05 February 2011

XPDC Gunung Korbu

Ya, Sheila di sini pada pagi 3 Feb. 2011… bukan di puncak Gunung Korbu, tetapi di pintu masuk Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta. Dari sini kelihatan puncak Gunung Korbu, puncak kedua tertinggi di Semenanjung…
IMG_1738
Sheila ke sini untuk menghantar cik suami tersayang “mencari pasal” di sini…. menawan puncak Korbu. Berat mata memandang… berat lagi beg yang digalas di bahu… perjalanan mengambil masa dua hari untuk sampai ke puncak… dan dua hari turun amat mencabar ketahanan fizikal dan mental.
Mudah-mudahan mereka semua berada di dalam perlindungan Allah hendaknya…
Post a Comment