abang pun ok aje.

Tanya pada kaunter informasi, rupanya ada satu salon di atas Famous Amos. Nama salon tu Hairven. Harga berpatutan… bagi kanak-kanak harga bermula dari RM12.00 (dry cut) manakala dewasa RM30.00 (cut+wash) ke atas, dan yang paling best bila tanya ada bilik untuk muslimah dia kata ada… Wow! Best!. Jadinya semua girls ambil kesempatan menggunting rambut (termasuk le mamanya sekali)… dan boys kena tunggu kami siap… :-) hihihi…


So lepas ni boleh datang sini lagi… nak buat hair treatment… semua yang kerja di Hairven perempuan… tempat bersih… dan ada class… suka suka suka…

Nak bagi berapa bintang??? kita bagi 4.5 bintang out of 5

p/s : iklan ni free je tau… sheila tak dapat apa-apa komisyen ye. Sekadar berkongsi info.

Surah Al-Insyirah (Terjemahan dan Kelebihan)

Terjemahan

AL-INSYIRAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

sumber : perkim

Siapa Aku?

Lagu ni sangat memberi semangat dan inspirasi kepada Sheila... nak kongsikan juga dengan semua. Harap dapat memberikan semangat juga, dan sememangnya kita mempunyai keistimewaan sendiri cuma samada kita menyedarinya atau tidak... jadi, layan...

Penyanyi: Suki
Tajuk Lirik Lagu: Siapa Aku




Pernah ku'slalu mengalah mulanya
Malu tuk mengatakan apa yang kurasa
Namun impian menyala-nyala
Akan kukejar hingga tercapai cita-cita

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku

Pasti kau mengimpikan oh apa rasanya
Menari bagai bintang seindah angkasa
Memang tak mudah seperti kau bayang
Kau harus percaya, tabah, dan usaha

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku

Di sini megah kuberdiri
Berselindung lagi
Ku'kan memburu cita-citaku
Tak gentar bersuara kerna kupercaya tibanya waktu yang milikku

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku
Inilah....saatnya

Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku.....

Rich Dad Poor Dad

credit to google
Pernah baca tak buku ni??? Memang bagus dan boleh membuka mata dan minda kita.. terutama yang sedang makan gaji ni... (macam ahkak ni) wajib untuk tonton video yang menarik neh... pasti lepas tonton semangat tu terbakar menyala-nyala...


29 November 2010

Dah Pindah??

Hihihi… nak cakap sebenarnya sheilawahid [dot] blogspot [dot] com dah pindah ke rumah baru… alamatnya http://www.sheilawahid.com… nanti jangan lupa update dalam Google Reader, Tweeter, Facebook tau… kot tertinggal lak cerita-cerita Jakarta-Bandung tadi…

Hingga jumpa lagi… daaa…

Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung

Assalammualaikum,

Hmm… Isnin datang lagi. Mood bercuti masih terasa… dan tatkala loceng jam berbunyi pagi tadi menandakan harus bangun untuk bekerja… bantal seakan-akan memujuk untuk terus diulit… tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilaksana.

Sheila baru pulang dari berpergian… meraikan ulangtahun yang ke-13 di rantau orang. Kali ini destinasi yang dipilih, Jakarta dan Bandung…. seronok… lupa sekejap masalah yang ada. Untuk tatapan bersama, Sheila kongsikan ringkasan catatan pengalaman bercuti di Jakarta-Bandung.

Tarikh   :   24 – 27 November 2010

Hotel :
Hari 1   :   Daarul Jannah 1
Hari 2   :   Daarul Jannah 2
Hari 3   :   Puri Larasati

Tempat yang dilawati :
Hari 1   :   Mangga Dua ~ Jakarta
Hari 2  :   Tangkupan Perahu, Rumah Mode, Kawani & Kampung Daun ~ Bandung
Hari 3   :   Kawah Putih, Pasar Baru, Kawani ~ Bandung

Pengangkutan :
1. Air Asia – dari Kuala Lumpur ke Jakarta / Jakarta ke Kuala Lumpur
2. Keretapi – dari Jakarta ke Bandung
3. Travel Agent – Lawatan sekitar Bandung
4. Cipa Ganti (Kereta Sewa) – dari Bandung ke Jakarta airport

