Pentingnya bagi kita yang dah lama berumahtangga untuk menghangatkan kembali kasih sayang yang dah semakin suam-suam kuku… manakala bagi yang bakal menjadi isteri, ini adalah petua yang sangat berguna dan boleh diamalkan supaya rumahtangga yang dibina sentiasa mekar…
1) Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
2) Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3) Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai)
4) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5) Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6) Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
7) Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
8) Masak resipi ibu mentua (kegemaran suami) sekali-sekala.
9) Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, kesederhanaan dan seumpamanya).
10) Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
11) Minta bantuan suami hanya jika sesuai pada masa, tempat dan jenis profesionnya.
12) Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
13) Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
14) Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
15) Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.
16) Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
17) Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh).
18) Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai dua atau tiga kali.
19) Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20) Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21) Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
22) Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
23) Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
24) Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh, gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
25) Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
Mudah-mudahan dapat manfaat bersama….
Salam ceria,
No comments:
Post a Comment