19 December 2010

Pesakit Kanser Otak Meninggal

Assalammualaikum…

Sheila pernah bercerita tentang keluarga Sheila yang menghidap kanser di posting ni … untuk makluman semua, pakcik Sheila, yang menghidap kanser otak tahap 4 telah kembali ke Rahmahtullah pada 18 December 2010… Al-Fatihah.

Allahyarham semasa hayatnya tidak menunjukkan sebarang tanda menghidap penyakit kronik sehinggalah tiba-tiba Allahyarham jatuh dan disangka mengalami stroke. Tidak boleh berjalan hatta untuk makan pun perlukan bantuan. Ahli keluarga mengikhtiarkan untuk rawatan secara tradisional tetapi tiada perubahan dan akhirnya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Setelah ujian dilakukan, doktok mengesahkan bahawa arwah pakcik menghidap kanser tahap 4, terdapat dua ketumbuhan besar di otak dan satu pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan salah satu ketumbuhan dan juga untuk mengambil tisu sampel. Buat makluman semua, semasa hayatnya beliau tidak pernah mengalami serangan sakit kepala yang kronik…

Setelah pembedahan pertama dilakukan, Allahyarham telah menunjukkan tanda-tanda akan pulih seperti boleh bergerak, makan sendiri serta bercakap dengan lebih lancar… tetapi, 4-5 hari selepas itu (11 December 2010), arwah telah mengadu sakit kepala dan muntah-muntah lalu dimasukkan ke wad di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.

Setelah pemeriksaan dilakukan, terdapat ketumbuhan baru di dalam otak beliau dan jangkitan telah merebak ke paru-paru. Atas nasihat doktor, arwah telah dibawa pulang ke rumah dan telah menemui ajalnya di rumah.

Al-Fatihah dan m
udah-mudahan rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

1 comment:

shahril said...

berikut adalah testimoni pesakit kanser otak tahap 4 yg sembuh dlm masa seminggu sahaja setelah mengambil penawar kanser B17 + Bromilin + Graviola + Sabah Snake Grass.. sila lihat di sini http://www.facebook.com/groups/197287873647763/433042483405633/?ref=notif&notif_t=group_comment_reply