29 October 2010

Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian

Khamis Oktober 28, 2010

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau.

Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana.

"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan. - BERNAMA

SHEILA WAHID : Ntah apa nak jadi dunia hari ini. Banyak sangat pembunuhan. Nyawa macam dah tak ada harga... Mintak dijauhkan. Takziah kepada keluarga mangsa.

28 October 2010

Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Belum lagi berakhir tahun 2010, dah sibuk nak ambil tahu tentang sesi persekolahan tahun 2011 pulak. Mana taknya, senang nak merancang cuti... hmm.. tahun depan anak Sheila yang sulung dah ke tingkatan 1, nombor dua darjah 5, nombor tiga - tadika 5 tahun dan nombor empat - tadika 4 tahun... Alhamdulillah.

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16




II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13




Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78


Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

21 October 2010

Aku Rindu Sayang Kamu

Lirik lagu “Aku Rindu Sayang Kamu” – layannnn….
 
Black – Mentor 3

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh Ulang

Chorus 3x

signature_thumb[6]

20 October 2010

{Renungan} Erti Hidup

… usia umpama harta…

Bukan banyaknya yang menjadi perhitungan
tetapi keberkatannya.
Harta yang berkat,
Sedikitnya mencukupi…
banyaknya boleh diagih-agihkan.

Begitulah usia yang berkat,
pendeknya bermanfaat,
panjangnya melimpahkan kebaktian.

Petikan : Solusi – Isu No. 24 2010

signature_thumb[6]

{Info} Hepatitis B

Assalammualaikum…

Akibat kesibukan yang diluar jangkaan, makanya baru sekarang dapat share sesuatu. Sheila nak berkongsi info tentang penyakit Hepatitis B… Sebelum ni memang tak pernah ambil peduli dengan penyakit ni hinggalah Arwah makcik Sheila meninggal disebabkan Hepatitis B. Rupa-rupanya arwah dah menghidap penyakit ni selama 25 tahun… semasa hayatnya arwah bekerja sebagai jururawat.

Sedih sungguh bila mengenangkan keadaan makcik yang merupakan seorang yang ceria hanya mampu terbaring kelesuan… memang tiada tanda-tanda awal, tapi bila di hujung hayatnya, penyakit ni mula memberikan kesan. Jadi, ikutilah kisah selanjutnya…

Hepatitis B punca 80% barah hati

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp. com.my

Ramai tidak tahu virus hepatitis 100 kali lebih berjangkit daripada HIV

HEPATITIS B adalah jangkitan hati yang serius disebabkan virus hepatitis B (HBV). Bagi sebilangan orang, jangkitan itu boleh bertukar menjadi kronik sehingga membawa kepada kegagalan hati, barah hati atau sirrosis (keadaan yang menyebabkan hati berparut untuk selama-lamanya) . Malah, HBV dikatakan punca utama barah hati dan sirrosis yang kronik.

Mengikut statistik, hepatitis B kronik menduduki tangga ke 10 dalam carta punca kematian paling utama di seluruh dunia dengan kira-kira 350 juta orang dijangkiti sepanjang hayat.

Malah, hepatitis B kronik juga menjadi punca 80 peratus daripada barah hati utama dunia. Dianggarkan setiap tahun kira-kira 1.2 juta individu meninggal dunia akibat penyakit hati kronik yang berkaitan dengan hepatitis B. Di Malaysia, dianggarkan 5.24 peratus penduduk mengalami hepatitis B (kira-kira 1.3 juta).

Secara saintifiknya, hepatitis B berpunca daripada virus hepatitis B yang menyerang sel hati. Virus ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak ketika proses kelahiran atau menerusi pemindahan darah atau pendedahan terhadap darah dan bendalir lain daripada pesakit.

Virus ini 100 kali lebih berjangkit daripada HIV, dan kebanyakan orang tidak menyedari mereka dijangkiti. Ini kerana gejala penyakit hepatitis B mungkin tidak muncul dengan serta-merta. Justeru, ramai pesakit hepatitis B kronik mengambil sikap sambil lewa dalam mendapatkan pemeriksaan. Sikap ini juga mungkin didorong oleh kurangnya pengetahuan mengenai program rawatan yang khusus untuk mengawal virus hepatitis B.

Presiden Yayasan Hepar Malaysia (MLF) yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata penting untuk pesakit hepatitis B kronik mendapatkan pemeriksaan menyeluruh bagi menentukan tahap penyakit mereka supaya rawatan yang khusus boleh dijalankan.

Katanya, ada juga kes membabitkan segelintir doktor yang tidak mengetahui wujudnya protokol rawatan untuk pesakit hepatitis B. Ini menyebabkan timbulnya salah anggap oleh pesakit yang berasakan mereka tiada harapan untuk mendapatkan rawatan.

"Sikap segelintir doktor itu adalah masalah yang serius kerana pesakit yang tidak mendapatkan rawatan kemungkinan besar akan berhadapan komplikasi penyakit yang lebih serius seperti penyakit hati kronik, sirrosis dan kanser hati.

"Oleh itu, pesakit hepatitis B seharusnya didiagnosis supaya dapat ditentukan sama ada rawatan diperlukan atau tidak selain jenis dan tempoh rawatan yang sesuai. Walaupun ada sebilangan pesakit yang tidak memerlukan rawatan serta-merta, mereka ini juga harus mendapatkan nasihat doktor supaya komplikasi penyakit boleh dielakkan," katanya.

Katanya, diagnosis awal serta rawatan yang betul dapat menyelamatkan nyawa. Paling penting, hepatitis B boleh merosakkan hati dan disebarkan kepada orang lain walaupun anda tiada memiliki sebarang tanda dan simptom.

"Justeru, penting untuk anda membuat ujian jika anda percaya anda terdedah pada jangkitan hepatitis B," katanya.

Bagaimanapun, katanya jangan terpedaya untuk membeli sebarang makanan tambahan yang boleh membaiki fungsi hati tanpa sebarang pengesahan daripada doktor pakar yang bertauliah.

Gejala

Bagi sesetengah orang, hepatitis B menunjukkan simptomnya pada peringkat awal (terutama bagi bayi dan kanak-kanak) tetapi bagi sesetengah yang lain pula tanda awal tidak kelihatan. Secara umumnya gejala hepatitis B akan muncul 12 minggu selepas anda dijangkiti dan ia boleh terjadi sangat serius atau pada tahap ?lemah? (mild).

Rawatan

Ada banyak rawatan hepatitis B yang ada di pasaran. Antaranya Sebivo® yang dilancarkan Novartis Corporation (Malaysia) Sdn Bhd. Sebivo adalah ubat oral sekali sehari yang boleh diambil bersama atau tanpa makanan. Ia berfungsi dengan mengekang HBV secara pantas dan berkesan di kalangan pesakit dewasa yang menunjukkan tanda-tanda penggandaan virus dan radang hati aktif.

Pelan rawatan bagi pesakit hepatitis B kronik bergantung kepada peringkat penyakit itu. Justeru, penting untuk pesakit menemui doktor secara berkala untuk pemeriksaan walaupun mereka tidak memerlukan ubat buat masa ini.

Ini bagi menentukan rancangan pengurusan dan jenis terapi yang sewajarnya berasaskan keadaan mereka. Pengesanan awal amat penting kerana ia boleh mencegah kerumitan serius yang dihadapi pesakit pada masa depan dan membantu meningkatkan kualiti kehidupan.

INFO: Simptom hepatitis B

Kurang selera makan
Loya dan muntah
Lemah dan pening
Sakit perut terutama di sekeliling atau berdekatan hati
Air kencing berwarna gelap
Kulit yang kekuningan dan mata berwarna putih (jaundis)
Sakit sendi.

signature_thumb[6]

15 October 2010

Yang!!… Peluk abang kuat-kuat tau, abang bawak laju nie…

Mungkin itu le dialognya… kreatif sungguh mamat ni… korang tengok le sendiri..

 

  p1

p4

p2p3

signature_thumb[6]

10 October 2010

Gambar pra Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina

Salam,

Cantik gambar-gambar pra perkahwinan ni… sweet je kan couple ni… dan hari ni tanggal 10-10-2010 mereka telah selamat diijab kabulkan… Tahniah.

image
image
image image image Kredit : http://blog.khairulhazwan.com/

signature

Biodata Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

image
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha DSNS (lahir 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik dari Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Misi angkasawan Malaysia

Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.[1]

Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Kerjaya

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muszaphar_Shukor

signature

07 October 2010

Gangguan Seksual

Jika anda menganggap gangguan seksual di tempat kerja hanya wujud apabila pelaku menggunakan teknik sentuhan dan percakapan terhadap mangsanya, anda silap.

Kebanyakan orang tidak memahami secara tepat atau menyeluruh apa yang dimaksudkan dengan istilah gangguan seksual di tempat kerja.

Tidak keterlaluan dikatakan, ada individu yang menganggap gangguan seksual di tempat kerja hanya membabitkan mangsa wanita. Tetapi sebenarnya ia turut ‘menyerang’ lelaki.

Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja menerangkan, gangguan seksual adalah sebarang perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini penerima atau mangsa.

Dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), kod amalan itu turut menggariskan bahawa gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu berbentuk ugutan seks dan ancaman seks.

Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan JTKSM Putrajaya, Johana Bakar berkata, berdasarkan kod amalan yang ada, gangguan seksual berbentuk ugutan seks bermaksud apabila seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat misalnya, cuba mengugut pekerja bawahan supaya memberi layanan seksual kepadanya.

Katanya, pekerja itu perlu mengikut jika ingin memperoleh faedah berkaitan kerja dan jika menolak ugutan berkenaan, faedah akan dinafikan.

Manakala gangguan seksual berbentuk ancaman adalah apabila tingkah laku yang ditunjukkan pelaku dilihat mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan tetapi ia tiada kaitan langsung dengan faedah pekerjaan.

Bagaimanapun, tingkah laku itu menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada mangsa untuk terus bekerja.

“Gangguan seksual di tempat kerja juga bukan hanya berlaku dalam pejabat atau organisasi, malah ia turut membabitkan gangguan seksual di luar tempat kerja yang wujud daripada hubungan dan tanggungjawab berkaitan pekerjaan.

“Misalnya melalui majlis-majlis sosial berhubung pekerjaan, menjalankan tugas di luar tempat kerja, persidangan atau latihan berkaitan pekerjaan, ketika dalam perjalanan berkaitan tugasan, telefon dan media elektronik.

“Ingin ditekankan di sini, gangguan seksual itu sendiri bermakna tingkah laku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi mangsa serta tanpa diminta atau dibalas balik mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai pameran dan maklumat JTKSM pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2010 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, baru-baru ini.

Menurut Johana, gangguan seksual merangkumi bermacam-macam tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada lima jenis.

Ujarnya, satu daripadanya adalah gangguan secara lisan yang mana pelaku menggunakan kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

Jelasnya, gangguan seksual jenis bukan lisan pula wujud apabila pelaku memandang atau mengerling yang membayangkan niat, menjilat bibir, memegang sesuatu secara menggoda, membuat isyarat tangan, menggunakan bahasa isyarat yang menunjukkan perlakuan seks atau tingkah laku mengurat yang berterusan.

Bagi gangguan seksual jenis visual, katanya, pelaku menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, menayangkan bahagian sulit badan yang tidak sepatutnya didedahkan dan sebagainya.

Selain itu, ujarnya, jika pelaku mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau ingin bercumbuan, ia digelar gangguan seksual psikologi.

Tambahnya, bagi gangguan seksual jenis fizikal, pelaku akan menggunakan cara sentuhan seperti memegang, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium atau serangan seksual tanpa kerelaan mangsa.

Johana berkata, kes gangguan seksual di tempat kerja perlu dilaporkan sama ada kepada pegawai atasan, polis atau kementerian bagi memastikan pesalah dikenakan tindakan sewajarnya.

Laporan itu juga perlu dibuat bagi mengekang masalah sosial itu daripada terus melarat di kalangan masyarakat sehingga menimbulkan suasana tidak selamat sepanjang berada di tempat kerja atau menjalankan urusan pejabat.

“Namun, kebanyakan mangsa enggan melaporkan gangguan yang diterima kerana malu, tiada tempat mengadu, bimbang disindir atau takut diberhentikan kerja.

“Di Malaysia, mangsa kes ini menghadapi masalah membuat laporan kerana tiada prosedur jelas untuk dijadikan panduan bagaimana dan di mana untuk mengadu.

“Maka, saya menggesa mangsa membuat laporan kepada polis, majikan atau kementerian dan mendapatkan maklumat lengkap berhubung gangguan seksual termasuk di tempat kerja melalui laman web kementerian atau maklumat di Internet supaya tidak terus ditindas,” katanya.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

06 October 2010

Sayangilah Mereka!!!

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.  Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.  Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.  Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.  Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke  padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.  Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu,  pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.  Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok.  Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.  Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.  Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi..  Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik.  Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.  Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.  Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.  Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.  Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.  Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.  Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah.....

signature_thumb[6]

Bagaimana Pendapat(an) Korang?

assalammualaikum

Lewat baru Sheila dapat menulis di sini. Sibuk sangat dengan kerja-kerja di pejabat kekdahnya. Ada dua projek on-going, satu tu factory 6 tingkat dan satu lagi carre4 di Shah ALam… janji dengan boss nak siapkan 2 minggu lepas… tapi entah le… cam tak siap-siap je… Harap minggu ni dapat betul-betul siap le. Malas dah nak tengok benda yang sama lama-lama sangat.

Oh! Ada yang belum tahu Sheila ni kerja apa ye… Kerjanya lebih kurang macam pelukis pelan tapi terlibat dengan lukisan 3 dimensi… Semuanya melibatkan kerangka besi… antara projek yang dah siap tu LCCT, KLIA, IMAX Theater Berjaya Times Square, Kompleks Kastam Kelana Jaya,Tesco Tebrau lagi… dan lagi.. dan lagi… Pejam celik, pejam celik dah 14 tahun dah dengan syarikat ni. Daripada sebelum kawin, sampai le anak dah 4 orang… dipendekkan cerita, daripada muda dah jadi tua (tua ke???), daripada kurus sekarang dah gemokss (69 kg ko!)…

Alhamdulillah. Tapi bila dah lama sangat bekerja di pejabat ni, Sheila ada juga bercita-cita nak bekerja dari rumah, maklum saja anak-anak dah besar, perlukan lebih perhatian.. atau menjadi suri rumah sepenuh masa,  Tapi kalau berhenti kerja… nanti tak cukup pulak… camana tu? Sekarang ni semuanya guna duit, duit kereta, duit rumah, tuisyen anak-anak, barang dapur dan macam-macam lagi le yang melibatkan duit ni kan…

Fenin-fenin….

signature

04 October 2010

Cara Mudah Menjimatkan Wang

by www.bharian.com.my

IDEA menyimpan wang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak biarpun faedahnya besar dan nyata. Ini berikutan daripada tuntutan menggunakan wang untuk aktiviti lain yang tidak kurang pentingnya seperti membayar bil dan sebagainya. Namun begitu, ia tidak patut dijadikan alasan kerana menyimpan wang adalah aktiviti mudah yang boleh dilakukan jika anda mempunyai keazaman yang tinggi dan secara sukarela mengikuti cadangan-cadangan berikut:

1. Tetapkan objektif penyimpanan
Seperti merangka bajet, kita juga mesti menetapkan objektif mengapa perlu menyimpan wang. Ini penting untuk memastikan kesinambungan aktiviti penyimpanan sehingga apa yang diidamkan tercapai. Antara objektif penyimpanan yang munasabah ialah:

  • Membeli hadiah harijadi/perkahwinan untuk keluarga/sahabat
  • Pergi bercuti selepas penat bekerja
  • Mengubah suai rumah supaya lebih selesa
  • Menambah nilai premium insurans

2. Gunakan wang tunai bagi setiap pembelian
Antara manfaat menggunakan wang tunai ialah anda mempunyai kuasa kawalan penuh terhadap setiap perbelanjaan. Sebagai contoh, anda akan berfikir dua tiga kali sebelum membelanjakan wang bagi sesuatu yang tidak penting untuk dimiliki. Bagi memupuk kebiasaan, tinggalkan kad kredit anda di rumah ketika pergi membeli-belah. Sebagai ingatan, jangan lupa untuk menyimpan resit pembayaran tunai.

3. Kawal pengeluaran wang daripada ATM
Anda dinasihat agar menetapkan jumlah pengeluaran wang daripada ATM. Ini dapat mengawal anda daripada berbelanja sesuka hati. Sekurang-kurangnya dengan wang terhad yang ada di dalam tangan, anda lebih berhati-hati berbelanja. Seperti contoh, tetapkan pengeluaran RM300 sebulan (bergantung kepada jumlah pendapatan dan cara anda berbelanja) daripada ATM. Jika wang yang dikeluarkan hanya cukup untuk keperluan asas, maka sudah tiba masanya anda mengurangkan perbelanjaan kapucino dan beralih kepada kopi tempatan yang tidak kalah rasanya.

4. Langsaikan hutang tertunggak kad kredit
Untuk memudahkan proses, anda boleh menjadikan ini sebagai salah satu matlamat penyimpanan wang. Tetapkan tempoh masa untuk anda melangsaikan hutang dan berhenti menggunakan kad kredit untuk pembelian berjumlah kecil. Pastikan juga anda hanya berbelanja setakat mana wang anda mampu membayarnya. Secara tidak langsung, ia dapat melindungi anda daripada membayar faedah andai kata hutang tertunggak ke bulan hadapan.

5. Tebus mata ganjaran kad kredit
Banyak syarikat kad kredit menawarkan mata ganjaran dengan setiap pembelian. Mata yang dikutip boleh ditukar dengan barangan tertentu yang ditawarkan. Untuk penyimpanan wang lebih, anda boleh merujuk kepada katalog yang dikhaskan untuk pelanggan bagi memperoleh barang yang dihajati. Tetapi ingat! Gunakan mata ganjaran setakat yang terkumpul saja dan jangan gunakan kad kredit untuk menambah nilai mata kerana ia menyimpang daripada objektif kewangan.

6. Membeli-belah pada jualan murah
Antara cara mudah menjimatkan wang ialah menangguhkan pembelian hingga jualan murah dilangsungkan. Ini bermakna anda perlu bersabar untuk mendapatkan barang yang dihajati. Tetapi kesabaran itu ada balasannya kerana anda dapat memperolehnya dengan harga lebih murah. Biarpun potongannya cuma lima peratus, sekurang-kurangnya ia mengurangkan perbelanjaan anda. Gunakan kempen “Karnival Membeli-Belah” dengan sebaiknya-baiknya. Di samping itu anda juga boleh mengunjungi “flea market” atau “car boot selling” di sekitar bandar raya kini.

7. Membeli-belah di pasar gudang
Banyak faedahnya jika anda berkunjung ke pasar gudang. Di samping mempunyai kelebihan menawarkan harga lebih murah, anda juga dapat:

  • membeli semua keperluan di bawah satu bumbung
  • menjimatkan masa pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari barangan
  • menjimatkan penggunaan minyak kenderaan
  • menjimatkan pembayaran letak kereta

Tetapi pastikan anda membuat senarai barangan yang hendak dibeli terlebih dulu kerana tanpanya, anda mudah terpengaruh membeli barangan tidak diperlukan.

8. Dapatkan barangan atau perkhidmatan yang lebihmurah
Tahukah anda bahawa anda membantu peniaga membayar sewa kedai? Sebenarnya, harga barangan ditetapkan berdasarkan kos lain yang perlu ditampung oleh mereka termasuk sewa bulanan kedai. Sebab itu, barangan yang sama boleh diperoleh dengan harga yang lebih murah di kedai biasa berbanding harga di gedung terkemuka. Jika bijak mencari, anda pasti berjumpa kedai yang menawarkan harga yang lebih murah dengan nilai mutu barangan atau perkhidmatan yang sama.

9. Gunakan kupon diskaun/percuma
Untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang kompetitif, banyak peniaga menawarkan kupon diskaun/percuma untuk menarik pelanggan. Kupon seperti ini boleh didapati pada kebanyakan kedai, di dalam majalah kegemaran anda mahupun di dalam kotak surat di rumah. Jika sebelumnya anda tidak ambil peduli dengan apa yang ditawarkan, sudah sampai masa anda menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Jika anda telitikan, anda dapat menjimatkan sejumlah besar perbelanjaan dengan hanya menggunakan kupon berkenaan. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran di Amerika Syarikat.

10. Jimatkan perbelanjaan makan tengah hari
Anda dapat lakukan ini dengan membawa bekal. Jika anda takut terasing daripada rakan-rakan, bawa saja bekal anda ke kantin. Untuk memudahkan anda menyediakan bekal, pastikan anda membeli barangan yang mudah dan tahan disimpan seperti sup di dalam tin, makanan sejuk beku dan snek tenaga (energy bar). Di samping menjimat perbelanjaan, pastinya anda tampil lebih kurus dengan berat badan ideal.
Jika anda mengamalkan petua di atas, anda dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Jika didarab, jumlahnya hampir melangkau RM100 sebulan. Dalam setahun anda dapat menjimat lebih dari RM 1,000. Satu langkah positif ke arah mencapai matlamat kewangan.

Artikel sumbangan ACCA
The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) adalah pertubuhan perakaunan profesional terbesar di dunia dengan 300,000 ahli serta pelajar di 160 negara. Keterangan lanjut www.accaglobal.com

Sumber Dari : Berita Harian Online

image

03 October 2010

Panduan Menyimpan Wang

by Latha Nayar (ehomemakers)

Buatlah belanjawan rumah yang efektif, iaitu belanjawan yang mencerminkan gaya hidup serta keperluan persendirian dan keluarga anda.
Untuk mula menyimpan, buatlah senarai keperluan anda untuk melihat di mana anda boleh menyimpan. Mulakan dengan item yang paling mahal dahulu, di mana potensi untuk penyimpanan lebih tinggi, kemudian beralih mengikut skala kepada yang kurang mahal. Simpanan yang berpatutan dari salah satu daripada item besar (rumah dan kereta) dicampur dengan simpanan daripada item yang lebih kecil (makanan, pakaian, dsb) boleh menghasilkan pulangan yang besar di dalam keseluruhan belanjawan anda.

Panduan Am

  • Kemahuan Lwn Keperluan
    Jangan sekali-kali keliru antara kemahuan dengan keperluan! Secara amnya, keperluan mudah dikenalpasti, iaitu perkara-perkara yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Makanan, tempat berteduh, pakaian dan kenderaan adalah keperluan.
    Kemahuan adalah perkara-perkara yang meninggikan atau yang boleh memperbaiki kehidupan keluarga kita. Kereta merupakan satu keperluan bagi kebanyakan kita, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan terpencil di mana kenderaan awam sukar didapati. Walau bagaimanapun, kereta mewah ialah kemahuan, walaupun ramai orang tidak menganggapnya sedemikian. Pernahkah anda berkata, “Saya benar-benar memerlukan…?” apabila maksud sebenarnya ialah “Saya sebenarnya mahukan?” Ini tidak bermakna bahawa anda tidak patut mempunyai kemahuan atau mendapatkannya, cuma keperluan haruslah menjadi keutamaan.
  • Kurang Mungkin Lebih Baik
    Mungkin kerana keegoan – kebanyakan dari kita kadang kala berkeras untuk mendapatkan yang terbesar dan terbaik, tidak kira apa kosnya. Apabila kereta yang berharga RM35,000 sudah mencukupi, kita perah belanjawan kita untuk memperolehi kenderaan bernilai RM85,000. Kita membeli baju berjenama yang berharga RM100, walaupun nilai sebenarnya hanyalah RM35. Kita memilih untuk makan di kafe ternama di kawasan mewah seperti di Bangsar, sedangkan dengan RM8 di tempat yang lebih murah pun kita boleh dapat makanan yang lazat. Fikirkan di mana anda membelanjakan wang keluarga dan lihat jika sebahagian daripadanya dapat dijimatkan dengan mengubah sedikit tabiat anda.
  • Cuba Sebelum Anda Beli
    Cara ini dapat membantu anda mengelakkan daripada membeli barang-barang yang anda jarang atau tidak guna langsung. Sebelum anda membeli sesuatu, terutamanya barang yang mahal, pinjam, sewa atau cuba dahulu sebelum anda mengeluarkan wang. Jika anda rasa bosan atau tidak puas hati mengenainya, atau berpendapat bahawa ianya bukanlah sesuatu yang anda perlukan sebelum anda membelinya (anda akan dapati perkara yang sama berlaku dengan beberapa barang yang anda ada), anda pasti akan berasa bosan dengannya, atau mendapati bahawa ianya tidak perlu, selepas anda membelinya!

Selangkah Demi Selangkah Kearah Perancangan Kewangan Yang Baik

Sumber : www.min.com.my & www.ehomemakers.net

Perancangan kewangan adalah penting, walau banyak mana sekalipun pendapatan kita. Rahsianya ialah mengetahui di mana anda sekarang, hendak ke manakah anda pada masa hadapan dan bagaimana untuk sampai ke sana.

Anda boleh menambah nilai wang anda jika anda dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskannya secara berhati-hati, seperti:

  • Mengetahui apa hendak dibuat dengan wang anda
  • Mengetahui ke mana perginya wang anda
  • Mengenal pasti tabiat anda berbelanja
  • Membentuk satu rancangan perbelanjaan yang cermat
  • Berbelanja secara berhemat dan mengikut kemampuan anda
  • Menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk masa depan anda

Pandangan semua ahli keluarga khususnya anak-anak, hendaklah diambil kira semasa membuat keputusan berhubung dengan perancangan kewangan anda. Ini akan menjadikan anda lebih akur dengan rancangan perbelanjaan anda dan juga membantuanak-anak membentuk kemahiran dalam hal perancangan kewangan pada peringkat umur yang masih muda lagi.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam merancang kewangan anda:

Langkah 1 - Menentukan Matlamat Kewangan Anda
Menentukan matlamat kewangan dapat membantu orang ramai baik yang muda mahupun yang dewasa untuk mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong anda berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat anda tercapai.
Setiap keluarga menentukan matlamat dan merancang hal kewangan mereka berasaskan kepada penilaian masing-masing. Walau apa pun jua penilaian mereka sekeluarga, rancangan kewangan mereka adalah merupakan suatu ekspresi tentang apa yang paling penting bagi mereka. Umumnya matlamat-matlamat ini meliputi:

  • Membeli rumah
  • Membeli kereta
  • Berkahwin
  • Pelajaran anak-anak
  • Percutian
  • Persaraan
  • Perbelanjaan perubatan

Penentuan beberapa siri matlamat peribadi akan membantu anda untuk mengurus wang anda dengan berhemat. Matlamat anda boleh berubah dari semasa ke semasa, namun ia mampu memberi dorongan dan insentif kepada anda agar terus membuat perancangan kewangan.

Anda harus merancang untuk:

  • Matlamat Jangka Pendek
    Perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Mungkin dalam tempoh seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak melebihi setahun seperti membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk percutian.
  • Matlamat Jangka Sederhana
    Perkara yang boleh dibuat dalam tempoh satu hingga lima tahun seperti membeli sebuah kereta atau sebuah komputer.
  • Matlamat Jangka Panjang

Perkara-perkara yang diharapkan boleh dicapai tetapi mengambil masa yang lebih lama lagi misalnya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi.

Peruntukan wang simpanan ke arah matlamat-matlamat ini bergantung kepada beberapa faktor yang seterusnya akan menentukan pilihan pelaburan anda.

Oleh itu, adalah penting matlamat-matlamat ini disenaraikan mengikut keutamaan. Amaun yang diketepikan untuk memenuhi matlamat ini berbeza daripada satu individu kepada individu yang lain dan faktor-faktor yang diambil kira adalah termasuk faktor usia, tahap pendapatan, perbelanjaan, jumlah tanggungan, status pekerjaan dan taraf perkahwinan.

Langkah 2 - Menjejaki Ke Mana Perginya Wang Anda
Setelah anda menentukan matlamat anda, anda mungkin berasa mustahil untuk mencapainya, lebih-lebih lagi jika anda mendapati tiada lagi yang tinggal apabila tiba cukup bulan. Sekiranya anda membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik, matlamat anda akan menjadi mudah tercapai berbanding apa yang anda jangkakan. Walau bagaimanapun, sebelum anda membentuk rancangan perbelanjaan, anda perlu menjejaki dahulu ke manakah perginya wang anda. Ini boleh dilakukan dengan merekod setiap perbelanjaan yang dibuat bagi sesuatu tempoh contohnya lapan minggu. Ini bukan bertujuan menyekat perbelanjaan anda tetapi mengenal pasti hala tuju perbelanjaan anda.

Dengan ini, anda akan mengetahui:

  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
  • Berapa banyakkah anda berhutang setiap bulan
  • Berapa banyakkah yang masih tinggal pada akhir bulan

Langkah 3 - Menilai Cara Anda Berbelanja
Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja. Anda perlu meneliti senarai perbelanjaan anda untuk memastikan sama ada kesemuanya adalah benar-benar perlu atau merupakan perbelanjaan yang anda boleh kurangkan atau tiadakan. Berikut adalah tip-tip bagaimana anda boleh menjadikan perbelanjaan anda lebih menjimatkan:

  • Semak senarai barangan isi rumah yang anda beli untuk meneliti sama ada jenamanya boleh ditukar ke jenama yang lebih murah (seperti kertas tisu tandas, serbuk pencuci, cairan pembersih dan sebagainya)
  • Semak senarai keperluan barang-barang dapur anda untuk mengenal pasti barangan yang "elok ada" tetapi sebenarnya tidak diperlukan

Anda juga sepatutnya mengenal pasti isyarat amaran mengenai tabiat anda berbelanja yang tidak sihat yang boleh membawa kepada masalah kewangan:

  • Menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa
  • Melengahkan pembayaran bil-bil yang selalunya dibayar sebelum tarikh tamat
  • Membuat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama
  • Menangguhkan pembayaran balik pinjaman anda
  • Memilih untuk membayar secara ansuran apabila membeli barangan harian untuk isi rumah
  • Pembayaran melebihi pendapatan pada akhir bulan
  • Membeli mengikut gerak hati walaupun anda tahu bahawa anda tidak mampu membelinya

Bagi membantu menyemai sifat-sifat berdisiplin di dalam cara anda berbelanja, anda perlu merangka rancangan perbelanjaan anda dan akur kepadanya.

Langkah 4 - Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda
Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar, anda dapat menghalakan tumpuan ke bahagian di mana perbelanjaan sudah menjadi tidak terkawal dan juga bagi memberi ruang kepada anda untuk menyimpan pula. Sekiranya pendapatan anda melebihi perbelanjaan, anda akan dapat mengetepikan wang untuk rancangan simpanan demi mencapai matlamat kewangan anda.

Di bawah ini adalah panduan bagaimana untuk merangka satu rancangan perbelanjaan bertulis:

  1. Tentukan berapakah pendapatan bulanan anda
  2. Campurkan semua jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan tetap, bayaran balik pinjaman, sewaan, perbelanjaan keperluan harian dan sebagainya
  3. Ketepikan sejumlah wang yang tetap yang mencukupi untuk membiayai keperluan di waktu kecemasan atau belanja bermusim (seperti yuran sekolah, cukai jalan, pembaharuan insurans dan sebagainya)

Sekiranya terdapat lebihan setelah menolak perbelanjaan anda maka semakin hampirlah anda ke matlamat anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula pola perbelanjaan anda dan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu.

Jangan menyifatkan rancangan perbelanjaan anda sebagai batasan yang mengikis keseronokan dalam hidup anda. Belanjawan yang mencapai matlamatnya sebenarnya dapat membebaskan dana dan membantu anda mencapai peningkatan matlamat kebebasan kewangan buat masa sekarang dan pada masa akan datang.

image

Update - Keadaan Tun Mahathir stabil

TUN MAHATHIR bersama Tun Dr. Siti Hasmah selepas beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN Kuala Lumpur pada 2007. TUN MAHATHIR bersama Tun Dr. Siti Hasmah selepas beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN Kuala Lumpur pada 2007.

Oleh MAHATHIR JAMIL
mahathir.jamil@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Beliau yang menghidap selesema dan batuk dimasukkan ke hospital itu pukul 9 pagi (pukul 6 pagi waktu Malaysia) dan kini dilaporkan stabil.

Pegawai Khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof berkata, bekas Perdana Menteri itu kini menerima rawatan antibiotik serta menjalani fisioterapi di hospital berkenaan.

Menurutnya, doktor hospital itu berpendapat Dr. Mahathir perlu berada di wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan kesihatan.

“Tun Mahathir telah dinasihatkan untuk berehat dalam masa beberapa hari ini,” ujarnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

image

Cara Senang Untuk Masukkan Baju Dalam Beg

Selalunya kalau nak mengemas baju anak-anak tentunya akan menghadapi masalah… nanti nak cuba guna teknik ni, harap-harap boleh kurangkan kuantiti bagasi di dalam booth kereta kan?…

Selamat mencuba…

image

Bacalah Bismillah

ABDULLAH BIN JABIR menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah berkata, apabila seseorang membaca Bismillah ketika hendak masuk ke rumah dan ketika hendak menjamah makanan, maka syaitan akan berkata kepada kawan-kawannya,

“Malam ini tidak adalah tempat untuk kalian bermalam dan tiada juga makan malam.”

Kata Rasulullah lagi, apabila seseorang tidak membaca Bismillah ketika hendak masuk ke rumahnya, maka syaitan akan berkata kepada kawan-kawannya,

“Malam ini kalian akan mendapat tempat bermalam.”

Sambung Rasulullah, apabila seseorang tidak menyebut Bismillah ketika hendak makan, syaitan akan berkata kepada kawan-kawannya,

“Sekarang kamu dapat tempat serta makan malam!”

(Riwayat Muslim)

image

02 October 2010

Tun Dr M Dimasukkan Ke Hospital Di Melbourne

image

MELBOURNE: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi bagi rawatan "batuk dan selesema".

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan).

Sejurus sebelum seminar itu bermula, juruacara majlis mengumumkan Dr Mahathir tidak dapat hadir pada majlis itu yang beliau (Dr Mahathir) nanti-nantikan dan sedih kerana tidak dapat berbuat demikian.

Beliau telah meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed untuk berucap pada seminar itu bagi mewakilinya.

Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007.

Walaupun sudah berusia, Dr Mahathir, yang merupakan penasihat syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton dan perbadanan minyak negara Petronas, sering ke luar negara untuk menghadiri persidangan antarabangsa berikutan beliau terus menjadi pilihan pihak penganjur untuk menyampaikan syarahan pada majlis tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA

SHEILA WAHID : SEMOGA TUN Dr. MAHATHIR CEPAT SEMBUH

image

01 October 2010

Penemuan Planet Seperti Bumi

image

Menurut akhbar BBC hari ini, ahli astronomi telah mengesan sebuah planet ekstrasolar seperti Bumi yang mungkin mampu menyokong kehidupan.

Planet yang dinamakan Gliese 581g terletak sekitar 20 tahun cahaya di zon bintang "Goldilocks." Suhu permukaan kawasan tersebut membolehkan kewujudan air.

Penemuan mereka dibuat melalui teleskop Keck di Hawaii.

Para penyelidik dari Universiti California di Santa Cruz (UCSC) dan Carnegie Institution of Washington, telah mempelajari pergerakan bintang induk planet, yang kerdil merah yang disebut Gliese 581, selama 11 tahun.

Pengamatan mereka telah mendedahkan sejumlah exoplanets berputar di sekitar bintang.

"Penemuan kami meunjukkan kes yang sangat menarik bagi planet yang berpotensi dihuni," kata Steven Vogt, seorang ahli astronomi di UCSC.

Namun tidak seperti bumi, ia mempunyai satu sisi yang sentiasa menghadap matahari dan sisi yang lain terus-menerus dalam gelap. Jadi di antara kedua-dua belah pihak, di antara bayangan dan cahaya, boleh menjadi kawasan di mana kehidupan berpotensi dapat berkembang.

Penemuan ini tidak lain dan tidak bukan menunjukkan kehebatan dan kebesaran Allah SWT.

Ia bersesuaian dengan ayat-ayat Al-Quran :

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Fushilat: 53)

"Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Hadid: 1-2)

"Dia Pencipta langit dan bumi." (Al An'am:101)

"Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa." (Adz-Dzariyat:47)

Semoga penemuan planet seperti bumi ini akan menguatkan lagi keyakinan kita kepada Allah SWT. Seterusnya menjadikan kita hamba yang beriman dan bertaqwa.

SUMBER : Team Berita iLuvislam.com | Editor: kasihsayang

image