03 October 2010

Update - Keadaan Tun Mahathir stabil

TUN MAHATHIR bersama Tun Dr. Siti Hasmah selepas beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN Kuala Lumpur pada 2007. TUN MAHATHIR bersama Tun Dr. Siti Hasmah selepas beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN Kuala Lumpur pada 2007.

Oleh MAHATHIR JAMIL
mahathir.jamil@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Beliau yang menghidap selesema dan batuk dimasukkan ke hospital itu pukul 9 pagi (pukul 6 pagi waktu Malaysia) dan kini dilaporkan stabil.

Pegawai Khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof berkata, bekas Perdana Menteri itu kini menerima rawatan antibiotik serta menjalani fisioterapi di hospital berkenaan.

Menurutnya, doktor hospital itu berpendapat Dr. Mahathir perlu berada di wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan kesihatan.

“Tun Mahathir telah dinasihatkan untuk berehat dalam masa beberapa hari ini,” ujarnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

image

No comments: