03 October 2010

Panduan Menyimpan Wang

by Latha Nayar (ehomemakers)

Buatlah belanjawan rumah yang efektif, iaitu belanjawan yang mencerminkan gaya hidup serta keperluan persendirian dan keluarga anda.
Untuk mula menyimpan, buatlah senarai keperluan anda untuk melihat di mana anda boleh menyimpan. Mulakan dengan item yang paling mahal dahulu, di mana potensi untuk penyimpanan lebih tinggi, kemudian beralih mengikut skala kepada yang kurang mahal. Simpanan yang berpatutan dari salah satu daripada item besar (rumah dan kereta) dicampur dengan simpanan daripada item yang lebih kecil (makanan, pakaian, dsb) boleh menghasilkan pulangan yang besar di dalam keseluruhan belanjawan anda.

Panduan Am

  • Kemahuan Lwn Keperluan
    Jangan sekali-kali keliru antara kemahuan dengan keperluan! Secara amnya, keperluan mudah dikenalpasti, iaitu perkara-perkara yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Makanan, tempat berteduh, pakaian dan kenderaan adalah keperluan.
    Kemahuan adalah perkara-perkara yang meninggikan atau yang boleh memperbaiki kehidupan keluarga kita. Kereta merupakan satu keperluan bagi kebanyakan kita, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan terpencil di mana kenderaan awam sukar didapati. Walau bagaimanapun, kereta mewah ialah kemahuan, walaupun ramai orang tidak menganggapnya sedemikian. Pernahkah anda berkata, “Saya benar-benar memerlukan…?” apabila maksud sebenarnya ialah “Saya sebenarnya mahukan?” Ini tidak bermakna bahawa anda tidak patut mempunyai kemahuan atau mendapatkannya, cuma keperluan haruslah menjadi keutamaan.
  • Kurang Mungkin Lebih Baik
    Mungkin kerana keegoan – kebanyakan dari kita kadang kala berkeras untuk mendapatkan yang terbesar dan terbaik, tidak kira apa kosnya. Apabila kereta yang berharga RM35,000 sudah mencukupi, kita perah belanjawan kita untuk memperolehi kenderaan bernilai RM85,000. Kita membeli baju berjenama yang berharga RM100, walaupun nilai sebenarnya hanyalah RM35. Kita memilih untuk makan di kafe ternama di kawasan mewah seperti di Bangsar, sedangkan dengan RM8 di tempat yang lebih murah pun kita boleh dapat makanan yang lazat. Fikirkan di mana anda membelanjakan wang keluarga dan lihat jika sebahagian daripadanya dapat dijimatkan dengan mengubah sedikit tabiat anda.
  • Cuba Sebelum Anda Beli
    Cara ini dapat membantu anda mengelakkan daripada membeli barang-barang yang anda jarang atau tidak guna langsung. Sebelum anda membeli sesuatu, terutamanya barang yang mahal, pinjam, sewa atau cuba dahulu sebelum anda mengeluarkan wang. Jika anda rasa bosan atau tidak puas hati mengenainya, atau berpendapat bahawa ianya bukanlah sesuatu yang anda perlukan sebelum anda membelinya (anda akan dapati perkara yang sama berlaku dengan beberapa barang yang anda ada), anda pasti akan berasa bosan dengannya, atau mendapati bahawa ianya tidak perlu, selepas anda membelinya!

No comments: