12 January 2012

Diari Kelahiran | Ahmad Ammar

Assalammualaikum…

Apa khabar semua? Sheila harap kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya… Perkenalkan permata hati kami yang ke-5…. Ahmad Ammar….

11012012

Ammar selamat dilahirkan di KPMC, Puchong pada 11hb Januari 2012 jam 3.08pm dengan berat 3.5kg, Alhamdulillah.

10 Januari 2012

9.00 pm – Aktiviti pengerasan berlaku selang 15 minit… tapi tak sakit, cuma mengeras aje. Keadaan ini berlaku sampai pukul 12.00am dan lepas tu Sheila ambil keputusan untuk tidur… konon nak kumpul tenaga andainya terpaksa bersalin malam ni….

11 Januari 2012

6.00 am – Tiada tanda-tanda nak bersalin lagi…. perut pun dah tak mengeras lagi…

8.00 am - Pagi ni abang ambil EL sebab menguruskan kematian anak jiran kami… mula ingatkan abang sempat nak menghantar Sheila untuk 2nd check-up di KPMC.

9.40 am - Appointment tertulis pukul 10.00am, tapi masa tu abang telah bersiap sedia untuk solat jenazah, jadinya untuk tak nak lewat, Sheila ambil keputusan untuk memandu sendiri ke hospital yang hanya mengambil masa kira-kira 15-20 minit untuk sampai…. tak lah jauh sangat…

10.15 am – Tiba di KPMC, Alhamdulillah jalan taklah jem pagi-pagi ni… Sheila park kereta depan hospital aje… masih banyak parking… kemudian register, timbang berat, check tekanan darah, check urine dan seterusnya tunggu doktor.

11.00 am – Giliran pun tiba… doktor scan, kemudian check bukaan…. terkejut juga bila doktor kata dah dilate 3cm… perasaan bercampur-baur… siap minta dengan doktor untuk balik hantar kereta tapi doktor tak izinkan…. risau terberanak kat jalan katanya…. Sheila akur.

12.00 pm – Selepas bayar duit deposit, Sheila terus dibawa ke bilik bersalin…. salin-salin baju semua… boleh pulak sheila tak ada bawa beg bersalin semua… cukup confident belum lagi nak bersalin sebab tak ada tanda pun….

12.30 pm – Doktor pecahkan air ketuban dan masukkan ubat kecut rahim bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran. Masa ni ok je lagi… cuma perut je mengeras…. tapi tak sakit pun.

1.20 pm – Abang sampai di hospital… nasib baik tak bawa anak-anak… masa ni pun masih steady lagi… boleh check FB… haih… sempat lagi tu…

2.00 pm – Doktor check bukaan lagi, 4 cm…. Apa! Baru 4 cm aje? Bila le nak ke 10 cm nya? Adeh… jarum seakan-akan terhenti… tak bergerak… Sheila suruh abang solat dulu… minta tolong doakan supaya proses kelahiran ini dimudahkan Allah.

2.40 pm – Seorang di dalam bilik bersalin…. dah mula rasa sakit… YA! Proses bersalin dah bermula… tapi Sheila tak pasti sakitnya berapa minit sekali… yang pasti, pinggang dan perasaan meneran tu dah datang…. Hanya berserah pada Allah bulat-bulat…. beristighfar… baca doa nabi Nuh… Butang ditekan untuk panggil nurse…. Tak tahan dah…

2.50 pm – Baru le abang ada kat sebelah… tapi tak larat nak sembang dah… nurse tak bagi push… katanya belum lagi.. ada ke patut? Dah memang ada rasa meneran…

3.00 pm – Doktor turun dan check bukaan lagi… DAN… FULL opening… semua pun bersiap segera… mmg dah sampai masa sangat dah…. dengan sekali PUSH! dah nampak kepala dah… dan push kali kedua maka selamatlah lahirnya Ammar ke dunia…

3.08 pm - Alhamdulillah… Alhamdulillah… Syukur padamu Ya Allah… Ammar lahir dengan cukup sifat…

Orang pertama yang mengetahui perkhabaran gembira ini tentunya Al-Amin… tak sabar nak dapat kawan… 12 tahun menjadi anak bujang tunggal mama papa, sekarang dah ada Ammar buat teman berseloka…

Insyaallah, akan kami jaga amanah yang Allah bagi ini sebaik mungkin… Terima kasih Allah di atas pemberian rezekiMu ini…. Amin…

Post a Comment