13 April 2014

[DIARI 12.4-1] CROSS TRAINER VS THREADMILL

Alkisah cerita tentang pemilihan samada nak beli cross trainer atau threadmill sheila pilih cross trainer. Threadmill sheila pernah try masa di gym hari tu tak best.. cross trainer lagi best. Low impact pada lutut.. sesuai le sangat bagi yang mencari alat senaman tu ya. Yang sheila order jenis ada seat tu.. letih berlari kita duduk...


Faktor pemilihan cross trainer/Eliptical bike ni selain harganya berpatutan, ianya boleh banyak fungsi dalam satu. Tadi masa test di kedai pun boleh terasa pada bahagian peha... Dari segi saiz pula tak lah besar sangat macam threadmill. Sedang elok je.

Minggu depan Selasa atau Rabu baru diorang hantar.... Ingatkan diorang hantar hari Isnin... tak apa. Kena sabar sikit... Tak sabar nak fit sebenarnya. Badan rasa berat... sekarang nak bersenam sebab niat nak pergi umrah... cuba bayangkan berapa kilometer kena jalan masa melakukan ibadah tawaf dan sae'i tu nanti... Sheila kira kurang-kurang pun mau 6km-7km.. sekarang ni buat kerja dalam rumah je pun dah letih... camana nak beribadah dengan sempurna nanti...



No comments: