Assalammualaikum,
Minggu ni nak bawa anak-anak tidur dalam hutan… persiapan belum satu pun siap, cumanya paperwork je yang dah ada. Mula ingatkan tak jadi sebab Adini ada futsal match Sabtu ni, tapi tadi papanya dah call pengurus diorang dan pengurus tu kata OK!… Alhamdulillah, lega gak… kalau tak mamanya ni jenuh nak kena fikir Plan B pulak.
Yang Sheila anak-beranak beria nak pergi camping ni sebab Sabtu minggu depan (26 Feb. 2011 – 5 Mac 2011) papa budak-budak ni nak ke Gunung Tahan… tu yang kitorang ni (terutama mama diorang ni lah….) beria-ia sangat nak ajak juga pergi camping… tak jadi tidak… Nasib baik cik abang setuju… tersenyum lebor le ahkak sampai ke telinga… ahaks…
Ni first time nak berkhemah dengan anak-anak ni. Tak tahu le camana, jangan nak mintak air-cond kebagai sudah… ada yang kena tidur dalam sungai kang…. Destinasi kami Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. Sheila tak tahu kat mana, tapi mengikut carian Google, tempatnya dekat jalan nak menghala ke Fraser Hill…. agak-agak kalau tersesat nanti sampai ke Bukit Fraser, kira ok le kan??? Fraser Hill pun Sheila belum pernah sampai lagi… hihihi… tak ada lak rasa macam nak pergi bila memikirkan keadaan jalan yang bengkang-bengkok tu… tak dapat nak bayangkan….
Eh! lari topik lak… ok, Sheila senaraikan peralatan yang perlu ada / kena bawa untuk camping… elok kalau ada peralatan sendiri, tak ada kalu??? kita pinjam le dengan kawan-kawan yang baik hati… +_+
Keperluan Berkhemah
- Khemah
- Parang / Pisau
- Lampu / Bateri
- First-Aid Kit
- Belerang *
- Fly Sheet
- Mestin
- Tali Nylon
- Ground Sheet
Haa… tu baru keperluan untuk tidur. Lepas tu dah tentu-tentunya kita kena nak makan… nanti perut lapor lepas berendam dalam sungai tu… tak kan nak mintak dengan jiran khemah sebelah pulak… kena le bawak segala pinggan mangkuk, periuk belanga semua…
Keperluan Memasak
- Periuk
- Cerek
- Kuali
- Dapur + Gas
- Plastik Sampah
- Sabun Pencuci
- Sponge Pencuci
- Pembuka Tin
- Senduk / Sudip
- Bekas Telur
- Kertas timah pembalut makanan
Keperluan Individu
- Kasut & Selipar
- Beg Hiking
- Sudu + Garfu
- Torch Light / Head Light
- Poncho
- Toiletries
- Botol Minuman
- Wisel
- Sleeping Bag / socks
- Sleeping Mat
- Baju mandi
- Caps / Hats / sun-glass / glove
- Insect Repellent
- Energy Bar / Chocolates / Fruits
- Deep Heat for muscle cramps (penting)
- Alat pertolongan cemas
- Pakaian
- Keperluan solat
Bang… kalau gini le gayanya… macam nak kena angkut satu rumah je kekdahnya… ngeee… menu nak makan apa belum decide lagi… petang-petang sikit le kot baru nak buat menu… aci tak kalau masak siap-siap dari rumah kemudian tapau je bawa pergi camping…???
Tentatif Program
Program : Famiventure Part 1
Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu,
Selangor.
Tema : "Jom Tidur Dalam Hutan"
Tarikh : 19 Februari 2011 - 20 Februari 2011
Bayaran : RM10.00 seorang
Ahli : En. Jai (Ketua XPDC)
Pn. Sheila (Tukang Masak)
Adini (Kebersihan)
Amin (Peralatan)
Amni (Keceriaan)
Hmmm… kena fikirkan juga permainan/aktiviti untuk anak-anak ni… baru seronok dannn…. buku sekolah kena bawak jugak ye… seronok, seronok juga, kerja sekolah kena buat… tak nak buat-buat lupa lak ye…
Nak tahu kisah selanjutnya….??? Jangan ubah siaran anda >_<… Selamat berhujung minggu semua…
Tata..
4 comments:
slamat bercamping
penah g sini dlu,best gk
Mekasih... tempat nampak cantik tapi risau sebab bawa anak-anak, nak kena lintas sungai 6 kali, tak dapat nak bayangkan keadaannya nanti...
wow!!! menarik... boleh tiru ahaks!
wahh.. bagusnya ada checklist ni... slalu mesti ada je brg trtinggal... :)
Post a Comment