27 November 2013

39 MINGGU | UPDATE SEBELUM BERSALIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

25hb November 2013
Isnin

Hari ni sheila dan abang ambil cuti untuk selesaikan urusan pertukaran sekolah Adibah (tapi tak dapat selesai juga sebab kerenah birokrasi). Pergi ke sekolah lama untuk ambil sijil berhenti dan ke PPD Sepang, seterusnya ke KPMC Puchong untuk check-up 39 minggu.

Sebenarnya ini adalah lawatan yang ketiga di KPMC, Puchong. Sebelum-sebelum ni sheila buat check-up di Klinik Kesihatan Pulau Meranti je. Di awal-awal kehamilan hari tu Sheila tak decide lagi nak bersalin di mana… pilihan samada Hospital Serdang atau Hospital KPMC Puchong. Tapi setelah memikirkan tentang soal aurat, abang putuskan supaya sheila bersalin di KPMC sahaja. Memang kalau ikutkan kos bersalin di hospital swasta agak tinggi tapi Insyaa Allah akan ada rezeki lain.

Insyaa Allah, gynea yang akan menyambut putera bongsu sheila ni Dr. Haslinda… tiga kali bersalin di KPMC di sambut oleh tiga orang doktor yang berbeza. 2006 Dr. Raja Juhaidah yang menyambut kelahiran Amni Damia, 2012 Dr. Dayang (Ahmad Ammar) dan 2013 Dr. Haslinda. Semoga Allah cepatkan dan permudahkan proses melahirkan khalifah Allah yang ini.

Mengikut scan Dr. Haslinda, baby dah turun, jadinya kalau ikutkan memang bila-bila boleh bersalin. Tapi sheila minta tangguh sebab ada kerja nak kena buat… kerja ofis kan… jangan client call time dalam labour room sudah… tapi Dr. Haslinda bagi tarikh 29hb11, kalau belum bersalin lagi haruslah datang ke hospital… ini pun dok bercakap dengan baby jangan keluar dulu, mama nak siapkan kerja… boleh gitu?

Beg hospital dah ready, tuan punya badan je yang belum ready lagi… walaupun sheila ni dikategorikan sebagai senang bersalin dan dah bersalin banyak kali, jadi sepatutnya tak jadi masalah kan… tapi perasaan takut tu memang adalah.. tipu kalau cakap tak ada. Siap minta kat doktor untuk ambil epidural… nasib le doktor tak bagi ambil. Katanya tak perlu sebab proses bersalin tu nanti sekejap je.

Dup dap dup dap…

Doakan Sheila juga ye.

Sehingga jumpa lagi… salam ceria

No comments: