Assalammualaikum…
12 Februari 2011
Malamnya bila dapat tahu anak-anak tak ada yang bersekolah ganti minggu ni, Sheila dan cik abang berpakat untuk pergi mendaki Bukit Tabur di Ulu Kelang. Perjalanan dari rumah di Puchong melalui lebuhraya MEX mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kaki Bukit Tabur. Alhamdulillah cuaca pagi itu redup je… tapi bimbang juga kalau-kalau hujan… sebab pendakian dalam hujan adalah sangat merbahaya…
Cik suami dah beberapa kali ke sini, tapi bagi Sheila ni first time… wahhh… teruja.

Pendakian bermula pada pukul 8.35am… kami mendaki melalui kawasan hutan dan selepas 15-20 minit pendakian, dah boleh nampak empangan Klang Gate… pemandangan yang cantik dengan gunung ganang yang berlapis-lapis… sayup-sayup kelihatan juga taman tema di puncak Genting….
Pendakian diteruskan lagi… kali ni corak pendakian sudah mula berubah… bukan lagi tanah dan pasir, tapi kali ini di permukaan kasar dan tajam… kalau dah biasa dengan rock climbing tentunya tiada masalah untuk menempuhi halangan…
Tapi kena selalu berhati-hati ye… tidak boleh silap langkah, pasti buruk padahnya…
Semakin tinggi mendaki, semakin indah pemandangan… Subhanallah… Lihatlah flora dan fauna yang terdapat di puncak Bukit Tabur… Sheila suka pokok tu… unik dan menarik.
Alhamdulillah… kami sampai ke puncak sekitar jam 11.30 pagi selepas beberapa kali berhenti untuk sesi fotografi….
Part yang paling mencabar bagi Sheila, nak kena turun tali. GAYAT! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan masa tu. Menyesal, nak menangis, nak balik naik helikopter… haih.. bercampur-baur perasaan Sheila masa nak turun tu.

Tapi, nak tak nak, terpaksa le melawan semua perasaan takut tu… semua doa dibaca… di dalam hati tak henti-henti berzikir mudah-mudahan Allah melindungi… dan Alhamdulillah Sheila berjaya melepasi halangan menuruni tali di belakang sana untuk sampai ke puncak bendera ni….
Abang Sheila cakap, untuk balik boleh melalui jalan yang sama waktu mendaki atau boleh balik ikut jalan kebun. Jadi kami memilih untuk melalui jalan kebun…. tapi trek ni jauh, bosan dan amat memenatkan. Tetiba keluar perasaan dalam diri rasa tak nak lagi pergi tracking…. plan nak ke gunung Kinabalu pun macam dah tak ada hati nak pergi…
Adeh… fizikal dan mental kena kuat kalau nak mendaki atau tracking ni. Kalau tak… ada yang patah hati… rasa nak baring, tak boleh nak angkat kaki… macam-macam le alasan yang keluar… Memang kena kuat semangat.
Dipendekkan cerita, Sheila lucky beany selamat sampai di bawah pukul 1.55 petang… Alhamdulillah, dan sebelum balik ke
Kenangan hari lahir di puncak Bukit Tabur pasti tidak akan dilupakan…
1 comment:
wahh
Post a Comment