18 November 2013

NAK BERSALIN DAH..

Ehhh… belum lagi lah… False Alarm

17 November 2013

Sedari pagi sheila dah mula merasakan kontraksi yang agak kuat. Mengikut perkiraan sela masanya sekitar 3 minit..

Abang dah mula tanya samada nak ke hospital atau tak.. tapi rasanya selagi mampu bertahan sheila nak tengok dulu sebabnya tak nak duduk di wad lama-lama. Kalau boleh datang hospital semata-mata untuk bersalin je lepas tu kalau boleh nak balik dah..

Keadaan kontraksi berterusan dari jam 11.00am hingga ke tengahari sekitar jam 1.00pm... lepas zohor sheila terlelap sekejap dan lepas jaga tu dah tak rasa kontraksi dah... Alhamdulillah.

Beg hospital baru 80% ready... baju baby ingat nak beli sepasang dua yang baru... yang ammar punya pun masih elok sebenarnya.

Kalau ikutkan edd sheila akan bersalin pada 11213.. semoga Allah memudahkan proses bersalin nanti.

2 comments:

Ms Haslina said...

assalamualaikum.
salam perkenalan kembali.

saya ini mmg pilih mana yg mudah untuk saya sampai bila hendak bersalin.
itulah kalau mengikut post di blog saya, cuma staffnurse dan seorang doc perempuan sahaja yg berada dalam labor room masa saya bersalin.

Rosilawati Wahid said...

Memang rezeki lah kan?? Alhamdulillah...