10 March 2011

Turun 5kg dalam 5 minggu

Assalammualaikum,

Ramai yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan… ada yang berjaya dan ada yang gagal… sebelum ni pun sheila ada bercita-cita nak menurunkan berat badan… tapi gagal! sebabnya? tak tahu di mana nak mula, cara yang salah, kurang motivasi, tak tahan godaan makanan dan 1001 alasan.

Sekarang kita mula balik… mulakan dengan menetapkan matlamat, kawal pemakanan, tambah ilmu pengetahuan, bersenam dan disiplin.

Matlamat


Harus ada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjangggg. Tuliskan matlamat tersebut… contoh seperti berikut :-

Matlamat 1
Apakah berat badan badan dan ukuran/saiz baju yang anda inginkan dalam masa lapan minggu?


10 kg

Matlamat 2
Apakah berat badan badan dan ukuran/saiz baju yang anda inginkan dalam masa enam bulan?


55 kg

Matlamat 3
Apakah yang diinginkan dalam diri anda yang baru?

Kelihatan muda, lebih bertenaga, berkeyakinan, penampilan menarik.

Ganjaran
Bagaimana anda memberi ganjaran kepada diri anda setelah mencapai matlamat?

Photoshoot sempena wedding anniversary yang ke 14.


Kawal pemakanan


Mulakan dengan mengira kalori masuk dan kalori keluar…. apa yang kita makan dan apa yang kita gunakan. Formula mudah :

Kalori masuk > kalori keluar = penamahan berat
Kalori masuk < kalori keluar = penurunan berat
Kalori masuk = kalori keluar = tiada perubahan

Makan hanya yang perlu sahaja. “Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang”. Boleh tak? Kalau pergi makan buffet di hotel mesti rugi sebab banyak makanan yang terhidang kan??? GODAANNNN….

Tambah ilmu


Ya… kena tambah ilmu, kalau tak… salah tafsiran lagi. Ada kalanya dah baca pun masih tak paham juga… baca dan baca lagi. Sheila dah beli satu ebook yang menarik… bahasa yang mudah, menarik, penuh dengan maklumat dan seronok dibaca. Harga pun murah, RM20.00 sahaja.

Bersenam


Ini bagi meningkatkan kadar metabolisma supaya dapat bekerja dengan lebih efektif. Tak perlu susah mendaftar dengan fitness center, mulakan dengan jogging atau berjalan pantas… for me, sheila suka lompat tali… senaman seeloknya gabungan senaman kardio dan bebanan. Kardio bagi meningkatkan kadar metabolisma manakala senaman bebanan bagi membakar lemak dan membina otot…

Disiplin


Jangan tipu diri sendiri… buat jadual dan ikut jadual yang telah dibuat. Mula-mula susah, tapi lama-lama bila dah biasa semuanya akan jadi mudah.

Akhir kalam, marilah kita mulakan hari ini juga!

No comments: