22 August 2013

ANAK MAMA AMMAR DEMAM

Anakanda Ammar demam + batuk berkahak... bila bernafas dan ada bunyi semput... kesian anak mama. Semalaman tak lena tidurnya. Nak minum susu pun tak berselera gamaknya, minum separuh botol pun tak habis.

Sepanjang malam meneman Ammar... bergilir dengan cik abang. Memang kalau ikutkan sampai ke pagi Ammar tak berapa nak lena. Sapu minyak nak bagi nafasnya lega.. tapi masih tak reda juga.

Alhamdulillah, menjelang tengahari ni tadi Ammar semakin ok, tapi nafasnya masih terganggu. Tapi boleh tidur dengan lena, Alhamdulillah.


Harap malam ni Ammar semakin pulih le... tak ada lagi sesak-sesak nafas,  kesian mama tengok.

Buat sahabat sekelian, jaga diri dan kesihatan ye...

21 August 2013

BUKU MINI "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" PERCUMA

Assalammualaikum,

Buku mini "Mudahnya Menjemput Rezeki" Sheila ingin berikan PERCUMA untuk 30 orang pertama. Hanya dengan 4 langkah mudah.

 

Semoga dapat manfaat bersama.

20 August 2013

VITAMIN UNTUK TRIMESTER 2 & 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

9 Syawal tempohari ada janjitemu dengan doktor di klinik kesihatan Dengkil. Minum air glucose... manisnya... 

Sekarang dan masuk minggu ke 25. Alhamdulillah, dah trimester ke-2 nak masuk trimester ke-3. Rasa macam pregnant kali ni cepat je dah 6 bulan. Semoga Allah permudahkan sepanjang proses kehamilan yang ini.

Balik dari klinik kesihatan Sheila ke klinik sofea di Puchong Utama untuk buat 4D scan... merasa le jugak utk ber-4D scan ni... Alhamdulillah anak sempurna sifat dan jantina pun dah nampak dengan jelas dan nyata... 

Berbalik kepada cerita vitamin, masuk je trimester ke-2 dan ke-3 ada tambahan kepada vitamin asas iaitu tambahan Omega. Kalau tak nak tambah pun boleh, cuma kalau tambah omega ni ada kelebihan tambahan buat kita dan baby.





















Fungsi dan kelebihan Omega Guard
  1. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin -> DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.
  2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok   
  3. Menggalakkan fungsi otak dan membantu perkembangan memori —> meningkatkan keupayaan ingatan dan pelajaran, mencegah penyakit Alzheimer
  4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru paru 
  5. Mengurangkan risiko penyakit jantung      
  6. Mencegah kanser        
  7. Memelihara fungsi-fungsi sendi —> OmegaGuard mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.  Ia juga mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  8. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan —> kajian menunjukkan EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, autism, kanak-kanak hiperaktif dan insomnia.

Set yang di bawah ni adalah pilihan yang sangat disyorkan untuk ibu mengandung bagi trimester ke-2 dan ke-3. Malah set ini juga boleh diteruskan ketika dalam pantang nanti..
























Peringatan :

Jika mengambil vitamin Shaklee ni sewaktu hamil tidak perlu untuk mengambil Obimin lagi sebab dikhuatiri akan overdose, memadai dengan vitamin Shaklee sahaja.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

15 August 2013

VITAMIN KETIKA HAMIL–TRIMESTER PERTAMA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kebiasaannya, bagi ibu-ibu yang merancang untuk hamil digalakkan untuk mengambil Asid Folic 3 bulan sebelum hamil. Walau bagaimanapun, jika anda dapati anda telah pun hamil ianya masih belum terlambat lagi.


Seperti yang Sheila ceritakan di entri SHAKLEE PILIHAN SAYA, Sheila mengalami masalah Hb rendah. Dah ambil supplement yang dibekalkan dari klinik kesihatan pun bacaan Hb masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan.


Jadi, masa mengandungkan Ammar (anak ke-5) Sheila dah siap-sedia dengan bekalan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan tiada masalah bacaan Hb rendah.


Vitamin yang Sheila ambil sepanjang trimester pertama macam set yang di bawah ni. Serba lengkap.. dan Sheila juga rujuk dengan doktor di klinik kesihatan dan doktor cakap tiada masalah untuk meneruskan pengambilan vitamin tersebut.



Set J1 | Set kehamilan Trimester pertama

Vitamin asas kehamilan untuk trimester pertama mengandungi 4 item sahaja iaitu Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan OsteMatrix. Fungsi setiap vitamin adalah berbeza.

  
Harga : RM294.00 (sm) RM311.00(ss)
Untuk kegunaan 4 bulan (anggaran)


VITALEA DENGAN ZAT BESI
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
  • Semasa mengandung, badan kita akan menghasilkan lebih sel-sel darah merah. Zat Besi (Iron) adalah penting untuk untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen yang cukup ke seluruh tubuh dan bayi.
  • Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan kebiaasannya ia disebabkan oleh kekurangan zat besi.
  • Vita-lea Iron Formula Shaklee mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
  • Pengambilan supplemen zat besi membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
  • Ia juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.
  • Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 27mg.
  • Perlu diingatkan, ianya tak boleh diambil bersama supplemen kalsium kerana kalsium menghalang penyerapan zat besi sebaliknya digalakkan diambil bersama Vitamin C kerana Vitamin C menggalakkan penyerapan Zat Besi.

B-COMPLEX

  • Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk Asid Folik.
  • Asid folik adalah penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan.
  • Ramai pakar perubatan yang mencadangkan agar pengambilan asid folik ini dimulakan sebelum kehamilan lagi, sebaik2nya sebaik sahaja selepas berkahwin kerana adakalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang.
  • Vitamin B Complex Shaklee juga membantu tubuh badan lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Ianya sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein. Vitamin B juga dikenali sebagai anti-stress ,menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Dos yang disyorkan bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah 400mcg sehari, manakala bagi ibu-ibu yang sedang hamil ialah 1000mcg sehari.

Vita-C

  • Vitamin C adalah nutrien penting yang membantu membina tulang, kulit, rawan dan tendon janin.
  • Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun badan ibu dan menyumbang kepada pembaikan tisu, kulit yang sihat dan penyembuhan luka yang cepat.
  • Kekurangan Vitamin C semasa mengandung dikaitkan dengan perkembangan mental yang lambat dalam haiwan.
  • Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula (Zat Besi) meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh kerana Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi, mineral penting dalam pembinaan sel-sel darah merah.


OsteMatrix (Kalsium)

  • Sumber kalsium yang lengkap dengan Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron.
  • Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh ibu.
  • Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
  • Tanpa bekalan kalsium yang cukup, wanita hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anak dalam kandungan.
  • Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).
  • Dos yang diperlukan bagi ibu hamil ialah 1000-1300mg sehari.

Bagi anda yang mengambil supplement Shaklee tak perlu lagi mengambil supplement lain sebab risau overdose. Nanti consult dengan doktor masing-masing ye.

Nak dapatkan produk ni hubungi Sheila melalui saluran berikut :


















*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

14 August 2013

INFO KEHAMILAN–TRIMESTER PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bagi yang hamil buat pertama kali, tentunya terma trimester pertama, kedua dan ketiga itu sangat asing… Di sini Sheila kongsikan serba sedikit tentang terma “trimester” dan juga perubahan yang akan dialami oleh ibu-ibu/bakal ibu.


BAGAIMANA TRIMESTER KEHAMILAN DIUKUR?

Secara umumnya kehamilan diukur dalam trimester dari hari pertama tempoh terakhir haid anda (LMP) dan biasanya berlangsung selama kira-kira 40 minggu dari konsep kepada kelahiran bayi. Masa ini dibahagikan kepada 3 tempoh: trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga.


TRIMESTER PERTAMA

Trimester1
Trimester pertama diukur dari hari pertama kehamilan hingga minggu ke-12 kehamilan. Perubahan yang MUNGKIN akan anda alami :

  • Tidak datang haid,
  • Perubahan hormon yang menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam badan,
  • Keletihan yang melampau,
  • payudara bengkak,
  • Puting anda juga mungkin melekat keluar,
  • Sakit perut dengan atau tanpa muntah (morning sickness),
  • Mengidam atau kebencian untuk makanan tertentu,

  • perubahan mood,

  • sembelit (masalah mempunyai pergerakan usus),

  • perlu membuang air kecil lebih kerap,

  • sakit kepala,

  • pedih ulu hati,

  • penambahan berat badan atau penurunan.

TRIMESTER KEDUA

Trimester2

Semasa di trimester kedua anda akan lebih selesa dan bahagia kerana kebanyakan wanita hamil pada peringkat ini sudah tidak mengalami gejala-gejala seperti loya, muntah, letih sebagaimana yang dinyatakan di trimester pertama tadi. Walau bagaimanapun anda akan mengalami perubahan dari segi fizikal pula. Perut anda sudah mula kelihatan… yeayyyy….

  • Sakit badan, seperti bahagian belakang, abdomen, paha, atau paha sakit

  • Regangkan tanda pada perut anda, payudara, paha, atau punggung

  • Gelap kulit di sekitar puting anda

  • Satu garis pada kulit berjalan dari butang perut ke garis rambut kemaluan

  • Tompok kulit gelap, biasanya seluruh pipi, dahi, bibir, hidung, atau atas. 

  • Tangan kebas atau kesemutan, dipanggil sindrom carpal tunnel

  • Gatal-gatal pada abdomen, tapak tangan, dan kaki. (Panggil doktor anda jika anda mempunyai loya, hilang selera makan, muntah, demam kuning, atau keletihan yang digabungkan dengan gatal-gatal. Ini boleh menjadi tanda-tanda masalah hati yang serius.)

  • Bengkak pergelangan kaki, jari, dan muka. (Jika anda mendapati mana-mana bengkak secara tiba-tiba atau berat badan anda meningkat secara mendadak, hubungi doktor anda dengan segera. Ini boleh menjadi tanda preeclampsia.)

 

TRIMESTER KETIGA

Trimester3

Trimester ketiga agak mencabar (dari pengalaman sendiri) kerana kandungan semakin membesar. Persediaan dari segi fizikal dan mental sangat-sangat diperlukan. Pada peringkat ini anda akan mengalami perubahan-perubahan berikut :

  • Sesak nafas
  • Pedih ulu hati
  • Bengkak pergelangan kaki, jari, dan muka. (Jika anda mendapati mana-mana bengkak secara tiba-tiba atau melampau atau jika berat badan anda meningkat dengan cepat, hubungi doktor anda dengan segera. Ini boleh menjadi tanda preeclampsia.)
  • Buasir
  • Tender dada, yang mungkin bocor berair pra-susu yang dipanggil kolostrum
  • Pusat anda boleh terbonjol keluar
  • masalah tidur
  • Bayi "jatuh", atau bergerak lebih rendah di dalam abdomen anda
  • Kontraksi, yang boleh menjadi tanda sebenar atau palsu

[Kredit]



Untuk melihat perkembangan fetus dalam rahim kita, boleh le ke link berikut
http://www.babycenter.com.my/c25004491/perkembangan-fetus-anda


ADAKAH ANDA MEMERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum-sebelum ni Sheila jarang atau boleh kata tak ada mengambil makanan tambahan. Sheila cuma ambil vitamin masa mengandung je. Pada hari-hari yang tidak mengandung macam tak ambil berat sangat tentang makanan tambahan. Biasalah... badan sihat. 


Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang sempurna buat Sheila. Jarang sangat kena serangan selsema... Alahan pun Alhamdulillah tiada. Bersyukur sangat.

Tapi bila usia meningkat, badan dah rasa macam… errr… satu macam… pendek kata tak rasa macam masa muda-muda dulu, time ni le Sheila baru mula kisahkan tentang makanan tambahan aka supplement.

Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati kan. Jadi Sheila mula mengkaji corak pemakanan seharian kami sekeluarga. Ada yang perlu diperbaiki.

Jadi, adakah anda perlu mengambil makanan tambahan a.k.a supplement?

 

Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Sebagai panduan Sheila sertakan beberapa persoalan untuk anda jawab secara jujur.
  • Adakah anda merokok?
  • Adakah anda kerap berdiet?
  • Adakah anda sedang hamil atau menyusukan bayi?
  • Adakah anda mengidapi tekanan darah tinggi?
  • Adakah anda berbadan kecil, kurus atau sudah berhenti haid?
  • Adakah anda mengelakkan susu, keju dan tairu?
  • Adakah anda kerap makan daging merah berlemak makanan penuh lemak?
  • Adakah anda mengalami masalah sinus yang teruk?
  • Adakah anda terdedah kepada kimia merbahaya?
  • Adakah anda banyak makan makanan jeruk atau awet seperti sosej, nugget, burger?
  • Adakah anda mengalami sindrom pra-haid?
  • Adakah anda jarang bergiat di luar rumah?
  • Adakah anda bernafaskan udara tercemar?
  • Adakah makanan yang dibeli di pasaraya mengandungi sisa-sisa kimia toksik atau bahan penambah?
  • Adakah anda mengalami stress mental dan kegelisahan?
  • Adakah anda sering mengambil minuman berakohol?
  • Adakah anda salah seorang daripada warga emas?
  • Adakah anda mengambil pil perancang kehamilan?
  • Adakah anda sering mengabaikan pengambilan sarapan?
  • Adakah anda sedang menerima perubatan?
  • Adakah anda dimasukkan ke hospital baru-baru ini?
  • Adakah anda seorang remaja?
  • Adakah anda kemurungan?
  • Adakah anda makan kerana rasa dan kemudahan dan bukannya kerana khasiat pemakanan tersebut?
  • Adakah anda mengalami penyakit kronik?
  • Mahukah anda merasa lebih sihat?
Persoalan di atas ni sebahagian je. Jika sekiranya anda menjawab “YA” pada mana-mana satu soalan ini, kegunaan makanan tambahan yang selamat boleh membantu memperbaiki kesihatan anda.

Sebagai ibu/isteri anda bertanggungjawab dalam memberikan makanan terbaik buat diri sendiri, suami dan terutamanya anak-anak semenjak dari dalam kandungan lagi.


Marilah kita sama-sama berazam untuk memberikan khasiat terbaik buat suami dan anak-anak serta keluarga secara keseluruhannya.

Jumpa lagi di posting akan datang, semoga anda akan sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.
 


Sheila Wahid
Admin : NutrisiHut - Rakan Nutrisi Anda
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

UMRAH

السلام عليكم 

"Orang yang mengunjungi Baitullah sama ada
mengerjakan haji atau umrah adalah tetamu
ALLAH S.W.T jika mereka meminta ampun
padaNya, nescaya diampuni mereka. Jika
mereka berdoa nescaya diterima doa mereka
dan jika mereka meminta syafaat nescaya
diberikan syafaat kepada mereka"

Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.
Umrah bererti berziarah ke Baitullah di Mekah dengan berihram umrah untuk mengerjakan tawaf, sa’ie dan lain-lain rukun serta wajibnya. Umrah diwajibkan ke atas semua orang Islam, yang telah memenuhi syarat, sekali dalam seumur hidup dan disunatkan mengerjakannya berulang-ulang kali.

“Daripada Zaid bin Thabit berkata, sabda Rasulullah s.a.w., Haji dan Umrah itu diwajibkan ke atas kamu (setelah cukup syaratnya) dan kamu boleh mengerjakan yang mana satu terlebih dahulu”

Sabdanya lagi:

“Umrah itu kifarah (penghapus dosa) bagi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya dengan Umrah yang sebelumnya dan Haji yang mabrur itu balasannya adalah syurga.”

"Satu solat yang dikerjakan di masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih utama daripada 1,000 solat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil-Haram. Dan satu solat di Masjidil-Haram adalah lebih utama daripada 100,000 solat di masjid-masjid lain”

Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada sahabat Jabir r.a.

 

08 August 2013

SALAM AIDILFITRI 1434H

Kad Raya 1434H
Salam 1 Syawal 1434H diucapkan buat semua muslimin dan juga muslimat.




Shaklee Pilihan Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, hari ini 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 Hijrah Sheila mulakan perjalanan blog NutrisiHut - Rakan Nutrisi Anda.

Kenapa dengan Tanggal 8 Ogos???

Tiada simbolik apa-apa cumanya senang nak ingat tarikh.. itu aje... sama macam nak ingat nutrisi tambahan, ingatlah
NutrisiHut - Rakan Nutrisi Anda ^_^
Insyaa Allah Sheila akan berkongsi tentang pengalaman dan perjalanan Sheila bersama dengan suplement tambahan Shaklee.
Sheila mula berkenalan dengan Shaklee semasa mengandung anak ke-5... sekitar hujung tahun 2011. Ketika ini umur Sheila 36 tahun. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki anak buat kami sekeluarga. Jangkaan bersalin adalah pada Januari 2012.

Pada kehamilan sebelumnya (anak ke-4) tahun 2007, Sheila mengalami masalah Hb (Heamoglobin) yang rendah (nanti Sheila ceritakan kesan Hb rendah pada baby ye). Mungkin disebabkan faktor usia dan tidak kurang juga disebabkan faktor makanan yang diambil setiap hari.

Bacaan
Hb sekitar 8-9 sahaja sedangkan bacaan Hb yang normal adalah lebih 11. Hanya Allah jualah yang melindungi Sheila dan baby masa ni. Berdoa semoga baby dalam keadaan sihat.
Jururawat di klinik kesihatan menasihatkan untuk mengambil makanan yang boleh meningkatkan Hb dan dalam masa yang sama vitamin yang diambil asalnya Obimin juga ditukar... tujuannya untuk meningkatkan kadar Hb. Tapi masih tidak berhasil. Sehingga usia kandungan masuk ke 37 minggu, bacaan Hb masih lagi berada di takuk 9.7....

Jadi setelah Sheila buat kajian di internet dan melalui pengalaman rakan-rakan yang lain, Sheila pun mencuba produk
Shaklee ni. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan yang ke-5 tiada lagi masalah Hb rendah. Bacaan Hb tidak pernah turun dari angka 11 lagi. Alhamdulillah... syukur pada Allah.

Selepas melahirkan pun Sheila teruskan sahaja pengambilan supplement
Shaklee ini kerana ianya membantu mempercepatkan proses penyembuhan... maklum le, anak dah lima... macam-macam produk dalam pantang dah cuba... ada yang berkesan dan ada juga yang agak kurang serasi dengan badan.

Selain daripada itu, supplement
Shaklee juga membantu menghasilkan susu yang lebih berkualiti untuk diberikan kepada baby. Biasanya masa pantang makanan akan dicatu sebab nak dapatkan balik bentuk badan asal, banyak yang tak boleh makan mengakibatkan badan kekurangan zat penting. Akibatnya susu yang dihasilkan juga kurang berkualiti.

Jadi dengan pengambilan supplement tambahan ianya dapat menampung kekurangan zat dalam badan di samping baby pun dapat manfaat yang sama.

Insyaa Allah, Sheila akan kongsikan lagi cerita-ceriti Sheila bersama
Shaklee di sini... semoga ada yang dapat dimanfaatkan oleh anda.

Hingga jumpa lagi, ceria-ceria selalu.

Wassalam.


Sheila Wahid
Admin : NutrisiHut - Rakan Nutrisi Anda

07 August 2013

DOA DI AKHIR RAMADHAN

" Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Kau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Zat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keredhaanMu. Sehingga Kau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Kau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah aku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang terus-menerus. Demikian pula, dengan rahmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran, kemuliaan perbendaharaan, keindahan syukur, panjang umur, dan kemudahannya yang berterusan.

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezeki dan keutamaan harapan."

Amin Ya Rabbal'alamin..