25 December 2010

Proses Tukar Sekolah Dalam Negeri Selangor

Dah nak mula sesi persekolahan 2011, hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Macam-macam persiapan telah dibuat…. bagi Sheila tahun ni anak sulung, Adini dah melangkah ke tingkatan satu, Al-Amin masuk tahun lima, Adibah dan Amni Damia masing-masing 5 dan 4 tahun masuk tadika.

Tahun ni satu perubahan besar berlaku…. kalau sebelum ni anak-anak semua bersekolah sekitar Subang Jaya sebab dekat dengan ofis, tapi tahun 2011 ni semua anak akan dipindahkan ke Puchong… alasannya??? Berhampiran dengan tempat tinggal. Proses untuk menukarkan sekolah ni sebenarnya taklah susah sangat. Apa yang perlu dilakukan???

  1. Dapatkan nama dan alamat sekolah baru,
  2. Pergi ke sekolah asal dan isi borang,
  3. Bawa sekali dokumen-dokumen berikut :-
    - 1 salinan Sijil Lahir
    - 1 salinan kad pengenalan (bagi sekolah menengah)
    - 1 salinan Keputusan peperiksaan :
       * UPSR – untuk murid Tingkatan 1 – 3
       * PMR  - untuk murid Tingkatan 4 – 5
       * SPM  - untuk murid Tingkatan 6
    - 1 salinan sijil nikah/daftar perkahwinan ibu dan bapa
    - 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga
    - 1 surat hak penjagaan daripada mahkamah (jika berpisah/bercerai)
    - 1 salinan surat tawaran ke tingkatan 6
    - Pengesahan alamat (bil elektrik/bil air/perjanjian sewa beli yang sah,
      jika rumah sewa – perjanjian sewaan)
      (Nota : Sila kemukakan bil yang terkini)
    - Sampul surat berukuran 9 x 4 beralamat sendiri & setem RM1.00*
      (* sekiranya menghantar sendiri ke PPD, tak perlu sediakan)
    Nota : sediakan yang berkenaan sahaja
  4. Pihak sekolah asal akan menyediakan empat (4) salinan borang permohonan yang telah ditandatangan oleh Guru Besar.
  5. Seterusnya bawa semua dokumen ke PPD daerah, dan mereka akan samada meluluskan/membatalkan permohonan tersebut.
  6. Selepas itu hantar surat yang telah disahkan oleh PPD ke sekolah asal (1 salinan) dan ke sekolah baru (1 salinan).

Sheila telah berurusan dengan SMK Puchong Perdana dan PPD Sepang, dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak sekolah SMK Puchong Perdana dan PPD Sepang.

No comments: