21 February 2011

Travelog | Camping di Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru *Part 1

Assalammualaikum,

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah semalam pukul 7.45pm… Seronok… yeay… tak sabar nak cerita kat korang semua..

Hari Sabtu lepas (19/02/2011) akhirnya sheila satu famili pergi ke kkb. Gerak dari rumah dah pukul 11.30am… plan asal nak gerak pukul 8.00am tersasar…. sheila tak pernah sampai daerah kuala kubu bharu ni, tapi rasa-rasanya tahu kat mana… jadinya kami redah je…

Bagaimana ke sana?

Sheila ikut highway plus kemudian keluar ikut tanjung malim… dari tol, ambil simpang ke kanan menghala ke kuala lumpur. Nanti akan lalu Kalumpang dan Kerling. Sampai je di traffic light (ada Dataran KKB sebelah kiri) ambil kiri menghala ke pekan kuala kubu bharu/bukit fraser. Drive lebih kurang 10-15 minit nanti akan sampai ke pekan kuala kubu bharu.

lebih kurang 15-20 minit memandu dari pekan kuala kubu bharu, akan nampak dinding empangan sebelah kiri… dari empangan ni dah tak jauh dah…

P1010696 
Subhanallah… cantik sungguh pemandang di empangan ni… kami berhenti sekejap untuk mengabadikan kenanga di sini…

page 
Tak habis-habis mengagumi keindahan tasik, tahu-tahu kami dah sampai ke Kg. Sungai Pertak (sebelah kanan jalan / atas bukit)… dan melintas jambatan besi… dari jambatan besi dah nampak dah banyak kereta bersusun di pinggir jalan… lebih kurang 100 meter dari jambatan besi tu dah boleh nampak pintu gerbang santuari ikan sungai chiling di sebelah kanan. Kereta park tepi jalan je…

Jom hiking ke pejabat santuari ikan….

P1010708

2 comments:

khay ke'ai said...

have been there 2 yrs ago, mmg best =)

khairanimaisurah said...

k.shiela, sila letak gmbar byk2 ye. sgt cantik subhanallahhh