19 January 2011

“Tolong Ingatkan Aku, Black Coffee.”

Assalammualaikum…

Tolong ingatkan aku?… terus terang tak pernah ambil port pun dengan lagu ni… tetiba jadi juara AJL hari tu… mmm… memang agak kecewa juga sebab penyanyi kesayangan hamba (Faizal Tahir) tak jadi juara… hanya menang persembahan terbaik sahaja.

Sheila pernah menyaksikan persembahan live FT masa hari ulangtahun ke-18 Hai-O.. suara memang power… suka sangat… tapi apapun masa malam AJL tu, persembahan FT memang best… sangat berani… setuju tak?

Masa Ana Raffali  mendendangkan lagu ni malam AJL tu… rasanya 1st time kot Sheila dengar lagu dia yang ni… naif sungguhkan dengan perkembangan muzik tanahair. Memang mengaku… Sheila sangat kurang mengikuti perkembangan muzik tanahair ni… tapi nasib baik Ana Raffali dah tolong ingatkan siapa pemenang AJL malam tu..

Sheila tak minat sebenarnya dengan lagu tolong ingatkan aku ni… tapi sejak keputusan AJL diumumkan, kedai letrik kat bawah ofis ni boleh kata hari-hari mainkan lagu ni… kuat lak tu, sampai tingkat dua boleh dengar… bila dah selalu dengar… cam best lak… tu yang cari lirik dan menghayati bait-bait senikata lagu ni… oklah… tak tahu nak bagi berapa bintang…

Tolong ingatkan aku steps Black coffee ni boleh tak?… Anyone???

Semalam pergi kelas line dance… belajar steps baru, Let’s Get Loud, Black Coffee, Rainy Night dan Get Down Get Funky…. ambik ko… belajar empat steps dalam masa 2 jam sahaja… agak-agak boleh tak…??? terasa macam nak masuk pertandingan line dance pun ada…

Susah juga nak mengingat kesemua stepsnya sebab ada paddle, turn dan cha-cha-cha… fuh… berpeluh-peluh dan rasa macam nak tercabut tempurung lutut ni…

Apapun memang seronok dapat peluang join group line dance ni… sekurang-kurangnya dapat bersenam… kalau saja-saja nak berjogging, hatta berlari setempat di dalam rumah pun memang jangan harap le… tapi bila dah belajar line dance ni… dengan rela hatinya nak praktis kat rumah… dengan anak-anak. Terima kasih en. suami yang memberi keizinan (nanti kita menari berdua ye abang).

Esok cuti…. ada perancangan ke mana-mana? Sheila and the gang ada aktiviti esok, ride to nature…. dah rancang dari tahun lepas lagi, tapi nampaknya tahun 2011 baru ada tarikh yang sesuai. Nanti esok (InsyaAllah) Sheila kongsi pengalaman menarik ni ye…

Selamat bercuti… ceria-ceria selalu..

No comments: