30 September 2010

Kelebihan Seorang Wanita..

image

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

image

29 September 2010

Kertas Soalan PMR

Dalam seminggu lagi, anak-anak di tingkatan tiga akan menduduki PMR pula. Harap dah bersedialah fizikal dan mental. PMR 2010 mungkin yang terakhir sebelum ianya dimansuhkan. Walau apapun, yang paling utama… fokus pada exam yang ini ye…

Bagi memudahkan anak-anak kita membuat ulangkaji, berikut disertakan contoh-contoh soalan percubaan bagi Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2.

SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 1 PERAK 2009
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 2 PERAK 2009
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 1 MELAKA 2010
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 2 MELAKA 2010
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 1 PERAK 2010
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 2 PERAK 2010
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 1 N.S 2010
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 2 N.S 2010
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 1 JOHOR 2010
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 2 JOHOR 2010

Semoga Allah kurniakan ilham & kebijaksaan menjawab soaalan dengan mudah/tepat, kepada semua yang akan menduduki peperiksaan...

27 September 2010

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Assalammualaikum

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Sumber : email daripada kenalan

Pokok beracun

Dulu di rumah Sheila ada pokok ni, sekali tu masa anak-anak main masak-masak, potong daun ni, naik merah-merah dan gatal-gatal di badan…

PokokBeracun 
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda .. Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

SHEILA WAHID : Kongsi-kongsikan bersama….

26 September 2010

Berjalan untuk sihat

Berjalan 10,000 langkah setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan diabetes.

7 petua untuk mencapai 10,000 langkah :
-  Jadikan berjalan sebagai rutin harian.
-  Usah peduli apa orang kata – fikirkan berjalan untuk kesihatan
-  Berjalan bersama keluarga atau rakan di waktu lapang
-  Tetapkan matlamat anda
-  Tingkatkan bilangan langkah mengikut kemampuan sehingga mencapai sasaran.
-  Rekodkan kemajuan anda.
-  Setelah anda berjaya menjadikan berjalan sebagai rutin harian, teruskan sebagai aktiviti senaman berjalan pantas.

Pesanan oleh : Kementerian Kesihatan Malaysia

SHEILA WAHID : Berjalan ni termasuk ke berjalan-jalan di shopping kompleks? Kalau ianya dikira, nak ajak cik abang ke Alamanda le sebagai acara pemanas badan dan seterusnya ke IKEA, The Curve, Sunway Pyramid etc. etc.

24 September 2010

Leganya…

Alhamdulillah… dah selesai dah exam UPSR… Lega rasanya…

Sheila nak ucapkan ribuan terima kasih buat cikgu-cikgu di SKSS dan di kelas tuisyen (cikgu As dll) atas semua ilmu yang telah dicurahkan dan segala penat lelah serta usaha tanpa jemu mendidik Adini. Begitu juga kepada jiran yang selalu memberi sokongan serta doa daripada semua.

Mudah-mudahan Adini dan semua anak-anak yang menduduki exam UPSR 2010 akan mendapat keputusan yang cemerlang antaranya Afeef (anak NinoZ) dan Afif (anak En. Mazidul Akmal dari rancangan 999 TV3 tu)

Picture 379 Tapi sesungguhnya Sheila pun berasa lega teramat sangat bila anak dah habis exam… fuhhhh…. legaaaa… kita nantikan keputusannya pulak lepas ni… sementara tu boleh le kita bersuka-ria…

p/s : Petang ni nak pergi open house di Seksyen 13, Shah Alam… jumpa lagi…

signature_thumb[1]

22 September 2010

Berleter sambil menyanyi… Berkesan ke?

Assalammualaikum…

Sekarang baru ada masa terluang nak buat posting. Sibuk bebenor dari pagi, ini pun dapat menyelit sekejapppp je…

Sheila nak kongsi selingan klip video ni… rasa macam ada kena mengena je… hihihi… Anak baru empat, tapi rasanya dah macam 10 orang kat dalam rumah ni…. Kalau anak 10 camana ek??? Rasa nak nyanyi macam dia ni je….

