Perbincangan suami isteri semasa di dalam kereta on the way balik rumah dari tempat kerja… Kita bagi nama Tipah & Junid. Tipah mempunyai masalah berat badan berlebihan… kena kurangkan 20kg untuk dapatkan berat badan ideal… berat sekarang 72kg, berat badan yang diidam 52kg… jadi Junid ni pun layankan ajelah…
Tipah : Abang, sayang nak kurus!
Kalau hari-hari cakap nak kurus boleh kurus tak??
Junid : Boleh… tapi kena KONSISTEN, buat SENAMAN & jaga
pemakanan..
Air kena minum lebih… supaya lemak dalam badan dapat
dibakar dengan lebih cepat.
Tipah : Ok abang… mulai hari ini sayang berazam untuk menurunkan
berat badan…
Tipah dengan penuh semangat menanam azam (walaupun tak tahu azam yang kali ke berapa ntah…), Junid yang sangat prihatin dan sangat sayangkan isterinya ni terus memberikan semangat tanpa putus asa…
Sebelum sampai di rumah, mereka singgah di kedai mamak untuk menapau roti canai dan roti bom yang dipesan anak-anak… Tipah yang membayar di kaunter. Lepas dah bayar tu nampaklah Tipah yang Junid sedang berborak dengan jiran mereka suami isteri yang kebetulan juga ada di situ… sebenarnya lama juga mereka (Junid+Tipah & jiran+isteri) tak bersua muka… jadi Tipah pun pergilah menyapa mereka… Tetiba…. boleh pulak si suami jiran tadi cakap…
“Ingatkan makcik mana tadi???”
Lepas tu boleh lak tanya…
“Ke ko ada isi ni?”
Persoalan yang nak dibangkitkan di sini, kalau korang le berada dalam situasi di atas, apa yang akan korang buat???
Sentapkah?
Bengangkah?
Kebetulan pulak le si Tipah hari tu tak make-up… pakai pulak selendang kembang (selalunya pakai tudung ala Ariani)… tapi baju tak lah pulak nampak macam baju makcik-makcik… hmmm…
p/s : Nama di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia…
No comments:
Post a Comment