Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Minggu ni bermula sudah cuti sekolah. Pasti ramai yang telah merancang aktiviti anak-anak sempena cuti ni... Walau apa pun yang dilakukan, kesihatan diri jangan sekali diabaikan. Pastikan anda dan keluarga anda minum cukup air, sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari, tapi ianya bergantung juga kepada keadaan cuaca persekitaran.
Menurut para penyelidik, 70 peratus (70%) tubuh badan manusia terdiri dari air dan kita hanya dapat bertahan hidup sekitar seminggu sahaja tanpa air.
- AGAR TUBUH TETAP SEJUK Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.
- MENGUMPULKAN NUTRISI Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.
- MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai ‘pembantu’ untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.
- MENJAGA KULIT TETAP HALUS Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
- MENGHINDARI BATU KARANG Batu karang ‘tumbuh’ ketika zat - zat atau komponen ’sampah’ yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti ‘pasir’ akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah ‘batu’. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan pula, air yang mencukupi diperlukan bagi memastikan proses menurunkan berat badan lebih efektif. Ini kerana air merupakan agen pengangkut dan pembersih. Jika air tidak mencukupi, toksin tidak dapat disingkirkan. keperluan air boleh ditentukan dengan berat badan individu terbabit. Pengiraan mudah adalah setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1 liter air. Ini bermaksud, jika sekiranya berat anda adalah 60kg, anda perlu minum 2.4 liter air. Mudah kan? Cara minum air yang mudah dan efektif adalah dengan minum sedikit-sedikit sepanjang hari.
Mulakan hari anda dengan minum segelas air. Semoga hari anda akan lebih ceria.
No comments:
Post a Comment