Perinciannya nanti Sheila cerita di lain entri sebab panjang sangat ceritanya… 7 hari 7 malam baru habis… hihihihi.. sabar ye… nak edit gambar, baru best bercerita dengan gambar sekali…
p/s : Dietku dah ke laut akibat makanan yang enak banget .. :-P

Tips Awet Muda

Tips Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

alwaqiah

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. Amalkan solat tahajud. Sentiasa tenang dan bersikap positif. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Petikan Majalah Anis 2004

Keperluan Air Dalam Badan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Minggu ni bermula sudah cuti sekolah. Pasti ramai yang telah merancang aktiviti anak-anak sempena cuti ni... Walau apa pun yang dilakukan, kesihatan diri jangan sekali diabaikan. Pastikan anda dan keluarga anda minum cukup air, sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari, tapi ianya bergantung juga kepada keadaan cuaca persekitaran.

KENAPA PERLU MINUM AIR??


Menurut para penyelidik, 70 peratus (70%) tubuh badan manusia terdiri dari air dan kita hanya dapat bertahan hidup sekitar seminggu sahaja tanpa air.

FUNGSI AIR ADALAH SEPERTI BERIKUT :

  1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK
    Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

  2. MENGUMPULKAN NUTRISI
    Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

  3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK
    Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai ‘pembantu’ untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

  4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS
    Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

  5. MENGHINDARI BATU KARANG
    Batu karang ‘tumbuh’ ketika zat - zat atau komponen ’sampah’ yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti ‘pasir’ akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah ‘batu’. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.

Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan pula, air yang mencukupi diperlukan bagi memastikan proses menurunkan berat badan lebih efektif. Ini kerana air merupakan agen pengangkut dan pembersih. Jika air tidak mencukupi, toksin tidak dapat disingkirkan. keperluan air boleh ditentukan dengan berat badan individu terbabit. Pengiraan mudah adalah setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1 liter air. Ini bermaksud, jika sekiranya berat anda adalah 60kg, anda perlu minum 2.4 liter air. Mudah kan? Cara minum air yang mudah dan efektif adalah dengan minum sedikit-sedikit sepanjang hari.

Mulakan hari anda dengan minum segelas air. Semoga hari anda akan lebih ceria.

11 November 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Assalammualaikum,

Sheila dapat info dari FB menyatakan bahawa Shamrin vokalis kumpulan Fotograf telah kembali ke Rahmatullah petang tadi.. Beliau dikatakan rebah ketika bermain bola dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Al-Fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat.. dan takziah buat keluarganya.

signature_thumb[6]

Keputusan UPSR 2010

Assalammualaikum,

Hari ni, tanggal 11.11.10  keputusan UPSR akan diketahui. Apa jua keputusannya Sheila terima dengan hati terbuka. Perasaannya?? Sekarang ni berdebar-debar… Nanti pukul 11.00am Sheila akan ke sekolah berjumpa dengan guru kelas Adini…. Adini pulak demam hari ni… kesian.

Apa jua keputusan yang diperoleh, itu adalah yang terbaik yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa …

signature_thumb[6]

10 November 2010

Ayat 1000 Dinar

ayat_seribu_dinar

Penjagaan Tulang Belakang

08083bg

Ada masalah sakit belakang tak? Sheila punya masalah ni. Cuba tengok cara kita duduk… rasanya itulah masalah utama bagi yang bekerja menghadap pc je…contoh seperti ahkak ni le… paling kurang duduk lapan jam… kalau sibuk boleh membawa ke 12 jam… Sekarang ni mungkin belum mendatangkan kesan apa-apa maklum le usia masih muda belia…. tapi nanti bila dah umur dah masuk senja baru terasa…

Info yang Sheila dapat dari pencarian di internet menyatakan bahawa sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

  • Otot
    • Otot tergeliat
    • Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
    • Otot letih
  • Tulang
    • Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
    • Pecah tulang belakang
    • Tulang yang cacat
    • Kanse tulang
  • Lain-lain
    • Kedudukan badan yang tidak betul
    • Penyakit Radang Pelvic (PID)
    • Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
    • Penyakit batu karang
    • Psikologi
      • Berkaitan dengan stres

Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
  • Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
  • Rasa sakit yang menusuk
  • Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
  • Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
    • Fever (demam)
    • Sakit di bahagian perut
    • Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
    • Sakit kepala
    • Berkaitan dengan haid

Komplikasi

Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-

  • Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
  • Kecacatan kekal
  • Kanser yang tidak dapat dikesan

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.

Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :

    • Rehat yang cukup
    • Regangan pada bahagian belakang
    • Fisioterapi
    • Menggunakan ubat sapu
    • Ubat anti inflamasi tanpa steroid

Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI

Pencegahan

  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks
  • Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis.
  • Kekalkan cara hidup yang sihat

    signature_thumb[6] 

08 November 2010

{Aku Nak Kurus} 69.7kg

… itulah yang tercatat pada penimbang pagi ni, Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke-14 dalam program “Aku Nak Kurus” ni. Pada yang baru membaca blog ni, Sheila bermula dengan berat 70.6kg pada 25 Oktober 2010 yang lalu.

Harap Sheila dapat nak mengekalkan azam dan semangat untuk mendapatkan balik berat badan yang ideal. Bukan untuk melawa semata, tapi untuk kesihatan diri juga.

Cara untuk mengetahui berat ideal ialah menggunakan kaedah BMI berikut :-

BMI = Berat (kg) / [ Tinggi (m) X Tinggi (m) ]

Jika BMI kurang dari 18.5 – kurang berat badan
Jika BMI antara 18.5 ~ 25.0 – SESUAI
Jika BMI dari 25.0 ~ 30.0 – terlebih berat
Jika BMI lebih 30.0 – obese

Ok, hingga jumpa lagi di sesi timbang seterusnya… daa…

signature_thumb[6]

04 November 2010

Azam

Assalammualaikum,

Azam ni bukan orang yang nama Azam ye… ni “azam”…. Kalau nak tahu, awal tahun hari tu Sheila ada buat 10 azam… atau boleh dikatakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang tahun 2010. Mengikut kata Irfan Khairi (IK), kalau kita tulis 10 matlamat, InsyaAllah enam akan tercapai. Jadi kalau korang nak tahu apa matlamat Sheila, di sini Sheila kongsikan…

1. Bayar hutang standard Chartered ---> selesai
2. Turunkan berat badan ---> target 3 bulan dari 26 Oktober 2010
3. Laptop Dell ---> dapat Acer
4. Join PHBB + Digitizer software ---> Alhamdulillah selesai
5. New webstore ---> InsyaAllah sebelum akhir tahun
6. Blackberry ---> tiada keperluan
7. Sijil MLVK ---> on-going
8. Nice Craft Sewing Studio ---> projek jangka panjang (modal besar)
9. Hantar resign letter ---> KIV
10. Start homebiz ---> dah mula sebagai part-time

Masih berbaki 1 1/2 bulan lagi. InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar seperti yang direncanakan. Ada juga tu yang tak ada ditulis dalam matlamat tapi dapat juga… Alhamdulillah, rezeki.

Jadi untuk tahun 2011, matlamatnya dah ada…. demi untuk anak-anak, keluarga dan juga untuk kepuasan diri sendiri.. doakan Sheila ye.

Akhir kalam, kepada yang menyambut perayaan Deepavali esok, Sheila ucapkan selamat hari Deepavali.

signature_thumb[6]

03 November 2010

{Aku Nak Kurus} Diet Atkins

Assalammualaikum...

Lamanya Sheila menyepi.. sorry. Hari ni nak sambung balik cerita tentang aku nak kurus. Tips hari ni menggunakan kaedah diet Atkins. Kalau korang nak tahu, Slim World pun menggunakan kaedah yang sama (lama tak pergi Slim World... sibuk bebeno kekdahnya...). Memang berkesan cuma kekurangan kaedah diet ni korang kena bersabar banyak-banyak dengan godaan makanan. Tapi semuanya untuk kesihatan kita kan???

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.

Sumber : Melayu.com