السلام عليكم
07 nov 2012
Demam Adam dan Hawa…. ramai yang memperkatakan tentang cerita
ni… mungkin ramai juga yang dah tukar nama jadi Ain Hawani, Intan Hawani, Sheila
Hawani… hahahah? Terus terang Sheila tak mengikuti perkembangan drama bersiri
ni. Bukan tak minat tapi tiada ruang untuk menonton… sejak jadi WAHM ni masa
cemburu sangat dengan Sheila…
Ok, back to topik…. sinopsis Adam dan Hawa
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas
sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan,
menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain
tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah…. Adam pasrah!
Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan
di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian
lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya
lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak
pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya
jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam
hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak
terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Bagi
Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi….
Hmmm… best best…. dan…. dan… dan…. ai dah terjebakkkkkkk…..
huwaaaaa…. episod 1 – done, episod 2 – done dan eposid episod seterusnya… tetiba
pulak terjebakkkkk…. sekarang dah episod berapa? cer citer cer citer… jenuh nak
kejar…
No comments:
Post a Comment