04 January 2011

2011 Yang Terindah

Assalammualaikum…

Firstly, Sheila nak ucapkan selamat tahun baru buat semua… walaupun dah 4hb tapi rasanya masih belum terlambat kan???

Tahun berganti bermaksud usia bertambah… anak-anak juga semakin membesar. Anak-anak kini dah pun memulakan sesi persekolahan yang baru… dengan azam dan semangat baru…

Psstt.. apa azam tahun ni? Azam Sheila??? Dah set dah masa Awal Muharram hari tu… kini tinggal nak realisasikan aje.. Irfan Khairi pernah berpesan pada Sheila tempohari, dia minta Sheila tulis 10 matlamat dan InsyaAllah 6 daripadanya akan terlaksana dalam masa satu tahun… Sheila dah buat dalam tahun 2010 dan Alhamdulillah berhasil.

Tahun ni pun Sheila buat yang sama, cuma yang membezakan, setiap matlamat tu Sheila letak tempoh perlaksanaan (pesan cik abang)… mudah-mudahan apa yang diimpikan akan jadi kenyataan..

p/s : Buat teman-teman yang menyambut hari lahir pada 1, 2, 3 dan 4 Januari, diucapkan selamat hari lahir… tak lupa nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat cik abang, pada 9hb dan Alia pada 12hb…

Post a Comment