03 January 2012

Menghitung Hari…..


… detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita… kisah yang panjang
Menghitung hari….

Eh… bukan nak nyanyi lagi Kris Dayanti tau, tapi sekarang ni dok menghitung hari nak bersalin. Terus terang, walaupun ini merupakan kelahiran ke-5, tapi debaran tetap ada… sakitnya tetap sama…

Alhamdulillah… Sheila tak mengalami alahan yang teruk. Cumanya kali ini sheila diuji dengan kepayahan berjalan sedari usia kandungan 7 bulan. Bila rujuk kepada doktor, jawapan yang diberikan adalah disebabkan otot-otot dan urat yang menegang di sekitar pangkal peha. Selain daripada itu, Sheila boleh dikatakan berada dalam keadaan sihat wal’afiat.

Keperluan baby boleh kata ada lagi 5% tak siap. Barut, sarung tilam, sarung bantal tak berjahit lagi. Insyaallah kalau tak bersalin sehari dua ni, sempat le siap gamaknya…. 3 hari lepas baru je siapkan towel mandi baby…. entrinya boleh dibaca di sini ---> Tutorial-hooded-baby-towel

image 
Tuala hospital untuk sheila sendiri baru je siap disulam nama pagi tadi…. mengikut citarasa sendiri dan hasilnya, Alhamdulillah… puas hati.

image

Kisahnya sila baca di sini

Hari ni dah pun 38 minggu… pejam celik pejam celik, esok lusa dah nak bersalin, Insyaallah. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan melahirkan ini… kalau diizinkan Allah, anak ini lahir pada 9hb Januari, cik suamilah yang paling gembira sebab berkongsi tarikh yang sama. Tak kisah le sebenarnya bila-bila, tapi kalau dapat cepat adalah lebih baik sebab badan ni dah tak berdaya lagi.

Sekarang ni pun kedua-dua kaki dah mula membengkak… entah esok entah lusa masanya tidak diketahui…. hanya Allah penentu segala. Sheila mohon, kepada pembaca blog yang budiman, minta doakan akan kesejahteraan Sheila dan juga baby yang bakal lahir nanti…

p/s : selamat tahun baru sheila ucapkan buat semua… semoga tahun 2012 ini lebih baik daripada tahun sebelumnya…

No comments: