Ok Sheila janji… ini adalah last part untuk camping di Sungai Chiling… Lamanya nak habis kan…
Aktiviti pagi ni… tracking ke air terjun… perjalanan akan mengambil masa 40 – 60 minit dengan 5 kali meredah sungai. Trek kira tahap beginner… melalui lereng sungai. Isya’Allah tak sesat tapi selalulah berhati-hati. Setiap lintasan sungai akan ada papan tanda…
Untuk tracking kalau pakai Adidas kampung aka kasut getah adalah digalakkan… kasut pasti akan basah sebab kena meranduk dalam sungai… ada kalanya paras air sampai ke pinggang.. Saranan Sheila pakai siap-siap baju untuk mandi di air terjun dan tak perlu bawa baju kering sebab memang akan basah… yang perlu dibawa adalah makanan dan air minum… kalau dapat milo panas lagi best.
aaaa…. panjangnya nak tulis cerita… maunya sampai part 7 lak nanti… apa kata layan je lah gambar kat web album ni… enjoy…
No comments:
Post a Comment