Tapi… bila dua orang tak ada (ada kat kampung huhuhu…) terasa sunyi sepi pulak rumah…. Alahai… tetiba rindu kat anak berdua tu yang ada dengan opah diorang… :-(

sheilawahidOk… dah release sikit stress bila tengok klip video anak dua orang tu… Alahai… bila le diorang tu nak balik… dapat dengar suara pun jadi le… nanti nak buat video call le…

signature_thumb[1]_thumb[1]

21 September 2010

Effective Islamic Parenting

Entri yang ini dalam bahasa Inggeris… buat buah hati pengarang jantung mama dan papa… Adini, Al-Amin, Adibah & si kecil molek – Amni Damia…
_____________________________________________________________

Read each morning !!!!

image

I am raising my child to be a successful vicegerent (khalifah) of Allah who will help create a truly Islamic World.

Today I will try my best to know and understand all the influences upon my child’s development.

Today I will try my best to help my child understand the power of negative influences to make him/her away from Allah, and the power of positive influences to take him/her towards to Allah.

Today I will try my best to shield my child from the power of the negative influences to take him/her away from Allah.

Today I will try my best to enhance (increase) the power of the positive influences upon my child to take him/her towards Allah.

Today I will try my best to notice some positive things my child does or says, and tell him/her how much those things are appreciate by me and by Allah.

Today I will try my best to say nothing negative to my child. Even if I have to correct my child’s wrong behavior, I will try my best to find some positive way to do so.

Today I will love my child unconditionally, but I will try my best to express that love at times which are most beneficial to my child.

Today I will try my best to be an example of a good and right human being (Muslim) for my child.

Today I will pray for Allah’s help that I can be good parent for my child.

SUMBER : “Khalifah Project” – Dzul Iman Islamic Kindergarten

signature_thumb[1]_thumb[1]

Kisah masyarakat – Simpati….

Pagi tadi Sheila baca mStar Online… Simpati bila membaca kisah Hajah Wan Chik ni… Walau apa pun, Sheila harap agar beliau tabah menghadapi ujian hidup yang dilaluinya… Ikuti kisah selanjutnya…..
_____________________________________________________________

Wan Chik Elak Sengketa Tidak Ziarah Kematian M.Rajoli
Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Isteri kedua kepada pelakon M.Rajoli iaitu Wan Chik Daud (gambar) tidak hadir pada majlis pengkebumian suaminya pada Sabtu lalu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi sengketa diantara beliau dengan keluarga isteri pertama Allahyarham.

Wan Chik yang juga bekas juruhebah radio RTM itu berkata, dia juga kesal apabila tidak diberitahu mengenai kematian Allahyarham lebih awal termasuklah ketika arwah berada dalam keadaan nazak.

“Saya hanya mengetahui Allahyarham meninggal dunia selepas seorang rakan artis menghubungi saya. Malah seorang anak Allahyarham hanya memaklumkan kepada saya ketika jenazah sudah siap untuk dikebumikan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.

Pelakon M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 17 September lalu kira-kira pukul 10.45 malam akibat sesak nafas setelah menderita penyakit barah otak sejak tiga tahun lalu.

Akibat penyakit itu Allahyarham menjadi lumpuh satu badan sehingga terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur keesokkan harinya tanpa kehadiran isteri kedua, Wan Chik.

Menurut Wan Cik, dia sudah lama berkecil hari dengan ahli keluarga isteri pertama Allahyarham sehingga dia merasa kehadirannya untuk majis pengkebumian itu tidak diperlukan selain tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Bukan saya tidak mahu pergi. Sebagai isteri saya amat merindui suami setelah setahun setengah tidak berjumpa, cuma saya tidak mahu mengeruhkan 'sengketa' dengan keluarga isteri pertama," jelasnya yang memberitahu sering termimpi Allahyarham sebelum kematiannya.

Jelasnya lagi, tiada gunanya dia pergi menjenguk jenazah suami yang sudah terbujur kaku sedangkan semasa hayat dia tidak dapat bertemu dengan Allahyarham.

"Kehadiran saya di majlis pengebumian tidak dirasai oleh arwah. Bagi saya, tiada gunanya untuk menunjuk kasih sayang dengan menangis di kubur.

"Biarpun tidak dapat bertemu tapi kami berdua sudah berjanji untuk bertemu semula di akhirat. Saya pasrah dan reda dengan apa yang telah terjadi. Sebagai isteri saya hanya mampu menghadiahkannya bacaan doa dan surah Yasin kepada Allahyarham," ujarnya yang menafikan dia berada di Amerika Syarikat ketika majlis pengebumian seperti dilaporkan media.

Namun begitu, dia akan menziarahi pusara Allahyarham selepas tempoh edah selama empat bulan 10 hari tamat.

"Insya-Allah saya akan datang menziarahi juga kubur arwah selepas tamat edah dan merancang untuk menunaikan umrah sekali lagi," katanya sambil menangis teresak-esak menceritakan keadaan tersebut kepada mStar Online.

SUMBER : mStar

signature_thumb[1]_thumb[1]

Kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang

Perincian dan gambar yang selanjutnya boleh didapati akhbar harian metro online…. (klik link)

016303324

20 Sept 2010

Jambatan Pulau Pinang menjadi sesak berikutan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di km2.2 dari arah Prai ke George Town malam tadi. Dalam kejadian itu dua penumpang kereta maut, dua lagi cedera dan seorang penumpang lagi terjunam ke laut. Bagaimanapun, pasukan polis Marin berjaya menyelamatkan lelaki yang terjunam ke laut. Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Foto BERNAMA

SUMBER : MSTAR

 signature_thumb[1]_thumb[1]

20 September 2010

Doa untuk anak

… buat anak mama tersayang… Adini, yang menduduki peperiksaan UPSR 2010 dari 21-23 Sept. 2010, selamat berjuang dan selamat maju jaya mama ucapkan… sesungguhnya doa mama mengiringi kakak, mudah-mudahan berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat…

image Ya Allah ya Tuhanku..

berikanlah anakku, Adini… kekuatan serta semangat dalam menempuh ujian upsr ini..

berikanlah ketenangan hati, ketajaman fikiran serta ketepatan dalam membuat setiap keputusan

permudahkanlah urusan hidupnya dan jauhkanlah dirinya dari sebarang kemudharatan, kelalaian dan kealpaan

Jadikanlah anakku Adini seorang insan yang berjaya serta  yang mendapat kemenangan  di dalam pembelajaran dan peperiksaan upsr ini, dan jadikanlah juga dia hambaMu yang solehah dan bersyukur...

kepadaMu aku berserah dan kepadaMu juga memohon pertolongan...

aminn ya rabbal alamin...

signature_thumb[1]_thumb[1]

p/s : adaptasi dari C a n g k i r B i r u

Badge design

Assalammualaikum

Hari ni Sheila menyiapkan badge untuk blog Sheila ni… design dah ada dalam kepala sejak malam tadi… tapi semalam tak sempat nak buat…. selepas berusaha keras membanting tulang yang empat kerat ni…. akhirnya….

sheilawahid200x200 …. siap juga badge untuk blog Sheila ni…hihihi… ni buat sendiri tau… Kalau buat sendiri ni paham-paham aje le… designnya pun basic-basic aje…. maklum le, Sheila ni tak ada ilmu tentang photoshop kebagai… ini pun copy & paste aje… Sheila memang suka warna-warna pastel… cantik tak? Oklah… nanti Sheila letak kat side bar ye… 

Blog baru… badge baru… lepas ni nak buat apa pulak ye???

signature_thumb[1]

19 September 2010

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Assalammualaikum….

Sheila dapat info ni daripada email… tapi tak jumpa sumber email tu, nanti kalau dah jumpa Sheila letak kat sini ye…

-  Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102 

-  Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 

-  Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,  Surah Al Hasyr -
   Ayat 22-24 

-  Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5 

-  Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil 

-  Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah 

-  Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x 

-  Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
   keliling rumah

Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita…

signature_thumb[1]

Rakan Sosilawati ditemui mati

Assalammualaikum….

Hari-hari kita dengar cerita jenayah terpampang di dada-dada akhbar yang membabitkan bunuh, rogol, buang anak dan macam-macam lagi… Sheila sendiri dah tak lalu nak baca tentang berita-berita sebegitu… Pelbagai soalan timbul… Apa tiada lagi sifat kemanusiaan di dalam diri??? Apa yang mendorong semua ini terjadi??? Tentu ada cerita di sebalik setiap kejadian.

Terbaru dalam akhbar tabloid bertarikh 19 September 2010

Pengasas produk kecantikan Aveer tergantung di bilik tidur

Kejadian berlaku di Bukit Mertajam di mana pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar, 45 tahun yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya. Mangsa ditemui tergantung di biliknya kira-kira jam 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis mengklasifikasikan kematian sebagai kes mati mengejut.

Perincian lanjut boleh dibaca di sini : Kosmo! Online

Berita yang berkaitan  :
- Datuk Sosilawati hilang
- Diseksa sampai mati

SHEILA WAHID : Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarhamah…
                            -  Al-Fatihah

signature_thumb[1]

Vvip ke-2 & ke-3

cats-crop

darikacamata

Ni vvip sheilawahid yang ke-2 & ke-3… huhuhu… sekarang ni masih boleh kira ok le kan… nanti esok-esok kalau dah beribu (cewahhh) kot tak sempat lak nak mengira…. Apa-apa pun Sheila nak ucap terima kasih kepada dua-dua vvip ni….

Salam perkenalan daripada Sheila Wahid… semoga ukhwah persahabatan ini berpanjangan…

Sheila Wahid : Sila klik pada banner ye untuk ke blog mereka….

signature

Ben Ashaari Tulis Diari??

Hehehe… dah ada di list blog benashaari le…. tq tq…. kalau tak caya pergi ke kategori tulis diari benashaari tu… ada di sana terpampang namaku itu..

Sheila sesungguhnya dah di tahap kemaruk blog ni.. tambah-tambah pulak sejak diperkenalkan dengan perisian Window Live Writer ni oleh Ben Ashaari jugak le… dah semakin menjadi-jadi pulak…. pendek kata, makan blog… minum blog… tidur blog…. segala-galanya blog…

Tengok le, sekarang ni dah pukul 2.45am, masih lagi mengadap blog… ish ish ish… dah naik berpinau biji mata ni haa… harus lepas ni kena shutdown laptop ni…

Apa-apa pun…. sebagai blogger baru, Sheila banyak belajar daripada Ben… blog orang lain pun Sheila ada belajar le juga, tapi blog Ben ni lain sikit… pergi le tengok sendiri…. pasti ternganga membaca setiap postingnya….> Ben Ashaari

signature

Vvip Sheila Wahid yang pertama

imageSelamat datang dan terima kasih diucapkan kepada nirzashah daripada http://nirzashah.blogspot.com.

TAHNIAH! kerana berjaya menjadi yang pertama –_-

p./s : Bro… selalu-selalu le datang sini ye…

 signature

Blog list Ben Ashaari September

Assalammualaikum…khusus untuk Ben Ashaari

Blog ni blog baru… kiranya boleh terima kan???

Blog ni adalah kategori blog TULIS DIARI…

image

Kalau ada sesiapa yang ingin menyertai, sila ikut arahan yang telah diberikan….

SYARAT-SYARATNYA (sheila copy paste dari blog Ben)

  1. SUDU GARPU - blog masakan

  2. TULIS DIARI - blog peribadi

  3. BOTOL SUSU - blog kekeluargaan

Syaratnya .. mudah saja .. Sila buat satu entri .. letak

  1. image header ini ...

  2. TAJUK : BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

  3. letakkan url di komen entri ini . Jgn lupa tulis sekali KATEGORI PILIHAN :

Tarikh tutup ?? Esok , 19/9/2010 .. jam 11:59 tengah malam ..

p/s : BA… dengan segala hormatnya, sila le jadi vvip sheilawahid…tq..

signature

Airmata Nur Salina

Menonton cerekarama AIRMATA NUR SALINA di TV3 arahan Erma Fatima.

SINOPSIS

Ianya mengisahkan mengisahkan pasangan kekasih berbeza usia (Umie dan Remy) berkahwin tanpa restu keluarga hingga sanggup lari dan menderhaka kepada ibunya.

"Apabila perkahwinan tidak direstui, memang tidak mencapai kebahagiaan, malah mengundang derita apabila hidup Nur Salina berakhir di tali gantung.

APA KISAHNYA?

Suami KAKI JUDI

Gara-gara kalah judi, si suami tergamak melacurkan isteri sendiri…. selepas semuanya terjadi barulah timbul kekesalan di hati suami. Tetapi, sejak dari saat itu, Salina sudah tidak mempercayai suaminya…..

Pada suatu hari, terjadi pertengkaran antara mereka… di mana akhirnya Nur Salina telah membunuh suaminya… Berikutan dengan itu, Nur Salina telah dipenjara dan telah didakwa di bawah kanun 302 iaitu hukuman gantung…maka berakhirlah episod penderitaan Nur Salina….

Begitulah sebuah lagi kisah kehidupan yang mungkin terjadi di kalangan kita… mudah-mudahan ianya dapat memberi pengajaran buat kita semua….

signature

18 September 2010

Petua menambat hati suami

Pentingnya bagi kita yang dah lama berumahtangga untuk menghangatkan kembali kasih sayang yang dah semakin suam-suam kuku… manakala bagi yang bakal menjadi isteri, ini adalah petua yang sangat berguna dan boleh diamalkan supaya rumahtangga yang dibina sentiasa mekar…

1) Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2) Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3) Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai)

4) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5) Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6) Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7) Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8) Masak resipi ibu mentua (kegemaran suami) sekali-sekala.

9) Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, kesederhanaan dan seumpamanya).

10) Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11) Minta bantuan suami hanya jika sesuai pada masa, tempat dan jenis profesionnya.

12) Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13) Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

14) Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

15) Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.

16) Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

17) Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh).

18) Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai dua atau tiga kali.

19) Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20) Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21) Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

22) Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

23) Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

24) Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh, gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

25) Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

Mudah-mudahan dapat manfaat bersama….

Salam ceria,

signature

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

Wow! Boleh buat duit dengan blog… memang susah nak percaya, tapi ada yang dah berjaya… berita lanjut Sheila ambil dari Kosmo

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my

image

SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

image TIMOTHY merintis idea kewujudan Nuffnang bersama rakannya, Ming Shen sewaktu belajar di London.
__________________________________________________________

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

image KOMUNITI Nuffnang menjadi medium penting kepada blogger yang ingin menjana pendapatan sampingan.

MENJANA PENDAPATAN

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.REDMUMMY-crop Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu sayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.

LAYARI laman web Nuffnang untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai platform menjana pendapatan itu.


"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.

SUMBER : KOSMO

signature

M Rajoli meninggal dunia – Al-Fatihah

Al-Fatihah… semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, dan takziah diucapkan kepada keluarga arwah M Rajoli…. semoga tabah meneruskan kehidupan….
____________________________________________________________________

AMPANG: Pelakon dan pelawak, Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, atau M Rajoli disahkan meninggal dunia akibat penyakit barah pada kelenjar otak atau lymphoma di Hospital Ampang, jam 10.45 malam tadi.

imageKENANGAN...Allahyarham M Rajoli bersama kedua-dua isterinya.

Pelakon yang sering membawa watak ustaz dan ahli korporat itu, terlantar di hospital sejak dua hari lalu selepas mengalami masalah pernafasan. Dia kemudiannya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditempatkan di wad pesakit dua jam kemudian. Keadaannya yang kritikal membuatkan dia bertarung dengan nyawa sejak ditahan di wad berkenaan.

Adik iparnya, Mohlis Mohd Din, M Rajoli yang dihubungi malam tadi mengesahkan kematian pelakon itu sambil memberitahu sebelum itu allahyarham hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. “Sebelum inipun keadaannya amat kritikal. Dia hanya mampu menggerakkan mata dan isyarat jari. Keadaan itu dipercayai kesan penyakit barah otak yang dihidapi sejak tiga tahun lalu. “Pada Hari Raya lalu keadaannya stabil walaupun tidak banyak bercakap dan kurang minum air,” katanya.

M Rajoli meninggalkan dua balu iaitu isteri pertama Hashimah Mohd Din, 56, dan isteri kedua, bekas penyampai radio, Wan Chik Daud, 70. Hasil perkongsian hidup bersama Hashimah selama 36 tahun mereka dikurniakan empat anak iaitu Siti Dzaleha, 34, Nur Mohamad, 33, Siti Nazirah, 28 dan Muhd Ariff, 23. Pelakon berasal daripada Pasir Mas, Kelantan membintangi ratusan drama dan filem antaranya Mekanik, Azura, Anaknya Sazali, Lang Buana, Cinta Fotokopi, Lady Boss dan Histeria. Dia cukup dikagumi menerusi lakonan dengan kebolehannya membawakan watak dengan berkesan.

Sumber : Hmetro

signature

17 September 2010

Cara Mendepani Harta Benda

Kiriman e-mail daripada seorang teman…

Asalamualaikum,

Sepatutnya apakah cara terbaik untuk kita mendepani harta benda?

Jawapan:

1. Cari harta yang halal, belanja pada tempat yang halal kerana ia akan dipersoalkan di akhirat nanti.

“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan“

2. Keluar zakat bila cukup nisab dan haul kerana hanya orang yang benar-benar takutkan Allah dapat mengeluarkan zakat.

Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa; [18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,

3. Berbelanjalah pada jalan Allah dengan mengunakan harta yang baik dan halal.

Baqarah [267] Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik

4. Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin….

5. Jangan dilalaikan daripada beribadat dalam mencari harta.`Jangan menyayangi harta melebihi Allah dan Rasul.

Al-Munafiqun [9] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

6. Bersederhanalah

Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” [Hadis riwayat Ibn Majah]

7.Janganlah membazir dalam berbelanja. Siapa yang membazir (termasuk harta) adalah saudara syaitan:

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [Al-Israa’, 17:27]

PETIKAN : http://nasbunnuraini.wordpress.com/

Salam hormat

signature

JADUAL UPSR 2010

TARIKH

PERKARA

21 September 2010

 

08:15am – 09:05am

  -  Bahasa Melayu (Pemahaman)

09:45am – 11:00am

  -  Bahasa Melayu (Penulisan)

11:45am – 12:25pm

  -  Matematik (Kertas 2)

22 September 2010

08:15am – 09:15am

  -  Matematik (Kertas 1)

23 September 2010

08:15am – 09:30am

  -  Sains

10:15am – 11:05am

  -  Bahasa Inggeris (Kertas 1)

11:45am – 01:00pm

  -  Bahasa Inggeris (Kertas 2)

02:15pm – 03:45pm

  -  Ujian Aptitud Tahun 6

Jadi, bagi anak-anak yang bersekolah dari tahun 1 – tahun 5, pada tarikh tersebut cuti… bagi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tu… kalau ada yang masih kabur, masih punya masa untuk buat ulangkaji…. jangan panik…. bertenang….

Fuhhh… mak bapak kena bertenang juga ni…. terasa nak pergi bercuti je untuk hilangkan stress anak nak exam… boleh gitu???

Apa-apa pun… Good Luck & all the best buat semua anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tu….

Love –_-

signature

16 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum

Masih tak terlewat untuk Sheila mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kan?… maklum saja kita masih lagi di bulan Syawal. Di penghujung Ramadhan tempohari, banyak le sms yang Sheila terima dengan bait kata-kata indah untuk menyampaikan ucap selamat Eidul Fitri…. antaranya, Sheila kongsi di sini

Walau langkah tidak bertemu, Tangan tidak berjabat
Ucap tidak terdengar,Mata tidak bertentang,
Mohon maaf segala kesilapan,
Kerana…. ada ketikanya….
Mata silap memandang, Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata-kata dan hati tersalah menduga,
SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN

signature

Solat Hajat UPSR 2010 (Khamis)

pr0042

Dijemput ibubapa dan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010 untuk bersama-sama solat hajat pada:

Tarikh: 16 September 2010
Masa: Selepas Solat Isya
Tempat: Surau Amanputra

Minggu depan dah mula exam sebenar UPSR untuk murid-murid tahun 6. Anak she.ila pun tak terkecuali le... sekarang ni tengah pulun study lagi tu... terutamanya subjek matematik, sains dan bahasa inggeris.

Selamat maju jaya diucapkan...

p/s : anak yang nak exam, mak bapak lak yang kalut kan....

signature

Selamat Hari Malaysia...

Selamat Hari Malaysia... mudah-mudahan generasi kini lebih menghayati perjuangan generasi terdahulu untuk mengwujudkan perpaduan di Malaysia... tanahair terchenta...