Malam tadi tidur lena.. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah bagi. Rindu dengan cik abang.. sejak Jumaat tak dengar suara.
Pagi ni attend seminar Bangkit Berniaga di SACC Shah Alam... kali ni ajak makyah dengan Intan.. semoga Allah memberkati ilmu yang kami peroleh ini. Syukur Allah rezekikan untuk dapat menghadiri seminar Dr. Azizan Osman ni. Sebagai wahm sheila memang looking forward untuk seminar seumpamanya. Semoga Allah memberkati segala usaha kami.
UPDATE
Semasa di seminar, sheila ditanya oleh rakan disebelah tentang bisnes yang dilakukan... Sheila ada banyak bisnes sebenarnya.. jual mesin jahit (sejak 2005), kelas jahitan (sejak 2009) dan macam-macam lagi lah... tapi macam tu ajelah... income kadang-kadang dalam bulan tu ada, kadang-kadang tak ada. Ada kalanya banyak, adakalanya sekadar cukup untuk beli aiskrim buat anak-anak... Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.
.
Tapi sejak pergi seminar Dr. Azizan Osman pada 25/12/2013 persepsi sudah berubah. Dalam berniaga kita kena ada coach/mentor... ikut langkah orang yang dah berjaya. Perlu ada elmu, bukan main buat je.
.
Jadi dipendekkan cerita, sheila ada dua kepakaran... kepakaran pertama adalah sebagai steel detailer... iaitu membantu memudahkan dan mempercepatkan kerja fabricator dan engineer dalam kerja-kerja pemotongan besi.. dan satu lagi kepakaran sheila adalah meningkatkan tahap kesihatan kepada orang ramai terutama terhadap kanak-kanak...
.
Bila badan sihat, kita senang buat kerja... begitu juga bila anak-anak sihat, pelajaran mereka tidak terganggu... sheila memang ambil berat sangat tentang kesihatan anak-anak ni... kos merawat bila anak sakit sebenarnya lagi tinggi dari kos memberikan mereka makanan sihat dan supplement... maklum le anak 6 orang... cubalah bayangkan bila mereka tak sihat...
.
Eh... ingat nak cerita sikit je tadi.. dah terlebih pula.. saranan sheila, bagi yang tak pernah pergi seminar Dr. Azizan Osman ni, cubalah pergi.. pergi yang free je.. Insyaa Allah akan ada ilmu di situ... yang penting buka minta dan bersedia untuk belajar dan terima ilmu...
.
Kalau nak beli shaklee boleh juga beli dengan sheila... konsultansi percuma. Yang nak beli harga murah anda digalakkan untuk menjadi ahli.. bila dah jadi ahli macam-macam faedah yang boleh dapat antaranya anda akan diserap ke group eksklusif kami di fb, ada group whassap, ada latihan dalam group bagi yang berminat untuk menjana pendapatan... pendek kata macam-macam ada. Sangat digalakkan bagi anda yang sedang mencari jalan untuk menambah pendapatan atau yang sedang berkira-kira nak bekerja dari rumah... Insyaa Allah..
Semoga anda kaya dan berjaya.
Sheila Wahid
SID : 864920
Call/SMS/Whassap : 012-301 3341
Like Fanpage NutrisiHut untuk maklumat terkini
DISCLAIMER :
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.