Hah! Tajuk hari Jumaat ni… memang ditujukan khas untuk para isteri sahaja. Kalau ada suami yang baca pun boleh juga. Ni bagi memastikan agar rumahtangga yang dibina sentiasa bersemarak dengan api cinta dan kasih sayang.
Tips yang Sheila boleh kongsi di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga daripada pembacaan. Sebabnya lakiku itu boleh le dikira hensem (pada pandangan mata hitamku ye), punya aura tersendiri dan bila bercakap tu rasanya perempuan lain boleh jatuh hati le… tak tahu le korang cakap statement ni statement perasan ke, apa ke.. tapi itu le hakikatnya (harap cik abang tak baca le blog Sheila ni), jadi… Sheila kena buat sesuatu supaya cik abang tu akan sentiasa sayang dan cinta pada bininya yang satu ini je… hiks.
- Kena selalu senyum, walau ada masalah segunung intan pun kena pastikan muka manis di depan suami. (Kalau ada masalah dengan suami, cari masa yang sesuai untuk berbincang secara elok – contoh lepas ‘bersama’).
- Jaga makan minum untuk suami tanpa perlu disuruh
- Bercakap biar sopan-sopan, lemah lembut dan manja-manja.
- Jaga badan, jaga penampilan, bergaya, pakai pakaian yang boleh menarik perhatian suami kita di dalam atau di luar rumah. Berpakaian kemas dan cantik, walaupun kalau kita ni surirumah je.
- Berdandan dengan sempurna, pakai perfume, pakai make-up, sekurang-kurangnya yang asas – blusher, lipstik, eye liner MESTI ada, (maskara kalau rajin) walaupun dalam rumah.
- Amalkan masuk tidur bersama suami, buat sesuatu yang diluar kebiasaan – contoh : kalau dulu tidur pakai baju kelawar, cuba le cari night gown yang seksi. Ini adalah masa anda berdua. Berikan kucupan hangat yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
- Bila tidur, sentiasalah mengadap suami. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami, anda akan merasakan nikmatannya.
- Jauhi dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
- Jagalah anak-anak dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginya.
- Rajin-rajin le membelai dan mengurut suami anda tanpa dipinta.
- Amalkan mandi bersama dan menggosok/mengurut badannya.
- Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Sebagai isteri yang bijak menjaga suami, akan mengambil berat mengenai dua perkara penting (perut dan ehem… sendiri faham sudah ye)
- Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berikan kucupan apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah.
- Menjaga maruah suami. Jika perlu nak bercerita pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
- Sekiranya suami berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
- Sesekali, ajaklah pula suami anda “bersama” – mulakan dulu. Jika malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda perlu bersama. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
- Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
- Banyak membantu suami terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.
- Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
- Cari ruang untuk keluar berdua sahaja, macam sempena ulangtahun perkahwinan atau apa-apa acara. Tinggalkan anak-anak seketika. Kiranya keluar macam mula-mula bercinta dulu. Seronok.. rasa macam muda je…
Cukup le tu ye dak… mungkin tak semua suami perlukan layanan sebegitu, tetapi sebagai isteri, kita kena pandai menambat hati suami. Tips menambat hati suami ni hanya sebagai panduan aje… pandai-pandai le sesuaikan dengan keadaan semasa. Kekadang, perubahan yang kecil pun boleh memberikan kesan yang besar.
So, ladies… be gorgeous…
Selamat berhujung minggu.
No comments:
Post a Comment