10 February 2011

Tips | Muda Jelita Sepanjang Usia

image

“Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat“

Menurut Islam, tubuh badan mempunyai haknya sendiri. Haknya ialah menjaga setiap anggota tubuh termasuk otak supaya sihat dan cergas. Sabda Rasullulah s.a.w “Badanmu juga memerlukan hak yang mesti engkau jaga“.

Otak memerlukan jumlah oksigen yang banyak iaitu di antara 20% - 25% oksigen yang diterima oleh tubuh untuk berfungsi dengan optimum. Kekurangan bekalan oksigen akan menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Kekurangan oksigen menyebabkan anda menjadi mudah mengantuk, otak menjadi lembab, pelupa dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Dengan melakukan senaman dan gerakan badan, menjadikan anda bernafas dalam-dalam dan kadangkala mencungap. Kebiasaannya kita bernafas dengan menggunakan hidung dan dada sahaja. Sedangkan pernafasan yang mendalam melibatkan hidung, dada dan perut. Ini memastikan sel-sel otak anda menerima bekalan oksigen dalam kuantiti yang mencukupi untuk beraksi dengan baik sekali.

Faedah senaman dan aktiviti gerak badan sudah lama diketahui oleh bangsa-bangsa yang bertamadun. Bangsa Yunani beranggapan seni gimnastik merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk menambahkan kecerdasan individu.

Masyarakat Timur memperkembangkan kecerdasan melalui aktiviti badan seperti yoga (India), tai chi (China) dan aikido(Jepun). Di Jepun, syarikat-syarikat yang ternama menyediakan masa rehat untuk semua pekerjanya melakukan senaman. Senaman membantu meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh. Ia menolong mengurangkan stress, meningkatkan daya imbangan dan tindakbalas di dalam sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir.

Mengurangkan kadar nadi dan meningkatkan kadar nadi pemulihan dalam sistem jantung. Menambahkan muatan dan edaran gas di dalam paru-paru. Meningkatkan aliran darah, meningkatkan saiz, kekebalan dan kekuatan otot-otot. Menambahkan kekuatan tulang dan ligamen serta meningkatkan tisu sendi kedua-duanya.

Semasa membuat senaman, hormon endorphine dikeluarkan dalam sistem badan. Hormon ini bertindak mengurangkan kesakitan, menimbulkanperasaan girang (gembira) dan istirehat kepada tubuh. Penyelidikan menunjukkan individu yang mengamalkan aktiviti gerak badan, contohnya berjalan kaki selama satu jam yang diamalkan sebanyak tiga kali seminggu boleh meningkatkan daya ingatan, imaginasi, pemikiran dan pendengaran.

CIRI-CIRI SENAMAN YANG TERBAIK

  1. Dilakukan antara 30 hingga 40 minit sahaja.
  2. Dilakukan sehingga berpeluh.
  3. Melakukan senaman yang m
  4. Diamalkan pada setiap hari.
  5. Menyeluruh iaitu senaman yang menggunakan berbagai-bagai otot dan urat seperti berjalan, berjogging, solat, berenang, seni mempertahankan diri dan sebagainya

Namun, menurut Murukesu a/l M.Margapandu (Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGM Sandakan ) melalui kajian beliau yang bertajuk Kajian Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Terhadap Senaman Di Kalangan Guru-Guru Pelatih Wanita Maktab Perguruan Sandakan, Sabah:
Senaman pada pandangan umum boleh di bahagikan kepada tiga jenis:
a. Senaman untuk keseronakan dan mengurangkan ketegangan (stress)
b. Senaman untuk kesihatan badan
c. Senaman untuk menyertai sesuatu bidang permainan

Senaman untuk keseronakan atau menghilangkan ketegangan lebih di kenali sebagai aktiviti rekreasi. Senaman atau aktiviti jenis ini adalah seperti berjalan-jalan di hari-hari kelepasan, berjalan selepas makan malam, bersiar-siar di taman-taman, berlari atau bermain di hari masa-masa kelapangan atau hari-hari kelepasan. Aktiviti fizikal seperti ini tidak membawa sebarang perubahan dalam tahap kesihatan fizikal. Ia lebih tertumpu kepada releksasi dan membantu dalam pengurangan stres. Ini boleh dilakukan bila-bila sahaja, tidak memerlukan jangka masa yang tertentu atau kekerapan yang tertentu.

Senaman untuk kesihatan badan pula bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan diri. Senaman jenis ini lebih dikenali sebagai senaman kecergasan fizikal Senaman seumpama ini perlu dilakukan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu. Senaman jenis ini dapat meningkatkan keupayan komponen-komponen kesihatan seperti:
a. daya tahan otot
b. daya tahan kardivaskular (jantung)
c. kekuatan otot
d. kelembutan/kelenturan
e. komposisi badan

Dalam lain perkataan, senaman seumpama ini dapat:

a. menguatkan otot-otot rangka dan otot-otot jantung
b. dapat meningkatkan kecekapan fungsi jantung dan paru-paru
c. meningkatkan keupayaan otot-otot rangka berkerja lebih lama
d. meningkatkan keupayaan pergerakkan di sendi-sendi
e. dan dapat mengawal berat badan

Syarat atau peraturan-peraturan yang perlu di ikuti untuk mencapai kecergasan fizikal ini adalah seperti berikut:

a. bersenam tanpa henti sekurang-kurangnya 20 minit
b. bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
c. pastikan intensi kerja jantung tidak terlalu rendah ( 60-80 %)
d. dilakukan secara ansur maju
e. beban kerja ditambah secara beransur

Kesan peningkatan dalam kecergasan fizikal tidak boleh dilihat dalam jangka yang singkat. Untuk melihat sebarang perubahan fizikal, seseorang individu mesti bersenam mengikut peraturan tertentu sekurang-kurangnya 8 minggu.

Jom bersenam….


sumber : blog sk tmn putra perdana

No comments: