01 February 2011

ATVAdventure | 1st Experience Always The Best

Entry tertangguh….

20 Januari 2011… cuti Thaipusam dan kami (baca : Sheila dan kawan-kawan ofis) ada aktiviti riadhah… kali ni menunggang ATV. Tak jauh, dekat belakang Zoo Negara je… memang satu pengalaman baru bagi Sheila (and the gang).

Ada beberapa pakej yang ditawarkan bermula RM100, RM150, RM200, RM300… Kami try yang RM150 tu… boss bayar… hihihi. Apa kata layan gambar je… kalau nak tahu lebih lanjut, kena cuba sendiri baru tahu camana rasanya… (Layari laman web : www.atvadventurepark.com)

atv1

Waktu pelepasan team kami pukul 12.00 tengahari. Kami tiba pukul 10.50am… Awal! Sebelum bermula, kami diberi penerangan dan test ride… berat beb atv ni… pengendalian bukan macam menunggang motosikal ye… ulang taip BUKAN MACAM MENUNGGANG MOTOSIKAL…Jadi jangan le nak berangan layan lap… keras je… sesekali rasa macam bawak kubota pun ada… hihihi (macam le pernah naik Kubota).

atv2 Destinasi dituju Air Terjun Sophea Jane atau nama asalnya air terjun Kubang Gajah… perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit… turun bukit, naik bukit, meredah lopak, memanjat akar… banyak rintangan yang perlu dilalui. Tapi semua susah payah berbayar apabila kami disajikan dengan pemandangan indah air terjun Kubang Gajah…

atv3 Di sini kami diberikan tempoh 30 minit untuk berehat dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah sambil menyegarkan badan… Best! Tempoh 30 minit tu sekejap je sebenarnya… tak puas nak berendam…. Jom balik!

Balik rumah adeh… baru terasa sengal-sengal badan… tapi pengalaman menunggang atv tidak akan dilupakan….

 

 

atv4Inilah team Strutech Sports & Recreational Club… You rock guys… Lain kali kita pergi tempat lain lak ye…

Daaa

No comments: