11 April 2014

[Diari 11.4] LCCT dan hobi baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni sheila menghantar cik abang ke LCCT... flight seawal 7.20am. Boarding pukul 6.40am... jadi kami bergerak dari rumah sekitar 5.45am pagi tadi. Hujung minggu ni Abang ada aktiviti mendaki di Mulu dan juga jelajah gua dengan sports club pejabatnya.

Turut sama menghantar Adibah, Amni, Ammar dan Arsyad... semua nak ikut sesubuh sepi'i tu.. kami sampai airport 6.05am.. memang airport tak pernah sunyilah kan.. pagi-pagi pun orang dah ramai. Lepas turunkan abang.. terus balik rumah. Sampai rumah 6.50am.. cepat-cepat solat subuh... anak-anak bersiap untuk ke sekolah pula. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Hari ni mencuba sesuatu yang baru... ada je.. memang tak reti dok diam. Mengecat pula.. nak belajar creative painting. Beli kit tu lama dah.. tadi baru sapu lapisan cat yang pertama.. nampak tak berapa nak sekata.. masih ada bahagian yang macam tak disapu cat.. memang kena sapu lapisan kedua atau mungkin ketiga.. kita tengok nanti..


Sekarang ni rasa macam nak jual je semua kain-kain yang banyak tu... sejak bekerja dari rumah ni memang tak sempat nak menjahit. Pagi tadi abang minta tolong jahitkan seluar kekok je pegang mesin...

No comments: