12 January 2011

Line Dance D’Amanputra

Assalammualaikum,

Sesi line dance pertama untuk tahun 2011 semalam (11-1-11). Untuk sesi kali ni, Sheila melibatkan diri…. yeay.. Kalau tahun sebelumnya terlalu banyak halangan tetapi rasanya sekarang ni dah boleh nak berikan ruang untuk menambah satu lagi komitmen di dalam jadual seharian. Lagipun kelas yang dianjurkan hanya seminggu sekali, setiap hari Selasa jam 8.30pm – 10.00pm.

Semalam Sheila sampai ke MPC dah pukul 8.35pm… terlewat sedikit. Tapi mujur kelas belum bermula… yang dah tiba lebih awal kak Ita, Nicola dan Fida… Sheila orang keempat tiba dan disusuli oleh Jane dan Azie… seterusnya Sue, Nani dan K… sesi suai kenal.. Kak Ita, Jane (cikgu), Nani, Sue dan K memang Sheila dah kenal kecuali Azie, Fida dan Nicola baru je berkenal semalam… dari fasa 2…

Sesi dimulakan dengan memanaskan badan… diikuti dengan pelajaran pertama “One Step Forward” (country song)… adeh… berterabur semua steps… masa ke depan ok… bila dah kena pusing out… pelajaran kedua lebih mudah, lagu “Achy Breaky Heart”.. best… step mudah nak ingat berbanding yang pertama tu…

Photo0046 
Diam tak diam dah pukul 10.00… cepat je masa berlalu. Balik dengan pinggang dan kaki yang sakit-sakit… nampak sangat dah lama tak bersenam… sampai rumah buat homework yang cikgu Jane bagi… belajar steps… cari lagu dalam youtube dan sambung praktis di ruang tamu… 

Sekarang ni dah kena sindrom baru… 1-2-3-4-5-6-7-8…. ulang lagi…
1-2-3-4-5-6-7-8 dan lakukan ia berulang-ulang…. sambil sapu sampah, sambil masak, sambil mandi semuanya…

1-2-3-4-5-6-7-8

2 comments:

khairanimaisurah said...

wahhh!!! siap buat homework tu, tak boleh jadi ni. next week dtg mesti dah cekap keh keh keh

Rosilawati Wahid said...

Sila jgn jeles ye... ngee