01 February 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Assalammualaikum,

Sheila nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya. Tinggal sehari je lagi… malam esok nak makan besar…

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Rumah-rumah juga dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki.

Ada cerita sebenarnya antara Sheila dan tahun baru cina ni…. alkisahnya, Sheila telah selamat dilahirkan ke dunia pada pagi subuh sepi’i tahun baru cina 36 tahun yang lalu… pukul 3.00 pagi… kalau ikut kalendar cina, waktu tu merupakan tahun arnab dan bagi 2011 pun tahun arnab juga. Hari je berbeza sebab Sheila lahir hari Rabu, tapi sambutan tahun baru cina tahun ni hari Khamis…

Sekarang cuba tengok Sheila berkongsi tarikh lahir dengan siapa… antaranya dua tokoh ternama ni…

Abraham Lincoln

 

 

 

 

 

 

 

bukan calang-calang tokoh… Tun Hussein Onn dan Abraham Lincoln… Dua-dua tokoh yang hebat! Tetiba rasa bangga sebab berkongsi tarikh lahir yang sama… >_<

No comments: